Showing posts with label Set - Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Set - Penyusuan. Show all posts

Monday, December 3, 2018

PENYUSUAN ANAKANDA LANCAR BERSAMA SHAKLEE, ALHAMDULILLAH!

Sharing daripada anak Shaklee saya, Maizatul Zam Zarina;

Kisah saya bermula ketika saya tercari-cari formula bagaimana berpantang dengan mudah & banyak hasilkan susu

Selepas melahirkan anak ketiga saya nekad untuk menyusu badan sepenuhnya sehingga umur anak 2 tahun jika boleh.

Walaubagaimanapun, susu badan masih tak keluar sehingga umur baby 9 hari. Baby nangis ja la lapar. Maka, adik saya yang pun suggest set berpantang Shaklee.

Alhamdulillah, lepas consume ESP + Vitalea Iron Formula + B Complex susu dah mula keluar. Badan pun rasa bertenaga. Tengah malam bangun setiap 2 jam sekali pun takda masalah sebab baby prolong jaundice. Stress nya kalau ingat balik baby prolong jaundice ni. 😕 boleh kata semua anak saya jenis ni sampai habis pantang woo.

Alhamdulillah...lepas seminggu consume, pam  & mermet susu melimpah ruah, rezeki baby...syukur


Sekarang anak pun sudah 6 tahun ☺️

Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, November 9, 2016

ALAMAK, DAH NAK MASUK KERJA BALIK!

Antara dilema ibu yang hampir habis tempoh cuti bersalin ialah sempatkan mereka mencukupkan stok susu ibu. 


Tahukah anda, sekiranya ibu hanya mula memerah susu beberapa hari sebelum mula bekerja, perkara pertama yang ibu perlu lakukan ialah JANGAN PANIK!

Kalau panik, ia tidak akan dapat membantu apa-apa, sebaliknya akan dapat merencatkan refleks ejeksi susu. Perah sahaja seperti biasa dan jom cuba beberapa langkah ini bagi menambah aliran susu!.

Perah susu sambil menyusukan anak
Hmmm...macam tak percaya?
Ya, sebenarnya buat tandem nursing sebegini akan dapat meningkatkan refleksi ejeksi susu kerana kedua-dua payudara digunakan serentak. Pertama kali mencuba tentunya agak sukar kerana ibu akan berasa tidak cukup tangan. Tetapi lama kelamaan, ibu akan mengetahui posisi yang terbaik yang dapat dicuba. 

Ada cara ya untuk memastikan proses ini berjalan lancar dan selesa. Lazimnya, bayi perlu berada dalam posisi mendakap (football hold) di  mana badan dan kakinya perlu diampu oleh bantal. Pastikan bayi selesa dan kaki bayi tidak mengganggu proses memerah susu di sebelah lagi. Pakai pam yang elektrik atau bateri lebih menyenangkan kerja!


Perah susu selepas menyusu
Tahukah anda bahawa konsep pengeluaran susu ibu sama seperti konsep 'tangki pam tandas'?. Janganlah cepat rasa geli pulak ya. Memang pun, di tandas, selepas kita pam, air tangki akan keluar dengan banyak, kemudiannya diikuti dengan air dari saluran paip akan memasuki tangki semula untuk memenuhkannya, bukan?. Ya, macam tu lah konsep payu dara. Semakin payu dara dikosongkan, semakin banyak susu baru yang akan terhasil.

Jadi jangan risau susu akan habis jika anda sudah selesai menyusukan bayi, sebab dengan memerah atau mengepam susu selepas bayi menyusu, ia akan berupaya memberi isyarat kepada badan ibu supaya menghasilkan lagi susu. 

Pada mulanya, mungkin tidak banyak susu yang akan keluar, tetapi selepas beberapa lama, badan ibu akan mula menyesuaikan diri dengan rutin ini akan susu akan lebih banyak dapat dikumpulkan. 

Tempoh sejam selepas menyusu akan waktu terbaik untuk memerah kembali. Jangan tunggu lama-lama okay!

Memerah di tengah malam
Ha, siapa suruh anda kumpul stok last minute, kan?. Sebenarnya kan, sememangnya memerah susu di tengah malam sangat digalakkan kerana pada masa tersebut, hormon prolaktin adalah tinggi sehingga ke pagi. Jadi, sepatutnya ambillah peluang ini untuk memerah bagi mendapatkan stok susu bayi anda!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, September 15, 2016

ANAK KENA JAUNDIS?


Jangan main taram ja tau!


Sebagai ibu, ambillah tahu apa itu jaundis terutama kepada bayi baru lahir sebab itulah yang selalu kita ibu-ibu hadapi, kan. Macam saya, bila darah saya O, semua anak merasai sorang sikit pengalaman ini :-)

Ok. Sekarang, kita tengah cerita pasal kuning / jaundis / neonatal jaundice (jaundice for the first month of life / NNJ).

Jaundis ini terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. 
Tau ke apa tu bilirubin?
Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. 
 
Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).
Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?
  • 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.
  • 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran. 
Bahaya tak jaundis ni? 
Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.  
Jangan ambil ringan ye mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus. 






Macam mana nak tahu bayi kena jaundis?
Ok. Nak tahu bayi kita kena jaundis ke tak adalah apabila kita perasan kulit anak nampak kekuning-kuningan, terutamanya di bahagian abdomen atau kaki . Jika bayi berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan full term, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan pra matang.

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, bermaksud kena bawa lah bayi ke klinik untuk pengesahan, sebab menunjukkan tanda-tanda ada jaundis!.

Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah. Tapi jika bayi berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat. 


Ingat ya, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Boleh rujuk doktor sekiranya terdapat sebarang keraguan.

Ibu-ibu, plz take note perkara ni!


1) Kalau makan badam (almonds), ada risiko tinggi anak akan develop alahan. Almonds ni lagi tinggi kebarangkalian nak develop allergy berbanding kacang. So, ibu kalau boleh elakkan. Petua itu adalah untuk orang dewasa bukan bayi apetah lagi yang baru lahir. Goat's milk tak ada conclusive bukti ianya dapat membantu.


2) Kuning ni akan akan turun dengan SENDIRI. Bila anda kena risau?


  • Kuning dalam 24 jam pertama selepas lahir.
  • Kuning bila anda ada risiko-risiko tertentu (sepsis, penyakit hemolisis darah dan sebagainya).
  • Paras turun dengan perlahan sangat dan enzyme ALP naik hampir 100% kali ganda. Indicative of obstructive jaundice.
  • Paras tinggi berdasarkan hari kelahiran. Setiap 24 jam berikutnya ada paras-paras yang perlu kita lakukan sesuatu.
* Sentiasa rujuk doktor yang merawat anak anda!

3) Jangan risau. Kalau anda tidak melahirkan secara home birth dan melahirkan anak di hospital, semua ini akan dipantau oleh ahli perubatan.


4) Kalau dah balik rumah pun, paras akan dipantau oleh lawatan ke rumah pada hari ke 2, 4, 6, 8, 10 dan 12 sekiranya anda tidak dapat pergi ke pusat rawatan untuk pemeriksaan. Kalau paras tinggi akan ada intervention. Kalau paras menunjukkan trend yang menurun dua kali berturut-turut maka InsyaAllah tiada masalah.


5) Intervention yang boleh dilakukan pula adalah kaedah fototerapi (guna lampu biru tu) dan exchange transfusion. Paras yang yang memerlukan perkara tersebut adalah berdasarkan berapa umur bayi selepas kelahiran (48 jam ke, 72 jam ke dan sebagainya).

6) Jangan bancuh susu anak anda dengan benda mengarut. Herba-herba lain boleh menyebabkan kuning naik lagi sebab hati masih tidak berfungsi sepenuhnya (liver immaturity) untuk memproses herba-herba tersebut.


7) Breastfeeding jaundice - berlaku kerana ibu HANYA beri anak susu ibu sahaja. Majoriti bayi yang dapat masalah ini adalah kerana susu tersebut TIDAK CUKUP, maka bayi jadi dehydrated. Masalah ini sering berlaku kepada anak pertama / primigravida disebabkan ibu tiada pengalaman dan ilmu penyusuan yang cukup. Sebab itu, semasa fasa kehamilan lagi, eloklahkita menuntut ilmu daripada Pakar Laktasi berhampiran. Sebabnya, bila berlaku dehydration, badan tidak dapat excrete (buang) kuning (bilirubin) tersebut dengan baik. Boleh supplement ataupun kerapkan lagi menyusu. Keperluan bayi meningkat berdasarkan hari. Biasanya hari pertama perut bayi hanya boleh menampung 10ml sahaja tapi melonjak banyak untuk hari-hari berikutnya. Setiap 2-3 jam. Jangan tunggu bayi merengek. Kejut bayi kalau tidur ya!

8) Breastmilk jaundice - perkara ini boleh berlaku juga kerana exclusive breastmilk. Kerana sesetengah individu (Asians mostly), dalam susu itu mengandungi enzim yang boleh meleraikan ikatan antara Glucuronic Acid dengan bilirubin (kuning). Ikatan ini penting supaya kuning tersebut boleh jadi water soluble, drain melalui bile dan boleh keluar daripada badan melalui pembuangan najis dan air kencing. Bila ikatan ini pula tiada, kuning itu boleh berada jauh lebih lama dalam badan melalui enterohepatic circulation. Paras akan turun tapi ambil masa lama sikit atau jadi jauh lebih tinggi!


Tapi jangan risau. TERUSKAN MENYUSU DENGAN SUSU IBU. Tak perlu tukar kepada susu formula ok. Kalau paras itu berbahaya, kita boleh lakukan intervention. Tapi JANGAN RISAU, semasa dalam pemantauan doktor, AMATLAH digalakkan untuk sentiasa menyusu dengan susu ibu tersebut. Tiada masalah kerapkan dan teruskan beri yang terbaik untuk anak.

Ibu-ibu yang menyusu boleh ambil set menyusu Shaklee terutamanya ESP, bertujuan untuk menyediakan tubuh yang sihat dengan nutrisi yang cukup supaya badan bersedia untuk produce susu yang baik. Patuhi prinsip penyusuan supply and demand dan ESP boleh bantu anda boost pengeluaran susu, agar memenuhi keperluan si anak pada ketika itu. Pengambilan Alfalfa Complex dalam set penyusuan tu boleh ditangguhkan dulu sehingga anak anda kembali sihat, mungkin boleh dimulakan selepas anda selesai menjalani proses berpantang.




Rujukan Asal : 



Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
 

Wednesday, May 29, 2013

PENULIS TAMU : RUZIANAH ABDUL HAMID

Susu ibu.......

Assalamualaikum...hai kawan-kawan....
Buat permulaan saya saje je nak cerita pasal menyusu....
Sekarang nie rasanya ramai dah ibu yang sedar betapa baiknya susu ibu itu..
Nampak mudahkan...bila anak nak susu cuma perlu selak dan terus beri pada si anak...
Ke mana-mana, di mana-mana mudah sahaja...
Tak perlu nak sukat susu, nak bubuh air panas, nak bubuh air sejuk, nak rasa tahap kepanasan susu tu lagi, nak kena digoncang dan baru leh diberi kepada si anak...tu belum cite lagi bab nak mengangkut botol susu, tin susu, botol air dan bagai2 kelengkapan untuk buat susu tu...
Ermmmmm renyahnya...
Tapi dengan susu ibu tak perlu semua tu....syokkan?
Hakikatnya menyusu sepenuhnya tak semudah yang disangka... bukan dengan niat dah boleh terus menyusu...kekuatan, ketabahan,ketulusan hati sokongan dari semua pihak dan orang sekeliling terutamanya suami, dan pemikiran positif perlu ada...

Ibu...
Untuk menyusu sepenuhnya bukan hanya boleh dilaksanakan dengan hanya memetik jari...
dulu masa anak pertama saya memang niat untuk menyusu sepenuhnya tapi tak berjaya.. Hanya 4 bulan pertama je saya menyusukan anak pertama saya...
Kenapa yer????? Sebabnya saya tak ada ilmu, maklumat dan pengetahuan tentang penyusuan...namun belajar dari kesilapan adalah satu yang baik kan...
Allah Maha Besar, saya dikurniakan dengan anak kedua... sebelum mengandung anak kedua lagi saya telah mula menimba ilmu tentang penyusuan...
Sekarang pun saya masih belajar lagi....
Anak kedua, saya berbangga dengan diri saya kerana saya mampu menyusukannya sehingga dia berusia 2tahun 3bulan.... perjalanan menyusu yang sangat indah...

Mengepam, menyimpan stok, dan macam2 pengalaman saya lalui... tapi sangat menyeronokkan...
Kenangan yang sangat indah.. dan sekarang anak kedua saya telah menjangkau umur 3 tahun 2 bulan... Hampir setahun saya meninggalkan pengalaman menyusu itu...namun kenangannya tetap segar dalam ingatan...
Melihat kawan2 yang menyusu sekarang, saya seronok dan sangat menyokong...ada kalanya teruja nak menyusu lagi heheeh...

Ingatlah kawan2, kesabaran yang tinggi sangat perlu dalam menyusu anak sepenuhnya... Namun ia sangat berharga dan tak boleh ditukar ganti...
Semahal mana susu formula yang diberi kepada si anak, tak akan sama dengan susu ibu yang si anak terima...

Teruskan menyusu yer....
Selain pengepaman yang konsisten, berfikiran positif, pemakanan yang baik, makanan tambahan juga perlu di ambil...
ESP shaklee mampu membantu...
Tapi kalau makan ESP tapi asyik cakap 'susu tak de', 'susu saya sikit', dan mcm2 yang tak positif lagi, errrrmmmmmmm jawapnya sia sia jela usaha ibu-ibu tu....

Maafla yer dah banyak sembang nie... takut kawan-kawan  tak larat nak baca celoteh saya nie...
Apa-apa pun selamat menyusu yer...

Ikhlas dari : Zai