Saturday, August 22, 2026

BAGUSNYA BILA ENERGETIK SOKMO!

Kan!. Tapi selaras dengan peningkatan usia, tenaga tubuh perlu diusahakan.


Islam juga menyarankan agar kita menjaga tubuh agar kekal bertenaga merangkumi konsep pemakanan sihat secara sederhana, rehat yang cukup, dan aktiviti fizikal. 

Badan yang kuat dan sihat adalah satu amanah serta nikmat untuk memudahkan urusan ibadah kepada Allah.

Caranya;

👉Pemakanan Sederhana dan Berkualiti

Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Bahagikan isi perut kepada tiga bahagian: 

✅ sepertiga untuk makanan

✅ sepertiga untuk minuman

✅ sepertiga untuk udara.

Pilih makanan yang baik dan halal (halalan toyyiban), serta amalkan makanan sunnah seperti madu, kurma, dan buah-buahan segar.


👉Rehat dan Tidur yang Cukup

✅ Tidur awal pada waktu malam dan bangun awal (sebelum Subuh).

✅ Tidur qailulahu (tidur sekejap pada waktu tengah hari) jika perlu untuk mengembalikan tenaga fizikal.

Rehat adalah cara semula jadi tubuh meregenerasi sel dan tenaga.


👉Aktiviti Fizikal dan Kecergasan

✅ Amalkan berjalan kaki (contohnya ke masjid) untuk melancarkan peredaran darah.

✅ Lakukan aktiviti fizikal yang diajar atau disukai Nabi seperti berenang, memanah, atau berlari.

Niatkan setiap gerakan dan penjagaan kesihatan sebagai ibadah untuk menguatkan diri beramal.


Ni pun salah satu sebab kenapa badan bertenaga perlu diusahakan;


Memandu dalam keadaan segar dan bertenaga adalah amat penting untuk mengelakkan kemalangan akibat hilang fokus atau tidur sekelip mata (microsleep)

Anda perlu mendapat tidur yang cukup, berehat di R&R jika penat, dan mengelakkan makanan berat sebelum memulakan perjalanan.

Persediaan Sebelum Memandu
✅ Tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam.
✅ Elak makan makanan yang terlalu kenyang.
✅ Rancang masa perjalanan dengan baik.

Tip Kekal Segar di Jalan Raya
✅ Berhenti rehat setiap 2 jam di PLUS Malaysia atau hentian terdekat.
✅ Buka tingkap atau laraskan aircond untuk udara lebih segar.
✅ Pasang radio atau pasang muzik yang ceria.
✅ Guna tisu basah atau sapu minyak angin pada muka dan tengkuk.
✅ Tukar pemandu ganti jika perjalanan jauh.


Cinch Tea antara pilihan yang paling best selain Performance Drink. Energy booster yang sedap dan sihat, menggantikan minuman tenaga bergula!



Kekal segar fizikal dan mental membantu anda wujudkan mood ceria di rumah. 

Badan yang bertenaga memudahkan anda senyum, mendengar cerita anak-anak, dan melayan pasangan dengan sabar. 

Aktiviti bagi mengukuhkan kasih sayang dan keharmonian di rumah.
✅ Tidur yang cukup setiap malam.
✅ Minum air kosong secukupnya. 
✅ Senaman ringan pada waktu pagi.
✅ Ambil masa tenang untuk diri sendiri.

Aktiviti Bersama Keluarga
✅ Makan bersama di meja.
✅ Buat kerja rumah secara berkumpulan.
✅ Rancang masa riadah di luar.
✅ Lepak dan sembang santai waktu malam.

Energy boosters supplements

Jom Shaklee!

Lots of love, 
Sr. Coordinator KakDinas
Changlun

Friday, August 7, 2026

SENGGUGUT : Jom Ikhtiar!

Senggugut ialah rasa sakit atau kejang pada bahagian bawah perut yang berlaku sebelum atau semasa haid, terbahagi kepada senggugut primer dan senggugut sekunder. 

Primer : Sakit biasa akibat pengecutan dinding rahim, kerap dialami remaja.

Sekunder : Sakit teruk berpunca daripada penyakit seperti endometriosis atau fibroid.


Set Senggugut Shaklee biasanya merangkumi tiga produk utama iaitu :

♥️GLA Complex  untuk mengimbang hormon, 

♥️OsteMatrix  untuk mengendurkan otot rahim yang mengecut, 

♥️B-Complex Plus untuk meredakan stres dan emosi


Jom Shaklee!


Lots of love,

Sr. Coordinator KakDinas

Changlun

Thursday, June 25, 2026

MOOD SWING AKIBAT PMS

Punca sebenar tidak diketahui sepenuhnya, tetapi dipercayai berkaitan dengan:

  • Perubahan hormon estrogen dan progesteron
  • Perubahan bahan kimia otak seperti serotonin
  • Tekanan (stres)
  • Kurang tidur
  • Pemakanan yang tidak seimbang

Cara membantu mengurangkan PMS & Mood Swing

  • Bersenam secara berkala
  • Tidur yang mencukupi
  • Kurangkan makanan masin, manis dan berkafein
  • Minum air secukupnya
  • Ambil makanan tinggi protein dan serat
  • Urus stres dengan baik

✅Nutrisi yang boleh membantu:

💚Omega-3 (contohnya minyak ikan) – membantu menyokong keseimbangan mood dan mengurangkan keradangan.

💚Vitamin B kompleks – membantu penghasilan tenaga dan fungsi saraf.
Magnesium – boleh membantu mengurangkan kekejangan dan simptom tertentu PMS.

💚Protein berkualiti – membantu kestabilan tenaga dan rasa kenyang.

Lots of love,

Sr. Coordinator KakDinas

Changlun


PUNCA JERAWAT SEBELUM HAID

🔹 Peningkatan hormon androgen

-Merangsang kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak sebum.

-Lebihan minyak boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat.


🔹 Turun naik hormon estrogen dan progesteron

-Menjadikan kulit lebih berminyak dan sensitif.

-Jerawat biasanya muncul di bahagian dagu, rahang dan pipi bawah.


🔹 Keradangan dalam badan

Perubahan hormon boleh meningkatkan keradangan kulit dan memburukkan jerawat sedia ada.


🔹 Stres dan mood swing

Stres meningkatkan hormon kortisol yang boleh merangsang pengeluaran minyak kulit.


🔹 Pemakanan tertentu

-Makanan tinggi gula, minuman manis dan makanan ultra-proses boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk pada sesetengah individu.


Nutrisi Yang Boleh Membantu

✅ Omega-3
-Membantu mengurangkan keradangan.
-Menyokong keseimbangan hormon.

✅ Zink
-Membantu proses penyembuhan kulit.
Mengurangkan keradangan jerawat.

✅ Vitamin B6
-Membantu mengurangkan simptom PMS dan perubahan mood.

✅ Vitamin C
-Menyokong pembentukan kolagen dan kesihatan kulit.

✅ Protein mencukupi
-Membantu pembaikan dan regenerasi kulit.

Lots of love,

Sr. Coordinator KakDinas,

Changlun

BIZ PARTNER KAMI SELURUH MALAYSIA!


















KORANG SELALU KELAUT?

Sebenarnya kan, masalah sukar fokus boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia akibat pelbagai faktor seperti keletihan melampau, tekanan, atau gangguan kesihatan mental.

Secara spesifik, golongan yang sering berdepan isu ini termasuklah :


Individu yang mengalami tekanan atau keletihan kronik (burnout) :

Beban kerja atau tugasan berlebihan yang mengganggu jadual tidur dan rehat.


Kanak-kanak atau individu dengan ADHD (Gangguan Hiperaktif Defisit Tumpuan) :  

Cenderung untuk kerap mengelamun, gelisah, dan gagal memberikan perhatian dalam jangka masa panjang.


Individu yang mengalami Brain Fog (Otak Berkabus) :

Selalunya berkait dengan masalah pemakanan, dehidrasi, atau kesan sampingan ubat-ubatan.


Warga emas :

Mungkin berkaitan dengan penurunan fungsi kognitif, masalah ingatan, atau penyakit tertentu.


Jangan risau, just cukupkan nutrisi yang badan kita perlukan!. 


Lots of love,

Sr. Coordinator KakDinas,

Changlun



Thursday, June 11, 2026

KEKEJANGAN OTOT: JANGAN ANGGAP BIASA!

Pernah tak tiba-tiba otot betis, kaki atau jari menjadi tegang dan sakit mencucuk? 

Itulah yang dipanggil *kekejangan otot (muscle cramp).*

Antara *PUNCA* kekejangan otot:

✅ Kurang minum air (dehidrasi)

✅ Kekurangan mineral seperti magnesium, kalsium dan kalium

✅ Berdiri atau duduk terlalu lama

✅ Otot terlalu letih selepas bersenam atau bekerja berat

✅ Kehamilan (terutama trimester kedua dan ketiga)


*CARA* membantu mengurangkan kekejangan:

💧 Minum air secukupnya

🥬 Ambil makanan kaya magnesium dan kalium seperti sayur hijau, pisang dan kekacang

🤸 Lakukan regangan ringan

😴 Dapatkan rehat yang mencukupi


*Tahukah anda?*

Omega-3 membantu menyokong kesihatan otot dan mengurangkan keradangan dalam badan, manakala magnesium memainkan peranan penting dalam fungsi otot dan saraf yang normal.


⚠️ Jika kekejangan berlaku terlalu kerap, sangat sakit atau berpanjangan, dapatkan pemeriksaan doktor kerana ia mungkin petanda masalah kesihatan lain.


✨ *Selalu cramp waktu malam? Jangan abaikan isyarat badan.*

Kekejangan otot boleh berlaku apabila badan kurang air, elektrolit atau mineral penting seperti magnesium dan kalsium.

💙 Omega Guard 
💜 OsteNutrix 
🧡 Performance Drink

Gabungan nutrisi yang membantu menyokong fungsi otot yang normal dan membantu anda kekal aktif setiap hari.

Nak tahu nutrisi mana yang paling sesuai dengan keadaan anda? *PM saya* 😊

Lots of love,

Sr. Coordinator KakDinas

Changlun