Ramai yang tidak sedar bahawa sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:
- Tidak dapat memberi tumpuan untuk jangka masa yang panjang
- Kurang peka
- Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
- Kandungan gula dalam darah yang rendah
- Produktiviti kerja menurun
Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Gems Programme ini untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.
Kebaikan:
- Bertenaga sepanjang hari
- Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh
Mealshakes French Vanilla (Canister 544g) RM 113.75
Energizing Soy Protein (ESP Isolate Powder) (Canister 850g) RM 150.00
Performance Natural Orange (Canister 539g) RM 82.50
Friday, November 28, 2014
Set - Body Perfector. Ready Stok. Hubungi Kami Untuk Penghantaran SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929
Kurus ni best kan. Ramai orang nak kurus dan cantik.
Set ini merupakan cara yang mudah untuk mengekalkan berat badan ideal disamping rasanya yang lazat.
Adakah anda
- makan makanan yang sihat setiap hari?
- makan secara teratur
- gemarkan makanan ringan
- sukar makan makana berkhasiat kerana sibuk?
Jika jawapan anda adalah YA - Set Shaklee Body Perfector adalah jawapannya!!!
Cinch Shake Mix (Canister 15 sv) Cafe Latte / Vanilla / Chocolate - RM 173.00
Kembali Kepada Allah Melalui Sunnah NabiNya
Ingat lagi sebelum join Shaklee. Walaupun berkerjaya tetap, tetapi nak bagi pada mama abah sebulan RM 200 pun berkira2. Mama dan abah tak pernah kata apa, ambik saja dengan penuh syukur. Yang paling sedih bila saya nak mula buat master. Saya bagitahu yang nak guna duit sambung belajar. Jadi tak dapat nak bagi macam selalu... 😪...
Mama kata tak apalah sedangkan saya tahu mama dah kehilangan satu sumber kewangan untuk bayar ansuran keperluan rumah. Dalam diam, saya berdoa supaya Allah murahkan rezeki mama abah saya dan bantulah saya berjaya dalam pelajaran, supaya dapat kembali memberi kepada mereka selepas ini.
Sambung belajar secara part time saja. Memang menyotonglah, tak menang tangan. Dalam tempoh 3 tahun tu, saya lahirkan anak ketiga dan keempat. Allah takdirkan kedua-duanya melalui proses pembedahan disebabkan komplikasi. Dan disebabkan itu juga, buat pertama dan kedua kalinya saya bertekad menyusukan anak-anak ini dengan susu ibu secara eksklusif sehingga usia mereka 2 tahun. Sesuatu yang tak pernah saya buat semasa anak pertama dan kedua dulu (saya terkilan sehingga hari ini). Dan atas sebab inilah juga Allah temukan saya dengan Shaklee melalui sahabat sekampus saya di peringkat sarjanamuda dulu.
Saya merasai kebaikan Shaklee, saya teruja berkongsi kebaikan Shaklee dengan menjadi SID, di mana kesemuanya berlaku semasa saya sambung master tu lah.
Alhamdulillah...saya rank up dan kini menjana bonus 4 angka daripada Shaklee, secara tidak langsung menambah sumber pendapatan dalam keluarga. Saya kini mampu menShakleekan mama dan abah juga mak dan abah mentua saya, even majoriti ahli keluarga dengan suplemen terbaik dan dapat pula mengembalikan sumbangan kewangan kepada mereka yang pernah terputus dulu, bezanya kali ini dengan tiga nilai;
1. Nilai kewangan yang lebih besar
2. Nilai kesihatan yang lebih baik
3. Nilai kasih sayang yang infiniti
...walaupun saya tahu ketiga-tiga nilai ini tidak akan dapat membalas balik kesemua pengorbanan serta air mata mereka membesarkan kami adik beradik selama ini.
Inilah secebis kisah saya. Semua ini adalah satu bentuk didikan Allah kepada saya melalui Shaklee. Tanpa Shaklee, saya masih ada pekerjaan yang tetap. Masih ada suami yang baik, masih punya anak-anak yang manis...Tetapi mungkin saya tidak dapat beri kepada mereka sebagaimana saya dapat beri sekarang kalau tidak ada campurtangan Shaklee dalam hidup kami.
