Showing posts with label TTC (Try To Conceive). Show all posts
Showing posts with label TTC (Try To Conceive). Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

MINYAK BUKAN SEBARANG MINYAK


Ops!, apa ni?

Siapa punya? 

Jom ikuti sharing Kak Lin Chalo tentang customer beliau;

Pagi ni Keklin nak berkongsi kegembiraan. Dah beberapa hari nak raikan, tapi tunggu hingga ke hari Jumaat yang penuh berkat ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti akhirnya seorang customer Keklin dah berjaya hamil!.

Syukur sangat.

Positive pregnancy stick dalam gambar ni beliaulah yang punya. Apa kau ingat Keklin yang punya kah? Hehehe. Dan paling best, sebenarnya ada kisah menarik di sebalik kehamilan beliau ni.

Begini ceritanya.

Semasa mula-mula adik manis ni hubungi Keklin, beliau cuma nak beli Make Up Remover je. Si adik manis nak bersihkan wajahnya yang cantik dari noda-noda debu setiap hari.

Yelah, kau bayangkan macamana wajah tak kusam, kalau cuci muka pun tak bersih. Lagi-lagi kalau pakai mekap tebal, takut-takut air wudhu pun tak lepas.

Okay, sambung lagi.

Maka, setelah berbincang dari hati ke hati, adik manis ni sebenarnya concern dengan masalah kulitnya. Semenjak berkahwin, jerawat naik dengan gembira sekali. Hmm, siapalah yang tak susah hati kan.

Oh ya, sebelum tu beliau dah beli protein dan vitamin c dengan seorang kakak di kedai kecantikan. Pastilah adik manis pilih brand Shaklee. Bijak adik manis ni, dia dah study dalam-dalam sebelum memilih Shaklee. Yeahhh. Puji pujian di pagi Jumaat.

Katanya muka dia banyak sangat jerawat, berminyak lepas tu ada parut sikit.

Kesiannya adik manis ni. Jadi, sebab dia dah ada protien untuk bantu produce sel-sel baru yang lebih sihat dan cantik, dan dah beli vitamin c untuk kulit yang lebih cerah dan sihat, maka Keklin pun cadangkan minyak borage untuk membantu mengawal hormon beliau.

Wanita dan hormon, berpisah tiada. Kadang jerawat turun naik sebab hormon. Period lari-lari pun sebab hormon. Kau asyik moody pun salah hormon juga.

Jadi, langkah bijak, makanlah minyak borage. Minyak borage ni sejenis asid lemak (omega-6) yang tersangatlah bagus untuk kaum wanita. Stabilkan hormon dan kulit pun boleh jadi cantik kerana si minyak borage ni.

Nak cerita panjang sangat. Nanti kau rajin-rajinkan jejari runcing tu untuk google 'benefit of borage oil'. Ha, siap Keklin kasi lagi kata kunci untuk kau cari.

Dipendekkan cerita, beberapa hari kemudian adik manis beli vitamin e pula. Ish ish, kali ni terpaksa Keklin pujuk untuk jadi ahli. Yelah, jadi ahli nanti dapatlah harga murah. Jimat banyak tu. Kau juga yang untung.

Pertama kali Keklin follow-up, adik manis kata jerawat naik lagi tapi dah tak sebanyak dulu. Tapi paling dia suka, jerawat cepat kecut.

Kali kedua adik manis pula yang report dengan Keklin. Katanya sengugut teruk yang setiap bulan memunculkan diri kini dah hilang! Suka sangat adik manis.  Keklin pun terkejut sebab tak tahu pula dia ada senggugut.

Keklin tau, ini memang kerja si minyak borage yang hilangkan senggugut tu. Kelas kau minyak borage. Sambil stabilkan hormon sempat juga kau hilangkan senggugut. Hehehe.

Last but not least, bila tiba-tiba adik manis tunjuk pregnancy test dia tu. Terkejut dan syukur sangat!. Dah hampir 5 bulan kahwin tapi belum ada rezeki. Tak sangka nak cantikkan kulit terus adik manis dapat 2 lagi bonus lain.

Bayangkanlah, kau nak dapat kulit cantik je, tiba-tiba pakej senggugut hilang & pregnant anak yang ditunggu selama ni.

Serampang 3 mata sangat kan.

Sebenarnya minyak borage tu salah satu fungsinya ialah membantu meningkatkan kesuburan. Lagipun adik manis dah amalkan protein, vitamin c, vitamin e sekali. Mau tak bertambah sihat badan beliau kan.

Okay itu saja Keklin nak kongsikan pagi ini.
Terima kasih sebab gigih baca sampai habis.

----------
Keklin Shaklee Lover
----------

Korang pun baca sampai habis kan. Akak bagi 5 bintang!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, July 25, 2015

SET HAMIL SHAKLEE

Last entry saya share tentang TTC (try to conceive) dan testimoni sahabat saya yang berjaya hamil dengan Shaklee. Kali ni saya nak kongsikan pula apakah suplemen yang Shaklee syorkan untuk membantu tingkatkan kesuburan seterusnya membuka peluang untuk hamil. Suplemen-suplemen inilah yang diamalkan oleh sahabat-sahabat saya, even saya sendiri berjaya hamil anak keempat setelah mengambil GLA dua tahun yang lalu. Dengan izinNya jua.

Untuk pengetahuan anda, kesuburan boleh ditingkatkan degan pengambilan suplemen, selain berikhtiar dengan pelbagai cara yang lain. Masalah suami perokok, berat badan berlebihan, stress, pcos, cyst, kekurangan nutrisi dan sebagainya mesti ditangani terlebih dahulu sebelum tubuh betul-betul bersedia untuk hamil. Sebab itulah bagi sesetengah customer kami, proses untuk hamil mengambil masa. Dan tentu anda pernah dengar kes di mana ramai yang 'lekat' sebaik sahaja berjaya menurunkan berat badan.

SET ASAS KESIHATAN KELUARGA SHAKLEE - 
DIAMBIL OLEH SUAMI DAN ISTERI UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN


Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Dan jangan tak tahu, mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki!!.
B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma. Vitamin B amat penting untuk menghilangkan stress ok!.
Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik dan lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
Energizing Soy Protein (ESP) - ESP merupakan soya pemberi tenaga kepada suami isteri untuk bersama. Selain itu ia juga merupakan protein untuk membanyakkan sperma kerana sperma bersumberkan protein.

Suami isteri dinasihatkan untuk mulakan ikhtiar hamil dengan Shaklee melalui pengamalan set kesihatan keluarga ini terlebih dahulu. Tubuh yang sihat akan bersedia dengan sendirinya untuk proses kehamilan berlaku. Jika telah hamil pun, teruskan consume set ini kerana suplemennya juga merupakan sebahagian set hamil, malah set berpantang dan menyusu juga. Berbaloi-baloi kan!

SET KESUBURAN SHAKLEE (SUAMI)


Vita E Complex dengan Selenium Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin seks. Ianya merupakan vitamin wajib untuk suami dan isteri. Bagi isteri, selenium membantu mengeluarkan lendir semasa bersama untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Ia juga boleh bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca kerosakan sperma dan ovum. Bagi lelaki pula, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. 


Zinc Complex - Zinc adalah wajib untuk suami kerana ia meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma. Zinc juga mampu memanjangkan jangka hayat sperma dan meningkatkan bilangan dan kualiti sperma. Selain itu, Zinc boleh melawan bakteria dalam vagina isteri.

SET KESUBURAN SHAKLEE (ISTERI)

GLA Complex – Tujuan asalnya adalah untuk membetulkan kitaran haid atau membetulkan hormon kita, kerana kitaran haid yang tidak teratur menjadi punca utama ketidaksuburan wanita. Jika isteri tidak mempunyai masalah kitaran haid, GLA bertindak dengan lebih cepat untuk membantu menghasilkan cecair pada faraj yang subur dan berkualiti. Ini amat penting untuk membantu sperma dapat hidup dengan lebih lama dalam rahim isteri.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
VITAMIN TAMBAHAN (UNTUK SUAMI ISTERI) :
COQ Health Plus – Memberi tenaga luar biasa kepada sperma supaya mampu bertahan lama dan berenang dengan lebih jauh ke rahim isteri. 

set kesuburan shaklee coq



Vivix - Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya. 

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKANVivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan. 

Apapun, kita hanya mampu berusaha sehabis daya dan berikhtiar dengan apa sahaja cara yang terbaik. Selebihnya bertawakkallah kepada Allah, semoga dipermudahkan urusan kita. 
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, July 22, 2015

TTC (TRY TO CONCEIVE) : UJIAN ATAS KASIH DAN SAYANG

Assalamualaikum. Baru sempat menjenguk, nasib baik tak sempat bersawang lagi blog ni. Hehe. 

Hari ni nak sembang-sembang tentang TTC ni. Istilah baru ni. Sebab baru dengar. Kot orang dah guna lama dah tak taulah pulak kan. Walaupun tak pernah mengalami (maybe alami, tapi tak menunggu lama), tapi ramai kenalan, sama ada rakan atau saudara mara yang melalui pengalaman ini. 




Everything happened for a reason. InsyaAllah jika mereka berpandangan positif dan redha dengan apa sahaja ketentuanNya, maka InsyaAllahlah, semuanya akan dilalui dengan sabar dan mudah. 

Memang adat orang kita suka bertanya... Bila nak kahwin, bila nak dapat anak, kenapa tak dapat anak, tak buat apa-apa ke nak dapat anak, tak nak anak ke?

Nasihat: Biarlah orang nak tanya apa, kita jangan stress dan jawab la baik-baik. Di samping itu berdoa dan berusahalah. 



Ada doa utk kita baca bila dilanda masalah/kesusahan/stress. Doa ni ialah doa Nabi Ibrahim semasa baginda dibakar, Nabi Musa semasa dikejar Firaun dan Doa Nabi Muhammad  S.A.W. semasa dikecam oleh kaum Qur'aisy.

"Hasbunallahu wa ni'mal wakil", 
bermaksud "Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia sebaik-baik penolong"

Jadikan ini amalan kita @ zikir harian. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan kita.

Kenapa ada orang lambat dapat permata (zuriat)?
Nasihat: Allah lebih tahu perancanganNya. Mungkin Dia bagi kita rezeki lain dulu seperti duit banyak, beli rumah, kereta, travel jauh-jauh, ketenangan. Atau mungkin kita atau pasangan sebenarnya tidak bersedia atau tak boleh dengan budak, jadi Allah knows best. 

Ada 1 pasangan ni dah nikah 12 tahun. Isterinya nak sangat anak sebab nak bagi sesuatu yang boleh membanggakan suami (perasaan setiap isteri). Lepas dah dapat anak, pasangan itu bercerai. Barulah beliau tahu, yang suaminya memang tidak bersedia nak anak lagi. 

Ada orang pulak kata, beliau belum bersedia sebab lebih sanggup biarkan anak saudaranya menangis 2 jam sampai tertidur sendiri daripada dia yang pujuk. 
Allah know best. Ada la hikmahnya daripada apa yang Allah uji sebenarnya. Kebahagiaan rumahtangga itu subjektif, dan tidak semestinya datang dengan adanya anak sahaja.

Kadangkala, dalam situasi lain, si suami sangat memahami, tetapi orang lain pula yang tidak faham dan membuat persepsi yang bukan-bukan. Agak menyedihkan sekiranya orang lain itu merupakan kenalan atau keluarga terdekat yang sepatutnya cuba memahami dan memberikan kata-kata dorongan serta semangat. 

Tapi tak mengapa, pasangan TTC sebenarnya berpeluang untuk menikmati bahagia dengan cara tersendiri. Paling best, jika kita redha dan sabar, pahala sabar tu sangat besar. Ustazah pesan, banyakkan bersedekah, qiamullail dan berpuasa sunat. Teruskan berbuat baik kepada semua, teruskan memberi kasih sayang, Insya Allah what you give, you will get back, mungkin dalam bentuk anugerah yang lebih baik, lebih besar dan lebih bermakna. Tapi jika diizinkan Allah memperoleh zuriat kemudiannya, didiklah dengan penuh kasih sayang, jagalah dengan baik kerana hanya anda berdua sahaja yang tahu nikmat di sebalik UJIAN ATAS KASIH DAN SAYANG!!

Sebenarnya baru saja menerima berita gembira ni. Customer saya, seorang doktor, baru disahkan hamil setelah bertahun berusaha pelbagai cara. Rasanya, termasuk beliau, dah empat customer saya yang bergelar doktor berjaya hamil dengan Shaklee. Alhamdulillah, mereka memilih untuk berusaha dengan Shaklee kerana tahu kebaikan dan keberkesanannya. Alhamdulillah dengan izin Allah jua. 

Saya nak share testimoni beberapa customer merangkap rakan-rakan baik saya ni yang berjaya hamil dengan Shaklee.

TERKINI - Dr. Farhah yang hamil setelah berikhtiar dengan GLA Complex dan Alfalfa Complex. Beliau tidak konsisten pun, tapi jika Allah mengkehendaki, mudah sahaja bagiNya.

Liza - Beliau merawat diri sendiri dengan ESP dan Vita E Complex setelah mengalami keguguran sebelumnya. Beliau juga mengamalkan GLA Complex yang akhirnya membantu beliau hamil semula dengan izin Allah.


Dr Rozi - Customer saya ini seorang pengamal perubatan. Beliau telah berkahwin selama 5 tahun dan belum pernah merasai nikmat mengandung. Lagipun, beliau mengalami masalah haid yang tidak tetap. Pada 1 September 2013, beliau mula mencuba GLA, Vit E dan ESP. 9 hari kemudian, haid beliau datang dan sejak itu perjalanan menstrual beliau bertambah baik. Sebulan kemudian (21 Oktober 2013), beliau repeat order, tapi kali ini beliau menambah COQHealth atas saranan rakan beliau, seorang pakar perubatan dari luar negara. 

Beliau mengakui perjalanan menstrualnya semakin baik, sakit-sakit yang biasanya dialami menjelang haid semakin berkurangan dan paling seronok apabila beliau memaklumkan bahawa mula merasakan tanda-tanda sedang berovulasi / menghasilkan telur pada pertengahan kitaran menstrualnya. 3 bulan kemudian (12 Jan 2014), beliau mengkhabarkan berita gembira bahawa beliau baru sahaja disahkan hamil anak sulung. Kehamilan pada masa itu sudahpun berusia 5 minggu. Seronok tidak terkira kerana telah lama menunggu. Pada 1 September 2014, iaitu genap setahun sejak beliau bershaklee, beliau selamat melahirkan seorang puteri comel yang sihat. 

Alhamdulillah. Walau siapapun kita, InsyaAllah kita seharusnya tidak putus asa dalam berikhtiar. Jika Allah mengkehendaki, maka tidak ada apa pun yang mustahil bagiNya. 
Yang penting: 
1. Yakin dengan pengedar dan keberkesanan produk 
2. Konsisten 
3. Sabar dengan healing crisis 
4. Sentiasa dapatkan second opinion dari pakar 
5. Bersikap terbuka 
6. Happy dan redha

Untuk entry akan datang, Insya Allah saya akan kongsikan sedikit informasi mengenai suplemen-suplemen dalam set kesuburan yang membantu rakan-rakan saya ini memperbaiki / meningkatkan kesuburan mereka seterusnya berjaya hamil dengan izinNya. Ok!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad