Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi. Show all posts

Tuesday, December 12, 2017

INSPIRASI

Kadangkala, memilih coach & kumpulan yang betul adalah lebih penting dari usaha kita :).

Pesan mak saya, apa-apa bisnes atau pekerjaan yang kita ceburi, biarlah ianya semakin mendekatkan diri kita dengan Allah :). 

Jika tidak, semak semula, apa yang perlu diperbaiki!.

Terima kasih sahabat, Master Farihah Abu Kasim yang hadir memberikan jutaan makna untuk diri saya. Serius, memang terhutang budi dan terima kasih juga sebab sentiasa ingat mengingati ke arah kebaikan.


Gambar reramai tu anak-anak leaders emak Farihah. Yang sentiasa berusaha memberi nilai dalam kehidupan sendiri dan orang lain. Paling bermakna, antara kita sentiasa ada dalam doa 💕💕💕💕


Selamat malam semua :)

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, November 28, 2014

Kembali Kepada Allah Melalui Sunnah NabiNya

Ingat lagi sebelum join Shaklee. Walaupun berkerjaya tetap, tetapi nak bagi pada mama abah sebulan RM 200 pun berkira2. Mama dan abah tak pernah kata apa, ambik saja dengan penuh syukur. Yang paling sedih bila saya nak mula buat master. Saya bagitahu yang nak guna duit sambung belajar. Jadi tak dapat nak bagi macam selalu... 😪...

Mama kata tak apalah sedangkan saya tahu mama dah kehilangan satu sumber kewangan untuk bayar ansuran keperluan rumah. Dalam diam, saya berdoa supaya Allah murahkan rezeki mama abah saya dan bantulah saya berjaya dalam pelajaran, supaya dapat kembali memberi kepada mereka selepas ini.

Sambung belajar secara part time saja. Memang menyotonglah, tak menang tangan. Dalam tempoh 3 tahun tu, saya lahirkan anak ketiga dan keempat. Allah takdirkan kedua-duanya melalui proses pembedahan disebabkan komplikasi. Dan disebabkan itu juga, buat pertama dan kedua kalinya saya bertekad menyusukan anak-anak ini dengan susu ibu secara eksklusif sehingga usia mereka 2 tahun. Sesuatu yang tak pernah saya buat semasa anak pertama dan kedua dulu (saya terkilan sehingga hari ini). Dan atas sebab inilah juga Allah temukan saya dengan Shaklee melalui sahabat sekampus saya di peringkat sarjanamuda dulu. 

Saya merasai kebaikan Shaklee, saya teruja berkongsi kebaikan Shaklee dengan menjadi SID, di mana kesemuanya berlaku semasa saya sambung master tu lah. 



Alhamdulillah...saya rank up dan kini menjana bonus 4 angka daripada Shaklee, secara tidak langsung menambah sumber pendapatan dalam keluarga. Saya kini mampu menShakleekan mama dan abah juga mak dan abah mentua saya, even majoriti ahli keluarga dengan suplemen terbaik dan dapat pula mengembalikan sumbangan kewangan kepada mereka yang pernah terputus dulu, bezanya kali ini dengan tiga nilai; 

1. Nilai kewangan yang lebih besar
2. Nilai kesihatan yang lebih baik
3. Nilai kasih sayang yang infiniti

...walaupun saya tahu ketiga-tiga nilai ini tidak akan dapat membalas balik kesemua pengorbanan serta air mata mereka membesarkan kami adik beradik selama ini.

Inilah secebis kisah saya. Semua ini adalah satu bentuk didikan Allah kepada saya melalui Shaklee. Tanpa Shaklee, saya masih ada pekerjaan yang tetap. Masih ada suami yang baik, masih punya anak-anak yang manis...Tetapi mungkin saya tidak dapat beri kepada mereka sebagaimana saya dapat beri sekarang kalau tidak ada campurtangan Shaklee dalam hidup kami.

Shaklee bukanlah segalanya. Besar cabarannya bila terlibat dalam bidang ini. Tetapi jika kami memandang dengan pandangan positif, membaca dengan nada yang sama, insyaAllah moga-moga dipermudahkan jalan untuk kembali kepadaNya!

ADIOS ✌

Thursday, October 23, 2014

Hidup Melalui Pemerhatian

Saya suka melihat persekitaran. Dan bersyukur apabila 'terpaksa' atau 'dipaksa' melalui situasi yang sukar kerana di akhirnya saya selalunya merasakan sesuatu yang manis. Mungkin kecenderungan emosi visual ruang dan naturalis yang saya miliki menyebabkan saya positif dengan pelbagai bentuk ragam kehidupan.

Semasa blogwalking tadi, saya berhenti seketika di artikel yang ditulis oleh seseorang yang istimewa (beliau dislexic) tetapi tulisan beliau sentiasa menginspirasikan orang. Jadi saya memutuskan untuk share sajalah artikel beliau di ruangan ini. Jemput berkongsi baca ya. Oh ya, boleh juga terus menemui beliau, Tuan Saiful Nang di blognya yang sweet itu. Hehe...

...Kekayaan David Beckham dan Victoria Beckham memang seperti yang kebanyakan kita kenali. RM500 Juta kekayaan boleh dikatakan beliau separuh billionaire. Bintang bolasepak ini memanglah terkenal sebelum ini dengan skandal seksnya tetapi saya lihat Victoria seorang isteri penyabar. Sejarah Victoria jika diungkit mungkin juga ada parut yang banyak tetapi yang saya lihat ialah contoh ke hadapan. Mereka bukan sempurna, seperti orang lain juga tetapi apa yang mereka lakukan terhadap anak mereka ialah satu pendidikan yang klasik dan sudah dilupakan orang zaman ini. Dari apa yang beliau lakukan terhadap anak sulungnya Brooklyn, saya lihat ia lebih mengajar anak ini menjadi seorang yang kreatif dan inovatif berbanding dungu kerana hidup dalam keadaan kecukupan tanpa masalah.
Lihat sahaja dalam dunia hari ini, berapa ramai billionaire yang asalnya dari orang senang? Sultan Mehmet Alfateh sendiri seorang anak kepada Sultan Murad yang dibesarkan di istana juga dicampakkan ke dalam kancah kesusahan bersama 2 orang sheikh yang mendidiknya. Itu menyebabkan beliau bangkit menjadi seorang raja yang hebat dan  sangat disegani sehingga empayar Uthmaniah mendapat kejutan baru dan mengalami kemajuan tamadun yang sebelum itu kelihatan layu dan merudum. Kerana baginda pernah susah, perkembangan minda baginda lebih kepada sentiasa mencari PENYELESAIAN berbanding mencari ALASAN. Mungkin zaman ini jika kita lihat ramai orang menyalahkan orang lain kerana mereka hidup susah itu sebagai satu pencarian ALASAN. Mungkin mereka dimanjakan sangat sebelum itu. Saya sendiri bangkit dari kemiskinan tetapi ALASAN tidak sama sekali. Saya tahu, bila ada masalah pasti ada penyelesaiannya.  Biar mati kerana mencuba dari hidup menyalahkan orang (loser). Saya akui, saya banyak belajar dari kesusahan berbanding apa yang saya pelajari semasa di bangku universiti. Jikalah tidak kerana orang memandang kertas-kertas yang bernama ijazah, sarjana ataupun doktorat, saya rasa saya juga akan berhenti sekolah selepas saya kenal huruf. Bukan kerana universiti tidak bagus, tetapi universiti membentuk saya menjadi apa yang bakal majikan saya mahukan berbanding apa yang mahu saya cipta.
Tahniah Beckham & Victoria. Contoh yang baik tidak kira dari siapapun ia wajar diambil contoh. Nak cari orang perfect untuk dicontohi memang takkan jumpa sampai bila-bila. Ada yang baik dari pasangan ini kita ambil contoh. Brooklyn boleh sahaja minta duit dari bapaknya beribu-ribu pound sehari tetapi mengapa perlu bekerja sebagai barista pembancuh kopi untuk bayaran kurang 3 pound sejam? Saya juga tidak pernah memanjakan anak dengan memberikannya pelbagai. Sebab itu anak saya dari kecil dibiarkan bersama anak yatim dan asnaf yang kurang bernasib baik. Tiada minta beli mainan kerana mereka tahu mereka BOLEH BUAT mainan sendiri. Jika semuanya disuap, buat mainan jauh sekali…mainan rosak sedikit sahaja dah campak masuk ke tong sampah. Kemudian, minta abah beli baru.


Siapa anak kita pada masa hadapan ialah apa yang kita lakukan kepada mereka hari ini. Jangan jumud sangat mentang-mentang David bagi anak jadi barista, nanti semua anak-anak hantar jadi barista. Soal pokoknya ialah DEDAHAN KEPADA MASALAH supaya minda anak berkembang dan cepat dewasa. Sindrom anak manja hari ini memang teruk, sebab itu ada yang dah jadi bapak orang pun masih main Transformers dan masih tengok Dragon Ball.
Sekian
SAIFUL NANG