Showing posts with label Resveratrol. Show all posts
Showing posts with label Resveratrol. Show all posts

Monday, May 15, 2017

LANDMARK STUDY II : VIVIX SEMEMANGNYA BUKAN SEKADAR SIRAP BIASA

Anda semua dah baca kan tentang Shaklee Landmark Study?.

Jika belum, anda boleh mendapatkan bahan bacaannya di SINI dan di SINI.

7 tahun selepas Landmark Study pertama, Roger Barnett tidak berhenti berbangga dengan pencapaian itu, dan pada tahun 2014, Shaklee telah sekali lagi melakukan Landmark Study kedua. 


Kali ini pemenang noble dalam biologi, Dr Elizabeth Blackburn mengetuai kajian tentang TELOMERE, satu pelindung cap pada kromosom kita. 




Dr.Elizabeth Blackburn ini adalah pemenang The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009 yang menemui bagaimana kromosom dilindungi oleh telomeres dan enzim telomerase.

Apa itu Telomere?


Telemore ni seperti topi yang melindungi kromosom & DNA. Semakin meningkat umur, dengan faktor persekitaran, stress dan penggunaan bahan kimia di sekeliling kita menyebabkan telemore semakin lama semakin pendek. Bila telemore semakin pendek lalu musnah, maka penyakit mudah menyerang manusia.



Landmark Study II telah dijalankan oleh Shaklee ke atas pengguna Vivix yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun. Hasil kajian mendapati, 40% pengguna Vivix yang mengambilnya dalam jangka masa lama ini lebih rendah kadar pemendekan telomere di mana kepanjangan telomere mereka seperti orang yang berumur 40 tahun. 


Telomere lebih panjang, bermakna lebih awet muda dan lebih kurang risiko untuk penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan masalah jantung.


Ingin pastikan telomere kita panjang sentiasa?

Amalkan pemakanan yang sihat, gaya hidup sihat dan jangan biarkan diri kita sentiasa dalam keadaan stress. Paling mudah, amalkan pengambilan Vivix setiap hari ya!.

Jangan lupa, bulan Februari ni, Shaklee menawarkan promosi istimewa untuk set Energy For Life yang mengandungi dua botol Vivix.
Vivix berfungsi untuk memastikan telomere kita sentiasa panjang dan sel/DNA terlindung daripada kerosakan atau serangan radikal bebas. 

Ini menunjukkan Vivix membantu untuk mengekalkan kemudaan, keremajaan, dan membantu mengelakkan daripada penyakit-penyakit disebabkan oleh usia yang semakin meningkat. 

Kajian ini juga membuktikan pengambilan suplemen Shaklee yang konsisten seperti Vitalizer, Vivix and Cinch setiap hari selama 5 tahun dapat mengurangkan kadar pemendekan TELOMERE sebanyak 40%.

Untuk maklumat lanjut mengenai kajian unggul berkaitan telomere ini, boleh layari http://www.healthisalifestylechoice.com/research-update-the-shaklee-telomere-research-landmark-study-ii.html ya!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, August 27, 2016

KANSER BUKANLAH PENAMAT HIDUP. MASIH ADA RUANG UNTUK BERIKHTIAR!

Saya terkesan membaca perkongsian Dr. Siti Nurafida ni, dan kembali dikongsi kepada anda semua, moga bermanfaat!

Kanser adalah antara penyakit yang menakutkan dan tak ada orang yang nak dengar diri sendiri ataupun ahli keluarga mereka disahkan menghidap penyakit tersebut. Doktor sendiri pun alami keadaan yang sukar nak beritahu pesakit sebab respon mereka memang boleh diagak, walaupun mungkin ada yang boleh menerima dengan positif.

Seorang doktor yang buat PhD berkaitan undang-undang pernah berkongsi bagaimana seorang pesakit kanser boleh memanipulasi maklumat yang diberitahu oleh doktor di mahkamah. Doktor tu cakap, kalau operate buang kanser dia tu, ada risiko 1% boleh bawa maut. Yang dia cakap di mahkamah, dia ada peluang 99% untuk sihat balik, macam biasa. Jauh kan?

Begitu sekali penangan penyakit kanser kepada manusia. Tapi, keadaan gaya hidup sekarang ni, seolah-olah kita menjemput kanser tu dan tak dapat dinafikan, memang bilangan pesakit kanser semakin hari semakin meningkat!

Saya nak share kisah Barbara pada tahun 2005 yang menghidap kanser payudara. Kanser ini adalah pembunuh wanita nombor 1. Pada peringkat awal, kanser ini mungkin boleh dirawat sepenuhnya, tapi bila dia dah merebak, rawatan akan menjadi lebih agresif.

Barbara ni dah 2 kali dibedah untuk membuang ketumbuhan daripada payudaranya. Dan juga kena rawatan kemo. Rawatan kemo ni, pengalaman saya lah semasa jaga wad kemo, malam kena kemo saya yang tak tidur sebab nak kena monitor pesakit ni sebab banyak kemungkinan yang tak diingini boleh berlaku dengan ubat kemo yang merupakan keadaan kecemasan.

Selain rawatan kemo, Barbara juga menjalani rawatan radioterapi dan juga dibuang rahim mungkin untuk mengawal kanser payudara. Tapi saya rasa mungkin ovarinya juga dibuang kerana kanser-kanser ini berkaitan dengan hormon.

Kemudian, beliau telah mencuba suplemen Sheklee. Antara yang diambil termasuk lah:




--Vivix yang membantu merencatkan sel kanser. Dan beliau hanya mengambil Vivix 6 bulan sebelum pemeriksaan darah seterusnya.

--Nutriferon, merupakan interferon yang menguatkan sistem imun untuk melawan sel-sel kanser

--Vitalea - multivitamin dan multimineral yang membekalkan cukup vitamin & mineral untuk makanan sel.

--Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida dan meningkatkan sistem imun

--Ostematrix yang merupakan sumber kalsium untuk kekuatan tulang.

Bila ujian darah dijalankan, Barbara sangat terkejut apabila diberitahu keputusan ujian darah dan pemeriksaan yang dijalankan kepadanya sangat-sangat baik.

Masa tu pakar bedah tu bercadang untuk memasukkan namanya ke dalam kajian kepada satu bahan yang dipercayai boleh merawat kanser payudara, mencegah kanser prostat & kanser payudara daripada berulang.

Dan bahan ini ialah RESVERATROL. Bahan yang sama yang diminum oleh Barbara dalam masa 6 bulan sebelum tu. Secara tak langsung dia adalah orang pertama yang memberi jawapan positif kepada kajian tersebut.

Jaga diri, para wanita. Cegah kanser payudara. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Amalkan gaya hidup sihat pilihlah suplemen yang berkualiti.


Jom Shaklee!


Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin

SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad