Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Saturday, March 4, 2023

DERITA GERD 20 TAHUN BERAKHIR DENGAN IZIN ALLAH!

Dok arrange gambar-gambar dalam handphone, came across gambar ni. Alhamdulillah dapat special coaching daripada pasangan suami isteri hebat, Master Dr Normi Mohd dan Ustaz Bakhtiar Effendy semasa kami bercuti di Cameron Highlands dua tahun lepas.

Tengok ustaz yang ceria, happy dan energetic, macam tak sangka dulunya dia merupakan penderita masalah Gerd, bukan setahun tapi 20 tahun!.

Cerita Ustaz, dia menderita simptom GERD sejak berusia 15-16 tahun. Bangun pagi asal ke tandas ja, perutnya akan keluarkan cecair macam air yg keluar perlahan dari pili.

Semakin meningkat usia semakin teruk sampailah usia 25-29 ( kahwin umur 29), bermulalah fasa kena muntah, baru rasa sedikit lega. 

Ketika ini jadual tak menentu. Lepas kahwin, keadaan dirinya makin teruk ditambah pula tabiat pemakanan yang tidak sihat πŸ˜ͺ.

Sampai satu masa, tubuhnya dah mula reject makanan yang masuk, terutama waktu malam. Adakala sehari 2-3 kali muntah. Dan kesannya, esofagusnya mengalami luka (ulser).

Cerita Dr Normi pula, masa mereka bertunang dulu, adik bagitau, "Kakak, tadi abang muntah teruk kat masjid!!!"

Ni masa kahwin tau πŸ˜…

Baru sahaja dua tiga hari kahwin..ada kisah tragis di mana pengantin lelaki tiba-tiba bangun muntah habis katil dan sekitarnya!

Sampai abah kata, "Anak abah ni buat apa sampai muntah teruk macam ni?"🀣🀣

Abah tak tahu rupanya menantu dia ni ada masalah GERD (gastro esofagal reflux disease).

Keadaan ini berterusan sampai la dah ada anak 3 orang πŸ˜ͺ.

Paling kritikal semasa bulan puasa. Bukan setakat muntah di tengah malam, tetapi juga muntah di siang hari.

Sampai terpaksa pujuk dia untuk menjalani endoskopi. Nak tengok la sakit apa ni laki aku. Tapi dia takut, dia tetap taknak buat 😁.

Bila saya mula amal Alfalfa Complex dan Lecithin Shaklee, dia pun tumpang sekaki.

Biiznillah, sejak daripada tu ada perkara PELIK berlaku!!

Jengg...dia dah tak muntah dah. Dan ustaz rasa pelik kenapa dia dah tak rasa refluks tu lagi. 

Bagusnya, dia dah tak bangun malam dan muntah.

Bila dikaji, rupanya Alfalfa Complex dan Lecithin sememangnya membantu dalam masalah penghadaman. Alhamdulillah 🀲🀲🀲

Bukan senang nak hadap GERD ni tau. Pedih dan menyakitkan. Mujur Alfalfa Complex dan Lecithin sangat membantu dan bertindak dengan lembut.

Alhamdulillah, kami sangat happy sekarang hidup tanpa dibayangi derita GERD!.

Ni kami korek lagi cerita Gerd daripada Ustaz Bakhtiar time kenduri Surijunior. 


Benda baik kena sebarkan, betul tak?
Jom Shaklee!

Wednesday, August 8, 2018

BILA MAMA KENA BATU KARANG!

Mama pernah disahkan ada batu karang. Kencingnya tidak lawas dan sering sakit.
Lepas tu, kami berikan mama Lecithin dan Performance Orange untuk support rawatan hospital yang mama terima.


Tengoklah. Bertong-tong Performance Orange mama minum. Kami pun tumpang sekaki minum air oren sedap ni sesekali balik ke rumah. Tambah cuaca panas pulak kan.

Lecithin ni dia bertindak sebagai fat emulsifier. Disebabkan 90% batu karang terjadi akibat kolestrol, maka Lecithin akan mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.  

Korang tau tak, macam mana Performance Orange ni pulak boleh bantu mereka yang masih peringkat awal batu karang?

Buat sikit bacaan gak pasal kidney stones ni di Google dan kaitannya dengan air elektrolit ni. Untuk pengetahuan, air Performance Orange Shaklee ni ada kajian klinikal tau!

Boleh rujuk SINI

Dia ada mekanisme dia. .

1) Dalam kajian tu memang jelas dinyatakan bahawa elektrolit dalam air PD ni boleh jadi 'pengangkut keluar' bahan yang boleh membentuk kristal dalam urinary tract.


"Performance, with more citrate and a higher pH than Gatorade, could represent a superior alternative to water for reducing urinary lithogenicity. Most sports drinks with significant carbohydrate content however may contain too many calories, and fructose, to be preferred beverages for stone prevention."


2) Lagipun pH air PD ialah 4.3 (slightly acidic) memang boleh membantu mencegah pembentukan batu karang. 

Mengikut jurnal dalam web American Family Physician,  
"For most kidney stones, urine should be less acidic. One way to make the urine less acidic is to add citrate to drinking water. Lemon and lime juices are great sources of citrate."

YES!...Air Performance Orange memang great sources of citrate!

3) Merujuk kepada WEB ni pulak,

"A kidney stone is a hard object that is made from chemicals in the urine. Urine has various wastes dissolved in it. When there is too much waste in too little liquid, crystals begin to form. The crystals attract other elements and join together to form a solid that will get larger unless it is passed out of the body with the urine." 

Dinyatakan dengan jelas, batu kristal tu boleh terbentuk apabila badan kita kekurangan cecair dalam buah pinggang. Oleh sebab itu, bahan buangan yang sepatutnya mudah nak dikeluarkan dalam bentuk cecair jadi bergumpal membentuk pepejal apabila badan tak cukup air (dehidrated). Bila dah jadi pepejal, mestilah susah nak keluar kan dari urinary tract tu kan?

Again, apa yang Performance Orange ni boleh tolong adalah :
  • Bersifat isotonik yang boleh mengelakkan kehilangan air yang terlalu cepat dari sel. Minum PD ni memang bagus. Kita pun kurang rasa dahaga.
  • Cegah pembentukan batu karang
  • Bantu singkirkan batu karang yang dah diemulsi oleh Lecithin melalui air kencing

Alhamdulillah, syukur sangat. Bila buat check up dengan pakar pada appointment seterusnya, pakar kata makcik dah tak perlu risaukan batu karang lagi. dah tak ada!.

Jadi elok juga kita sentiasa pastikan Lecithin dan Performance Orange ni ada di rumah ok!.

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, August 3, 2017

KISAH CINTA SI DOKTOR GIGI!

Saya selalu ikuti kisah si doktor gigi ni. Beliau satu masa dulu pernah menyampah dengan iklan-iklan Shaklee yang selalu lalu-lalang di wall FBnya.


Tapi itulah....belum kenal, manalah nak cinta ye tak?

Jom ikuti kisah beliau dengan Shaklee ni.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

" Produk pertama saya adalah LECITHIN DAN ALFALFA. Dan saya berkongsi dengan suami produk yang sama. Sebenarnya saya ambik Lecithin dan Alfalfa bukan untuk kurus tau, tapi saya nak sihat sebab saya selalu sakit-sakit badan, sakit tumit dan lain-lain.

Saya consult dengan upline saya, jururawat Kartini Dahalan. Beliau kata..." doc kena try Lecithin dan Alfalfa! ".

Masa tu xde la rasa yakin sangat. Dah ada depan mata, ambik saja lah kan. Mula-mula memang macam tak ada apa-apa kesan sangat.

Tapi kan, dalam menyampah-menyampah tu, tanpa disedari, lama-kelamaan sakit tumit saya hilang!.

Suami saya pulak selalu muntah-muntah.. orang panggil sakit tu GERD (Gastroesofagus Reflux Disease). Kerja dia bangun muntah je setiap malam.Kalah ibu mengandung tau :-)

Lepas amal dua produk ni (Lecithin & Alfalfa Complex), Alhamdulillah dia dah jarang muntah.

Dan lama-lama x dengar langsung dah dia muntah. Pelik kan??

Pelik. Tapi benar.

Sejak amal Lecithin dan Alfalfa Complex, GERD suami saya hilang!!
Syukur sangat. So..kami teruskan amalkan dua suplemen ni sampai sekarang!.

Dan cuba tengok apa lagi yang berlaku kepada saya, dan jugak suami yang tumpang sekaki makan Shaklee tadi...



Ni saya the latest. Amacam???
Menyampah lagi hahaha :-)

Sejak dari tu..bila kami jumpa kawan ka..kenalan ka kat mana mana..depa akan tegur

" Ehh..hang kurus la! "...

" Eh..dah nampak kecik! "...

Kami dapat bonus!!!! Badan makin kurus!!!. Best sangat dan sapa tak seronok kena puji, kan!.

Dulu pakai baju saiz 50 pun ketat tau. La ni saya dah boleh pakai saiz 44. Banyak syokk!.

Sejak dari tu la.. kami start sharing. Perangai saya..kalau orang tegur saya kurus ka, kulit semakin flawless ka (memang pun!), saya tak kata .." ehhh..x la..biasa-biasa ja ".

Rugi tau kata gitu :-)
Saya akan jawab... " Saya makan Shaklee. Kesan Shaklee memang hebat! "

Asbab jumpa dengan Lecithin dan Alfalfa Complex, dan sangat berkesan kepada saya dan suami. 

Dan saya pun cuba lain-lain produk dalam Shaklee. Alhamdulillah...

Saya nak bagitau kawan-kawan. Tak rugi tau cuba Shaklee.
Produk terbaik..dan dijamin SELAMAT DAN SEMULAJADI ".

                                                          🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Apa lagi??

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, June 8, 2017

GERD : Apa Tu?

Tak pernah dengar ya?

Pernah tak rasa rasa pedih hulu hati atau tidak selesa di bahagian dada hingga menular ke kerongkong?

Pernah tak alami kembung perut atau sendawa yang kerap - walaupun belum menikmati makanan?

Sekiranya mempunyai gejala-gejala ini, kita mungkin mengalami simptom penyakit Refluks Gastroesofageal (GERD).


GERD adalah keadaan yang terjadi apabila refluks atau jeluak kandungan gastrik menyebabkan simptom atau komplikasi yang mendatangkan masalah. GERD boleh menyerang sesiapa saja termasuk orang muda di peringkat paling produktif dalam hidup mereka. Penyakit ini boleh mendatangkan kesan kepada mutu kehidupan seseorang serta prestasi kerja mereka.

Di Malaysia, dianggarkan 50 peratus daripada jumlah penduduk dewasa mengidap sekurang-kurangnya satu masalah gastrousus. Kesilapan atau kegagalan mendiagnosis GERD boleh menyebabkan rawatan yang salah dan tidak berkesan.

Penerangan lebih lanjut tentang Gerd, boleh rujuk SINI ya!

Sahabat saya, Dr. Normi share pengalaman mengendalikan suami beliau, seorang pesakit GERD!

SUAMIKU MENDERITA GERD


Cerita Dr. Normi;

"Sejak saya kawin dengan dia..
Selalu je dengar dia muntah tengah tengah malam
Tiba-tiba tidurnya terganggu
Macam tersedak.. Lepas tu muntah....
Macam tu la selalu...

Saya tanya kenapa... Dia jawab air masam pahit dari perut tiba - tiba keluar πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“
Kasihannya... Sampai terpaksa muntahkan semua isi perut... Barulah lega...

Saya bersuara.. "abang.. Jom pi hospital.. Kita buat endoskopi "..
Dengar nak kene jolok kamera dalam perut lagiiila dia takmau...

Pada tahun 2013.. Kami diperkenalkan dengan dua jenis pil... Satu pil herba.. Yang lagi satu pil minyak soya..

Suami amal sampai habis sebotol.. Alhamdulillah.. Dah jarang sangat dia bangun muntah...
Katanya.. Badan dah rasa ringan... Perut dah x sebu..

Syukurr.. GERD dah menghilangkan diri..
Kini.. Husband masih konsisten amalkannya..
Siapa yang ada GERD boleh cuba ya 😍😍😍

MESTI ANDA NAK TAHUKAN APA PIL YANG BERJAYA MELENYAPKAN GERD SUAMI SAYA NI..

sudah tentulah ALFALFA DAN LECITHIN!


FUNGSI ALFALFA yang membantu melegakan masalah penghadaman dan 
LECITHIN yang mengemulsi minyak dan lemak membuatkan masalah refluks semakin pulih!

Alhamdulillah".

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, May 3, 2017

TERLIUR MENGENANGKANMU WAHAI KERABU MAGGI

Tak boleh nak recall balik sejak bila suka sangat makan Kerabu Maggi ni.

Di rumah cukup x bagi anak-anak makan Maggi, tapi ibu pulak gemar Kerabu Maggi. Haishhh!

Sesekali ja ni, tapi nak habaq memang best la Kerabu Maggi. Sebut saja pun, dah kecur liur. Blend rasa pedas, masam, masin, manis, yang menggiurkan!. Serius!


Best, kan!. 

Saya suka mencuba menu ni di mana sahaja kedai makan atau restoran yang saya singgah. Test mana menu Kerabu Maggi paling power!.

Setakat ni rasa Kerabu Maggi paling best, 5 bintang of course la bagi pada Kerabu Maggi Restoran D Green Seafood, Changlun!




Kalau nak ke restoran ni, dari simpang tiga depan C-Mart di Pekan Changlun tu, ambik Jalan Titi Kerbau nak ke Perlis. Tak jauh dari situ akan nampaklah restoran ni sebelah kanan.

Selepas Anjung, restoran ni dah jadi macam dapur kedua kami...especially kalau ada tetamu bertandang!
 


Makan apa?

Of courselah my favourite Kerabu Maggi!. Tak perlu menu lain dah. Cukup yang ni saja. Nasib baiklah depa yang lain x minat, jadi kenyang kat kita sorang ja lah!


Rasa Kerabu Maggi di restoran ni memang just nice la bagi saya. Cukup segalanya. Harga pun berpatutan. Tapi makan macam tu saja tau. Kalau makan dengan nasi, dia punya feel dah lain. Dalam Kerabu Maggi, kadang-kadang orang letak udang, sotong, kaki ayam pun ada. Dan ada jugak yang letak hirisan sosej. Kalau seafood saja pun dah best dah!.

Jom, belajaq macam mana nak buat Kerabu Maggi. Thanks Cikgu Wan, sudi share menu ni. Buat sendiri, boleh kurangkan garam, gulanya :-)


Ni la Mi Segera TomYam Thai punya. Jangan risau sebab halal

Bahan-bahannya :

3 bungkus mi segera Thai (dalam gambar) 
1 biji buah tomato (hiris) 
1/2 labu bawang besar atau bawang holland pun boleh 
Sejengkal batang celery 
Segenggam daun ketumbar 
1 biji cili merah besar 
1 sudu sos ikan (jika suka) 
1 sudu air asam limau (jika suka) 
2 peket rempah mi segera Thai (pakai dua je ye. Perencah ni dah masin, masam dan pedas) 

Sotong 
Udang (buang kulit)
Fish cake 
Crab stick 
Fish ball 

Cara-caranya : 
1. Panaskan air untuk merebus bahan seafood dan mi segera. 
2. Masukkan 1 peket rempah mi segera. Tunggu hingga menggelegak. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fish cake. Sebentar sahaja. 
3. Bila dah mengerekot, terus angkat. Kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis...jangan main lebur jer tau..kadar masak dia berbeza. Keluarkan seafood. 
4. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mi segera. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. 
5. Air rebusan JANGAN BUANG ok!
6. Masukkan semua bahan sayur dan seafood dalam mangkuk. 
7. Masukkan 3 senduk air rebusan, sos ikan dan asam limau nipis serta perencah mi segera tadi.

Lepas tu apa lagi, aummm lah!

Sedap memang sedap. Jangan lupa perisai dulu dengan 3 biji Lecithin sebelum makan dan 3 biji Omega Guard selepas makan.


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad









Wednesday, February 1, 2017

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK FEBRUARI 2017. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Assalamualaikum semua


Tahu tak, promosi bulan ni best sangat-sangat!


Alfalfa S : Beli 1 Percuma 1 (Tarikh Luput : Ogos 17)
Alfalfa L : Beli 1 Percuma 1(Tarikh Luput : Jun 17)
Lecithin : Beli 1 Percuma 1 (Tarikh Luput : April 17)

*Ini adalah stok clearance. Jika beli macam biasa, anda akan dapat Alfalfa & Lecithin dengan TARIKH LUPUT 2018



Ostematrix : Beli 2, diskaun 5%
Ostematrix : Beli 6 Percuma 1
Vitalea for Children : Beli 3 Percuma 1



Beli 2 Vivix, PERCUMA 2 Paperbag
Beli 1 Shaklee Exclusive Mug pada harga RM10.60 (worth RM19.88) dengan belian : 


Energy Life Set : 2 botol Vivix
Daily Essential Set : Vitalea, Vit C, Omega, ESP
(ESP ada stok semula pada 18.2.17)

Apa lagi?
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Sunday, December 4, 2016

ADA BATU DALAM HEMPEDU? SHAKLEE BANTU ANDA!

Jihah happy hari ni, berkongsi mesej Kak Salwa kepada beliau. Untuk pengetahuan, Kak Salwa beli Lecithin, Omega Guard, Vivix dan Zinc Complex daripada Jihah tempoh hari untuk ikhtiar masalah batu dalam hempedu.

Kata Jihah,

Ingat tak minggu lepas saya ada cerita mengenai mak customer saya yang hempedunya bermasalah. Doktor kata ada batu. Dan dah tetapkan tarikh untuk pembedahan pada hujung oktober ni. Ingat x?

Tadi kak Salwa whatsapp saya. Khabarkan berita gembira. Kita doa semoga mak kak salwa tak perlu menjalani pembedahan buang batu hempedu.

Terima kasih Allah..


Syukurlah kan, kita ikhtiar sahaja. Dia Yang Maha Menyembuhkan!

Maklumat lanjut tentang Lecithin, KLIK SINI!
Maklumat lanjut tentang Omega Guard, KLIK SINI!
Maklumat lanjut tentang Vivix, KLIK SINI!
Maklumat lanjut tentang Zinc Complex, KLIK SINI!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad 

Tuesday, November 1, 2016

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK NOVEMBER 2016. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Selepas promosi Omega Guard bulan lepas. Kali ni sekali lagi giliran suplemen pujaan ramai pulak yang dipromosikan!  Jangan lepaskan peluang ya, kalau tak mahu meratap hiba terlepas peluang!






Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, August 13, 2016

SLIP DISC NI SAKIT OI!

Anda tahu, pada struktur tulang belakang manusia, terdapat jelly-like structure yang dipanggil disc. Disc ini bertindak sebagai pelindung atau kusyen pad di antara tulang-tulang pada bahagian tulang belakang.

Slip Disc terjadi apabila disc yang menjadi kusyen antara tulang-tulang ini membengkak atau membenjol atau tersasar dari keadaan asalnya.


Disc yang membengkak ini akan menekan urat-urat saraf berhampiran. Kebiasaanya kesan Slip Disc akan mengakibatkan kebas-kebas dan sakit yang tidak terhingga di bahagian pinggul seterusnya ke kaki dan ke bawah.
 
Tiada ubat untuk menghilangkan penyakit ini selama-lamanya. Cuma terdapat beberapa pendekatan bergantung pada severity slip disc itu sendiri.

Kawan saya pernah alami Slip Disc. Dan doktor meminta beliau menjalani pembedahan dengan kos ribuan ringgit. Nasiblah suami beliau seorang perawat, lalu beliau berikhtiar meruqyah membaca Yaasin 7 mubin.

Ni, sharing daripada seorang pengidap Slip Disc yang kronik. Jom baca, mana tahu beri inspirasi kepada anda yang mempunyai nasib yang sama!
(ni daripada skrip asal)
.
.
.

Saya penghidap slipped disc. Undergo 1st surgery in April 2011 utk restructure disc L3/L4, L4/L5, L5/S1. 3 discs. Alhamdulillah, went well for 3 years.
 
In Dec 2014, doc sahkan dah chronic sebab level2 yang tadi tu slipped semula (doc sifatkan dah useless) dengan tambahan S1/S2 & S2/S3 pun dah slipped. Juga minor scoliosis 😭 i was bedridden for almost 2 week dengan keadaan masa tu nak tarik nafas pun terjerit-jerit sebab sakit sangat. X boleh gerak badan. Doc suruh 2nd surgery which actually i might have to undergo another 3rd n 4th surgery jugak lepas tu. I refused.

15 Dec 2014, saya start Vivix 3 tablespoon sehari selama 1 minggu. On day 3rd, boleh bangun dan susukan anak tanpa rasa sakit. Masa tu baby baru 5 bulan. Then 23 December saya dah boleh bangun, berjalan elok semua. Next week tu dalam 10 hari lepas ambik Vivix 1st dose, dah drive semula pergi kerja pergi balik (Kepong - Shah Alam). Alhamdulillah.

Masa tu pulak, kena sekali denggi berdarah. Tapi fast recover walhal doc dah macam ragu2 dah masa tu. Org lain dah almost ICU katanya sebab reading saya 7 je. Dan amazingly, saya still bengkak susu sebab warded, 4 hari x jumpa baby. Sampai doc nak call husband nak suruh bawa baby naik ward. Saya cakap x payah, banyak pam je dah huhu...

Since then saya reduce 1 tablespoon sehari sampai habis 2 botol. Lepas tu, sebab kewangan x berapa mengizinkan, saya just maintain dengan B Complex dan Lecithin utk saraf (sebab saraf saya dah "luka parah" sebab kena tindih dek discs tu) dan makan OsteMatrix untuk ganti painkiller. Sy tak boleh makan painkiller actually. Rejection. Saya cuma boleh ambil morphine drip je. Tapi bila sakit terpaksa ambik voltaren jab. Selain voltaren, say tramal jab, x hlg pon sakit saya. Plus, painkiller saya prescribed untuk saya semua ada 3 level side effect. So memang saya sangat-sangat elakkan la.

Alhamdulillah, dah lama x sakit belakang due to slipped disc ni. Nanti bila ada rezeki lebih, nak sambung Vivix balik.

- Adila Hassan  -

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, June 1, 2016

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK JUN 2016. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Sedar tak sedar, dah separuh tahun dah ya. Cepat sungguh masa berlalu!. Dan dalam sedar x sedar juga, bulan penuh keberkatan, yakni Ramadan Al Mubarak juga semakin tiba.

Tak perlu fikir pasal baju raya, kuih raya dan lain-lain berkaitan raya, sebaliknya lebih afdhal fikir bagaimana nak menjayakan puasa, nak buat persediaan gandakan amal ibadah, rebut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sebanyaknya, bantu anak-anak yang baru nak belajar puasa, juga mudahkan ibu ayah kita yang dah uzur untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.

Promosi Jun ni sangat ohsem, kan!


InsyaAllah, seperti kita dianjurkan makan kurma semasa sahur dan berbuka untuk boost energy, macam tu jugalah suplemen! Roh Ramadhan tak akan hilang hanya dengan makan vitamin. Lapar dan dahaga tetap terasa, cuma energy yang disalurkan melalui nutrisi moga memudahkan kita mengerjakan ibadah dengan lebih sempurna!

InsyaAllah...

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, February 3, 2016

PANDUAN ASAS MEMILIH MAKANAN TAMBAHAN / SUPLEMEN

Soalan lazim :
Apa makanan tambahan yang harus saya ambil dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? 

Jawapan :
Sila rujuk jadual di bawah ini untuk panduan anda. Panduan ini tidak memihak kepada mana-mana jenama ok. Ini hanyalah panduan asas dan info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers. Tq juga kepada rakan saya Shareeza atas perkongsian ilmu yang berguna ni.



FUNGSI
PANDUAN MEMILIH
PROTIN
  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .
  • Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
  • Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  • Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
  • Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar effisiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
  • la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis, atau perisa.
Multivitamin
  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
  • Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
  • Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
  • Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
  • Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
  • Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.
VITAMIN C
  • Meningkatkan respons imun. 
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. 
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
  • Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
  • la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
  • Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.
ALFALFA
  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
  • Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
  • Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
  • Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai
VITAMIN E
  • Mungkin melengahkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. 
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
  • Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
  • Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokofero lyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
  • la harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
  • Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.
B KOMPLEKS
  • Membantu memerangi kelesuan. 
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. 
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
  • Perlu bagi saraf sihat. 
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
  • Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
  • Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
  • la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
  • Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut
LESITIN
  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
  • Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
  • Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
  • Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.
KALSIUM / MAGNESIUM
  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. 
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. 
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
  • Cari kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
  • la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-fungsi badan.
BESI
  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
  • la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
  • Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.
ZINK
  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stres.
  • Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.
GENTIAN / FIBER
  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia hiatus. Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). 
  • Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
  • Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
  • Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber.
  • la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut.
  • la harus tidak mengandungipewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. 
  • Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.
JULAP / LAKSATIF HERBA

  • Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan.
  • Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.
EPA/OMEGA
  • Boleh - menurunkan trigliserida. -
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. 
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
  • Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. 
  • Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.

Semoga perkongsian ini berguna dan dapat dimanfaatkan buat semua dalam memilih makanan tambahan. Apa jua jenama yang anda pilih pastikan anda yakin dan tahu apa yang anda pilih. 

Perlu ambil semua di atas?

Sejujurnya, paling minimum untuk memulakan program makanan tambahan yang anda perlukan ialah protin dan multivitamin, tetapi lebih efisien jika ia meliputi vitamin C, alfalfa dan fiber. Yang lain-lain diambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda.
Boleh emel atau hubungi saya untuk pertanyaan lanjut, ok!

Apapun, Shaklee pilihan saya dan keluarga yang dah menepati kesemua syarat di atas!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad