Thursday, January 5, 2017

KEPERLUAN AIR MINUMAN BERSIH DAN BERKUALITI DI MANA SAJA!

Wah, awal-awal tahun macam ni, ramai ibu share tentang anak-anak mereka. Ada yang masuk tadika, darjah satu dan tak kurang ramai yang menghantar anak-anak memasuki tingkatan 1 di sekolah berasrama. Begitulah putaran usia. Sampai masa, anak-anak kita akan pergi seorang demi seorang untuk membina masa depan. Redhalah dan beri support terbaik!

Bagi ibu-ibu yang menghantar anak ke asrama, antara perkara yang selalu mereka bimbangkan ialah mengenai air minum. Betul, ada sesetengan asrama menyediakan mesin penapis air. Bagi yang tak ada, jenuh juga ya beli air botol dari kantin, dewan makan atau koperasi sekolah, lagi jenuh bila ibu bapa terpaksa hantar air minuman untuk stok beberapa hari!. Macam kakak saya di MRSM dulu :-)

Tak kurang juga kita dengar tentang banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur kali ni. Sangat simpati dengan mangsa banjir yang terpaksa berhimpitan di pusat-pusat perlindungan dan hidup sekadarnya sementara menantikan banjir surut. Pastinya mereka memerlukan makanan dan minuman yang cukup, terutama ibu-ibu hamil, berpantang, menyusu, kanak-kanak serta bayi yang memerlukan air minuman yang bersih. 

Shaklee ada solutionnya!


Ini penapis air mobil Get Clean Water. Multipatented Get Clean Water Pitcher ni menggunakan blok pepejal karbon untuk menapis dan membersihkan air. Setiap penapis air bersih mengendalikan 80 gelen air dan setiap penapis diperbuat daripada tempurung kelapa yang mampan karbon dengan menggunakan proses zeroemission.

Penapis ni adalah water-filtration pitcher yang pertama dengan sistem penapis karbon blok yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah sisa ke tapak pelupusan, kan!


Lihatlah, Get Clean Water Pitcher ni disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) boleh mengurangkan sehingga 99% lead serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain yang hadir dalam air dan boleh membahayakan kesihatan!.


Tengok air ni. Gelas sebelah kiri merupakan air bersih setelah dituras dan rasanya sedap serta halus!. Dan paling bagus, satu penuras dapat menuras 303 liter atau 80 gelen air di mana dua kali ganda lebih banyak berbanding penuras jenama lain. 

Jangan risau tentang perlu servis atau tak Get Clean Water Pitcher ni, sebab meter akan menunjukkan bila anda patut tukar penapis yang anda boleh lakukannya sendiri!. 

Setiap penapis yang diberikan dalam set ini mampu bertahan sehingga lebih 3 bulan atau apabila meter telah menunjukkan turasan mencecah 80 gelen air. So kalau 3 penapis?. Berbaloi kan!



Jadi inilah antara keperluan utama yang patut disediakan semasa kita bermusafir, kepada anak-anak di asrama dan paling penting, standby semasa menghadapi sebarang kemungkinan bencana!.

Jom baca apa kata pengguna Get Clean Water Pitcher ni!









Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, January 3, 2017

PENYUSUAN SUSU IBU DI KALA BENCANA BUKAN SEKADAR AMALAN PICISAN!

Musim banjir sekarang. Kesian bayi kecil dan ibu-ibu kan. 

Kalau orang tanya, susu apa yang nak beli untuk beri bantuan, saya tak ada jawapannya. Kalau susu formula, faham-fahamlah, nak dapatkan air panas, air masak, botol susu dan sebagainya pada masa-masa genting begini. Apa pun, semoga dipermudahkanlah urusan ibu-ibu ini. Kita bantulah mereka, penuhi keperluan mereka.

Tak ramai orang mengetahui tentang penyusuan susu ibu. Masih ramai yang kurang ilmu dan kurang kesedaran tentang pentingnya penyusuan, terutamanya ketika bencana.

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, insyaAllah mungkin tidak menghadapi masalah. Kalau ada pun, mungkin ibu perlu minum air masak dengan cukup supaya tidak dehydrate. Dan air masak pun, perlu dipastikan dimasak dengan sempurna untuk mengelakkan ancaman penyakit berjangkit.


Kenapa penyusuan susu ibu sangat penting semasa menghadapi bencana?

  • Penyusuan bayi dapat menyelamatkan nyawa semasa bencana melanda
Susu ibu bukan sahaja mengandungi nutrisi lengkap untuk bayi, ia juga mengandungi antibodi yang dapat melidungi bayi dari jangkitan kuman dan penyakit. Semasa bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya – kita terdedah dengan ancaman penyakit berjangkit seperti kolera, demam kepialu, cirit-birit dan sebagainya akibat persekitaran yang kotor, air yang tercemar dengan kumbahan dan bangkai haiwan. Kanak-kanak dan bayi terutamanya adalah golongan yang mudah diserang oleh penyakit dalam keadaan begini. Makanan yang paling selamat bagi bayi adalah susu ibu. Oleh itu – amat digalakkan untuk para ibu untuk meneruskan penyusuan di kala menghadapi bencana alam.

Tekanan dan kelaparan tidak menjejaskan kualiti dan jumlah susu ibu yang dihasilkan
Kebanyakan ibu risau tidak dapat meneruskan penyusuan semasa bencana akibat tertekan dengan persekitaran serta mereka sendiri berfikir yang keadaan ibu yang lapar tidak mampu menghasilkan susu untuk bayi. Ini tidak benar sama sekali. Susu ibu dihasilkan dengan menggunakan stor simpanan di dalam badan ibu. Nutrisi yang dikandung dalam susu ibu tidak terjejas walaupun si ibu dalam keadaan kebuluran. Yang penting, si ibu perlu diberikan sokongan moral dan emosi untuk teruskan menyusu anak mereka. Kepada tenaga bantuan bencana alam, adalah penting untuk memastikan ibu-ibu yang menyusu mendapat ruang yang lebih privasi untuk memudahkan ibu menyusu dengan aman. Berikan keutamaan bekalan makanan untuk si ibu yang menyusu supaya mereka lebih bertenaga untuk meneruskan penyusuan dan menjaga keperluan bayi mereka. Jika jumlah susu badan berkurangan, galakkan ibu untuk menyusu lebih kerap – setiap 2 jam sekali atau 8-12 kali dalam sehari.

Bayi yang kurang sihat lebih memerlukan susu badan
Kanak-kanak dan bayi 5 kali lebih mudah meninggal dunia, mengalami dehidrasi melampau akibat diserang penyakit berjangkit khasnya diarrhea (cirit-birit). Bayi yang menyusu badan mempunyai kurang risiko untuk mengalami cirit-birit. Bagi bayi yang telah diserangkan penyakit, teruskan penyusuan bayi kerana susu ibu mengandungi faktor imun dan nutrien yang dapat membantu melawan penyakit. Malah susu ibu mengandungi kandungan air yang tinggi dan mampu mengurangkan risiko dehidrasi. Air kosong, teh, air garam atau ‘electrolyte solutions’ bukan lah alternatif yang sama baik jika dibandingkan dengan susu ibu.

Bagi ibu yang tidak pernah menyusukan badan – mereka boleh memulakan semula penyusuan
Untuk ibu yang tidak pernah menyusu, mungkin mereka beranggapan adalah mustahil untuk mereka memulakan penyusuan semula khususnya semasa keadaan yang tertekan seperti bencana alam. Namun, tiada yang mustahil dalam hidup ini. Proses untuk memulakan penyusuan bayi dinamakan relaktasi. Ada banyak cara dan teknik yang boleh digunakan untuk memperkenalkan bayi kembali kepada penyusuan badan.

Susu formula boleh membahayakan bayi khususnya yang berusia kurang dari 6 bulan
Keadaan persekitaran yang kotor dan tiada bekalan air bersih atau kemudahan memasak boleh menyebabkan kesukaran untuk menyediakan susu formula yang selamat. Jika si ibu perlu memberi susu tepung formula untuk bayi atau anak mereka, diingatkan untuk HANYA menggunakan air bersih yang telah dididih sekurang-kurangnya 1 minit lebih pada suhu tinggi. Ini untuk memastikan kuman dalam air mati dan tidak membawa mudarat. Bekas susu yang digunakan juga perlu dibasuh dengan air bersih dan dinyahkuman dengan seeloknya. Bagi ibu yang menyusu badan secara langsung, langkah keselamatan ini tidak diperlukan kerana susu badan sudah dalam keadaan steril.

Penyusuan bayi memudahkan si ibu 
Bagi ibu yang menyusu badan – adalah mudah untuk mereka menyusu di mana-mana mereka berada. Malah, mereka boleh menggunakan kain gendong untuk membantu mereka menyusu ‘on-the-go’ di tempat awam ataupun keadaan bergerak sekalipun. Juga, mereka tidak memerlukan alatan tambahan seperti alat sterilisasi, botol susu, bekas air masak dan sebagainya untuk menyediakan susu mereka kerana susu badan sudah tersedia untuk digunakan. Ini memudahkan si ibu untuk bergerak menyelamatkan diri tanpa dibebankan untuk membawa bekalan susu tepung dan alatan tambahan untuk menyusu.

Penyusuan bayi dapat menenangkan bayi dan ibu
Semasa menyusu – hormon oksitosin dirembeskan. Hormon ini berupaya untuk menenangkan emosi ibu yang tertekan akibat menghadapi bencana. Bayi yang menyusu juga senang ditenangkan kerana semasa menyusu, si bayi berada di dalam dakapan erat ibu. Keadaan ini menggalakkan rasa selamat dan aman bagi si bayi.

Penyusuan bayi membantu regulasi suhu badan bayi
Semasa bencana, bayi terdedah dengan hawa sejuk dan panas persekitaran. Penyusuan bayi dapat melaraskan suhu bayi melalui mekanisma termoregulator yang diaktifkankan oleh dakapan kulit ibu ke kulit bayi secara langsung (direct skin to skin). Dengan cara ini kita dapat melindungi bayi dari kesan ‘hypothermia’.

Kepada para sukarelawan, terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada ibu-ibu ini. Sesungguhnya mereka sedang berkorban, memberikan yang terbaik kepada anak mereka supaya urusan kalian mengendalikan mereka juga menjadi mudah. Win-win situation, kan!


Mungkin anda terkesan dengan situasi ini;


“I am breast-feeding, so I can feed babies. I didn't think of it much,” Jiang Xiaojuan said. 
It is a mother's reaction and a basic duty as a police officer to help.

Wah, tabik. Tapi untuk kita yang muslim ni kena fikirkan juga ya, terutamanya tentang isu nasab. Kalau sekadar beri sedikit, dengan keizinan suami, tak menjadi masalah.

Apapun, beruntungnya jadi ibu yang menyusu ni. 
Sememangnya saranan agama itu tentu ada kebaikannya!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad