Showing posts with label Basic H. Show all posts
Showing posts with label Basic H. Show all posts

Saturday, February 24, 2018

TUKAR DETERGEN RUMAH BOLEH MERUBAH HIDUP ANAK ANDA

Sampai dah set Get Clean untuk rumah.

Shaklee pun ada home care punya produk uols!


Dalam set Get Clean ni, ada sabun basuh baju, pelembut kain, multipurpose liquid, dishwashbekas spray dan woven bag.

Dulu masa anak kecik-kecik depa ada eczema. Syukur Alhamdulillah dah improve banyak bila makin besaq ni.

Anak kita kan, kalau ada masalah camni, kalau dah cuba macam-macam cara tapi x jalan jugak, apa kata korang try tukar a whole detergen yang dok guna di rumah. Detergen sedia ada tu kan ada bahan aktif yang merengsa... Siannn anak kita.

X mahal set Get Clean ni jika dibandingkan dengan kesihatan anak kita. Tambahan pula kalau korang tau set Get Clean ni lah antara penyebab CEO Shaklee Corporation,  Mr Roger Barnett membeli Shaklee asbab anaknya yang pulih daripada masalah asma!

Jom, ikut kakdinas tukar jenama detergen rumah!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, February 22, 2018

PARUT CHICKEN POX BERSIH TAK SAMPAI 2 MINGGU!!!

Kisah Raya 2016

Ni Naurah. Anak Cik Nana. 10 hari sebelum raya Cik Nana bawa Naurah ke klinik untuk suntikan vaksin, tapi masa on the way ke klinik Cik Nana perasan gelembung-gelembung air kat badan Naurah.

Alamak...Chicken Pox ke ni?

Alang-alang dah pergi klinik terus cek. Doktor sahkan Chicken Pox. Balik terus Cik Nana singgah rumah ayah Cik Nana. Ayah “tawar” air kelapa. Esok pagi keluar penuh satu badan Naurah chicken pox.




Alahai,sedihnya Cik Nana tengok Naurah. Macam mana Naurah nak raya.

Awal tu Cik Nana pakaikan Naurah calamine lotion yang klinik bagi. Rasa macam lambat je nak kering. Macam tak sempat nak beraya.

Start hari ke 4, ikhtiar cara lain pula. Atas saranan mak bisnes (Has),Cik Nana mandikan Naurah dengan Basic H kemudian sapukan krim Herbal Blend.

Mula-mula en.suami bising bila Cik Nana tak pakaikan calamine lotion yang klinik bagi. Tapi,bila keesokan harinya dia tengok chicken pox Naurah mula kering,dia sendiri yang lumurkan Herbal Blend setiap kali lepas mandi.

1st day raya muka Naurah dah bersih. Happy sungguh rasa. Sebab hari raya ke 2 ke 3 kami nak berjalan2 raya mandi pantai kat penang. Kalau Naurah belum sembuh plan terpaksa dibatalkan.

Sekarang muka Naurah dah bersih. Cantik dan tak ada parut-parut chicken pox.
😊😊😊😊

Siapa ada anak kecil terkena Chicken Pox,memang Cik Nana rekemen sangat-sangat gabungan Basic H dan krim Herbal Blend.
Memang berkesan!

Pn. Farhana

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, January 2, 2018

TIPS : GO AWAY LALAT!

Bila sebut pasal lalat, boleh terbayang tak, ada masanya lalat banyak sangat.
Dah la besar, hijau, siap bertelur bentuk bunga bagai atas ayam goreng korang.
Pening lalat kita dibuatnya ðŸ˜…
Selalu nak halau lalat, kita biasa tengok orang guna buku lalat, getah lalatdan ada juga yang lap meja guna larutan bancuhan dettol, even larutan cecair peluntur pun ado!
Tapi cara ni bukan saja bahaya kat lalat, tapi silap-silap kita pun kena tempiasnya sekali, tambah-tambah yang ada alergi.
Jom kita tengok apa lagi cara lain boleh halau lalat di rumah, tapi dengan kaedah yang lebih mudah dan SELAMAT!
* menuntut dengan pokcik Google ðŸ˜ŽðŸ˜Ž

Yang ni kat dapur selalu ada. Melainkan korang jarang masak.
Limau purut dan cengkih, kedua-duanya mengeluarkan aroma yang wangi untuk kita. 
Tetapi tidak untuk lalat.
Sebab tu boleh halau lalat dengan cara ni.

Caranya mudah, potongkan limau purut, lemon, atau limau nipis kepada 2 bahagian. Kemudian, cucukkan cengkih seperti dalam gambaq tu.
Biarkan limau ini di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat.
Bukan saja lalat, nyamuk pun pening!

Satu lagi tumbuhan yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan bagi lalat dan serangga adalah serai.
Seeloknya, tanam pokok serai wangi di sekitar rumah. Kalau tak dapat, gunakan serai wangi ini untuk membuat semburan organik.
Caranya senang. Ambil segenggam serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering.
Kemudian, campurkan pes ini ke dalam secawan air biarkan semalaman. Esoknya, tapiskan hampas dan masukkan ke dalam botol spray. Siap!
Semburkan pada tingkap, pintu, tong sampah dll. 
Lalat memang x berehi nok mari!


Cara ni kita selalu tengok orang kat kedai makan atau restoran buat.
Caranya mudah saja, isikan air ke dalam sebuah plastik jernih dan gantungkan pada tempat yang banyak lalat. Kalau nak elakkan daripada memasuki rumah, gantungkan pada pintu dan tingkap.
Menurut Home Remedies For Life, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat. 
Lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.
Ha...saintifik tak??
Ada juga yang memasukkan beberapa keping syiling untuk menambahkan ‘silau’ kepada lalat ini.
Tertipu lalat kau!


Timun adalah sejenis lagi bahan yang dibenci oleh lalat. Tapi jus timun sedap tau. Korang pernah minum tak?? ðŸ˜‹
Untuk mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah, letakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di atasnya.
Boleh la jugak letakkan timun ini di atas meja atau di sekitar pintu dan tingkap rumah. Biar lalat stress.
Ingat timun boleh buat masker saja ka?? ðŸ˜†ðŸ˜†

Aroma kayu manis juga boleh digunakan untuk menghalau lalat yang berkeliaran dalam rumah kita.
Caranya, tumbukkan kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi dalam rumah.
Untuk menambahkan kesan dramatik ðŸ˜‚😂😂, juga, boleh juga tambahkan bawang putih dan serbuk cili ke dalam kayu manis yang ditumbuk tadi. Masukkan ke dalam kain perca dan gantungkan.
Kalau daun kari, ambil secekak daun kari dan rendamkan ke dalam air bersih.
Aroma yang dihasilkan ini juga akan menghindarkan lalat jauh-jauh. Janji rajin buat dan sabar!

Petua halau lalat yang seterusnya adalah dengan menggunakan lilin.
Apabila menyalakan lilin, habanya akan menyebabkan lalat tak suka.
Petua kata kalau guna lilin beraroma lebih baik, sebab lalat amat bencikan aroma herba seperti lavender, lemon, atau pudina.
Akak diffuse terus oil, especially lemongrass atau mana-mana yang sesuai...aroma pi ke seluruh rumah. Senang!


Ada juga orang petua letakkan cili (dibelah dua) di atas meja especially masa tengah makan. Nak tau berkesan ke tidak, cubalah buat!

Kibas-kibas tangkai belimbing kat lalat-lalat tu. 
Bertempiaran dia terbang sakit kena tibai. Siap dengan aroma daun belimbing yang sememangnya lalat tak suka!


Kalau korang malas sangat, itu x ada, ini x ada, payah-payah sangat, korang beli ja dengan akak Basic H ni. 
Bancuh beberapa titik Basic H, pastu spray ja kat tempat lalat selalu lepak tu. Buat macam fogging gitu.
Lap meja dengan Basic H juga ya, jangan lupa.
Biar lalat segan nak datang rumah korang bila bersih.
Janji organik, ye tak!

Selamat mencuba!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, August 12, 2016

DAH CUBA PELBAGAI CARA, TAPI ANAK TETAP ALLERGIC? JOM BACA NI.

Anak-anak di rumah ni berbeza. 2 daripada mereka ni ada alergi yang agak teruk kesan eczema masa kecik dulu. Memang bab makan kena kontrol sikit. Kesian kan, gatal, berair, pedih, hanya tuan badan yang tahu. Alahan ni kalau dibiarkan boleh jadi asma tau!. Sebab tu kena jaga jangan biar melarat. Syukurlah part alahan tu dah banyak kurang bila mereka semakin besar, tinggal parut kenangan sajalah nak dihilangkan.

Ramai ibu bapa ada anak macam ni. Kadang-kadang tu, dah pelbagai cara diusahakan untuk mengubati si anak. Ada yang berjaya, tapi ada juga yang menemui jalan buntu. Saya nak share tentang kisah Spencer bin Roger (haha tak kelakar), budak comel yang membuatkan bapanya mencipta sejarah hasil daripada masalah alahan yang beliau alami.



Spencer ni masa keciknya diserang asma yang teruk. Puas keluarganya cari penyebab. Nak kata sejarah kesihatan keluarga, bukan. Rupa-rupanya berpunca daripada persekitaran yang tak sihat dan bertoksik. Itu semua sekeliling kita la kan, sebab banyak bahan / perkakas / perabot / peralatan / even detergen yang kita guna meningkatkan toksin dalam badan.

Ibu Spencer, Sloan Barnett giat bersihkan rumah mereka dan singkirkan segala punca penyebab serangan asma Spencer tapi tetap tidak menampakkan hasil. Sehinggalah mereka bertukar mencuba Basic H Shaklee untuk kerja-kerja pembersihan rumah mereka, taraf kesihatan Spencer beransur baik.


Nyata, Spencer sebenarnya alah dengan bahan bertoksik dalam pencuci biasa. Walaupun rumah nampak bersih, tapi kebanyakan bahan pencuci biasa meninggalkan bahan kimia bertoksik yang tidak selamat dan boleh menjejaskan kesihatan.

Nak tahu apa yang jadi bila Spencer serasi dan sembuh daripada asma asbab Basic H?.

Spencerlah yang menjadi penyebab ayahnya, Mr. Roger Barnett, seorang billionaire membuat keputusan untuk memiliki Shaklee dengan harga 310 Juta USD sebagai salah satu cabang perniagaan keluarga mereka. Selain Shaklee, Roger turut memiliki Burberry, Beauty.com, Activated Holdings LLC dll. Dan beliaulah yang berjasa meneruskan kesinambungan legasi Shaklee tanpa merubah falsafah sedia ada, menjadikan Shaklee satu fenomena!




Jadi kepada ibu bapa di luar sana, kalau dah cuba macam-macam cara, tapi anak masih menderita, nampaknya kena TUKAR SEMUA DETERGEN DI RUMAH ANDA! Ikhtiar dengan Set Get Clean Shaklee sebab Shaklee Always Safe, Always Green, Always Work!


Kredit image : Google

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, December 3, 2015

ZAFRAN SENIOR : SELANGKAH KE ALAM DEWASA

Pelan tertangguh hampir setahun atas sebab-sebab kesihatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan cuti kali ni bila Along dan Angah berjaya dikhatankan. Malam sebelum berkhatan, macam-macam soalan depa interview Wan Mat itu ini, dan Wan Mat pun seperti biasa cerita macam-macam pengalaman dulu, tergelak kami semua kadang-kadang tu. Apa pun, terima kasih banyak-banyak mak dan abah atas pertolongan yang tak berbelah bahagi, jagakan anak-anak untuk kami.




Sebelum anak-anak berkhatan, kami juga gigih mencari info berkaitan berkhatan ni. Perlu juga ada pengetahuan, supaya mudah bagi kita ibu bapa ni membuat persediaan rapi mental fizikal nak menghadapi segala prosedur mahupun kerenah yang akan timbul nanti. 

Berdasarkan rujukan terhadap beberapa sumber, nak sharelah kat sini beberapa maklumat penting tentang prosedur berkhatan. Disebabkan kami memilih secara clamp, so kat sini cerita clamp sajalah ya. Yang lain boleh refer link yang diberi di bawah.

********************************************************************************************************
INFO BERKHATAN DAN KEPENTINGANNYA

Berkhatan bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis). Prosedur ini telah pun dijalankan sejak beribu tahun dahulu. Ia juga merupakan sebahagian dari budaya masyarakat yang tinggal di kawasan cuaca panas seperti Australia, gugusan pulau Pasifik, negara-negara Khatulisistiwa, Timur Tengah, Afrika dan Amerika. Hampir kesemua proses khatan dijalankan atas sebab agama, budaya dan sebab-sebab perubatan tertentu.

Islam mewajibkan khatan untuk lelaki dan hukum sunat pada wanita. Selain umat Islam, perintah berkhatan dari sudut agama juga dilakukan oleh kaum Yahudi. Umumnya, kaum Arab biasanya mengkhatan pada hari ke tujuh selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan adat kaum Melayu. Jumhur ulama berpendapat Nabi Muhammad SAW telah dikhatankan pada hari ketujuh oleh Abdul Mutalib.

Dari aspek kesihatan, berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada salur kencing pada kanak-kanak, mengurangkan risiko keradangan pada zakar dan kanser zakar, mengurang risiko kanser cervix pada pasangan dan juga baik dari aspek kebersihan.

SEJARAH BERKHATAN

Kaedah khatan terawal di dunia yang diamalkan oleh manusia adalah dengan ’sepitan kuno’ (ancient clamp), ianya mudah, cepat dan kurang perdarahan serta dilakukan tanpa ubat pembiusan. Antara bahan-bahan ’sepitan kuno’ adalah diperbuat daripada tandok haiwan, kayu, buloh ataupun logam, ini dapat dibuktikan dari kajian-kajian purba pada ’Egyptian mummies’ dan lukisan digua-gua batu menunjukkan amalan berkhatan dengan ‘ancient clamp’ telah dilakukan lebih dari 15,000 tahun dahulu.


Ubat pembiusan hanya mula di perkenalkan pada awal kurun ke 19 dan dalam masa yang sama ilmu pembedahan moden turut berkembang dan kemudiannya berkhatan mula dilakukan secara ’pembedahan moden’ oleh doktor perubatan.

Prosedur berkhatan pembedahan moden adalah dengan suntikan pembiusan, memotong kulup mngikut teknit ’Dorsal Slit’, mengikat punca pendarahan dan menjahit kulit yang dipotong. Pembedahan teknik ’Dorsal Slit’ ini telah diterima sebagai prosedur khatan yang utama dan dilakukan di semua Hospital dan klinik-klinik kerajaan sehingga sekarang.

’Generasi pertama’ alat “modern clamp” atau ’sepitan moden’ untuk berkhatan adalah diperbuat daripada logam “stainless steel” yang mudah untuk di sterilisasi dan digunakan berulang-ulang. Kaedah ini amat popular di Eropah dan Amerika. Antara “modern clamp” logam yang digunakan adalah Gomco pada tahun 1934 dan Mogen pada tahun 1954. Masalah penularan jangkitan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C serta HIV menyebabkan ’clamp’ logam ini tidak digunakan lagi dan kemudian berkembangnya ‘clamp’ pakai buang yang diperbuat dari plastik iaitu sebagai ’generasi kedua’ alat ’clamp’ untuk berkhatan.

Antara alat ’clamp’ generasi kedua yang terkenal adalah Plastibell, Taraklamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail clamp. Selain berkonsepkan pakai buang alat-alat ini menawarkan konsep baru dalam berkhatan dengan teknik yang selamat, kurang menyakit atau mengerikan, dapat dilakukan dengan cepat, kurang perdarahan, tiada risiko jangkitan Hepatitis B/C atau HIV dan hasil khatan yang memuaskan.

Yang terbaru dan terkini adalah alat Alisklamp, ianya adalah merupakan ‘generasi ketiga’ dalam ‘modern clamp’ yang merupakan penambahbaikan kepada alat clamp generasi kedua dan mengatasi segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Alisklamp diperbuat daripada plastik gred perubatan yang berkualiti tinggi, tidak toksik dan tidak memberi kesan alahan. Ia mempunyai bentuk khas yang sempurna, menggunakan teknologi yang maju dan ciri keselamatan yang maksimum bagi menghasilkan khatan yang sempurna.

