Showing posts with label Masalah Berangin. Show all posts
Showing posts with label Masalah Berangin. Show all posts

Saturday, March 4, 2023

ADA MASALAH ANGIN, ECZEMA, GERD? CHECK MAKANAN KITA!

Lately KakDinas tengok ramai sahabat mula ada masalah angin, even gerd pun ada. Dan lead kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain pula. 

Umur kita pun dah makin meningkat, mahu tak mahu, kena teliti juga apa yang kita makan setiap hari. 

Ramai antara kita yang tak sedar, makanan pedas, berasid, berlemak dan berangin memberi kesan yang tidak baik dalam tubuh (alamak, KakDinas memang peminat makanan pedas 😅)

Sukar nak tinggalkan sebab dah jadi amalan dan budaya dalam kehidupan. Lagipun, sapa boleh nafikan makanan selera Malaysia memang super duper sedap!

Tapi kan, rupanya, makanan-makanan sedap kita kebanyakannya boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

GERD adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Ia berpunca daripada struktur dalaman badan dan gaya hidup. Ia umpama luka yang boleh melarat dan membahayakan nyawa jika tidak diubati. 

Hakikatnya GERD menjejaskan kehidupan seperti keseronokan menikmati makanan, tidur yang cukup dan kepuasan bekerja.

Sebenarnya kan, ramai sangat orang alah gluten tanpa kita sedari. Gluten ni ada dalam makanan bergandum macam roti, roti canai, capati, biskut, kek, kuih, mee, spageti, serta biasa dalam makanan proses. Haa...ni lah makanan yang best kita dok makan selalu tu!


Kredit : Mayala Wordpress

Gluten ni merupakan protein dalam makanan gandum yang susah dicerna. Maka ia tidak beri zat kepada badan. Tiada isu kalau tak makan gluten, boleh jadi kebuluran ke malnutrisi ke. Means x makan terus pun boleh lah!

Protein gluten ni kesannya secara perlahan-lahan rosakkan perut. Sebabkan radang panas angin sakit-sakit badan..Bila perut usus rosak, badan kita akan jadi lebih sensitif. Masa ni baru kita tahu gluten ni boleh cetuskan alahan.

Bila perut dah problem.. makan je gluten, perut jadi kembung, badan sakit-sakit..mood jadi tak stabil dan tak keruan.

Masa ni baru kita tahu...protein dalam MAKANAN PALING "ANGIN" dan SEBABKAN SENSITIF sebenarnya ialah GLUTEN. Senyap-senyap terukkan kondisi kesihatan badan tanpa kita sedari. 

KakDinas pun dok follow Dr Hafiz Sulaiman pasal perkara ni. 

Kata Dr Hafiz, ekzema, GERD, penyakit autoimmune, penyakit berkait gluten dan histamin ni bukan develop satu dua minggu tau, tapi ia adalah hasil BEBANAN STRESS kepada organ badan kita selama bertahun-tahun. Sehinggakan mungkin mengubah epigenetik keturunan kita jadi sensitif dan mudah stres radang.

Jika kita dalam keluarga yang senang "naik angin" dan sensitif angin histamin ni, Dr pesan, pantanglah sementara untuk kesihatan diri dan keluarga. 

Insha Allah sangat-sangat banyak kesan positif bila pantang makanan bergluten ni.

Btw, produk Shaklee takde gluten tau!
Boleh rujuk SINI.

Wednesday, September 5, 2018

SEBAB ANGIN, TAK PASAL-PASAL TERJEBAK😝


Kak Nat ni ada masalah angin dan gastrik yang teruk.

Salah makan je berangin satu badan.

Lambat makan je, gastrik seharian.

Nak puasa memang fobia. Nanti gastrik hingga ke esok harinya.

Satu hari, sembang2 dengan Kak Farihah Abu Kasim kat FB,

"Kak, ada tak produk untuk kurangkan masalah angin?"

Kak Farihah jawab,
"Ada. Mesti ada."

Hahaha

Pum pam pum pam sembang.

Akhirnya terbeli la Alfalfa kecik sebotol. Ada 330 biji. Harga RM53. Takde masalah nak bayar, sebab agak murah kan. Kak Nat ni fulltime housewife, jaga anak lelaki seorang. Masa tu.

Bila dah beli, Kak Farihah pos, dapat la flyers dan pillbox comel dalam parcel sekali. Suka sangat😍😍

Maka bermula la episod makan alfalfa tu. Sebelum tidur, atau masa tiba-tiba badan berangin.

Angin badan dah surut.

Gastrik makin kurang serang.

Tiada lagi episod tak boleh tidur malam sebab gastrik.

Tiada lagi episod muntah sebab angin tekan-tekan seluruh badan.

Tiada lagi episod nangis sorang-sorang sebab gastrik menyerang.

Alhamdulillah, syukur sangatttt.

Masa tu paling banyak pun ambil 4 biji je sehari. Selalu makan 1 or 2. Punya la seriau nak telan banyak-banyak. Tapi memang sangat bermakna. Sangat berkesan. Sebab jarang makan, lambat la habis. 330 biji sebotol tu. Banyakkkk kan?

Tiba-tiba, akhir tahun 2012, dapat tahu mengandung anak ke 2. Kak Nat teruskan makan Alfalfa tu jugak. Sebab masa mengandung laaaaagi banyak angin kan.

Sembang-sembang dengan seorang kawan yang juga SID, dia cakap, Alfalfa tak boleh ambil masa mengandung. Bahaya untuk kandungan! Alamakkk. Terus stop makan😅😅

Masa tu tiada ilmu lagi kan.

Ada la sikit lagi baki alfalfa tu, sambung makan lepas bersalin nanti.

Sebelum bersalin, Kak Nat ambil produk ke 2 Shaklee. Dan produk tersebut penyebab Kak Nat terjebak jual Shaklee, seterusnya menten sebagai leader Shaklee hingga sekarang!

Sekian kisah Kak Nat dan produk pertama😍

-Natrah Mohamed-

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad