Showing posts with label Santapan Hati. Show all posts
Showing posts with label Santapan Hati. Show all posts

Thursday, October 12, 2017

ORANG NAMPAK YANG BEST-BEST SAJA...

Assalamualaikum
Selamat pagi

Kita selalu seronok tengok orang berjaya,  orang hebat

Tapi tahu tak,  kejayaan ni selalunya datang pakej sekali dengan ujian

Tak bergolek dengan mudah tanpa air mata

Tau kenapa?

Allah beri kejayaan disertakan dengan ujian-ujian sebab SAYANG....

supaya hambaNya ini tidak pergi jauh meninggalkanNya

Tenggelam dalam kenikmatan.

 Semoga semua kita menjadi manusia berjaya dalam keredhaanNya 💝💝💝


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, August 17, 2017

TANGGUHLAH SOLAT!

.........MAKA ALLAH AKAN TANGGUH SEMUA URUSANMU..


Suka lewatkan/tangguhkan SOLAT??

Maka bersedialah ..
Tertangguh dalam semua urusan hidupmu..

Mungkin dari segi :
-Rumahtanggamu,
-Perkahwinanmu,
-Pekerjaanmu,
-Zuriatmu,
-Pendapatanmu,
-Kesihatanmu,

HASAN AL-BASRI berkata:
Jika kamu merendahkan nilai SOLAT,
apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu?
Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu.

Tidakkah kamu tahu bahawa SOLAT digandingkan dengan AL-FALAH (kejayaan)?

Mana mungkin Allah memberikan kamu TAUFIQ 
sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya!!

HIDAYAH  perlu dicari. Ia akan datang bila hatimu mula mencari.

TAUFIQ itu perlu didekatkan dengan diri, biar ia mudah datang kepadamu

Begitu juga SOLAT.

Tunaikan seawal waktu yang mungkin..
kerana keberkatannya mudah datang dalam hidupmu...

Kita selalu tangguhkan solat...kejap lagi lah...nanti dulu lah...

Sebab percaya, nanti tak jawab pm customer, dia lari pulak..

nanti tak update FB on time tak efficient pulak....

Betul tak?

Sebenarnya, keberkatan dan kekuatan kita ada dalam solat itu sendiri

Daripada solat yg awal dan khusyuk, 
Allah akan lembutkan hati-hati customers kita utk mudahhhh close deal

Daripada solat yang berkualiti juga, Allah hadirkan anak-anak downlines exactly seperti yang kita doakan, yg mudah dibentuk, yang dengar cakap mak, yang perform gila-gila, dll

Semua hak-hak kita Allah akan bagi, dengan syarat kita juga memberikan masa terbaik dan berkualiti untuk menjaga hak Allah iaitu solat 5 waktu

Orang yg tenang dan hidupnya teratur, nescaya KUALITI SOLAT nya tip top!!!

Percayalah!

Jommmm...perlahan-lahan, baiki diri kita masing-masing, agar menjaga solat di awal waktu dan solat dgn penuh tenang dan betul-betul seperti bersembang dgn Allah 
(meminta dgn sungguh-sungguh apa yang kita hajati)

Insya Allah ALFALAH pastiiii bersama kita, ameennn!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, August 10, 2017

BELAJAR BERLAPANG DADA

Love this, thanks to the original writer....

Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

  • Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.
  • Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.
  • Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
  • Kalau kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.
  • Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.
  • Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
  • Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.
  • Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.

Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.


Renungan bersama....

Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah. Bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

Tahu, tak?

  • Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.
  • Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.
  • Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.
  • Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.
  • Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.
  • Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.
  • Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.
  • Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.
  • Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.
  • Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.
  • Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.
  • Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.
  • Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfikir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan datang. In sha Allah..

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, June 22, 2017

SOMBONGKAH KITA?

MUHASABAH DIRI | *Perkongsian ilmu yang dinukil dari kitab hikam ibnu Ato'illah*        


Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia gembira.

Sabda  Rasulullah ﷺ :

لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ

"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud).

credit: Ust Abd Mujib Tuan Guru Haji Mohd Baki Osman

Ampunkan kami, Ya Allah atas semua kelemahan dan kekhilafan....

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, April 11, 2017

SEBENARNYA, PENGHALANG KEJAYAAN TU IALAH KITA SENDIRI!

Jom baca kisah motivasi ni :-)

5 bulan lepas saya jatuh, duit dalam bank hanya tinggal RM970.00. Sebab jatuh? Berlaku miss management (kesilapan diri sendiri) dan juga ketirisan yang tak sepatutnya serta finishing dalam jualan yang tak tajam..

Dengan overhead sebulan sebanyak RM 30,000, saya fikir bagaimanakah saya boleh survive dalam keadaan ini. Ujian Allah, semua pekerja berhenti, kecuali seorang pekerja restoran. Duit tak ada. Pokai, hutang sana sini. 

Saya dah buat yang terbaik dan tidak pernah menganiyai sesiapa tetapi Allah ingin menyedarkan saya. Sebelum ni sedikit tidak berhati-hati dalam perbelanjaan dan pengambilan pekerja. Pekerja terlalu ramai. Overhead tinggi. Bidang tugas pekerja tidak jelas. 

Bila overhead tinggi, cash setiap bulan makin susut sampailah tinggal RM 970. Walaupun begitu, gaji tidak pernah saya tangguhkan. berapa yang dijanji, sejumlah itulah yang dibayar. 

Allah sayangkan saya, lalu digoncangkannya sedikit keadaan yang sedikit selesa sebelum waktu itu untuk kesedaran. Bayangkan dalam keadaan gawat, semua pekerja berhenti. Berhenti sebab tahu syarikat sudah tidak punya wang. Bagaimana production mesti berjalan? Bagaimana restoran hendak beroperasi..?

Bermulalah episod kerja siang malam. Pagi petang siang malam, saya kerja. itu yang paling tepat. Pagi proses chicken chop, malam memasak direstoran. 

Pada masa tu saya sedang menunggu kelulusan pinjaman SME Bank. Jumlahnya menghampiri RM1 juta. Saya sangat mengharapkan pinjaman tersebut tapi saya sedar, prosesnya ambik masa yang agak lama. Sampai bila saya harus mengharapkan sesuatu yang saya tak tahu tempohnya. Saya fikir, saya tak boleh tunggu lagi dan saya terpaksa gunakan modal yang mana ada saja untuk buat 'bounce back'.

Saya bertekad untuk perbaiki semula kesilapan saya sebelum ini dan saya juga bertekad bahawa saya akan BANGKIT SEMULA!! 

Bagaimanan saya bangkit semula? 

Saya gunakan RM900 yang masih ada untuk buat sebanyak 180 kotak chicken chop. Jual cash.. Satu hari saya dapat jual kesemua 180 kotak tersebut. Saya gunakan kesemua hasil jualan hari pertama tu untuk dijadikan modal proses chicken chop untuk proses hari kedua. 

Saya mampu proses 250 kotak daripada kesemua hasil jualan pada hari pertama. Pada sebelah malamnya pula saya buka restoran dan keuntungan disitu saya sumbangkan kepada modal untuk proses frozen chicken chop.

Cukup putaran proses selama 3 minggu, saya sudah punya modal untuk proses hampir 500-700 kotak Frozen Chicken Chop sehari. Bila stok buffer sudah mencukupi, maka bermulalah penghantaran semula stok ke stokis-stokis negeri seperti mana yang saya sudah buat sebelum ini. Saya baiki balik kelemahan dan perkuatkan. Negeri yang tiada wakil, saya wujudkan. 

Oleh kerana kos penghantaran adalah tinggi, saya ambik keputusan untuk pergi hantar sendiri stok ke stokis-stokis. Kalau sebelum ini, saya mampu dan punya dana untuk menggunakan iklan akhbar, radio, berpuluh ribu flyers, beratus poster, banting dan banner, tapi kali ini tidak. Bajet tidak sesegar dulu. Dengan itu saya hanya gunakan facebook sebagai medium pemasaran dan pengiklanan saya sebab ianya percuma.

Dengan usaha pagi petang siang malam, saya mampu stabilkan kedudukan kewangan syarikat. Setelah 4 bulan berjuang antara hidup dan mati untuk menyelamatkan syarikat, saya dapat berita yang mengembirakan bahawa pinjaman SME Bank saya diluluskan. Alhamdulillah, selain dari dapat menyelamatkan dan menstabilkan kembali syarikat, saya dapat hadiah kedua iaitu pinjaman perniagaan diluluskan walau agak panjang tempoh penantian. Syukur Alhamdulillah, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. 

Pada saya, ini adalah pengalaman perniagaan saya yang sebenar dan paling mencabar sepanjang tempoh 7 tahun saya melibatkan diri dalam perniagaan ini. Saya tak sangka dengan hanya RM900 pun kita boleh bangkit semula dan berjaya selesaikan overhead berpuluh-ribu RM sebulan. Bukan satu bulan, tapi 4-5 bulan.

Modal terbesar kita bukan WANG tetapi DIRI SENDIRI!

Daripada cerita apa yang saya dapat simpulkan....dan apa yang saya belajar dari sini;

Kalau duit banyak, modal banyak
Tapi diri sendiri MALAS
Banyak sangat beralasan
Semuanya tak boleh jadi.
Memang tidak akan ke mana

Modal paling besar ialah SEMANGAT dan KEINGINAN kita sendiri

NAK SERIBU DAYA TAKNAK SERIBU DALIH

Contoh yang terdekat dalam bisnes Shaklee ni, kita dok cakap nak rank up..nak rank up

Tapi usaha sikit pun xdak

Customer lari..kita pun nak lari
Down..
No no no!!!

Sepatutnya bila customer lari, kita kena fikir apa kekurangan kita, apa silap kita.
Adakah aku tackle dia habis-habisan?

Kenapa customer ni tak nak beli dengan aku?
Aku tak dhuha ke pagi tadi?
Aku tak serius ke minta dengan Allah?

Jangan harapkan customer 100%
Allah sepatutnya nombor 1!
Modal diri dengan pertolongan dan keizinan Allah, sebabnya...
we're nothing without Him!


Ayuh bangkit dan bersemangat di pertengahan April ni.
Moga kita terus bersemangat bila renung kembali wajah-wajah kesayangan....
para BIG WHY kita!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, December 10, 2016

TERKESAN

Beberapa post di bawah ni sebenarnya viral di FB. Tapi disebabkan ia telah meninggalkan jejak di hati ini, jadi saya repost supaya tidak hilang begitu saja. Tq kepada si penulis. Moga Allah merahmati kalian.


POST 1

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak telefon bila dah semua urusan selesai, Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau, saya pulang kerumah dan menunggu Mak talipon bila dah siap nanti. 



Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tiba-tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam, Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital, sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan, di atas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya, di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa di dalam pelukan Mak, selesai rawatan, sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung, sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai di rumah saya dipujuk untuk makan ubat, dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam. 



Habis saja kenangan itu berlalu di fikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital, 'hujan lebat di dalam kereta' sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan, saya sembunyikan air mata saya yang ditahan supaya tidak mengalir di hadapan Mak, saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor, mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak, mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak, saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat,selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta, membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya 'Mak ada nak beli apa apa ke',

YA ALLAH, ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini. 

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor, rawatan susulan. 
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial-kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka, bayangkan di sini ada blok A, blok B dan sangat luas, ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah, beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya, saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70an yang saling membantu berpimpin, berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugilah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak-anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini. 

Alhamdulillah, setakat ini saya gagah ke sana sini berjalan laju di hospital, namun seandainya saya berada di tahap Mak, saya dan Mak-Mak dan Ayah-Ayah yang saya lihat di IJN ini, saya akan rasa selesa, bangga, terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai 'SEMANGAT'. 

Anak anak sekelian,saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua. 

Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat- 

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا 

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا . 

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil'. 

Al Isra' 23 & 24 

Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad 
Institut Jantung Negara IJN,
Kuala Lumpur, 

4-5-2016

POST 2

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz? 

Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak... 

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu.. 

Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.. 

Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. 

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita.. 

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena... 

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya.. 

Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.. 

Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta. 

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak? 

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah.. 

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah. 

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah... 

- Ustaz Ebit Lew - 


POST 3 

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN 

Suatu hari ada sebuah kapal yang tenggelam dipukul badai. Semuanya hancur musnah. 

Tiada anak kapal yang terselamat kecuali seorang pemuda yang berjaya mendapatkan pelampung. 

Dia terdampar di sebuah pulau kecil yang tak berpenghuni, keseorangan, dan tidak punya bekal makanan. 

Dia terus berdoa pada Tuhan untuk menyelamatkannya dari kesusahan itu. 

Setiap saat, si pemuda memandang ke penjuru laut, mengharap ada kapal yang datang mendekat. 

Sayangnya, pulau itu terlalu terpencil. Hampir tiada kapal yang melewatinya. 

Lama kemudian, pemuda itu pun merasa penat untuk berharap. Lalu untuk menghangatkan badan, dia membuat unggun api, sambil mencari kayu dan pelepah nyiur untuk tempatnya beristirahat. 

Dia membuat khemah dari daun-daun dan batang pokok yg tumbuh di hutan, sekadar tempat untuk melepas penat lelah. 

Disusunnya semua daun nyiur dengan cermat, agar khemah itu kukuh dan dapat bertahan lama. 

Keesokan harinya, pemuda itu mencari makanan. Dicarinya buah-buahan untuk mengisi perut yang lapar. 

Seluruh pelusuk pulau dijelajah kemudian dia kembali ke khemahnya. 

Sesampai di situ, dia terkejut. Semuanya telah hangus terbakar, khemah yang dibuatnya dengan penat lelah dijilat api malah hampir tak bersisa. 

Khemah itu terbakar kerana unggun api yang lupa dipadamkannya. Asap membumbung tinggi, dan hilanglah semua kerja kerasnya semalam. 

Anak muda berteriak marah, "Ya Tuhan !! mengapa Engkau lakukan ini padaku? Mengapa? Mengapa?", teriak pemuda itu mengenang nasibnya. 

Tiba-tiba terdengar bunyi kapal. Ternyata ada sebuah kapal yang datang. Kapal itu mendekati pantai, dan turunlah beberapa orang menghampiri pemuda yang sedang menangis itu. 

Pemuda itu terkejut. Lalu bertanya, "Bagaimana kalian boleh tahu aku ada disini?" 

Mereka menjawab, "Kami melihat kepulan asap yg dibuat olehmu!!" 

Renungan : 

Teman, sangat mudah bagi kita, untuk marah ketika musibah datang menimpa kita. 

Duka yang kita terima, nampak seakan begitu berat namun ingatlah kita tak boleh kehilangan hati kita. 

Sebab Allah selalu ada di dalam hati kita, walau dalam keadaan yang paling berat sekali pun. 

Dan ingatlah, ketika "asap dan api " yang membumbung dan terbakar dalam hati anda, jangan kecil hati. 

Jangan sesali semua itu. Jangan hilangkan perasaan sabar dalam kalbu. 

Boleh jadi, itu semua adalah sebagai tanda dan simbol bagi orang lain untuk datang pada kita lalu menolong kita. 

Semua hal buruk yang kita fikirkan, akan selalu ada jawapan yang terbaik dariNya. 

Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan hilangkan harapan itu. 

Kongsikan. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.