Showing posts with label PERGEO. Show all posts
Showing posts with label PERGEO. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Masanya Hampir Tiba!

Setelah hampir 2 tahun berusaha mencukupkan dana melalui perniagaan kecil, Alhamdulillah, kini sudah hampir tiba masanya PERGEO fivers menuai hasilnya. Padang-Bukittinggi, here we come!!!...InsyaAllah. 

Kejayaan mengadakan eksplorasi antarabangsa ke Medan, Indonesia pada tahun 2013 diteruskan lagi dan PERGEO fivers terbang tinggi sekali lagi ke negara serumpun kita, Indonesia. Syukurlah, persiapan yang dibuat hampir 90% selesai walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi, antaranya 5 kru kami tersenarai sebagai peserta PLKN Kumpulan 1 siri 12 2015. Alhamdulillah dengan bantuan pihak sekolah, pendaftaran mereka yang sepatutnya berlangsung pada 6 Disember ditangguhkan ke 12 Disember 2014. Malah segala urusan surat menyurat daripada pihak JLKN telah selesai. 

Doakanlah perjalanan kami selamat, dan semua atur cara yang dirancang dapat disempurnakan. Semoga visi PERGEO agar setiap ilmu Geosains yang dipelajari bukan sahaja dapat difahami, malah dihayati akan dapat dicapai, InsyaAllah!

Monday, October 6, 2014

Once An Archaeogeologist...Is Always An Archaeogeologist!

Walaupun lebih 11 tahun berlalu... namun bidang arkeologi masih tetap di hati. Saya masih mengikuti perkembangan arkeologi di Malaysia yang nampaknya semakin rancak dengan penemuan-penemuan baru yang menakjubkan. 

Sesungguhnya masa yang singkat di Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (sekarang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM) sebelum bergelar guru berjaya meninggalkan kesan yang mendalam untuk dikongsi bersama anak-anak didik yang mungkin suatu hari nanti bakal menyambung cita-cita dan perjuangan gurunya yang tertangguh dulu...

26 September 2014; buat kali ketiga dalam tempoh 7 tahun, kembali membawa PERGEOians meneroka khazanah negara melalui kembara kami di lapangan arkeologi. Setelah menimba pengalaman di Lenggong pada tahun 2007 dan 2012 yang lalu, hari ini kami menjejak kisah-kisah kehidupan kuno di Tapak Arkeologi Sg. Batu, Merbok pula...

Biar saja gambar bercerita ok...sikit ja sempat upload. Guna hp je kan tulis blog...