Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, December 19, 2020

18 TIPS HIDUP BEBAS HUTANG & BEBAS KEWANGAN


Assalamualaikum,  KakDinas sure semua anda nakkan hidup yang tenang dan bebas hutang, kan! 


Jom baca tips ni ;

💰 Baca buku kewangan peribadi. Semakin banyak ilmu kewangan, semakin bertambah kaya kita

💰Belajar berniaga sambilan selain daripada kerja makan gaji

💰Beli cash tunai. Elakkan hutang atau kad kredit

💰Berbisnes dahulu sebelum invest

💰Bersedekah setiap hari, rezeki semakin luas dan bertambah

💰Buat duit daripada aset

💰Buat pinjaman baik – iaitu untuk gandakan lagi pendapatan, bukan untuk nilai yang susut seperti beli rumah sebagai investment

💰Doa spiritual (doa) disertai dengan doa praktikal (usaha) untuk bebas hutang dan bebas kewangan

💰Hidup di bawah kemampuan, belanja ikut keperluan dan bukan kemahuan

💰Korbankan waktu menonton TV untuk fokus bisnes kita

💰Mulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan 

💰Perbanyakkan simpanan untuk dilupakan

💰Simpan sekurang-kurangnya 10% dari wang gaji setiap bulan ke akaun simpanan untuk dilupakan

💰Sumber pendapatan orang kaya dan berjaya adalah melalui bisnes dan pelaburan

💰Tetapkan matlamat memiliki pendapatan pasif dan bebas kewangan

💰Tukar duit simpanan yang agak-agak tidak digunakan ke pelaburan jangka panjang seperti emas

💰Tulis senarai barang yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah

💰Wujudkan dana kecemasan untuk digunakan waktu kecemasan


JOM, JOIN KAKDINAS SETTLEKAN HUTANG,

KITA BANGKIT BERNIAGA!

klik saja https://jomkakdinasbantu.wasap.my


Jadi ahli Shaklee dan dapatkan PENJIMATAN BESAR, just fill in the form di sini

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=888128


Friday, August 10, 2018

TIPS - REDAKAN KEGATALAN PADA KULIT

Assalamualaikum semua, 

Gatal ni boleh jadi nikmat (bila digaru sedap), boleh juga jadi musibat. Ya lah, kalau kita alami kegatalan yang amat sangat, siap berair pulak tempat tu, kalau kita menggaru saja, gatal boleh merebak pula ke tempat lain. 

Ada caranya bagaimana nak redakan kegatalan menggunakan bahan-bahan mudah yang ada di sekeliling kita. 

Tapi ingat, kalau dah kronik, eloklah rujuk kepada pakar kulit ya! 


Thyme ni kita selalu tabur atas daging atau ayam yang nal dibakar tu kan... Wangi ja bau. 

Macam mana cara nak guna untuk redakan kegatalan kulit, just rebus satu sudu daun thyme dalam periuk. Tapis airnya kemudian basahkan kain dengan air rebusan thyme.  

Lap pada tempat yang gatal. Atau buat mandian ja senang!


Thyme ni kita selalu tabur atas daging atau ayam yang nal dibakar tu kan... Wangi ja bau. 

Macam mana cara nak guna untuk redakan kegatalan kulit, just rebus satu sudu daun thyme dalam periuk. Tapis airnya kemudian basahkan kain dengan air rebusan thyme.  

Lap pada tempat yang gatal. Atau buat mandian ja senang!


Korang tau ke, daun basil ni yang mana... Orang Melayu kata daun selasih. 

Daun ini selalunya digunakan dalam masakan seperti spageti atau pizza. Daging goreng kaprau  ala Thai yang letak daun selasih pun sedap. 

Aishh... Cerita makan pulak. 

Daun ni pun bagus untuk redakan kegatalan kulit tau.  Caranya... 

Tumbuk sehingga lumat dan tekap pada tempat gatal. 

Of course kena buat selalu!



Ni best sebab kecik-kecik dulu selalu main daun lidah boya ni... Kalau kena lidah memang kelat. 

Syok sapu lendir atau gel lidah boya ni... Sejukkk saja. 

Kalau ada gatal-gatal, sapu gel aloe vera pada bahagian yang gatal dan biarkan sampai kering.


Caranya, guna bebola kapas dan sapu pada tempat gatal

Yang ni memang kita rasa lega bila rasa gatal-gatal tu reda. 


Selalu sental kulit muka saja kan... Rupanya boleh hilangkan gatal juga! 

Caranya macam guna cuka epal juga,  basahkan bebola kapas dalam jus lemon dan sapu pada tempat gatal. 

Biarkan ia kering dan bilas. Buatlah selalu.. Sure hilang gatal, kulit pun makin mulus dan wangiiiii!


Garam biasa bukan saja digunakan dalam masakan semata, tapi garam juga berkuasa untuk menyingkirkan sel kulit mati. Garam laut kaya dengan mineral dan merupakan pilihan terbaik untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi.


Butiran kasar pada garam bagus untuk pengelupasan sel-sel kulit mati pada wajah. Urut lembut dalam pergerakan bulatan pada wajah atau pada kawasan yang memiliki sel kulit mati. Geseran garam pada kulit membuat sel-sel kulit mati tertanggal dengan sendirinya.
Lakukan di waktu malam sebelum tidur adalah langkah yang bijak. Jika mahu kesan yang lebih sempurna campur minyak zaitun pada garam agar kulit menerima lembapan daripada minyak zaitun tersebut.



Sedapkan minum susu suam dengan oat... Kakdinas sukaaaa sangat!
Jangan makan semua oat tu. Boleh bantu time badan tengah menggatal, ops!...  Kulit badan gatal-gatal tau 😆
Caranya...
Masukkan sedikit air ke dalam satu cawan oatmeal.
Buatla macam masker pada bahagian yang gatal dan tutup dengan kain selama setengah jam.
Kemudian bilas. Jangan x bilas pulak!


Jadikan pes dengan mencampurkan satu sudu air bersama tiga sudu soda penaik. 

Sapu pada bahagian gatal. 

Buatlah selalu sampai rasa gatal hilang.

Selain itu,  boleh juga buat pes tepung sagu, bancuh sesudu teh tepung sagu dengan sedikit air, lepas tu masukkan cuka makan sebanyak empat titik dan sapu kerap-kerap di kulit yang gatal!

Ni petua orang lama. Try la kalau nak tau keberkesanannya!


Kalau dah segan sangat nak buat semua di atas, ada satu cara yang mudah dan berkesan. 

Of course dengan Herbal Blend Shaklee! 

Sapukan sekerap mungkin di kulit. Takde paraben, takde bahan chemical. Herbal Blend natural based. InsyaAllah boleh pakai seisi rumah termasuk baby. 

Lagi bagus kalau kita combinekan dengan Basic H. Jadikan macam sabun dan air mandian. 

Pengalaman sendiri, boleh redakan panas, miang. Lepas mandi, lap kering-kering dan sapu Herbal Blend pulak... 

Selalu kakdinas buat bila anak-anak kena chicken pox... Alhamdulillah. 

So mama sekalian, jadikan Herbal Blend sebagai item wajib ada dalam first aid kit di rumah masing-masing ya! 

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, January 2, 2018

TIPS : GO AWAY LALAT!

Bila sebut pasal lalat, boleh terbayang tak, ada masanya lalat banyak sangat.
Dah la besar, hijau, siap bertelur bentuk bunga bagai atas ayam goreng korang.
Pening lalat kita dibuatnya 😅
Selalu nak halau lalat, kita biasa tengok orang guna buku lalat, getah lalatdan ada juga yang lap meja guna larutan bancuhan dettol, even larutan cecair peluntur pun ado!
Tapi cara ni bukan saja bahaya kat lalat, tapi silap-silap kita pun kena tempiasnya sekali, tambah-tambah yang ada alergi.
Jom kita tengok apa lagi cara lain boleh halau lalat di rumah, tapi dengan kaedah yang lebih mudah dan SELAMAT!
* menuntut dengan pokcik Google 😎😎

Yang ni kat dapur selalu ada. Melainkan korang jarang masak.
Limau purut dan cengkih, kedua-duanya mengeluarkan aroma yang wangi untuk kita. 
Tetapi tidak untuk lalat.
Sebab tu boleh halau lalat dengan cara ni.

Caranya mudah, potongkan limau purut, lemon, atau limau nipis kepada 2 bahagian. Kemudian, cucukkan cengkih seperti dalam gambaq tu.
Biarkan limau ini di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat.
Bukan saja lalat, nyamuk pun pening!

Satu lagi tumbuhan yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan bagi lalat dan serangga adalah serai.
Seeloknya, tanam pokok serai wangi di sekitar rumah. Kalau tak dapat, gunakan serai wangi ini untuk membuat semburan organik.
Caranya senang. Ambil segenggam serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering.
Kemudian, campurkan pes ini ke dalam secawan air biarkan semalaman. Esoknya, tapiskan hampas dan masukkan ke dalam botol spray. Siap!
Semburkan pada tingkap, pintu, tong sampah dll. 
Lalat memang x berehi nok mari!


Cara ni kita selalu tengok orang kat kedai makan atau restoran buat.
Caranya mudah saja, isikan air ke dalam sebuah plastik jernih dan gantungkan pada tempat yang banyak lalat. Kalau nak elakkan daripada memasuki rumah, gantungkan pada pintu dan tingkap.
Menurut Home Remedies For Life, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat. 
Lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.
Ha...saintifik tak??
Ada juga yang memasukkan beberapa keping syiling untuk menambahkan ‘silau’ kepada lalat ini.
Tertipu lalat kau!


Timun adalah sejenis lagi bahan yang dibenci oleh lalat. Tapi jus timun sedap tau. Korang pernah minum tak?? 😋
Untuk mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah, letakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di atasnya.
Boleh la jugak letakkan timun ini di atas meja atau di sekitar pintu dan tingkap rumah. Biar lalat stress.
Ingat timun boleh buat masker saja ka?? 😆😆

Aroma kayu manis juga boleh digunakan untuk menghalau lalat yang berkeliaran dalam rumah kita.
Caranya, tumbukkan kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi dalam rumah.
Untuk menambahkan kesan dramatik 😂😂😂, juga, boleh juga tambahkan bawang putih dan serbuk cili ke dalam kayu manis yang ditumbuk tadi. Masukkan ke dalam kain perca dan gantungkan.
Kalau daun kari, ambil secekak daun kari dan rendamkan ke dalam air bersih.
Aroma yang dihasilkan ini juga akan menghindarkan lalat jauh-jauh. Janji rajin buat dan sabar!

Petua halau lalat yang seterusnya adalah dengan menggunakan lilin.
Apabila menyalakan lilin, habanya akan menyebabkan lalat tak suka.
Petua kata kalau guna lilin beraroma lebih baik, sebab lalat amat bencikan aroma herba seperti lavender, lemon, atau pudina.
Akak diffuse terus oil, especially lemongrass atau mana-mana yang sesuai...aroma pi ke seluruh rumah. Senang!


Ada juga orang petua letakkan cili (dibelah dua) di atas meja especially masa tengah makan. Nak tau berkesan ke tidak, cubalah buat!

Kibas-kibas tangkai belimbing kat lalat-lalat tu. 
Bertempiaran dia terbang sakit kena tibai. Siap dengan aroma daun belimbing yang sememangnya lalat tak suka!


Kalau korang malas sangat, itu x ada, ini x ada, payah-payah sangat, korang beli ja dengan akak Basic H ni. 
Bancuh beberapa titik Basic H, pastu spray ja kat tempat lalat selalu lepak tu. Buat macam fogging gitu.
Lap meja dengan Basic H juga ya, jangan lupa.
Biar lalat segan nak datang rumah korang bila bersih.
Janji organik, ye tak!

Selamat mencuba!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, October 21, 2017

ALAMAK ESOK DAH MASUK KERJA!

Esok dah kerja balik ke?

Chill la. Buat macam biasa, manfaatkan hari last cuti dengan perkara yang menyeronokkan dengan keluarga.

Nak stress-stress buat apa. Masa tetap berjalan, esok kau kene pi kerja jugak hehe.

Jom tengok apa yang kita boleh buat untuk pastikan kita enjoy hari last cuti ni.


Tanya anak-anak,  nak ibu masak apa hari ni?. Ajak mereka buat sama-sama, sebab kita tak tau saat ini akan berulang lagi atau tidak pada masa akan datang!


Bestnya kalau dapat menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di pantai pada waktu petang, tengok feri berulang-alik,  tengok nelayan balik menangkap ikan, tengok orang mencari mentarang sambil makan collek,  laksa, bihun sup dan ais kacang.... Ohsem!


Ajak anak-anak main di laman. Main aci sembunyi, main badminton, atau temankan saja depa riuh-rendah bermain. 

Kita?

Belailah pokok-pokok bunga yg ada. Habaq kata esok mama dah masuk kerja... 😂


Best jugak ni ajak adik-beradik atau jiran makan-makan,  buat pot luck sambil tengok drama atau movie yang korang dah rakam di Astro 😆


Hilangkan resah dengan window shopping. Cuci- cuci mata, survey apa yang terbaru viral di pasaran. Kalau ada duit, shopping teruslah, ok apa lagi. 

Esok boleh pakai kasut atau shawl baru ke tempat kerja, ye tak?


Boring sangat tak tau nak buat apa, ajak anak-anak main games. Sambil bergelak-ketawa,  sure boleh lupa sekejap esok dah kerja kan!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, October 14, 2017

MENABUNG DENGAN HAPPY, BARU PUAS HATI!

Ramai nak ajak anak menabung ya.

Bagus lah macam tu... Kita ajar menabung duit dulu,  pastu pelan-pelan ajaq menyimpan emas la pulak, kan!

Langit x selalunya cerah
Panas kadangkala xlah sampai ke petang

Jom akak share, apa yang kita as young parents boleh buat untuk galakkan anak-anak menabung 😊


Anak-anak minat apa? 
Kalau dapat belikan mereka tabung kegemaran,  ia akan secara tak langsung menarik minat mereka menggunakannya!


Ibu boleh bekalkan makanan untuk anak-anak ke sekolah.  Pastikan lengkap,  seimbang dan sedap.  Barulah anak tak beli makanan yang bukan-bukan di sekolah sekaligus dapatlah mereka menyimpan duit dalam tabung. 

Pujilah anak-anak kalau mereka dapat menabung lebihan wang saku setiap hari!


Nak feel lagi best, bila berat sikit tabung tu,  ajak anak-anak buka akaun di bank. Tunjukkan nilai simpanan yang dicetak di buku bank. Tentu seronok bila nilai tu bertambah sedikit demi sedikit nanti! 

Buka akaun bagi kita biasalah kan... Tapi untuk anak kita,  dia akan rasa power!!


Yang ada ramai anak, boleh wujudkan suasana persaingan sihat antara mereka. Beri hadiah kepada penyimpan terbanyak setiap bulan,  contohnya belanja makan makanan kegemaran mereka,  mungkin!


Selitkan tentang kelebihan menabung dalam cerita-cerita kita semasa di meja makan,  selepas solat berjemaah, mahupun sebelum tidur.  Ajak mereka tulis perancangan yang mereka mahu capai dan bantu susunkan strategi mengumpul duit ke arah mencapai tujuan tersebut. 

Best kan kalau tercapai?


Nak wujudka suasana seronok menabung,  boleh saja kita cadangkan kepada anak supaya mewujudkan tabung unik sebegini. 

Sisihkan wang syiling RM0.50 setiap kali berbelanja untuk dimasukkan ke dalam tabung. 

Tanpa disedari, nilai simpanan mereka akan banyak, sangat banyak! 

Percayalah!


Mestilah. 

Suruh saja tapi kita sendiri tak amalkan, nak buat apa. Jangan la pulak kita yang pergi pinjam duit tabung mereka.

Apa kata aktiviti menyimpan yang kita buat,  sentiasa libatkan anak bersama-sama supaya wujud rasa pentingnya menabung di samping menanam rasa tanggungjawab dan amanah dalam diri mereka. 

Kami dah mulakan. 
Anda bagaimana?

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Sunday, October 8, 2017

NAK MINUM AIR MASAK PUN SUSAH!

Itulah...

Anak-anak ni, kalau ajak makan aiskrim,  makan coklat laju ja kan. Tapi kalau lepas tu suruh minum air especially plain water, bukan main susah.

Sebagai mak, kena kreatiflah kita ni. Di bawah ni antara tips yang kita boleh buat untuk ajak anak tersayang minum air masak tanpa disedari 🤗🤗


Sediakan setiap anak kita sebotol air masak, dan  galakkan mereka habiskan. Anak yang berjaya habiskan air masak mereka,  rewardlah something ya. Baru seronok laksanakan pertandingan sihat ni bersama-sama!


Yang penting,  fun. Mana taknya,  bila slurppp,  air lalu depan mata!.
Sedar x sedar,  habis satu gelas air diminumnya.
Senang kan!


Psikologi ja ni... Kadang-kadang bukan saja menarik perhatian anak-anak untuk minum dalam botol cantik,  kita mak-mak ni pun tergoda 😍😍😍


Kalau dah suka aiskrim, apa kata buat ais kiub dengan plain water, susun buah2 dalam tu... Blend buah dan bekukan pun boleh.  Nanti nak minum, rendamkan dan nikmati kesejukan air berperisa buah yang best ni!


Kalau ada slow juicer, boleh dapat jus pure punya.  Kalau x ada pun x apa. Kisar buah dengan air masak. Buat sedap-sedap ya!.
Minum berjemaah seisi keluarga di hari yang panas,  aduhaiiii...

dan yang terakhir,

Apa lagi,  kita la kena start dulu!. 
Walk the talk 👌

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Sunday, November 13, 2016

KEJAYAAN PENYUSUAN DALAM KALANGAN CIKGU-CIKGU :-)

Disebabkan saya cikgu yang telah melalui pengalaman ini, jadi jomlah kita berkongsi rasa sedikit dan saya kongsi juga sedikit maklumat daripada Dr. Faridah Idris, penulis buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu.

Bidang perguruan ni memang mencabar. Nak cari masa memerah susu, InsyaAllah ada tetapi bila berada dalam keadaan kesibukan kerja, ditambah pula dengan stress melayan pelbagai kerenah di sekolah boleh memberi tekanan kepada kita. Bila stress, apa akan jadi?. Ya, sedikit sebanyak akan mempengaruhi penghasilan susu. Setakat ni Alhamdulillah la di sekolah saya, kami ibu-ibu menyusu tidaklah menerima reaksi negatif berkaitan dengan penyusuan ini, sebaliknya niat murni kami ini dipermudahkan Allah dengan memberi kami peluang mengepam secara berjemaah sambil bertukar-tukar fikiran dan ilmu tentang keibu bapaan!




Baiklah, untuk anda cikgu comel yang kuat semangat mahu memberi yang terbaik untuk si manja, ni antara tips yang dkongsikan untuk membantu anda melalui fasa penyusuan di tempat kerja dengan mudah:
  • Berbincanglah secara jelas dengan Pengetua ataupun guru besar hasrat untuk menjayakan penyusuan anak. Sebaiknya, perbincangan dibuat semasa hamil lagi supaya pihak sekolah ada masa yang cukup untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Maklumkan kepada mereka bahawa jika anda menyusukan anak, InsyaAllah anak-anak biasanya sihat dan jarang ditimpa penyakit. Anda sendiri akan kurang mengambil cuti dan pastinya pekerjaan anda nanti tidak begitu terganggu. Ingat, cakap baik-baik ya. Mana tahu, ada rezeki, sudahlah pihak sekolah memberi kebenaran, disediakannya pula bilik atau ruangan khas untuk anda mengepam susu!
  • Berbincang dengan guru jadual waktu supaya dapat memberikan waktu senggang pada sebelah pagi untuk anda mengepam ketika itu. Hmmm. Berdasarkan pengalaman, saya rasa tak perlu mengganggu jadual waktu sedia ada semata-mata untuk memenuhi kehendak kita seorang. Bukan sepanjang waktu kelas berlangsung, kan. Dan jadual kerja guru bukanlah rigid sangat macam kerja di pejabat atau kilang. Pastinya ada masa senggang antara kelas. Jadi, ambillah kesempatan pada waktu-waktu tersebut untuk mengepam dengan fokus. Daripada anda membuang masa bergosip, kan. Macam saya, selepas sesi pengepaman pertama sebelum subuh, saya akan mengepam sebentar usai solat dhuha (antara waktu P&P saya) dalam jam 10.15 pagi. Dan kebetulan pada waktu tersebut, pelajar sedang rehat kan. Jadi, mengepam 20 minit sudah memadai. Kemudian, selepas solat Zohor kira-kira 3 jam kemudian, saya mengepam sekali lagi sebelum pulang ke rumah. Jika tidak sempat, balik rumah, saya direct feed anak saya sambil sebelah lagi saya pam. Selesai menyusukan anak, saya tukar pula ke sebelah lagi, begitu juga dengan mengepam. Jangan risau takut susu tak ada. Semua bergantung pada minda kita. Konsep pengeluaran air susu ni macam 'pam tandas' lah. Sekali pam, air akan masuk semula ke tangki kan. Haa...macam tulah penyusuan. Bila kita kosongkan payu dara, otak akan beri signal kepada badan untuk menghasilkan susu lagi dan lagi. Tandem nursing memang akan membantu susu anda banyak, percayalah!. Cara sebegini akan menyebabkan saya dapat membawa pulang sekurang-kurangnya 30 oz susu sehari!
  • Berbincang dengan rakan-rakan yang memerah susu berkenaan tempat-tempat yang sesuai dijadikan tempat memerah susu. Ya, betul. Saya mengepam di surau guru wanita sahaja, dengan kebenaran pihak sekolah. Memang dilihat oleh rakan-rakan lain yang masuk ke situ, tetapi rupanya memberikan inspirasi kepada mereka untuk turut menyusukan anak mereka apabila masa mereka tiba!
  • Perah secara hands free. Tak semestinya menggunakan alatan yang mahal. Ada tekniknya seperti menggunakan sebelah tangan bagi menstabilkan corong dan meletakkan botol susu rapat dekat meja. Sebelah tangan lagi bolehlah guna untuk menanda kertas ke, menaip ke kan. Masa menyusu anak bongsu dulu, saya dimurahkan rezeki memiliki pam Medela Freestyle, so lagiiii mudah. Kedua tangan dapat digunakan untuk buat kerja tanpa perlu fikirkan susu akan tumpah. Sekarang ni dah macam-macam jenama freestyle pump yang dah ada di pasaran. Pilih sahaja ikut kemampuan anda!


  • Berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan dengan rakan-rakan sekerja pada awal kehamilan. Ia dapat mengelakkan rasa tidak puas hati rakan-rakan yang tidak memahami penyusuan dan keperluan memerah di sekolah.
  • Minta kebenaran Pengetua atau Guru Besar untuk menyusukan anak pada waktu rehat sekiranya rumah pengasuh dekat dengan sekolah. Ia dapat menjimatkan masa memerah. Saya dulu buat satu surat kepada pentadbir memaklumkan serta memohon keizinan mengenai perkara ini. Bila keizinan besar diperoleh, maka saya setkan alarm dengan ring tone suara anak menangis bila sampai masanya. Dan terus keluar ke rumah pengasuh tanpa perlu memohon keizinan sampai 5 kali sehari!. Tapi ingat, uruskan waktu P&P anda dengan baik, jika waktu menyusu bertindih dengan waktu mengajar anda, eloklah anda pergi menyusu terlebih dahulu sebelum masuk kelas, atau jual beli jadual dengan rakan-rakan guru anda!. Itulah pentingnya persefahaman dan komunikasi yang berkesan dalam kalangan rakan!.
Walau apa pun, yang penting komitmen terhadap kerja jangan diabaikan dan pandai-pandailah mengatur urusan anda kerana anda sendiri sudah tahu bahawa komitmen terhadap dunia kerjaya dan dunia penyusuan sama besar!. 

Guru yang memerah susu di sekolah pastinya menghargai setiap masa terluang bagi menyiapkan segala kerja dan biasanya TERPAKSA menjadi pandai membahagikan masa terhadap banyak perkara. Sekiranya tidak sempat memerah di sekolah, gantikan sesi tersebut di rumah untuk mencukupkan bekalan anak kita. Pengalaman saya, sebaik sahaja pulang ke rumah, saya akan terus menyusukan anak di sebelah dan mengepam secara tandem nursing di sebelah serentak. Yang penting, stok susu setiap hari mencukupi, Alhamdulillah.


Oh ya. Bukan cikgu pun boleh baca tau. Sama saja sebenarnya. Tak kira siapa, kejayaan penyusuan tu sebenarnya adalah daripada kekuatan kita sendiri. Azam dan tekad kita kuat, walau tanpa dorongan, walau tanpa persekitaran kondusif, tetapi dengan ilmu, InsyaAllah moga segalanya dipermudahkan!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad