Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Saturday, December 10, 2022

EMAK KECIK JE, ANAK SIHAT DENGAN SUSU IBU

Dok sebelah ibu kecik comey Sr Codi Noorhafiza Mohamad Akib ni (dua Dari kiri), memang kagummmm!

Mana taknya, anak dia 4 orang hero belaka

Dari seorang yang berkarier, kini dah bergelar work at home mom

Satu family dia pengguna Shaklee bertahun-tahun dah

Mak 35kg anak 3.5kg. Percaya tak? 😁😁😁

Itulah Fiza. Tapi dia menyusu penuh anak-anak dia. 

Fiza sebenarnya amalkan suplemen untuk support penyusuan anak-anaknya

✅ Vitalea

✅ Vitamin c

✅ B complex

✅ Alfalfa dll.


Bila tengok badan anak yg montel biasa orang akan tanya, minum susu apa? 

"Susu ibu ja makcik"...

atas bawah orang perhati dia 😜😜 almaklumlaaa ibu dia kuruih kiang orang Kedah kata hihi


Berat anak 10% daripada berat mak. Kalau tak makan Shaklee, Fiza kata, memang boleh terbalik 😆

Apapun, saiz kecik x jadi masalah bila badan sihat dan dapat nutrisi yang baik

Set menyusu ni memang bagi mak jadi superpower dan membuatkan mak tak letih!


Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah


Anak kenyang, mak sihat

Bagi pilihan, mestilah nak tapau dua-dua

Betul tak? 😄


Meh, set postnatal aka set menyusu tengah promosi tu weh!

Roger KakDinas https://jomkakdinasbantu.wasap.my

Monday, December 3, 2018

PENYUSUAN ANAKANDA LANCAR BERSAMA SHAKLEE, ALHAMDULILLAH!

Sharing daripada anak Shaklee saya, Maizatul Zam Zarina;

Kisah saya bermula ketika saya tercari-cari formula bagaimana berpantang dengan mudah & banyak hasilkan susu

Selepas melahirkan anak ketiga saya nekad untuk menyusu badan sepenuhnya sehingga umur anak 2 tahun jika boleh.

Walaubagaimanapun, susu badan masih tak keluar sehingga umur baby 9 hari. Baby nangis ja la lapar. Maka, adik saya yang pun suggest set berpantang Shaklee.

Alhamdulillah, lepas consume ESP + Vitalea Iron Formula + B Complex susu dah mula keluar. Badan pun rasa bertenaga. Tengah malam bangun setiap 2 jam sekali pun takda masalah sebab baby prolong jaundice. Stress nya kalau ingat balik baby prolong jaundice ni. 😕 boleh kata semua anak saya jenis ni sampai habis pantang woo.

Alhamdulillah...lepas seminggu consume, pam  & mermet susu melimpah ruah, rezeki baby...syukur


Sekarang anak pun sudah 6 tahun ☺️

Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, February 1, 2017

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK FEBRUARI 2017. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Assalamualaikum semua


Tahu tak, promosi bulan ni best sangat-sangat!


Alfalfa S : Beli 1 Percuma 1 (Tarikh Luput : Ogos 17)
Alfalfa L : Beli 1 Percuma 1(Tarikh Luput : Jun 17)
Lecithin : Beli 1 Percuma 1 (Tarikh Luput : April 17)

*Ini adalah stok clearance. Jika beli macam biasa, anda akan dapat Alfalfa & Lecithin dengan TARIKH LUPUT 2018



Ostematrix : Beli 2, diskaun 5%
Ostematrix : Beli 6 Percuma 1
Vitalea for Children : Beli 3 Percuma 1



Beli 2 Vivix, PERCUMA 2 Paperbag
Beli 1 Shaklee Exclusive Mug pada harga RM10.60 (worth RM19.88) dengan belian : 


Energy Life Set : 2 botol Vivix
Daily Essential Set : Vitalea, Vit C, Omega, ESP
(ESP ada stok semula pada 18.2.17)

Apa lagi?
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, August 27, 2016

KANSER BUKANLAH PENAMAT HIDUP. MASIH ADA RUANG UNTUK BERIKHTIAR!

Saya terkesan membaca perkongsian Dr. Siti Nurafida ni, dan kembali dikongsi kepada anda semua, moga bermanfaat!

Kanser adalah antara penyakit yang menakutkan dan tak ada orang yang nak dengar diri sendiri ataupun ahli keluarga mereka disahkan menghidap penyakit tersebut. Doktor sendiri pun alami keadaan yang sukar nak beritahu pesakit sebab respon mereka memang boleh diagak, walaupun mungkin ada yang boleh menerima dengan positif.

Seorang doktor yang buat PhD berkaitan undang-undang pernah berkongsi bagaimana seorang pesakit kanser boleh memanipulasi maklumat yang diberitahu oleh doktor di mahkamah. Doktor tu cakap, kalau operate buang kanser dia tu, ada risiko 1% boleh bawa maut. Yang dia cakap di mahkamah, dia ada peluang 99% untuk sihat balik, macam biasa. Jauh kan?

Begitu sekali penangan penyakit kanser kepada manusia. Tapi, keadaan gaya hidup sekarang ni, seolah-olah kita menjemput kanser tu dan tak dapat dinafikan, memang bilangan pesakit kanser semakin hari semakin meningkat!

Saya nak share kisah Barbara pada tahun 2005 yang menghidap kanser payudara. Kanser ini adalah pembunuh wanita nombor 1. Pada peringkat awal, kanser ini mungkin boleh dirawat sepenuhnya, tapi bila dia dah merebak, rawatan akan menjadi lebih agresif.

Barbara ni dah 2 kali dibedah untuk membuang ketumbuhan daripada payudaranya. Dan juga kena rawatan kemo. Rawatan kemo ni, pengalaman saya lah semasa jaga wad kemo, malam kena kemo saya yang tak tidur sebab nak kena monitor pesakit ni sebab banyak kemungkinan yang tak diingini boleh berlaku dengan ubat kemo yang merupakan keadaan kecemasan.

Selain rawatan kemo, Barbara juga menjalani rawatan radioterapi dan juga dibuang rahim mungkin untuk mengawal kanser payudara. Tapi saya rasa mungkin ovarinya juga dibuang kerana kanser-kanser ini berkaitan dengan hormon.

Kemudian, beliau telah mencuba suplemen Sheklee. Antara yang diambil termasuk lah:




--Vivix yang membantu merencatkan sel kanser. Dan beliau hanya mengambil Vivix 6 bulan sebelum pemeriksaan darah seterusnya.

--Nutriferon, merupakan interferon yang menguatkan sistem imun untuk melawan sel-sel kanser

--Vitalea - multivitamin dan multimineral yang membekalkan cukup vitamin & mineral untuk makanan sel.

--Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida dan meningkatkan sistem imun

--Ostematrix yang merupakan sumber kalsium untuk kekuatan tulang.

Bila ujian darah dijalankan, Barbara sangat terkejut apabila diberitahu keputusan ujian darah dan pemeriksaan yang dijalankan kepadanya sangat-sangat baik.

Masa tu pakar bedah tu bercadang untuk memasukkan namanya ke dalam kajian kepada satu bahan yang dipercayai boleh merawat kanser payudara, mencegah kanser prostat & kanser payudara daripada berulang.

Dan bahan ini ialah RESVERATROL. Bahan yang sama yang diminum oleh Barbara dalam masa 6 bulan sebelum tu. Secara tak langsung dia adalah orang pertama yang memberi jawapan positif kepada kajian tersebut.

Jaga diri, para wanita. Cegah kanser payudara. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Amalkan gaya hidup sihat pilihlah suplemen yang berkualiti.


Jom Shaklee!


Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin

SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, June 10, 2016

VITALEA LOVER RUPANYA!

Saya nampak gerai tepi pantai tu ada jual dimsum halal. Lama dah teringin nak makan. Jadi tunggu apa lagi, jom weh beli dan rasa best ke tak dimsum.

Sambil tunggu dimsum tengah kukus, mata cepat ja noticed botol Vitalea. Budak laki bawa Vitalea untuk consume, ini RARE!


DZ: Awok pun ambik Vitalea?

® : Ye. Rasa energetic, senang nak buat kijo. Dari kecik lagi makan bende ni. Kadang beli jugak jenama E****

DZ: Mana best, Vitalea ke yang satu lagi?

® : Hok ni rasenye lagi best, hok nu *#'$+*+_=:@(#%$@&^*. Saye ambik dari kecik lagi!

DZ: Awok tahu ke berapa umur Vitalea ni?

® : Lame dah kot. Sebab saye makang start kecik lagi!

DZ: Tahun ni dah 101 tahun dah umur Vitalea ni tau. Lebih tua usianya daripada syarikat Shaklee sendiri!

® : Erk. Ye ke!

Sambil makan dim sum, terfikir fuh, lebih 20 tahun kot, dia ambik Vitalea!

Memang Shaklee lover lah!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, February 3, 2016

PANDUAN ASAS MEMILIH MAKANAN TAMBAHAN / SUPLEMEN

Soalan lazim :
Apa makanan tambahan yang harus saya ambil dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? 

Jawapan :
Sila rujuk jadual di bawah ini untuk panduan anda. Panduan ini tidak memihak kepada mana-mana jenama ok. Ini hanyalah panduan asas dan info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers. Tq juga kepada rakan saya Shareeza atas perkongsian ilmu yang berguna ni.



FUNGSI
PANDUAN MEMILIH
PROTIN
  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .
  • Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
  • Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  • Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
  • Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar effisiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
  • la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis, atau perisa.
Multivitamin
  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
  • Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
  • Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
  • Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
  • Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
  • Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.
VITAMIN C
  • Meningkatkan respons imun. 
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. 
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
  • Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
  • la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
  • Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.
ALFALFA
  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
  • Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
  • Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
  • Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai
VITAMIN E
  • Mungkin melengahkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. 
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
  • Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
  • Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokofero lyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
  • la harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
  • Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.
B KOMPLEKS
  • Membantu memerangi kelesuan. 
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. 
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
  • Perlu bagi saraf sihat. 
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
  • Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
  • Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
  • la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
  • Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut
LESITIN
  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
  • Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
  • Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
  • Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.
KALSIUM / MAGNESIUM
  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. 
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. 
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
  • Cari kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
  • la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-fungsi badan.
BESI
  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
  • la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
  • Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.
ZINK
  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stres.
  • Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.
GENTIAN / FIBER
  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia hiatus. Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). 
  • Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
  • Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
  • Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber.
  • la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut.
  • la harus tidak mengandungipewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. 
  • Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.
JULAP / LAKSATIF HERBA

  • Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan.
  • Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.
EPA/OMEGA
  • Boleh - menurunkan trigliserida. -
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. 
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
  • Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. 
  • Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.

Semoga perkongsian ini berguna dan dapat dimanfaatkan buat semua dalam memilih makanan tambahan. Apa jua jenama yang anda pilih pastikan anda yakin dan tahu apa yang anda pilih. 

Perlu ambil semua di atas?

Sejujurnya, paling minimum untuk memulakan program makanan tambahan yang anda perlukan ialah protin dan multivitamin, tetapi lebih efisien jika ia meliputi vitamin C, alfalfa dan fiber. Yang lain-lain diambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda.
Boleh emel atau hubungi saya untuk pertanyaan lanjut, ok!

Apapun, Shaklee pilihan saya dan keluarga yang dah menepati kesemua syarat di atas!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, July 25, 2015

SET HAMIL SHAKLEE

Last entry saya share tentang TTC (try to conceive) dan testimoni sahabat saya yang berjaya hamil dengan Shaklee. Kali ni saya nak kongsikan pula apakah suplemen yang Shaklee syorkan untuk membantu tingkatkan kesuburan seterusnya membuka peluang untuk hamil. Suplemen-suplemen inilah yang diamalkan oleh sahabat-sahabat saya, even saya sendiri berjaya hamil anak keempat setelah mengambil GLA dua tahun yang lalu. Dengan izinNya jua.

Untuk pengetahuan anda, kesuburan boleh ditingkatkan degan pengambilan suplemen, selain berikhtiar dengan pelbagai cara yang lain. Masalah suami perokok, berat badan berlebihan, stress, pcos, cyst, kekurangan nutrisi dan sebagainya mesti ditangani terlebih dahulu sebelum tubuh betul-betul bersedia untuk hamil. Sebab itulah bagi sesetengah customer kami, proses untuk hamil mengambil masa. Dan tentu anda pernah dengar kes di mana ramai yang 'lekat' sebaik sahaja berjaya menurunkan berat badan.

SET ASAS KESIHATAN KELUARGA SHAKLEE - 
DIAMBIL OLEH SUAMI DAN ISTERI UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN


Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Dan jangan tak tahu, mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki!!.
B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma. Vitamin B amat penting untuk menghilangkan stress ok!.
Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik dan lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
Energizing Soy Protein (ESP) - ESP merupakan soya pemberi tenaga kepada suami isteri untuk bersama. Selain itu ia juga merupakan protein untuk membanyakkan sperma kerana sperma bersumberkan protein.

Suami isteri dinasihatkan untuk mulakan ikhtiar hamil dengan Shaklee melalui pengamalan set kesihatan keluarga ini terlebih dahulu. Tubuh yang sihat akan bersedia dengan sendirinya untuk proses kehamilan berlaku. Jika telah hamil pun, teruskan consume set ini kerana suplemennya juga merupakan sebahagian set hamil, malah set berpantang dan menyusu juga. Berbaloi-baloi kan!

SET KESUBURAN SHAKLEE (SUAMI)


Vita E Complex dengan Selenium Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin seks. Ianya merupakan vitamin wajib untuk suami dan isteri. Bagi isteri, selenium membantu mengeluarkan lendir semasa bersama untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Ia juga boleh bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca kerosakan sperma dan ovum. Bagi lelaki pula, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. 


Zinc Complex - Zinc adalah wajib untuk suami kerana ia meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma. Zinc juga mampu memanjangkan jangka hayat sperma dan meningkatkan bilangan dan kualiti sperma. Selain itu, Zinc boleh melawan bakteria dalam vagina isteri.

SET KESUBURAN SHAKLEE (ISTERI)

GLA Complex – Tujuan asalnya adalah untuk membetulkan kitaran haid atau membetulkan hormon kita, kerana kitaran haid yang tidak teratur menjadi punca utama ketidaksuburan wanita. Jika isteri tidak mempunyai masalah kitaran haid, GLA bertindak dengan lebih cepat untuk membantu menghasilkan cecair pada faraj yang subur dan berkualiti. Ini amat penting untuk membantu sperma dapat hidup dengan lebih lama dalam rahim isteri.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
VITAMIN TAMBAHAN (UNTUK SUAMI ISTERI) :
COQ Health Plus – Memberi tenaga luar biasa kepada sperma supaya mampu bertahan lama dan berenang dengan lebih jauh ke rahim isteri. 

set kesuburan shaklee coq



Vivix - Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya. 

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKANVivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan. 

Apapun, kita hanya mampu berusaha sehabis daya dan berikhtiar dengan apa sahaja cara yang terbaik. Selebihnya bertawakkallah kepada Allah, semoga dipermudahkan urusan kita. 
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, May 1, 2015

BIAR BETUL SHAKLEE NI - HADIAH SEBOTOL VITALEA PERCUMA UNTUK ANDA!

Assalamualaikum

Salam 1 Mei. Selamat Hari Pekerja, selamat bercuti kepada semua. Ramai kawan bagitau yang lebuhraya sesak, terminal feri sesak, stesen minyak sesak, R&R pun sesak. Habis semua sesak sebab semua orang bercuti, nak lari daripada kehidupan yang serba serbi sibuk dan memenatkan. Apa pun, meh kita tengok tema Hari Pekerja pekerja tahun ni.


''PEKERJA SIHAT PRODUKTIVITI MENINGKAT"

Tengok. Matlamat utama ialah kesihatan. Kesihatan yang baik akan mendorong kepada peningkatan produktiviti pekerja. Kenapa perlu pekerja yang SIHAT?
✅ Pekerja SIHAT, kurang MC
✅ Pekerja SIHAT, kualiti kerja meningkat

✅ Pekerja SIHAT,cergas aktif
✅ Pekerja SIHAT, menjana idea kreatif dan inovatif
✅ Pekerja SIHAT, emosi dan mindset lebih positif
✅ Pekerja SIHAT, pengurusan stress lebih baik


Untuk itu, Shaklee, pada bulan Mei ini bermurah hati menawarkan sebotol Vitalea multivitamin berharga RM95.00 kepada semua ahli baru secara PERCUMA!. Syaratnya, anda beli apa sahaja suplemen, mendaftar ahli dan >>>VITALEA HEBAT INI UNTUK ANDA!.


Bersama saya mendapatkan KESIHATAN yang lebih baik dengan pengambilan Nutrisi dari Shaklee, Syarikat Nutrisi No 1!
Tanya saya dan order Produk Shaklee anda;


Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad