Showing posts with label Vita E Complex. Show all posts
Showing posts with label Vita E Complex. Show all posts

Friday, October 12, 2018

PAKAR SAKIT PUAN SAHKAN KAK FANA BEBAS ENDOMETRIOSIS !

Ingat tak lagi kisah Kak Fana?

Sahabat saya yang dulunya menderita endometriosis. 

Kalau tak ingat, boleh klik SINI :-)

Hari ni ada berita gembira lagi daripada beliau.

Ya Allah syukur tak terkata hari ni lepas tau result ujian darah untuk test #ENDOMETRIOSIS hari tu. Pakar yang merawat Kak Fana maklumkan bacaannya normal buat masa ini.


Kenapa Kak Fana kata BUAT MASA INI?

Sebabnya penyakit ni anytime boleh serang balik kalau kita tak jaga pemakanan

Tips yang kak Fana boleh kongsi dengan korang, apa yang kak fana buat untuk protect diri daripada diserang balik endometriosis.

✅ Jaga pemakanan seharian. Sebolehnya elakkan fast food. Sekali-sekala tu dimaafkan kot kalau dah mengidam sangat😂

✅ Amalkan gaya hidup yang sihat. Rajin bersenam keluarkan peluh. Haish sejak balik Cruise baru-baru ni, Kak Fana pun dah lama tak bersenam🤦‍♀️

✅ Elakkan stress melampau. Kontrol emosi dan sentiasa buat perkara yg boleh happy kan diri. Bila stress melampau, hormon akan terganggu. Nanti sistem badan pun bercelaru dan trigger penyakit rahim.

✅ Jangan skip vitamin/supplements. Ambil supplements yang tinggi #antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E, resveratrol dan polifenol, fish oil omega 3 dan omega 6. Untuk produk Shaklee, kak fana amalkan Vita C Plus, Vita E, Vivix, Omegaguard dan GLA Complex.

Allah, happy sangat. Tak terucap bila dapat result macam ni. Endometriosis ni sangat meletihkan. Stress hidup nak hadap. Paling trauma bila setiap kali haid. Pesakit endo nak hamil pun payah, kesuburan terjejas.

Korang pun pesakit endometriosis? 

Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua :-)

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad


Monday, October 1, 2018

SELAMAT DATANG OHSEM OKTOBER!

Abam-abam take note ya. 


Real Men Set untuk korang kali ni! 
Tampan segak bergaya tanpa abaikan kesihatan dalaman dan luaran! 



Special untuk pengguna Youth, sentiasa ada gift special limited edition. Dan paling best untuk si mata panda, Youth Restoring Eye Treatment dah ada di pasaran! 


Tak lupa, Sustained Released Vita C Plus untuk keluarga tersayang! 

Best kan promo kali ni. Khas untuk kita yang sukakan kecantikan dan kehenseman ♥️♥️♥️

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, November 1, 2017

APA YANG BEST NOVEMBER NI?

Welcoming NOVEMBER, my favourite month, korang tau kan kenapa 😍

Promo Shaklee pun best sangat bulan nih uols..

Of course sebab VIVIX twin pack boleh dapat pada harga less 5% + free membership + free postage + cashback!  🤗🤗


Apa lagi?

Beli kombinasi mana-mana produk dalam gambar untuk 100uv minimum dan dapat 20% diskaun untuk vitamin E atau GLA Complex !

Beli 3 Vitalea Child dan dapat 1 botol percuma !


Meriah, memang meriah!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, October 10, 2017

MINYAK BUKAN SEBARANG MINYAK


Ops!, apa ni?

Siapa punya? 

Jom ikuti sharing Kak Lin Chalo tentang customer beliau;

Pagi ni Keklin nak berkongsi kegembiraan. Dah beberapa hari nak raikan, tapi tunggu hingga ke hari Jumaat yang penuh berkat ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti akhirnya seorang customer Keklin dah berjaya hamil!.

Syukur sangat.

Positive pregnancy stick dalam gambar ni beliaulah yang punya. Apa kau ingat Keklin yang punya kah? Hehehe. Dan paling best, sebenarnya ada kisah menarik di sebalik kehamilan beliau ni.

Begini ceritanya.

Semasa mula-mula adik manis ni hubungi Keklin, beliau cuma nak beli Make Up Remover je. Si adik manis nak bersihkan wajahnya yang cantik dari noda-noda debu setiap hari.

Yelah, kau bayangkan macamana wajah tak kusam, kalau cuci muka pun tak bersih. Lagi-lagi kalau pakai mekap tebal, takut-takut air wudhu pun tak lepas.

Okay, sambung lagi.

Maka, setelah berbincang dari hati ke hati, adik manis ni sebenarnya concern dengan masalah kulitnya. Semenjak berkahwin, jerawat naik dengan gembira sekali. Hmm, siapalah yang tak susah hati kan.

Oh ya, sebelum tu beliau dah beli protein dan vitamin c dengan seorang kakak di kedai kecantikan. Pastilah adik manis pilih brand Shaklee. Bijak adik manis ni, dia dah study dalam-dalam sebelum memilih Shaklee. Yeahhh. Puji pujian di pagi Jumaat.

Katanya muka dia banyak sangat jerawat, berminyak lepas tu ada parut sikit.

Kesiannya adik manis ni. Jadi, sebab dia dah ada protien untuk bantu produce sel-sel baru yang lebih sihat dan cantik, dan dah beli vitamin c untuk kulit yang lebih cerah dan sihat, maka Keklin pun cadangkan minyak borage untuk membantu mengawal hormon beliau.

Wanita dan hormon, berpisah tiada. Kadang jerawat turun naik sebab hormon. Period lari-lari pun sebab hormon. Kau asyik moody pun salah hormon juga.

Jadi, langkah bijak, makanlah minyak borage. Minyak borage ni sejenis asid lemak (omega-6) yang tersangatlah bagus untuk kaum wanita. Stabilkan hormon dan kulit pun boleh jadi cantik kerana si minyak borage ni.

Nak cerita panjang sangat. Nanti kau rajin-rajinkan jejari runcing tu untuk google 'benefit of borage oil'. Ha, siap Keklin kasi lagi kata kunci untuk kau cari.

Dipendekkan cerita, beberapa hari kemudian adik manis beli vitamin e pula. Ish ish, kali ni terpaksa Keklin pujuk untuk jadi ahli. Yelah, jadi ahli nanti dapatlah harga murah. Jimat banyak tu. Kau juga yang untung.

Pertama kali Keklin follow-up, adik manis kata jerawat naik lagi tapi dah tak sebanyak dulu. Tapi paling dia suka, jerawat cepat kecut.

Kali kedua adik manis pula yang report dengan Keklin. Katanya sengugut teruk yang setiap bulan memunculkan diri kini dah hilang! Suka sangat adik manis.  Keklin pun terkejut sebab tak tahu pula dia ada senggugut.

Keklin tau, ini memang kerja si minyak borage yang hilangkan senggugut tu. Kelas kau minyak borage. Sambil stabilkan hormon sempat juga kau hilangkan senggugut. Hehehe.

Last but not least, bila tiba-tiba adik manis tunjuk pregnancy test dia tu. Terkejut dan syukur sangat!. Dah hampir 5 bulan kahwin tapi belum ada rezeki. Tak sangka nak cantikkan kulit terus adik manis dapat 2 lagi bonus lain.

Bayangkanlah, kau nak dapat kulit cantik je, tiba-tiba pakej senggugut hilang & pregnant anak yang ditunggu selama ni.

Serampang 3 mata sangat kan.

Sebenarnya minyak borage tu salah satu fungsinya ialah membantu meningkatkan kesuburan. Lagipun adik manis dah amalkan protein, vitamin c, vitamin e sekali. Mau tak bertambah sihat badan beliau kan.

Okay itu saja Keklin nak kongsikan pagi ini.
Terima kasih sebab gigih baca sampai habis.

----------
Keklin Shaklee Lover
----------

Korang pun baca sampai habis kan. Akak bagi 5 bintang!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Sunday, July 16, 2017

BELL PALSY : KAU TAK RASA, BOLEHLA CAKAP...

Pernah dengar tentang Bell Palsy tak?

Daripada sumber Wikipedia, Palsi Bell (Inggeris: Bell's palsy) ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersifat sementara. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otak, strok dan penyakit Lyme. Tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama palsi Bell. Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menemuinya.

Palsi Bell ialah satu bentuk penyakit yang berkaitan dengan kerosakan saraf. Ia boleh didapati dalam 2 di antara 10,000 orang. Palsi Bell melibatkan kerosakan dalam saraf muka ke-7. Sebabnya tidak jelas walaupun mungkin boleh jadi disebabkan jangkitan herpes.

Gejala penyakit ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejala ini termasuk:
  • perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
  • kesukaran ketika makan dan minum
  • melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
  • kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • mata atau mulut yang kering
  • rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
  • kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
  • sakit kepala
  • kehilangan deria rasa
  • sakit di belakang atau di depan telinga
  • kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
  • gerenyetan di muka
  • rasa lemah di muka
KISAH 1 : FAIZA SUHADA



2 Oktober 2015

Faiza bangun tidur sebelah muka dah jatuh. Airmata mengalir laju macam menangis. Dan x boleh tutup. Sakit dan tegang.

Terus jumpa doktor. Doktor sahkan Faiza diserang Bell Palsy. Ia bukan stroke tetapi kelemahan otot sebelah muka.

Doktor berikan steroid dan dinasihatkan supaya tidak boleh menyusukan bayi ( baby 6m+). Allah sedihnya.....

Sejujurnya selain kepayahan untuk makan, bercakap, menahan air mata terus keluar dan tegang sakit. Tapi Faiza masih nak juga menyusukan bayi.

Jadi Faiza gunakan Vivix sebagai salah satu alternative. Alhamdulillah, dalam tempoh 3 bulan mengamalkan Vivix, Faiza boleh kembali senyum sempurna.

Selain Vivix, Faiza juga menjalani 16x fisioterapi.

Alhamdullilah, setelah berusaha hampir setahun setengah, kini Faiza pulih sepenuhnya.

Tq Bell Palsy & VIVIX. Anda sebahagian pengalaman terindah dalam hidup!


KISAH 2 : NUR BAIZURA IBRAHIM


Ni antara testimoni zura sendiri Kenapa Zura suka sangat dengan VIVIX. 

Pada Julai 2016 Zura di serang Bell Palsy.

Bangun je tidur, macam biasa Zura akan minum air tiba-tiba air meleleh keluar dari mulut, pelik tapi buat tak layan. Bila basuh muka ketika wuduk, kali ni air masuk dalam mata Makin bertambah hairan.

Selesai solat subuh, cuba cari info sambil-sambil tengok muka di cermin. Allahuakbar muka aku dah senget!.

Mulut tak boleh tutup, mata tak boleh tutup rapat. Air mata mengalir. Pipi sebelah kanan tak boleh gerak langsung, telinga rasa bengang..sakit, sakit sangat!!.

Sebelum ni ada Zura baca terbaca tentang Bell Palsy daripada perkongsian seorang rakan tapi masih rasa ragu-ragu sama ada Zura di serang minor stroke atau Bell Palsy.

Tengah hari suami balik utk lunch baru Zura mintak dia tengokkan muka dan bagi tahu Zura memang diserang Bell Palsy.

Bila kami buat pemeriksaan di hospital. Yes! doktor sahkan memang Bell Palsy. Sedihnya...

Bermulalah episod terpaksa ambil steroid dan terpaksa berhenti menyusukan Izzara Nasuha.

Seminggu pertama Zura rasa berat sangat bukan sebab muka dah senget tapi sebab terpaksa stop menyusukan anak. 

Bayangkan anak yang 24 jam dengan maknya tapi bila merengek minta susu maknya tak dapat bagi. Sedih teramat sangat.susu pula terpaksa pam dan buang.

Anak susah tidur malam dan Zura pula rasa stress anak menangis nakkan susu tapi tak boleh nak bagi.

Sampai Zura kata pada suami, "Ummi tak kisah pun muka ummi senget tapi ummi tak sampai hati tengok anak nangis² nak susu macam ni!"....

Zura buat keputusan hanya seminggu Zura ambil steroid dan cuba ikhtiar dengan mengamalkan suplemen, tentunya Shaklee pilihan utama Zura.

Waktu tu Zura berserah ja pada Allah jika dengan suplemen ni Zura sembuh, Alhamdulillah. Jika terpaksa berwajah senget seumur hidup pun Zura redha.

Zura consume special dose VIVIX, Vita E Complex, Omega Guard, B Complex dan seminggu sekali zura akan buat rawatan fisioterapi dan acupuncture.

Senaman muka untuk pesakit Bell Palsy pun ada Zura amalkan di rumah.

Alhamdulillah senyuman kembali mekar di bibir Zura, walaupun belum sembuh 100%.

Alhamdulillah. Pengalaman yang berguna dan tak kurang besar hikmah terkandung di sebalik semua peristiwa ini.

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, June 7, 2017

MASA TERBAIK BERHENTI MEROKOK SELAMANYA!

Masa bulan puasa, ramai orang yang hisap rokok akan pasang niat untuk berhenti rokok. Adakah anda salah sorang?

Masih belum terlambat sebab kalau kita masih hidup sampai saat ini, bermakna Allah SWT masih beri kita peluang untuk berhijrah dan menjadi lebih baik!

Ramai tewas dengan dugaan rokok sebab ketagihan nikotin, mendapan tar dah menutup paru-paru dan menukar tunas rasa sebab rokok ni dalam sedap duk hisap sebenarnya ia merosakkan organ dalaman satu persatu daripada sel, organ, dan seluruh sistem!

Kita belum sedar sebab kita tak ambil tahu kesannya pada masa akan datang!

Jadi kalau betul-betul tekad nak berhenti, saya nak sarankan sahabat-sahabat saya yang sentiasa dirahmati Allah SWT untuk
1. Tidak beli rokok dah
2. Tak curi nk hisap rokok
3. Ikhtiar berhenti terus!

Antara ikhtiarnya adalah,
1. Banyakkan minum air kosong
2. Makan buah sayur salad kalau terasa nak hisap rokok
3. Buat tabung duit rokok. Bila nak membazir beli rokok ja, kuatkan semangat, duit nak beli rokok tu cepat-cepat masuk tabung. Sampai masa,
sedekahlah ke masjid, anak yatim dll yang lebih banyak ganjarannya!

Tahukah anda, apabila kita dah tekad dan katakan tidak pada rokok, badan kita dalam masa sama akan merasai perubahan. Di saat perubahan itu, anda perlu recover kesemua nutrien yang dah dimusnahkan sebab rokok dengan pengambilan makanan seimbang dan alternatif paling baik adalah pengambilan makanan tambahan ataupun supplement yang sudah tentu ada cukup nutrisi dan khasiatnya!

Antara supplement paling penting adalah Antioksidan! yang bertindak melindungi sel daripada radikal bebas dan membaiki DNA, sel yang dah rosak asbab rokok, ke arah diri yang lebih sihat dan bertenaga

Apa yang paling penting adalah, gayakan hidup sihat selepas ini
1. Makan seimbang
2. Exercise
3. Ambil supplement untuk ckupkan nutrisi dan zat untuk badan lebih bertenaga dan sihat

Perlukan bantuan?
Kami sedia membantu!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, February 3, 2016

PANDUAN ASAS MEMILIH MAKANAN TAMBAHAN / SUPLEMEN

Soalan lazim :
Apa makanan tambahan yang harus saya ambil dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? 

Jawapan :
Sila rujuk jadual di bawah ini untuk panduan anda. Panduan ini tidak memihak kepada mana-mana jenama ok. Ini hanyalah panduan asas dan info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers. Tq juga kepada rakan saya Shareeza atas perkongsian ilmu yang berguna ni.



FUNGSI
PANDUAN MEMILIH
PROTIN
  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .
  • Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
  • Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  • Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
  • Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar effisiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
  • la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis, atau perisa.
Multivitamin
  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
  • Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
  • Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
  • Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
  • Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
  • Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.
VITAMIN C
  • Meningkatkan respons imun. 
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. 
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
  • Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
  • la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
  • Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.
ALFALFA
  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
  • Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
  • Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
  • Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai
VITAMIN E
  • Mungkin melengahkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. 
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
  • Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
  • Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokofero lyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
  • la harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
  • Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.
B KOMPLEKS
  • Membantu memerangi kelesuan. 
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. 
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
  • Perlu bagi saraf sihat. 
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
  • Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
  • Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
  • la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
  • Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut
LESITIN
  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
  • Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
  • Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
  • Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.
KALSIUM / MAGNESIUM
  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. 
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. 
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
  • Cari kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
  • la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-fungsi badan.
BESI
  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
  • la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
  • Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.
ZINK
  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stres.
  • Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.
GENTIAN / FIBER
  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia hiatus. Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). 
  • Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
  • Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
  • Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber.
  • la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut.
  • la harus tidak mengandungipewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. 
  • Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.
JULAP / LAKSATIF HERBA

  • Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan.
  • Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.
EPA/OMEGA
  • Boleh - menurunkan trigliserida. -
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. 
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
  • Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. 
  • Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.

Semoga perkongsian ini berguna dan dapat dimanfaatkan buat semua dalam memilih makanan tambahan. Apa jua jenama yang anda pilih pastikan anda yakin dan tahu apa yang anda pilih. 

Perlu ambil semua di atas?

Sejujurnya, paling minimum untuk memulakan program makanan tambahan yang anda perlukan ialah protin dan multivitamin, tetapi lebih efisien jika ia meliputi vitamin C, alfalfa dan fiber. Yang lain-lain diambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda.
Boleh emel atau hubungi saya untuk pertanyaan lanjut, ok!

Apapun, Shaklee pilihan saya dan keluarga yang dah menepati kesemua syarat di atas!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad