Monday, February 9, 2015

Anakku Genap 2 Tahun!

Hari ni, 6 Februari 2015, si hensem soleh kami, Azaad Afkar Zafran genap 2 tahun usianya, sekaligus melengkapkan perjalanan penyusuan beliau secara eksklusif. Haha, ada yang pertikai status eksklusif tu. Ya, memang maksud eksklusif tu khusus untuk penyusuan 6 bulan pertama; tanpa makanan pejal, tanpa air masak, ye tak. Tapi bagi saya, berjaya menyusukan beliau dengan susu ibu sahaja tanpa campur susu formula dalam tempoh tu adalah satu yang sangat saya harapkan. Tapi of courselah dah makan menu dewasa kan. 

Teringat saat-saat melahirkan anak soleh ini 2 tahun yang lalu. Kelahiran keempat ini pada mulanya dijangka akan berlaku secara normal. Semasa melahirkan kakak, saya terpaksa dibedah kerana faktor unstable lie ketika itu.

Apa dia unstable lie tu?...

Menurut laman web ParentDish, maksud unstable lie ialah

In the late stages of pregnancy, from 37 weeks onwards, unstable lie is the term given to a baby that continues to change its position inside the womb.

The baby's position is not classed as unstable until this point as, prior to this, the baby will move around the womb as a normal part of its development.

However, towards the end of pregnancy, most babies will move into a head-first position, which is known as the head engaging. This position will enable the baby to pass through the birth canal when labour begins. A baby in an unstable lie will continue to move vertically and horizontally. 

A healthy uterus is able to accommodate an unstable lie as, even in the late stages of pregnancy, it can still stretch and flex to suit the position of the baby. So, from this perspective, it is not a cause for concern.

However, the mother's uterus should always be checked for a condition known as placenta praevia. This is where the placenta is lying too low down in the uterus. The low lying placenta therefore prevents the baby from moving into the head-first position, thus causing the unstable lie. Other issues such as fibroids and ovarian cysts can also cause an unstable lie, and a woman will also be checked for this.

If all seems well with the placenta and uterus, the woman's labour may be induced if the baby flips into a head-down position. If this is not possible, a caesarean section may be recommended instead.


Tiga tahun kemudian, semasa 7 bulan Azaad dalam kandungan, pakar O&G mengesahkan yang kandungan stabil dan boleh bersalin secara normal. Manusia merancang, namun Allah yang menentukan. Kandungan overdue sehingga lebih seminggu dan saya mengalami prolonged labour sehingga memaksa pakar membuat keputusan melakukan emergency ceasarean. Dah rezeki Azaad keluar ikut tingkap!. Alhamdulillah semuanya selamat dan saya lebih bersedia mental dan fizikal ketika itu. Yang bestnya, Allah bantu saya kuat sehingga tak mengambil masa yang lama untuk bangun berjalan kerana didorong oleh rasa NAK BALIK RUMAH!!!. Saya minum ESP dan makan vitamin E seawal mungkin untuk bantu sihatkan badan serta pulihkan luka dengan cepat. Saya minta untuk rooming in dengan baby untuk memudahkan sesi penyusuan dan saya hanya benarkan nurse ambil baby untuk mandikan sahaja. Walaupun mengalami neck headache, tapi Allah mudahkan dan saya sembuh dengan cepat bila ikut cakap doktor minum air masak 3L sebab tak mahu drip air dipasang lagi. Memang seronok kenangan tu sebab banyak benda baru saya pelajari walaupun bekerja dalam bidang yang berbeza.

Kini, anak soleh kami dah besar. Alhamdulillah. Semoga Allah terus memelihara hidupmu dan jadi anak soleh, berjaya di dunia dan di akhirat. Menjadi penyejuk mata ibu dan abah serta kecintaan abang-abang dan kakakmu selama-lamanya.

Friday, February 6, 2015