Shaklee bukanlah segalanya. Besar cabarannya bila terlibat dalam bidang ini. Tetapi jika kami memandang dengan pandangan positif, membaca dengan nada yang sama, insyaAllah moga-moga dipermudahkan jalan untuk kembali kepadaNya!
ADIOS ✌
Mama kata tak apalah sedangkan saya tahu mama dah kehilangan satu sumber kewangan untuk bayar ansuran keperluan rumah. Dalam diam, saya berdoa supaya Allah murahkan rezeki mama abah saya dan bantulah saya berjaya dalam pelajaran, supaya dapat kembali memberi kepada mereka selepas ini.
Sambung belajar secara part time saja. Memang menyotonglah, tak menang tangan. Dalam tempoh 3 tahun tu, saya lahirkan anak ketiga dan keempat. Allah takdirkan kedua-duanya melalui proses pembedahan disebabkan komplikasi. Dan disebabkan itu juga, buat pertama dan kedua kalinya saya bertekad menyusukan anak-anak ini dengan susu ibu secara eksklusif sehingga usia mereka 2 tahun. Sesuatu yang tak pernah saya buat semasa anak pertama dan kedua dulu (saya terkilan sehingga hari ini). Dan atas sebab inilah juga Allah temukan saya dengan Shaklee melalui sahabat sekampus saya di peringkat sarjanamuda dulu.
Saya merasai kebaikan Shaklee, saya teruja berkongsi kebaikan Shaklee dengan menjadi SID, di mana kesemuanya berlaku semasa saya sambung master tu lah.
Alhamdulillah...saya rank up dan kini menjana bonus 4 angka daripada Shaklee, secara tidak langsung menambah sumber pendapatan dalam keluarga. Saya kini mampu menShakleekan mama dan abah juga mak dan abah mentua saya, even majoriti ahli keluarga dengan suplemen terbaik dan dapat pula mengembalikan sumbangan kewangan kepada mereka yang pernah terputus dulu, bezanya kali ini dengan tiga nilai;
1. Nilai kewangan yang lebih besar
2. Nilai kesihatan yang lebih baik
3. Nilai kasih sayang yang infiniti
...walaupun saya tahu ketiga-tiga nilai ini tidak akan dapat membalas balik kesemua pengorbanan serta air mata mereka membesarkan kami adik beradik selama ini.
Inilah secebis kisah saya. Semua ini adalah satu bentuk didikan Allah kepada saya melalui Shaklee. Tanpa Shaklee, saya masih ada pekerjaan yang tetap. Masih ada suami yang baik, masih punya anak-anak yang manis...Tetapi mungkin saya tidak dapat beri kepada mereka sebagaimana saya dapat beri sekarang kalau tidak ada campurtangan Shaklee dalam hidup kami.
Shaklee bukanlah segalanya. Besar cabarannya bila terlibat dalam bidang ini. Tetapi jika kami memandang dengan pandangan positif, membaca dengan nada yang sama, insyaAllah moga-moga dipermudahkan jalan untuk kembali kepadaNya!
ADIOS ✌
Masanya Hampir Tiba!
Setelah hampir 2 tahun berusaha mencukupkan dana melalui perniagaan kecil, Alhamdulillah, kini sudah hampir tiba masanya PERGEO fivers menuai hasilnya. Padang-Bukittinggi, here we come!!!...InsyaAllah.
Kejayaan mengadakan eksplorasi antarabangsa ke Medan, Indonesia pada tahun 2013 diteruskan lagi dan PERGEO fivers terbang tinggi sekali lagi ke negara serumpun kita, Indonesia. Syukurlah, persiapan yang dibuat hampir 90% selesai walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi, antaranya 5 kru kami tersenarai sebagai peserta PLKN Kumpulan 1 siri 12 2015. Alhamdulillah dengan bantuan pihak sekolah, pendaftaran mereka yang sepatutnya berlangsung pada 6 Disember ditangguhkan ke 12 Disember 2014. Malah segala urusan surat menyurat daripada pihak JLKN telah selesai.
Doakanlah perjalanan kami selamat, dan semua atur cara yang dirancang dapat disempurnakan. Semoga visi PERGEO agar setiap ilmu Geosains yang dipelajari bukan sahaja dapat difahami, malah dihayati akan dapat dicapai, InsyaAllah!
Wednesday, November 26, 2014
Bahan Semulajadi...Apa Salahnya Tempek di Muka?
Sambil-sambil menyimpan bilik-bilik bacaan, saya berkesempatan membaca kembali buku 1001 Petua : Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki, Dari Ceruk Dapur Ke Laman Rumah hasil selenggaraan Siti Aisyah Hussien. Lama dah bukunya. Rasa sejak beli dulu tersusun cantik saja di rak buku, umpama Quran buruk. Tertarik nak berkongsi tips masker buah untuk segarkan wajah. Eloklah tu, muka ni pun dah naik kusam bila banyak sangat menanggung stress bekerja dan tak cukup tidur (alasan)...hehe
MASKER BELIMBING DAN NENAS
Kandungan vitamin A dan C amat berkesan bagi mengecilkan pori-pori kulit wajah, menyegarkan, sekaligus menyejukkan. Selain itu, kandungan mineralnya mampu mengurangkan kelesuan kulit dan mengatasi kulit berminyak.
MASKER LABU DAN BETIK
Buah labu dan betik mengandungi vitamin C bagi mempercepatkan reproduksi sel-sel kulit dan meningkatkan pertumbuhan kolagen. Selain itu, betik juga mengandungi papain manakala labu mengandungi mineral semulajadi yang bermanfaat bagi kekencangan kulit.
MASKER APRIKOT DAN PISANG
Pisang yang kaya dengan vitamin C, serat, kalium dan zat besi memiliki keupayaan menghaluskan kulit. Panduan ekstrak pisang dalam masker sesuai untuk kulit normal bagi mencegah kulit kusam selain menjadikan wajah segar dengan kulit lebih gebu dan terjaga kelembapannya.
MASKER TOMATO MENGHALUSKAN WAJAH
Tomato dan pengaruh vitamin C dapat melindungi kulit daripada cahaya matahari. Kisaran tomato yang dipupur ke wajah mengandungi asid yang bermanfaat untuk mengecilkan pori-pori kulit. Selain itu, memakan tomato sebiji sehari dapat membuatkan wajah berseri-seri.
MASKER TIMUN MENYEJUKKAN KULIT
Timun yang sememangnya berkhasiat amat elok untuk kesihatan kulit. Amalkan memupur campuran parutan timun di kulit muka bagi mendapatkan hasil yang berkesan.
Best kan. Terasa-rasa sejuk, tegang, halus dan mulus kulit muka setelah bermasker. Lagi best kalau orang yang tolong buatkan (cheh!)...hehe
Para Shaklee lover semestinya sudah sedia maklum bahawa selain dimakan, ada di antara suplemen Shaklee juga boleh dijadikan masker. Ini pun pernah jadi isu, tapi tak apalah. Buat apa nak panjangkan. Dah bayar harga suplemen, ikut sukalah nak makan ke, nak masker ke, nak masak ke apa. Asal tak memudaratkan diri sendiri, ye tak. Setakat ni, ramai yang dah merasai kebaikan, jadi apa salahnya sharekan.
Jadi, biar gambar di bawah sahaja yang berbicara. Kredit kepada semua pemilik asal gambar (rujuk watermark pada gambar).
Selamat Bershaklee!
Kami Dah Alaminya!
Sebenarnya, ramai rakyat Malaysia yang dah merasai kebaikan setelah mengamalkan Shaklee, Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Hashtag ShakleeEffect kini menjadi fenomena dan pelbagai testimoni kesemua produk-produk terhebat Shaklee kini viral di mana-mana. Jadi tak hairanlah, jenama suplemen antarabangsa nombor 1 di Malaysia ini kini mengungguli pencarian di Google dan enjin-enjin pencarian yang lain.
Kami juga begitu. Adalah mustahil untuk seorang Shaklee Independent Distributor (SID) berkongsi kebaikan Shaklee tanpa menjadi seorang Shaklee lover. Kami adalah testimoni kepada diri sendiri. Merasai kebaikan Shaklee, lantas teruja untuk terus berkongsi kebaikan kepada semua, demi untuk membantu menambah nilai kesihatan dalam kehidupan rakyat Malaysia!
Antara testimoni keluarga ZAFRANzafrina yang konsisten mengamalkan Shaklee!
Set Anak Pintar
Set Penyusuan
Set Pelangsingan
Set Kulit Cantik
Set Kesuburan
Jom sama-sama rasai ShakleeEffect!
Tuesday, November 25, 2014
Suplemen Mahal. Belajarlah Mengira!
Sebagai pengguna, semestinya kita kaji betul-betul produk yang bakal kita beli supaya berbaloi dengan nilai yang kita bayar, kan. Saya pun macam tu.
First impression, biasanya kita pun akan cepat kata "wow murahnya! " atau "wah mahalnya!"..bila tengok harga produk tersebut. Tapi x semua kita yang melihat dulu isi kandungan, perbezaan produk dengan jenama lain dan juga manfaat utama produk terlebih dulu.
Di Shaklee, setiap fasa, sama ada fasa penyelidikan dan ujian-ujian khas sehingga menerbitkan jurnal-jurnal saintifik untuk setiap produk, proses penanaman di ladang yang dimiliki sendiri, pemprosesan, packaging, jaminan kualiti sehinggalah sampai ke tangan pengguna, semuanya dititik beratkan, tiada jalan pintas. Inilah antara sebabnya produknya menjadi fenomena walaupun telah berusia hampir 60 tahun di pasaran. Murah ke mahal Shaklee?. Better sendiri kira. Harga pasaran bahagi bilangan suplemen dalam setiap botol? ~ malah lihat lebih daripada itu.
#shakleelover
#shakleeEffect
Sumber gambar : Pakcik Google
Kalau Dah Malas, Jangan Makan Suplemen!
"Macam mana ni...tak nampak kesan apa pun...suruh detox dulu, aku dah buat dah..."
"Habis tu takkan nak berhenti?... dah banyak spent duit untuk suplemen, suplemen terhebat pulak tu...Takkan nak stop macam tu saja..."
*********************************************************************************
Sekejap, sekejap... duduklah sebentar dalam 10 minit, baca dan hadamkan maklumat ni ya!
Antara Beberapa faktor Kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN
Ramai yang tahu berkat istiqamah [amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan suplemen, kita disarankan untuk ambil suplemen secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian, tambahan pula, sel kita hidup antara 90-120 hari.
Jangan risaulah ya... baca dulu dan anda akan tahu nanti apa yang perlu dilakukan!
Pengambilan air kosong dipandang remeh
- Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
- Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
- Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.
Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa
- Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.
- Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
- Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.
- Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian
-Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
Mematuhi pantang larang vitamin
- Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ Ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
- Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.
- Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.
Tips untuk ibu menyusu
- Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata.
- Dapatkan jadual makan yang betul daripada penjual anda!
Diubahsuai dari teks oleh Adilah Manaf
Selamat Bershaklee!
Monday, November 24, 2014
Siapa Yang Tidak Pernah Diuji Angkat Tangan!!!
Tergelak saya apabila membaca puisi santai ini. Straight forward sungguh. Tapi betullah. Sebenarnya bukan dalam bisnes sahaja. Dalam mana-mana bidang pekerjaan, di mana-mana sahaja pun, cabaran tetap ada. Persoalannya, sama ada kita kuat atau tidak untuk menghadapinya.
Haters is always haters. They're everywhere. Buat apa kita nak ambil pot sangat ya. Tukarkan masalah kepada cabaran. Cari jalan penyelesaian. Set dalam minda bahawa mereka melakukan perkara itu kepada kita adalah kerana mereka tahu kita hebat berbanding mereka.
Belajar melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza, belajar membaca sesuatu dengan nada yang berbeza. Kerana sesungguhnya mereka sebenarnya merupakan perantaraan kepada didikan dan teguran Allah untuk kita. Berbanggalah kerana di saat mereka menjauh, sekurang-kurangnya Allah masih sayang!...
Adios :-)
Doakan Anak-Anak Level 1 Saya!
Namun visi mereka sama...
Ingin terus memberi dan memberi tanpa batasan kepada sesiapa yang memerlukan di luar sana...
Semoga Allah permudahkan jalan mereka untuk berjaya dan kembali berbakti di jalanNya...
New Senior Supervisor Asmauul Husna
New Supervisor Asmaa
New Supervisor Nor Kamaliah
Gegar November 2014!