Showing posts with label MealShakes. Show all posts
Showing posts with label MealShakes. Show all posts

Tuesday, November 20, 2018

RINDUKAN ALONG : REPOST SETAHUN BERLALU

SEBULAN LEBIH LAGI

sebelum melangkah ke alam menengah

confirm ibu dah makin tua. Yang kadangkala perasan muda 😆


Anak ni sejak kecik ada eczema. Gatal dalam hidung, sampai ada yang marah la pasai selalu masukkan jari dalam hidung, jolok teruk-teruk.  Bukan apa, takut luka. Meraung-raung bila doktor masukkan kamera kecik dalam hidung. Kulit pun problem, nasib baik di muka elok

Masuk sekolah rendah, ibu mula beri MealShakes sebagai multivitamin. Shake shake dengan susu atau milo sebagai sarapan pagi

Korang kalau anak susah nak makan vitamin dalam bentuk tablet, bancuhkan ja sedap-sedap MealShakes ni. Rasa vanilla cam aiskrim, silap-silap tong kena sembunyi nnti anak-anak meratah! 

Lama-lama, Alhamdulillah, nampak banyak yg improved. Dah mula boleh makan makanan yg dulunya silap sikit habis muka jeremennn 😄

Sekarang ni, semakin besar memang ada ja kadang-kadang kudis, parut main sana sini tapi insyaAllah x teruk condition macam dulu.

Sebulan lagi... depan mata ibu abah

Moga terus membesar sihat sejahtera, insyaAllah kita usaha! 

Untuk ibu-ibu di luar sana yang mencari suplemen terbaik untuk anak;

KETAHUI 7 Kebaikan Mealshake Shaklee Sebagai Multivitamin Yang Sesuai Untuk Anak 

1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis Vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh

Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

3. Membantu Tumbesaran

Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

4. Anti-Oksida 

Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan Seri Wajah

Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

6. Detoksifikasi

Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

7. Kelazatan Rasanya


Minuman yang lazat (berperisa vanilla) dan mengandungi fruktosa semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, December 14, 2017

APAKAH FIRST AID YANG IBU-IBU SEMUA PATUT ADA DI RUMAH?

Customer setia saya ni, dulu selalu order Mealshakes untuk anak sulung lelakinya yang ada masalah paru-paru. Alhamdulillah dah sihat, comel, cergas sekarang ni.

Sekarang ni, si abang dan si adik pulak demam campak serentak. Teruk jugak, kesian ibu dia dok fikir macam mana nak buat bagi redakan gatal-gatal badan anak-anak.

Sejak kami di KL si ibu dok mesej tanya nak buat macam mana. Dah jauh time tu, just bagi link blog sajalah. Baca SINI.

So si ibu confirm order Basic H dan Herbal Blend.

Balik saja Kedah, terus pecut pi hantaq, kesian anak-anak kecik demam campak.

Alhamdulillah, lepas beberapa hari dapat tau depa dah semakin ok. Tumpang happy juga sebab dengan izin Allah, kedua-dua produk ni sangat membantu!


So, untuk ibu-ibu muda sekalian, bila-bila masa saja kita atau anak-anak kena campak, alahan dan sebagainya. Jadikanlah Basic H dengan Herbal Blend ni sebagai first aid di rumah ok!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Monday, December 4, 2017

BUDAK MEALSHAKES

SEBULAN LEBIH LAGI

sebelum melangkah ke alam menengah

confirm ibu dah makin tua. Yang kadangkala perasan muda 😆

Anak ni sejak kecik ada eczema. Gatal dalam hidung, sampai ada yang marah la pasai selalu masukkan jari dalam hidung, jolok teruk-teruk.  Bukan apa, takut luka. Meraung-raung bila doktor masukkan kamera kecik dalam hidung. Kulit pun problem, nasib baik di muka elok




Masuk sekolah rendah, ibu mula beri MealShakes sebagai multivitamin. Shake shake dengan susu atau milo sebagai sarapan pagi

Korang kalau anak susah nak makan vitamin dalam bentuk tablet, bancuhkan ja sedap-sedap MealShakes ni. Rasa vanilla cam aiskrim, silap-silap tong kena sembunyi nanti anak-anak meratah!

Lama-lama, Alhamdulillah, nampak banyak yang improved. Dah mula boleh makan makanan yg dulunya silap sikit habis muka jeremennn 😄

Sekarang ni, semakin besar memang ada ja kadang-kadang kudis, parut main sana sini tapi insyaAllah x teruk condition macam dulu.

Sebulan lagi... depan mata ibu abah

Moga terus membesar sihat sejahtera, insyaAllah kita usaha!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, June 21, 2017

ANAK SEMBELIT EMAK MENJERIT???

Emak-emak sekalian, jangan kalut!

Ni sharing daripada kawan-kawan saya, emak-emak macam kita jugak.
Ada caranya nak bantu anak kita yang sembelit ni.



Jom bancuhkan segelas MealShakes. Beri secara konsisten kepada anak-anak. 

Rasa macam aiskrim Vanilla. Sedap. Anak sure suka!

InsyaAllah masalah sembelit akan dapat diatasi dengan cara paling selamat!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, May 2, 2017

NUTRISI KEPADA SI PICKY EATER!

Berbanding Along, adik-adik dia sebelum ni memang picky eater.
Hanya makan banyak bila ibu sediakan makan favourite depa saja
Sayur tak makan, buah tengok jenis jugak tu...

Jadi, ibu bantu top up nutrisi yang tak cukup tu melalui MealShakes setiap pagi di samping beberapa suplemen kanak-kanak yang lain.


Now, ok la. Pantang ada makanan, x berhenti makan pulak. Badan still steady. Dan jarang x sihat, Alhamdulillah.


 


Anak-anak zaman sekarang cabaran dia berbeza. Tak perlu banding dengan anak orang. Fokus saja anak kita, ok!

Kita still boleh berusaha.

Beri yang terbaik!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, June 1, 2016

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK JUN 2016. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Sedar tak sedar, dah separuh tahun dah ya. Cepat sungguh masa berlalu!. Dan dalam sedar x sedar juga, bulan penuh keberkatan, yakni Ramadan Al Mubarak juga semakin tiba.

Tak perlu fikir pasal baju raya, kuih raya dan lain-lain berkaitan raya, sebaliknya lebih afdhal fikir bagaimana nak menjayakan puasa, nak buat persediaan gandakan amal ibadah, rebut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sebanyaknya, bantu anak-anak yang baru nak belajar puasa, juga mudahkan ibu ayah kita yang dah uzur untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.

Promosi Jun ni sangat ohsem, kan!


InsyaAllah, seperti kita dianjurkan makan kurma semasa sahur dan berbuka untuk boost energy, macam tu jugalah suplemen! Roh Ramadhan tak akan hilang hanya dengan makan vitamin. Lapar dan dahaga tetap terasa, cuma energy yang disalurkan melalui nutrisi moga memudahkan kita mengerjakan ibadah dengan lebih sempurna!

InsyaAllah...

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, December 3, 2015

ZAFRAN SENIOR : SELANGKAH KE ALAM DEWASA

Pelan tertangguh hampir setahun atas sebab-sebab kesihatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan cuti kali ni bila Along dan Angah berjaya dikhatankan. Malam sebelum berkhatan, macam-macam soalan depa interview Wan Mat itu ini, dan Wan Mat pun seperti biasa cerita macam-macam pengalaman dulu, tergelak kami semua kadang-kadang tu. Apa pun, terima kasih banyak-banyak mak dan abah atas pertolongan yang tak berbelah bahagi, jagakan anak-anak untuk kami.




Sebelum anak-anak berkhatan, kami juga gigih mencari info berkaitan berkhatan ni. Perlu juga ada pengetahuan, supaya mudah bagi kita ibu bapa ni membuat persediaan rapi mental fizikal nak menghadapi segala prosedur mahupun kerenah yang akan timbul nanti. 

Berdasarkan rujukan terhadap beberapa sumber, nak sharelah kat sini beberapa maklumat penting tentang prosedur berkhatan. Disebabkan kami memilih secara clamp, so kat sini cerita clamp sajalah ya. Yang lain boleh refer link yang diberi di bawah.

********************************************************************************************************
INFO BERKHATAN DAN KEPENTINGANNYA

Berkhatan bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis). Prosedur ini telah pun dijalankan sejak beribu tahun dahulu. Ia juga merupakan sebahagian dari budaya masyarakat yang tinggal di kawasan cuaca panas seperti Australia, gugusan pulau Pasifik, negara-negara Khatulisistiwa, Timur Tengah, Afrika dan Amerika. Hampir kesemua proses khatan dijalankan atas sebab agama, budaya dan sebab-sebab perubatan tertentu.

Islam mewajibkan khatan untuk lelaki dan hukum sunat pada wanita. Selain umat Islam, perintah berkhatan dari sudut agama juga dilakukan oleh kaum Yahudi. Umumnya, kaum Arab biasanya mengkhatan pada hari ke tujuh selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan adat kaum Melayu. Jumhur ulama berpendapat Nabi Muhammad SAW telah dikhatankan pada hari ketujuh oleh Abdul Mutalib.

Dari aspek kesihatan, berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada salur kencing pada kanak-kanak, mengurangkan risiko keradangan pada zakar dan kanser zakar, mengurang risiko kanser cervix pada pasangan dan juga baik dari aspek kebersihan.

SEJARAH BERKHATAN

Kaedah khatan terawal di dunia yang diamalkan oleh manusia adalah dengan ’sepitan kuno’ (ancient clamp), ianya mudah, cepat dan kurang perdarahan serta dilakukan tanpa ubat pembiusan. Antara bahan-bahan ’sepitan kuno’ adalah diperbuat daripada tandok haiwan, kayu, buloh ataupun logam, ini dapat dibuktikan dari kajian-kajian purba pada ’Egyptian mummies’ dan lukisan digua-gua batu menunjukkan amalan berkhatan dengan ‘ancient clamp’ telah dilakukan lebih dari 15,000 tahun dahulu.


Ubat pembiusan hanya mula di perkenalkan pada awal kurun ke 19 dan dalam masa yang sama ilmu pembedahan moden turut berkembang dan kemudiannya berkhatan mula dilakukan secara ’pembedahan moden’ oleh doktor perubatan.

Prosedur berkhatan pembedahan moden adalah dengan suntikan pembiusan, memotong kulup mngikut teknit ’Dorsal Slit’, mengikat punca pendarahan dan menjahit kulit yang dipotong. Pembedahan teknik ’Dorsal Slit’ ini telah diterima sebagai prosedur khatan yang utama dan dilakukan di semua Hospital dan klinik-klinik kerajaan sehingga sekarang.

’Generasi pertama’ alat “modern clamp” atau ’sepitan moden’ untuk berkhatan adalah diperbuat daripada logam “stainless steel” yang mudah untuk di sterilisasi dan digunakan berulang-ulang. Kaedah ini amat popular di Eropah dan Amerika. Antara “modern clamp” logam yang digunakan adalah Gomco pada tahun 1934 dan Mogen pada tahun 1954. Masalah penularan jangkitan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C serta HIV menyebabkan ’clamp’ logam ini tidak digunakan lagi dan kemudian berkembangnya ‘clamp’ pakai buang yang diperbuat dari plastik iaitu sebagai ’generasi kedua’ alat ’clamp’ untuk berkhatan.

Antara alat ’clamp’ generasi kedua yang terkenal adalah Plastibell, Taraklamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail clamp. Selain berkonsepkan pakai buang alat-alat ini menawarkan konsep baru dalam berkhatan dengan teknik yang selamat, kurang menyakit atau mengerikan, dapat dilakukan dengan cepat, kurang perdarahan, tiada risiko jangkitan Hepatitis B/C atau HIV dan hasil khatan yang memuaskan.

Yang terbaru dan terkini adalah alat Alisklamp, ianya adalah merupakan ‘generasi ketiga’ dalam ‘modern clamp’ yang merupakan penambahbaikan kepada alat clamp generasi kedua dan mengatasi segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Alisklamp diperbuat daripada plastik gred perubatan yang berkualiti tinggi, tidak toksik dan tidak memberi kesan alahan. Ia mempunyai bentuk khas yang sempurna, menggunakan teknologi yang maju dan ciri keselamatan yang maksimum bagi menghasilkan khatan yang sempurna.

Alisklamp telah di reka cipta oleh Dr. Verdat Ali Canoglu, seorang pakar Urologi daripada Negara Turki. Reka bentuknya telah di ‘paten’kan dan merupakan alat ‘modern clamp’ yang pertama dan satu-satunya yang mempunyai bentuk yang mengikut anatomi semulajadi kepala zakar. Alisklamp telah pun dipasarkan di seluruh dunia dan ianya mempunyai “CE MARKING” E-30-00961-08 sejak tahun 2008 dan mendapat pengiktirafan ISO (EN ISO 13485:2003.)

BERKHATAN DI MALAYSIA

Kebanyakan proses berkhatan sebelum tahun 1975 adalah dilakukan oleh ”Tok Mudin” iaitu seorang ahli khatan traditional yang mengkhatankan kanak-kanak tanpa pembiusan dan menggunakan teknik sepitan yang diperbuat dari buloh dan kulup langsung dipotong beralaskan batang pisang. Khidmat Tok Mudin ini maseh lagi digunakan di kawasan kampung-kampung pedalaman.

NGERINYA BERKHATAN SECARA KONVENSIONAL!

Jika dilihat kaedah berkhatan secara konvensional dulu, nampak macam ngeri jugalah, sebab sebelum berkhatan, kanak-kanak tersebut memerlukan suntikan pelalian yang secukupnya. Kemudian, kulup akan dipotong dengan gunting menyebabkan luka terbuka dan perdarahan yang agak banyak. Doktor perlu mengikat semua saluran-saluran pendarahan dan menjahit semua kulit di sekeliling batang zakar. Perlu dibungkus kuat dan dating untuk dressing beberapa kali (ya Allah, scarynyaaa!!!).

Proses berkhatan perlu betul-betul “sterile” kerana ia sama seperti pembedahan biasa yang melibatkan luka terbuka dan perdarahan. Lepas tu, risiko mendapat infeksi adalah tinggi terutama Hepatitis B dan C ataupun infeksi HIV. KECEDERAAN ‘KEPALA ZAKAR ataupun BATANG ZAKAR oleh GUNTING sering dilaporkan dengan kaedah ini. Risiko pendarahan selepas 24 jam adalah tinggi iaitu sekitar 5% dan proses berkhatan mengambil masa 30 ke 45 minit.

Berkhatan adalah satu bentuk pembedahan. Walaupun ianya berskala kecil. Apa jua pembedahan akan terdedah dengan risiko. Contoh risiko adalah seperti jangkitan kuman (infection), pendarahan (bleeding) mahupun human error (kesilapan pembedahan).

KENAPA KENA BAWA ANAK CHECK DULU DENGAN DOKTOR SEBELUM PROSES BERKHATAN DIPUTUSKAN?

1) Hypospadias

– keadaan kongenital bila mana lubang bukaan salur kencing tidak berada di tempat yang sepatutnya.

2) Buried penis

– lazim berlaku pada anak anak yang obes. Batang zakar sebenarnya tenggelam dalam lapisan lemak pada bahagian abdomen. Walaupun kulit kepala zakar nampak normal, batang zakar sebenarnya tenggelam .

3) Congenital megaprepuce

– ‘Prepuce’ atau kulit kepala zakar selalunya berbentuk konikal dengan lubang kencing yang sangat halus. Lapisan kulit luar adalah terhad manakala lapisan dalam prepuce adalah berlebihan

BILA SEBENARNYA MASA BERKHATAN PALING IDEAL?

Merujuk kepada masa terbaik untuk berkhatan, secara peribadi kami merasakan yang masa terbaik untuk berkhatan adalah mengikut sunnah, iaitu hari ketujuh kelahiran. Ketika bayi baru dilahirkan, deria rasa, bau, penglihatan dan lain lain belum terbentuk sempurna. Bayi juga ketika itu menjalani proses tumbesaran yang paling aktif, justeru mempercepatkan proses pemulihan luka. Keadaan fizikal bayi yang ketika itu tidak banyak bergerak juga akan memudahkan penjagaan. Walau bagaimanapun, tidak banyak doktor pakar yang menawarkan proses khatan selepas kelahiran kerana ia memerlukan kemahiran yang agak tinggi.

Jumpalah doktor pakar sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan. Berilah khatan yang terbaik untuk anak anda.

KAEDAH CLAMP

Terdapat pelbagai jenis alat clamp di pasaran. Secara ringkasnya, alat ini digunakan semasa proses khatan dan kebanyakan model memerlukan anak anda datang semula untuk membuka alat clamp selepas seminggu berkhatan. Ini bermaksud, anak anda perlu menjalani suntikan ubat bius setempat sebanyak 2 kali (semasa khatan pertama dan ketika membuka clamp).

Komplikasi lazim berkaitan alat clamp termasuklah infeksi, pendarahan, kegagalan untuk membuka alat clamp.

SUSAH TAK PENJAGAAN SELEPAS BERKHATAN? 
(NI CHECKLIST ZAFRAN SR.)

  • Sakit? : memanglah sakit. Sabarlah.
  • Makan ubat penahan sakit seperti paracetamol setiap 4 jam : Makan. Memang kami juga pastikan antibiotik diambil sehingga habis. Suplemen seperti Zinc Complex dan Chewable Vita C Plus juga diambil secara konsisten.
  • Pastikan kebersihan zakar dan kawasan sekitarnya untuk elak jangkitan kuman : Kami guna Basic H juga.
  • Pastikan tidak berbau yang mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman :Ya, betul.
  • Mandi seperti biasa dan pastikan kawasan “pembedahan” dijaga : Alhamdulillah Zafran Sr. tak perlu tutup dengan plastik ke apa sebab memang boleh mandi terus macam tu, cuma feeling seriau yang buat mereka susah nak bagi kerjasama time mandi.
  • Kawasan sekitar pembedahan boleh dicuci secara “gentle mopping” dengan antiseptic solution : Ya sudah semestinya.
  • Elakkan kelembapan : Memang tempat mereka baring tu bawah kipas dan mereka dipakaikan dengan kain pelikat abah saja, supaya sentiasa kering. Sesekali buka air cond untuk keselesaan.
  • Selepas buang air kecil, boleh guna syringe untuk basuh bahagian pembukaan urethra sahaja tanpa menyebabkan basah pada bahagian lain : Tak buat lagi, boleh cuba.
  • Makan makanan yang sihat : Semestinya, sayur pun pastikan makan supaya dapat semua vitamin yang diperlukan. Yang tak nak sayur, top up dengan Mealshakes.
  • Elak makanan yang boleh mendatangkan kegatalan jika anak kita sentitif kepada makanan tertentu seperti seafood : Ya terutamanya semasa awal berkhatan. Kesian kalau gatal.
  • Banyak makan buah yang kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan imuniti : Bagi Chewable Vita C Plus saja, sebiji = 1.5 biji buah oren je.
  • Minum air secukupnya. Jangan kurangkan minum air kerana takut buang air kecil : Sekarang dah mula beri minum banyak air.
KENA CEPAT JUMPA DOKTOR YA KALAU...

  • Pendarahan tdak berhenti.
  • Sakit berpanjangan.
  • Bernanah atau bau yang tidak menyenangkan.
  • Selalunya pesakit dapat kembali memakai seluar dan bermain selepas hari 5 - 7 hari.
  • Teknik baru dalam berkhatan yang lebih modern adalah clamp technique. Tidak banyak tempat yang menawarkan kaedah ini. rujuk http://alisklamp.my/.
  • Khatan ini masa sesuai untuk eratkan jalinan dan hubungan “anak-ayah”.
Bagus khatan ni, kan. Sebab tu agama suruh. 

********************************************************************************************************

Hujung sekali tu pelakon tambahan ja, ahhaa.. Insya Allah dengan pengalaman ni, one day dah tahulah macam mana nak jaga adik pula.

Hari tu, balik dari berkhatan, ibu dah siapkan Zinc Complex untuk penyembuhan luka luar dan dalam dengan cepat, tak lupa Chewable Vita C Plus untuk kuatkan imun, elak jangkitan kuman serta pemulihan secara keseluruhan.




Sedikit maklumat tentang kedua-dua suplemen hebat ni:

Chewable Vita C Plus ni mengandungi 100mg vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan kompleks bioflavonoid. Ini untuk mempertingkatkan lagi fungsi vitamin C dan menghalang oksidasi vitamin C dalam tubuh. Oleh sebab vitamin C semulajadi ditemui di dalam makanan bersama-sama faktor lain yang berkaitan, jadi Shaklee meniru alam semulajadi dengan menambah bioflavonoid dan rose hips, antara sebatian yang mengandungi vitamin C yang berkait rapat sesama sendiri.

BEST KE CHEWABLE VITA C PLUS NI?

Best la. Selain menyokong sistem pertahanan semulajadi anti oksidan tubuh, membantu menyokong integriti sel dan menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot serta salur darah, aktiviti mengunyah tablet vitamin C ini akan menyebabkan air liur memudahkan pemecahan vitamin C, dan menyediakannya untuk serapan yang baik semasa tiba di usus kecil. Semakin banyak mengunyah Chewable Vita C Plus, semakin tinggi serapannya dalam tubuh. Unik kan!
Ini Zinc Complex yang kami bagi Zafran Sr. consume sepanjang tempoh pemulihan dari berkhatan ni. Ia dirumus daripada zinc glukonat semulajadi dan bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc ni sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ia berkesan mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

APA MANFAAT ZINC COMPLEX?
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim - merangsang regenerasi sel, memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan remaja.
  • Membentuk kolagen - membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki diabetes.
  • Bintik putih di kuku ialah tanda kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan dan hilang daya penglihatan.
  • Membantu pengeluaran kalenjar thymus yang dapat mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi kulit.
  • Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
  • Memperbaiki masalah pembengkakan prostat, menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Ambil secara konsisten.
  • Pengambilan Zinc Complex untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten serta meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Penting untuk ovulasi wanita. Zinc juga membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.
  • Pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki akne dan radang kulit (jerawat).
  • Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.
Rujukan : BERSUNAT dan MEDIK DR. ZAKI

Jangan lepaskan peluang mendaftar keahlian secara PERCUMA!!
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, November 28, 2014

Set - Mighty 3 Gems Programme. Hubungi Kami Untuk Penghantaran SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929

Ramai yang tidak sedar bahawa sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:

- Tidak dapat memberi tumpuan untuk jangka masa yang panjang
- Kurang peka
- Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
- Kandungan gula dalam darah yang rendah
- Produktiviti kerja menurun

Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Gems Programme ini untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.

Kebaikan:
- Bertenaga sepanjang hari
- Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh


Mealshakes French Vanilla (Canister 544g) RM 113.75
Energizing Soy Protein (ESP Isolate Powder) (Canister 850g) RM 150.00
Performance Natural Orange (Canister 539g) RM 82.50

Tuesday, September 2, 2014

PROMOSI KOMBO HEBAT BULAN SEPTEMBER 2014!

Assalamualaikum...

Sengeh sampai ke telinga bila dapat notification daripada Shaklee HQ.
Wah...x pernah berlaku bila Shaklee tawarkan double promotion untuk 2 produk hebat iaitu Mealshakes dan Collagen Powder!!!

http://zafranzafrina.blogspot.com/2013/07/meal-shakes-dapatkan-melalui-kami-ready.html


http://zafranzafrina.blogspot.com/2013/08/shaklee-collagen-powder-dapatkan.html
 

Memang nak kena study habis-habisan tentang Mealshakes dan Collagen Powder ni nampaknya sebab effect kedua-duanya sangat hebat dan sudah tentu ramai yang memang mencari-cari dua suplemen terhebat ni!

Jadi...


Grab cepat sementara harganya murah!