Alisklamp telah di reka cipta oleh Dr. Verdat Ali Canoglu, seorang pakar Urologi daripada Negara Turki. Reka bentuknya telah di ‘paten’kan dan merupakan alat ‘modern clamp’ yang pertama dan satu-satunya yang mempunyai bentuk yang mengikut anatomi semulajadi kepala zakar. Alisklamp telah pun dipasarkan di seluruh dunia dan ianya mempunyai “CE MARKING” E-30-00961-08 sejak tahun 2008 dan mendapat pengiktirafan ISO (EN ISO 13485:2003.)

BERKHATAN DI MALAYSIA

Kebanyakan proses berkhatan sebelum tahun 1975 adalah dilakukan oleh ”Tok Mudin” iaitu seorang ahli khatan traditional yang mengkhatankan kanak-kanak tanpa pembiusan dan menggunakan teknik sepitan yang diperbuat dari buloh dan kulup langsung dipotong beralaskan batang pisang. Khidmat Tok Mudin ini maseh lagi digunakan di kawasan kampung-kampung pedalaman.

NGERINYA BERKHATAN SECARA KONVENSIONAL!

Jika dilihat kaedah berkhatan secara konvensional dulu, nampak macam ngeri jugalah, sebab sebelum berkhatan, kanak-kanak tersebut memerlukan suntikan pelalian yang secukupnya. Kemudian, kulup akan dipotong dengan gunting menyebabkan luka terbuka dan perdarahan yang agak banyak. Doktor perlu mengikat semua saluran-saluran pendarahan dan menjahit semua kulit di sekeliling batang zakar. Perlu dibungkus kuat dan dating untuk dressing beberapa kali (ya Allah, scarynyaaa!!!).

Proses berkhatan perlu betul-betul “sterile” kerana ia sama seperti pembedahan biasa yang melibatkan luka terbuka dan perdarahan. Lepas tu, risiko mendapat infeksi adalah tinggi terutama Hepatitis B dan C ataupun infeksi HIV. KECEDERAAN ‘KEPALA ZAKAR ataupun BATANG ZAKAR oleh GUNTING sering dilaporkan dengan kaedah ini. Risiko pendarahan selepas 24 jam adalah tinggi iaitu sekitar 5% dan proses berkhatan mengambil masa 30 ke 45 minit.

Berkhatan adalah satu bentuk pembedahan. Walaupun ianya berskala kecil. Apa jua pembedahan akan terdedah dengan risiko. Contoh risiko adalah seperti jangkitan kuman (infection), pendarahan (bleeding) mahupun human error (kesilapan pembedahan).

KENAPA KENA BAWA ANAK CHECK DULU DENGAN DOKTOR SEBELUM PROSES BERKHATAN DIPUTUSKAN?

1) Hypospadias

– keadaan kongenital bila mana lubang bukaan salur kencing tidak berada di tempat yang sepatutnya.

2) Buried penis

– lazim berlaku pada anak anak yang obes. Batang zakar sebenarnya tenggelam dalam lapisan lemak pada bahagian abdomen. Walaupun kulit kepala zakar nampak normal, batang zakar sebenarnya tenggelam .

3) Congenital megaprepuce

– ‘Prepuce’ atau kulit kepala zakar selalunya berbentuk konikal dengan lubang kencing yang sangat halus. Lapisan kulit luar adalah terhad manakala lapisan dalam prepuce adalah berlebihan

BILA SEBENARNYA MASA BERKHATAN PALING IDEAL?

Merujuk kepada masa terbaik untuk berkhatan, secara peribadi kami merasakan yang masa terbaik untuk berkhatan adalah mengikut sunnah, iaitu hari ketujuh kelahiran. Ketika bayi baru dilahirkan, deria rasa, bau, penglihatan dan lain lain belum terbentuk sempurna. Bayi juga ketika itu menjalani proses tumbesaran yang paling aktif, justeru mempercepatkan proses pemulihan luka. Keadaan fizikal bayi yang ketika itu tidak banyak bergerak juga akan memudahkan penjagaan. Walau bagaimanapun, tidak banyak doktor pakar yang menawarkan proses khatan selepas kelahiran kerana ia memerlukan kemahiran yang agak tinggi.

Jumpalah doktor pakar sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan. Berilah khatan yang terbaik untuk anak anda.

KAEDAH CLAMP

Terdapat pelbagai jenis alat clamp di pasaran. Secara ringkasnya, alat ini digunakan semasa proses khatan dan kebanyakan model memerlukan anak anda datang semula untuk membuka alat clamp selepas seminggu berkhatan. Ini bermaksud, anak anda perlu menjalani suntikan ubat bius setempat sebanyak 2 kali (semasa khatan pertama dan ketika membuka clamp).

Komplikasi lazim berkaitan alat clamp termasuklah infeksi, pendarahan, kegagalan untuk membuka alat clamp.

SUSAH TAK PENJAGAAN SELEPAS BERKHATAN? 
(NI CHECKLIST ZAFRAN SR.)

  • Sakit? : memanglah sakit. Sabarlah.
  • Makan ubat penahan sakit seperti paracetamol setiap 4 jam : Makan. Memang kami juga pastikan antibiotik diambil sehingga habis. Suplemen seperti Zinc Complex dan Chewable Vita C Plus juga diambil secara konsisten.
  • Pastikan kebersihan zakar dan kawasan sekitarnya untuk elak jangkitan kuman : Kami guna Basic H juga.
  • Pastikan tidak berbau yang mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman :Ya, betul.
  • Mandi seperti biasa dan pastikan kawasan “pembedahan” dijaga : Alhamdulillah Zafran Sr. tak perlu tutup dengan plastik ke apa sebab memang boleh mandi terus macam tu, cuma feeling seriau yang buat mereka susah nak bagi kerjasama time mandi.
  • Kawasan sekitar pembedahan boleh dicuci secara “gentle mopping” dengan antiseptic solution : Ya sudah semestinya.
  • Elakkan kelembapan : Memang tempat mereka baring tu bawah kipas dan mereka dipakaikan dengan kain pelikat abah saja, supaya sentiasa kering. Sesekali buka air cond untuk keselesaan.
  • Selepas buang air kecil, boleh guna syringe untuk basuh bahagian pembukaan urethra sahaja tanpa menyebabkan basah pada bahagian lain : Tak buat lagi, boleh cuba.
  • Makan makanan yang sihat : Semestinya, sayur pun pastikan makan supaya dapat semua vitamin yang diperlukan. Yang tak nak sayur, top up dengan Mealshakes.
  • Elak makanan yang boleh mendatangkan kegatalan jika anak kita sentitif kepada makanan tertentu seperti seafood : Ya terutamanya semasa awal berkhatan. Kesian kalau gatal.
  • Banyak makan buah yang kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan imuniti : Bagi Chewable Vita C Plus saja, sebiji = 1.5 biji buah oren je.
  • Minum air secukupnya. Jangan kurangkan minum air kerana takut buang air kecil : Sekarang dah mula beri minum banyak air.
KENA CEPAT JUMPA DOKTOR YA KALAU...

  • Pendarahan tdak berhenti.
  • Sakit berpanjangan.
  • Bernanah atau bau yang tidak menyenangkan.
  • Selalunya pesakit dapat kembali memakai seluar dan bermain selepas hari 5 - 7 hari.
  • Teknik baru dalam berkhatan yang lebih modern adalah clamp technique. Tidak banyak tempat yang menawarkan kaedah ini. rujuk http://alisklamp.my/.
  • Khatan ini masa sesuai untuk eratkan jalinan dan hubungan “anak-ayah”.
Bagus khatan ni, kan. Sebab tu agama suruh. 

********************************************************************************************************

Hujung sekali tu pelakon tambahan ja, ahhaa.. Insya Allah dengan pengalaman ni, one day dah tahulah macam mana nak jaga adik pula.

Hari tu, balik dari berkhatan, ibu dah siapkan Zinc Complex untuk penyembuhan luka luar dan dalam dengan cepat, tak lupa Chewable Vita C Plus untuk kuatkan imun, elak jangkitan kuman serta pemulihan secara keseluruhan.




Sedikit maklumat tentang kedua-dua suplemen hebat ni:

Chewable Vita C Plus ni mengandungi 100mg vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan kompleks bioflavonoid. Ini untuk mempertingkatkan lagi fungsi vitamin C dan menghalang oksidasi vitamin C dalam tubuh. Oleh sebab vitamin C semulajadi ditemui di dalam makanan bersama-sama faktor lain yang berkaitan, jadi Shaklee meniru alam semulajadi dengan menambah bioflavonoid dan rose hips, antara sebatian yang mengandungi vitamin C yang berkait rapat sesama sendiri.

BEST KE CHEWABLE VITA C PLUS NI?

Best la. Selain menyokong sistem pertahanan semulajadi anti oksidan tubuh, membantu menyokong integriti sel dan menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot serta salur darah, aktiviti mengunyah tablet vitamin C ini akan menyebabkan air liur memudahkan pemecahan vitamin C, dan menyediakannya untuk serapan yang baik semasa tiba di usus kecil. Semakin banyak mengunyah Chewable Vita C Plus, semakin tinggi serapannya dalam tubuh. Unik kan!
Ini Zinc Complex yang kami bagi Zafran Sr. consume sepanjang tempoh pemulihan dari berkhatan ni. Ia dirumus daripada zinc glukonat semulajadi dan bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc ni sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ia berkesan mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

APA MANFAAT ZINC COMPLEX?
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim - merangsang regenerasi sel, memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan remaja.
  • Membentuk kolagen - membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki diabetes.
  • Bintik putih di kuku ialah tanda kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan dan hilang daya penglihatan.
  • Membantu pengeluaran kalenjar thymus yang dapat mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi kulit.
  • Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
  • Memperbaiki masalah pembengkakan prostat, menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Ambil secara konsisten.
  • Pengambilan Zinc Complex untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten serta meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Penting untuk ovulasi wanita. Zinc juga membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.
  • Pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki akne dan radang kulit (jerawat).
  • Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.
Rujukan : BERSUNAT dan MEDIK DR. ZAKI

Jangan lepaskan peluang mendaftar keahlian secara PERCUMA!!
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, May 15, 2015

KEPALA AWAK GATAL TAK?

Hai, nasib la. Baru lepas demam campak, anak-anak syurga batch bawah diserang kutu pula. Ni mesti bawa balik dari tadika la ni. Mentang-mentanglah Basic H dah kembali kan. Apa pun, Alhamdulillah. Hadirnya kutu bawa rahmat. Hadirnya kutu menyebabkan saya dapat luangkan lebih masa membelai kepala, menyisir dan meraut rambut mereka dengan penuh kasih sayang. Puas hati dapat picit kutu dan telur-telurnya tu.



Google juga untuk cari maklumat tentang kutu ni. Jom la baca;

KUTU KEPALA?
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup di bahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.


Kitar hidup kutu

Tanda-tanda ada kutu di kepala macam ni ya...
  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.
So cute :-)

Bagaimana kutu boleh merebak?
Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
  • Sikat rambut.
  • Perhiasan rambut.
  • Tuala.
  • Topi.
  • Tudung kepala.
Kalau ada kutu, apa nak buat ya?
  • Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
  • Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
  • Basuh cadar dsb dengan air panas.
  • Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
  • Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.
Euwwww!!!

Ada ubat membunuh kutu ni tak?
  • Crotamiton
  • Benzene hexachloride
  • Malathion
Tapi dulu, mak saya lumur satu kepala dengan nila ja kot. Tapi kan, boleh juga buat macam ni >>


Legend nila ni...
  • Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
  • Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
  • Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.
Untuk ibu moden ni, jangan risau ya. Basic H, larutan serbaguna ni dapat membantu tau. Saya dah guna untuk diri sendiri. Jika ada ahli keluarga kita yang diserang kutu, boleh buat macam ni >>


  • Basahkan rambut dengan air yang telah di masukkan 6,7 titik basic H..
  • Balut rambut anak anda dengan kain lampin biasa dibuat atau tuala, biarkan semalaman. Maknanya tidur dengan kain berbalut di kepala.
  • Sesuai dibuat pada hari minggu tau, lepas tu, bilaslah dengan air bersih.HASILNYA nanti..kutu akan mati termasuk telur yang masih belum menetas, InsyaAllah dengan izin Allah. Guna atas risiko sendiri.
Testimoni Basic H untuk membunuh kutu kepala;



Jom Shaklee!


Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Sumber : WIKIPEDIA