Showing posts with label Omega 6. Show all posts
Showing posts with label Omega 6. Show all posts

Friday, October 12, 2018

PAKAR SAKIT PUAN SAHKAN KAK FANA BEBAS ENDOMETRIOSIS !

Ingat tak lagi kisah Kak Fana?

Sahabat saya yang dulunya menderita endometriosis. 

Kalau tak ingat, boleh klik SINI :-)

Hari ni ada berita gembira lagi daripada beliau.

Ya Allah syukur tak terkata hari ni lepas tau result ujian darah untuk test #ENDOMETRIOSIS hari tu. Pakar yang merawat Kak Fana maklumkan bacaannya normal buat masa ini.


Kenapa Kak Fana kata BUAT MASA INI?

Sebabnya penyakit ni anytime boleh serang balik kalau kita tak jaga pemakanan

Tips yang kak Fana boleh kongsi dengan korang, apa yang kak fana buat untuk protect diri daripada diserang balik endometriosis.

✅ Jaga pemakanan seharian. Sebolehnya elakkan fast food. Sekali-sekala tu dimaafkan kot kalau dah mengidam sangat😂

✅ Amalkan gaya hidup yang sihat. Rajin bersenam keluarkan peluh. Haish sejak balik Cruise baru-baru ni, Kak Fana pun dah lama tak bersenam🤦‍♀️

✅ Elakkan stress melampau. Kontrol emosi dan sentiasa buat perkara yg boleh happy kan diri. Bila stress melampau, hormon akan terganggu. Nanti sistem badan pun bercelaru dan trigger penyakit rahim.

✅ Jangan skip vitamin/supplements. Ambil supplements yang tinggi #antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E, resveratrol dan polifenol, fish oil omega 3 dan omega 6. Untuk produk Shaklee, kak fana amalkan Vita C Plus, Vita E, Vivix, Omegaguard dan GLA Complex.

Allah, happy sangat. Tak terucap bila dapat result macam ni. Endometriosis ni sangat meletihkan. Stress hidup nak hadap. Paling trauma bila setiap kali haid. Pesakit endo nak hamil pun payah, kesuburan terjejas.

Korang pun pesakit endometriosis? 

Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua :-)

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad


Tuesday, October 10, 2017

MINYAK BUKAN SEBARANG MINYAK


Ops!, apa ni?

Siapa punya? 

Jom ikuti sharing Kak Lin Chalo tentang customer beliau;

Pagi ni Keklin nak berkongsi kegembiraan. Dah beberapa hari nak raikan, tapi tunggu hingga ke hari Jumaat yang penuh berkat ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti akhirnya seorang customer Keklin dah berjaya hamil!.

Syukur sangat.

Positive pregnancy stick dalam gambar ni beliaulah yang punya. Apa kau ingat Keklin yang punya kah? Hehehe. Dan paling best, sebenarnya ada kisah menarik di sebalik kehamilan beliau ni.

Begini ceritanya.

Semasa mula-mula adik manis ni hubungi Keklin, beliau cuma nak beli Make Up Remover je. Si adik manis nak bersihkan wajahnya yang cantik dari noda-noda debu setiap hari.

Yelah, kau bayangkan macamana wajah tak kusam, kalau cuci muka pun tak bersih. Lagi-lagi kalau pakai mekap tebal, takut-takut air wudhu pun tak lepas.

Okay, sambung lagi.

Maka, setelah berbincang dari hati ke hati, adik manis ni sebenarnya concern dengan masalah kulitnya. Semenjak berkahwin, jerawat naik dengan gembira sekali. Hmm, siapalah yang tak susah hati kan.

Oh ya, sebelum tu beliau dah beli protein dan vitamin c dengan seorang kakak di kedai kecantikan. Pastilah adik manis pilih brand Shaklee. Bijak adik manis ni, dia dah study dalam-dalam sebelum memilih Shaklee. Yeahhh. Puji pujian di pagi Jumaat.

Katanya muka dia banyak sangat jerawat, berminyak lepas tu ada parut sikit.

Kesiannya adik manis ni. Jadi, sebab dia dah ada protien untuk bantu produce sel-sel baru yang lebih sihat dan cantik, dan dah beli vitamin c untuk kulit yang lebih cerah dan sihat, maka Keklin pun cadangkan minyak borage untuk membantu mengawal hormon beliau.

Wanita dan hormon, berpisah tiada. Kadang jerawat turun naik sebab hormon. Period lari-lari pun sebab hormon. Kau asyik moody pun salah hormon juga.

Jadi, langkah bijak, makanlah minyak borage. Minyak borage ni sejenis asid lemak (omega-6) yang tersangatlah bagus untuk kaum wanita. Stabilkan hormon dan kulit pun boleh jadi cantik kerana si minyak borage ni.

Nak cerita panjang sangat. Nanti kau rajin-rajinkan jejari runcing tu untuk google 'benefit of borage oil'. Ha, siap Keklin kasi lagi kata kunci untuk kau cari.

Dipendekkan cerita, beberapa hari kemudian adik manis beli vitamin e pula. Ish ish, kali ni terpaksa Keklin pujuk untuk jadi ahli. Yelah, jadi ahli nanti dapatlah harga murah. Jimat banyak tu. Kau juga yang untung.

Pertama kali Keklin follow-up, adik manis kata jerawat naik lagi tapi dah tak sebanyak dulu. Tapi paling dia suka, jerawat cepat kecut.

Kali kedua adik manis pula yang report dengan Keklin. Katanya sengugut teruk yang setiap bulan memunculkan diri kini dah hilang! Suka sangat adik manis.  Keklin pun terkejut sebab tak tahu pula dia ada senggugut.

Keklin tau, ini memang kerja si minyak borage yang hilangkan senggugut tu. Kelas kau minyak borage. Sambil stabilkan hormon sempat juga kau hilangkan senggugut. Hehehe.

Last but not least, bila tiba-tiba adik manis tunjuk pregnancy test dia tu. Terkejut dan syukur sangat!. Dah hampir 5 bulan kahwin tapi belum ada rezeki. Tak sangka nak cantikkan kulit terus adik manis dapat 2 lagi bonus lain.

Bayangkanlah, kau nak dapat kulit cantik je, tiba-tiba pakej senggugut hilang & pregnant anak yang ditunggu selama ni.

Serampang 3 mata sangat kan.

Sebenarnya minyak borage tu salah satu fungsinya ialah membantu meningkatkan kesuburan. Lagipun adik manis dah amalkan protein, vitamin c, vitamin e sekali. Mau tak bertambah sihat badan beliau kan.

Okay itu saja Keklin nak kongsikan pagi ini.
Terima kasih sebab gigih baca sampai habis.

----------
Keklin Shaklee Lover
----------

Korang pun baca sampai habis kan. Akak bagi 5 bintang!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad