Saturday, August 15, 2015

KEGAGALAN ITU UJIAN, KEJAYAAN JUGA UJIAN

Alhamdulillah. Kenangan indah tercatat beberapa kali sepanjang Jun-Ogos ini. Jun lepas, kami diraikan sebagai salah seorang daripada ribuan award achievers di Shaklee National Convention, di MIECC, Serdang. Menerima 3 kategori award, moga pencapaian kecil ini dapat terus meningkatkan motivasi, azam dan usaha untuk terus memberi ~ membantu meningkatkan nilai kesihatan dan nilai hidup orang lain, terutamanya orang yang kita sayang!. 

Berada dalam sebuah keluarga Shaklee yang besar, yang hampir kesemuanya terdiri daripada muslimah profesional yang kini bergelar WAHM, ukhuwwah dan ilmu subur dan dibudayakan, saling memberi sokongan walaupun ada di antara kami tidak pernah bersua muka pun, tetapi saling berkomunikasi setiap hari, dan paling best, belajar mendekatkan diri denganNya melalui platform yang paling disarankan Nabi SAW ini.   




Dua minggu selepas itu, diizinkan Allah naik ke pentas Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, menerima dua anugerah yang tak pernah terfikir akan memperolehinya pada tahun ke-11 bekerjaya dalam profesion ini. Dan awal Ogos lalu, sekali lagi menerima anugerah kategori-kategori yang sama di dewan besar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darul Aman. Terasa manisnya sebuah pencapaian apabila redha dengan kerjaya pilihan ibu bapa. Apa pun, perjalanan baru sangat bermula dan banyak lagi cabaran, pahit getir yang harus ditempuh selepas ini.

Dedikasi kejayaan kecil ini buat insan yang banyak berkorban dan mendoakan setiap hari, suami dan anak-anak tersayang juga keluarga dan rakan-rakan.

Tq Allah.







Walau bagaimanapun, pesanan ibu tetap disemat dalam hati. Kegagalan adalah ujian, kejayaan juga ujian. Semoga peristiwa-peristiwa indah ini (beserta scene-scene yang bakal berlaku di sebaliknya), dilihat dengan pandangan yang positif, terus ditafsir dalam hati, seterusnya menjadi wake up call untuk memuhasabah diri menjadi insan yang lebih bermanfaat, lebih tunduk kepada perintahNya melalui didikan-didikan ini.

Selamat malam.

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad