Showing posts with label Alfalfa Complex. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa Complex. Show all posts

Saturday, March 4, 2023

DERITA GERD 20 TAHUN BERAKHIR DENGAN IZIN ALLAH!

Dok arrange gambar-gambar dalam handphone, came across gambar ni. Alhamdulillah dapat special coaching daripada pasangan suami isteri hebat, Master Dr Normi Mohd dan Ustaz Bakhtiar Effendy semasa kami bercuti di Cameron Highlands dua tahun lepas.

Tengok ustaz yang ceria, happy dan energetic, macam tak sangka dulunya dia merupakan penderita masalah Gerd, bukan setahun tapi 20 tahun!.

Cerita Ustaz, dia menderita simptom GERD sejak berusia 15-16 tahun. Bangun pagi asal ke tandas ja, perutnya akan keluarkan cecair macam air yg keluar perlahan dari pili.

Semakin meningkat usia semakin teruk sampailah usia 25-29 ( kahwin umur 29), bermulalah fasa kena muntah, baru rasa sedikit lega. 

Ketika ini jadual tak menentu. Lepas kahwin, keadaan dirinya makin teruk ditambah pula tabiat pemakanan yang tidak sihat πŸ˜ͺ.

Sampai satu masa, tubuhnya dah mula reject makanan yang masuk, terutama waktu malam. Adakala sehari 2-3 kali muntah. Dan kesannya, esofagusnya mengalami luka (ulser).

Cerita Dr Normi pula, masa mereka bertunang dulu, adik bagitau, "Kakak, tadi abang muntah teruk kat masjid!!!"

Ni masa kahwin tau πŸ˜…

Baru sahaja dua tiga hari kahwin..ada kisah tragis di mana pengantin lelaki tiba-tiba bangun muntah habis katil dan sekitarnya!

Sampai abah kata, "Anak abah ni buat apa sampai muntah teruk macam ni?"🀣🀣

Abah tak tahu rupanya menantu dia ni ada masalah GERD (gastro esofagal reflux disease).

Keadaan ini berterusan sampai la dah ada anak 3 orang πŸ˜ͺ.

Paling kritikal semasa bulan puasa. Bukan setakat muntah di tengah malam, tetapi juga muntah di siang hari.

Sampai terpaksa pujuk dia untuk menjalani endoskopi. Nak tengok la sakit apa ni laki aku. Tapi dia takut, dia tetap taknak buat 😁.

Bila saya mula amal Alfalfa Complex dan Lecithin Shaklee, dia pun tumpang sekaki.

Biiznillah, sejak daripada tu ada perkara PELIK berlaku!!

Jengg...dia dah tak muntah dah. Dan ustaz rasa pelik kenapa dia dah tak rasa refluks tu lagi. 

Bagusnya, dia dah tak bangun malam dan muntah.

Bila dikaji, rupanya Alfalfa Complex dan Lecithin sememangnya membantu dalam masalah penghadaman. Alhamdulillah 🀲🀲🀲

Bukan senang nak hadap GERD ni tau. Pedih dan menyakitkan. Mujur Alfalfa Complex dan Lecithin sangat membantu dan bertindak dengan lembut.

Alhamdulillah, kami sangat happy sekarang hidup tanpa dibayangi derita GERD!.

Ni kami korek lagi cerita Gerd daripada Ustaz Bakhtiar time kenduri Surijunior. 


Benda baik kena sebarkan, betul tak?
Jom Shaklee!

Saturday, December 10, 2022

EMAK KECIK JE, ANAK SIHAT DENGAN SUSU IBU

Dok sebelah ibu kecik comey Sr Codi Noorhafiza Mohamad Akib ni (dua Dari kiri), memang kagummmm!

Mana taknya, anak dia 4 orang hero belaka

Dari seorang yang berkarier, kini dah bergelar work at home mom

Satu family dia pengguna Shaklee bertahun-tahun dah

Mak 35kg anak 3.5kg. Percaya tak? 😁😁😁

Itulah Fiza. Tapi dia menyusu penuh anak-anak dia. 

Fiza sebenarnya amalkan suplemen untuk support penyusuan anak-anaknya

✅ Vitalea

✅ Vitamin c

✅ B complex

✅ Alfalfa dll.


Bila tengok badan anak yg montel biasa orang akan tanya, minum susu apa? 

"Susu ibu ja makcik"...

atas bawah orang perhati dia 😜😜 almaklumlaaa ibu dia kuruih kiang orang Kedah kata hihi


Berat anak 10% daripada berat mak. Kalau tak makan Shaklee, Fiza kata, memang boleh terbalik πŸ˜†

Apapun, saiz kecik x jadi masalah bila badan sihat dan dapat nutrisi yang baik

Set menyusu ni memang bagi mak jadi superpower dan membuatkan mak tak letih!


Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah


Anak kenyang, mak sihat

Bagi pilihan, mestilah nak tapau dua-dua

Betul tak? πŸ˜„


Meh, set postnatal aka set menyusu tengah promosi tu weh!

Roger KakDinas https://jomkakdinasbantu.wasap.my

Wednesday, December 19, 2018

BILA SEMUA ANAK BERANAK DAPAT MANFAAT ♥️

Semalam ada sorang kakak share dalam group, Shaklee Effect yang dia dan familynya dapat sejak 2 tahun mengamalkan Shaklee.

Assalamualaikum Semua.

Hari ini giliran kak Maya untuk berkongsi #ShakleeEffect yang kak Maya dapat setelah consume hampir 2 tahun. Banyak produk shaklee yang kak Maya sekeluarga consume.

Kak Maya berumur 53tahun dan mempunyai 3 org anak yang dah remaja. Tinggal di Wangsa Maju.

Asalnya kak Maya join Shaklee ni untuk mendapat harga ahli. 

Badan letih, bacaan gula tidak stabil

Produk pertama yang kak Maya beli ialah Vivix. Kak Maya beli Vivix ni sebab badan selalu letih dan juga bacaan gula yang tidak stabil.

Setelah mengambil Vivix, badan dah tak letih dan lesu lagi. Manakala bacaan gula juga semakin stabil, dan yang bestnya kulit pun semakin cantik.

Suami perokok tegar

Sebenarnya banyak #ShakleeEffect yang kak Maya sekeluarga dapat.

En. suami Kak Maya seorang perokok dan Alhamdulillah dengan izin Allah SWT sekarang dia dah berhenti merokok lebih kurang setahun lebih asbab Vivix dan juga kekuatan hati nak berhenti merokok, Walaupun selama  ini bermacam-macam cara dan petua diikuti untuk berhenti dari merokok. Akhirnya Vivix juga yang TERBAIKπŸ‘πŸ»

Minggu pertama ambil Vivix dia rasa rokok tu sangat pahit.. Tapi kak Maya suruh dia continue ambil Vivix hingga sekarang.




Anak dara wajah berjerawat


Anak perempuan bungsu kak maya ada masalah muka berjerawat, lepas dia ambil suplemen detox - Alfalfa Complex, Herblax, vitamin C & ESP. Alhamdulillah jerawat dah tak ada dan kulit wajah semakin bersih dan cantik. Di samping tu dia juga menggunakan skin care Enfuselle & Nutriwhite cleanser.

 
Pergelangan tangan emak retak

Emak kak Maya berumur 74 tahun dan satu hari dia jatuh ketika bangun dan bengkak  pergelangan tangan nya. Kami bawa ke hospital dan doktor buat X-Ray. Rupanya retak & terpaksa disimen. Dengan izin Allah retak elok dalam masa 2 minggu setelah kak Maya beri Ostematrix, Omega Guard & vitamin C.




Kulit kusam


Effect yang Kak Maya sendiri dapat setelah consume produk2 Shaklee ialah kulit dah tak kusam, semakin tegang, bertenaga selalu.

Kak Maya juga pakai Youth Skincare. Bila pakai Youth ni rasa kulit semakin bersih, tegang dan garis-garis halus semakin berkurangan.


Yang best sekali bila org tegur anak kak Maya, tunggu kakak ke? 😁

Kayap meninggalkan parut hitam

 
Anak lelaki kak Maya kena kayap pd tahun 2016 di bahagian belakang badan dan juga dada. Pada masa tu tak join Shaklee lagi dan dapatkan rawatan di klinik. Alhamdulillah sembuh tapi tinggal parut hitam. Jadi dia malu dan rasa rendah diri bila nak buka baju selepas latihan sukan di depan kawan-kawan.  

Ibu mana yg sanggup lihat anak sedihkan. Lepas join Shaklee, Kak Maya beri dia ESP, Vitamin C, Vitamin E & Omega Guard.  Selepas 3 bulan konsisten dgn Shaklee parut semakin pudar. 

Alahan meninggalkan kesan parut menjelikkan


Last sekali mengenai anak sulung kak Maya yang allergic di kedua-dua belah tangan selepas pulang dari perkhemahan di Ulu Langat. Dia dpt allergic tu selepas mandi kolam. Tiba-tiba tangan dia gatal gatal dan dia mula menggaru.

So kak Maya bawa dia pergi jumpa doktor dan doktor beritahu kena ambil suntikan dan juga ubat, setelah ambil ubat semua makin baik. Tangan dah tak gatal-gatal tapi meninggalkan parut-parut hitam. Kak Maya still suruh dia continue ambil semua vitamin and at the same time dia sentiasa sapu Herbal Blend. Alhamdulillah parut-parut dah hilang dan kembali ke asal.

Supplement yg diambil ialah vitamin c, vitamin E, Omega Guard, ESP, Garlic Complex dan Herbal Blend.

Itulah #ShakleeEffects yang kak Maya sekeluarga dapat. Dan tak akan bertukar ke produk yang lain.
.
.
.

Alhamdulillah. Apapun kunci utamanya ialah ikhtiar.

Allah lah sebaik-baik penyembuh.

Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, September 5, 2018

SEBAB ANGIN, TAK PASAL-PASAL TERJEBAK😝


Kak Nat ni ada masalah angin dan gastrik yang teruk.

Salah makan je berangin satu badan.

Lambat makan je, gastrik seharian.

Nak puasa memang fobia. Nanti gastrik hingga ke esok harinya.

Satu hari, sembang2 dengan Kak Farihah Abu Kasim kat FB,

"Kak, ada tak produk untuk kurangkan masalah angin?"

Kak Farihah jawab,
"Ada. Mesti ada."

Hahaha

Pum pam pum pam sembang.

Akhirnya terbeli la Alfalfa kecik sebotol. Ada 330 biji. Harga RM53. Takde masalah nak bayar, sebab agak murah kan. Kak Nat ni fulltime housewife, jaga anak lelaki seorang. Masa tu.

Bila dah beli, Kak Farihah pos, dapat la flyers dan pillbox comel dalam parcel sekali. Suka sangat😍😍

Maka bermula la episod makan alfalfa tu. Sebelum tidur, atau masa tiba-tiba badan berangin.

Angin badan dah surut.

Gastrik makin kurang serang.

Tiada lagi episod tak boleh tidur malam sebab gastrik.

Tiada lagi episod muntah sebab angin tekan-tekan seluruh badan.

Tiada lagi episod nangis sorang-sorang sebab gastrik menyerang.

Alhamdulillah, syukur sangatttt.

Masa tu paling banyak pun ambil 4 biji je sehari. Selalu makan 1 or 2. Punya la seriau nak telan banyak-banyak. Tapi memang sangat bermakna. Sangat berkesan. Sebab jarang makan, lambat la habis. 330 biji sebotol tu. Banyakkkk kan?

Tiba-tiba, akhir tahun 2012, dapat tahu mengandung anak ke 2. Kak Nat teruskan makan Alfalfa tu jugak. Sebab masa mengandung laaaaagi banyak angin kan.

Sembang-sembang dengan seorang kawan yang juga SID, dia cakap, Alfalfa tak boleh ambil masa mengandung. Bahaya untuk kandungan! Alamakkk. Terus stop makanπŸ˜…πŸ˜…

Masa tu tiada ilmu lagi kan.

Ada la sikit lagi baki alfalfa tu, sambung makan lepas bersalin nanti.

Sebelum bersalin, Kak Nat ambil produk ke 2 Shaklee. Dan produk tersebut penyebab Kak Nat terjebak jual Shaklee, seterusnya menten sebagai leader Shaklee hingga sekarang!

Sekian kisah Kak Nat dan produk pertama😍

-Natrah Mohamed-

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, November 4, 2017

HADIAH MAK DAN AYAH

SEMALAM

Sembang dengan sorang bro ni. Agen Prudential. Kebetulan booth sebelah menyebelah. Dia pun makan Shaklee tau. Partner dia pun.

Dia tanya kalau untuk mak ayah di kampung, bagus bagi apa ya?.

Kdinas xdak jawapan spesifik sebab keperluan setiap orang lain. Macam kami, belah sana keperluan lain, belah sini lain. Ada yang dah duduk-duduk saja di rumah, ada yang masih mengusahakan kebun sekali sekala.

Sebolehnya, bekalkan yang dapat bantu boost immune dan energy, bantu kesihatan tulang dan sendi, bantu kesihatan mata, dan paling penting kesihatan kardiovaskular.


Ibunda dan ayahanda masih mengikuti rutin pemeriksaan berkala dan patuh kepada pengambilan ubat-ubatan jika ada. Suplemen support dengan bekalkan nutrisi yang diperlukan badan.

Ya, mmg x dpt kembalikan mereka kuat dan muda seperti dulu, sekurang-kurangnya bantu mereka jalani kehidupan lebih baik, mudah beribadah di usia emas ni.

Kan!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, August 3, 2017

KISAH CINTA SI DOKTOR GIGI!

Saya selalu ikuti kisah si doktor gigi ni. Beliau satu masa dulu pernah menyampah dengan iklan-iklan Shaklee yang selalu lalu-lalang di wall FBnya.


Tapi itulah....belum kenal, manalah nak cinta ye tak?

Jom ikuti kisah beliau dengan Shaklee ni.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

" Produk pertama saya adalah LECITHIN DAN ALFALFA. Dan saya berkongsi dengan suami produk yang sama. Sebenarnya saya ambik Lecithin dan Alfalfa bukan untuk kurus tau, tapi saya nak sihat sebab saya selalu sakit-sakit badan, sakit tumit dan lain-lain.

Saya consult dengan upline saya, jururawat Kartini Dahalan. Beliau kata..." doc kena try Lecithin dan Alfalfa! ".

Masa tu xde la rasa yakin sangat. Dah ada depan mata, ambik saja lah kan. Mula-mula memang macam tak ada apa-apa kesan sangat.

Tapi kan, dalam menyampah-menyampah tu, tanpa disedari, lama-kelamaan sakit tumit saya hilang!.

Suami saya pulak selalu muntah-muntah.. orang panggil sakit tu GERD (Gastroesofagus Reflux Disease). Kerja dia bangun muntah je setiap malam.Kalah ibu mengandung tau :-)

Lepas amal dua produk ni (Lecithin & Alfalfa Complex), Alhamdulillah dia dah jarang muntah.

Dan lama-lama x dengar langsung dah dia muntah. Pelik kan??

Pelik. Tapi benar.

Sejak amal Lecithin dan Alfalfa Complex, GERD suami saya hilang!!
Syukur sangat. So..kami teruskan amalkan dua suplemen ni sampai sekarang!.

Dan cuba tengok apa lagi yang berlaku kepada saya, dan jugak suami yang tumpang sekaki makan Shaklee tadi...



Ni saya the latest. Amacam???
Menyampah lagi hahaha :-)

Sejak dari tu..bila kami jumpa kawan ka..kenalan ka kat mana mana..depa akan tegur

" Ehh..hang kurus la! "...

" Eh..dah nampak kecik! "...

Kami dapat bonus!!!! Badan makin kurus!!!. Best sangat dan sapa tak seronok kena puji, kan!.

Dulu pakai baju saiz 50 pun ketat tau. La ni saya dah boleh pakai saiz 44. Banyak syokk!.

Sejak dari tu la.. kami start sharing. Perangai saya..kalau orang tegur saya kurus ka, kulit semakin flawless ka (memang pun!), saya tak kata .." ehhh..x la..biasa-biasa ja ".

Rugi tau kata gitu :-)
Saya akan jawab... " Saya makan Shaklee. Kesan Shaklee memang hebat! "

Asbab jumpa dengan Lecithin dan Alfalfa Complex, dan sangat berkesan kepada saya dan suami. 

Dan saya pun cuba lain-lain produk dalam Shaklee. Alhamdulillah...

Saya nak bagitau kawan-kawan. Tak rugi tau cuba Shaklee.
Produk terbaik..dan dijamin SELAMAT DAN SEMULAJADI ".

                                                          🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Apa lagi??

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, June 8, 2017

GERD : Apa Tu?

Tak pernah dengar ya?

Pernah tak rasa rasa pedih hulu hati atau tidak selesa di bahagian dada hingga menular ke kerongkong?

Pernah tak alami kembung perut atau sendawa yang kerap - walaupun belum menikmati makanan?

Sekiranya mempunyai gejala-gejala ini, kita mungkin mengalami simptom penyakit Refluks Gastroesofageal (GERD).


GERD adalah keadaan yang terjadi apabila refluks atau jeluak kandungan gastrik menyebabkan simptom atau komplikasi yang mendatangkan masalah. GERD boleh menyerang sesiapa saja termasuk orang muda di peringkat paling produktif dalam hidup mereka. Penyakit ini boleh mendatangkan kesan kepada mutu kehidupan seseorang serta prestasi kerja mereka.

Di Malaysia, dianggarkan 50 peratus daripada jumlah penduduk dewasa mengidap sekurang-kurangnya satu masalah gastrousus. Kesilapan atau kegagalan mendiagnosis GERD boleh menyebabkan rawatan yang salah dan tidak berkesan.

Penerangan lebih lanjut tentang Gerd, boleh rujuk SINI ya!

Sahabat saya, Dr. Normi share pengalaman mengendalikan suami beliau, seorang pesakit GERD!

SUAMIKU MENDERITA GERD


Cerita Dr. Normi;

"Sejak saya kawin dengan dia..
Selalu je dengar dia muntah tengah tengah malam
Tiba-tiba tidurnya terganggu
Macam tersedak.. Lepas tu muntah....
Macam tu la selalu...

Saya tanya kenapa... Dia jawab air masam pahit dari perut tiba - tiba keluar πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“
Kasihannya... Sampai terpaksa muntahkan semua isi perut... Barulah lega...

Saya bersuara.. "abang.. Jom pi hospital.. Kita buat endoskopi "..
Dengar nak kene jolok kamera dalam perut lagiiila dia takmau...

Pada tahun 2013.. Kami diperkenalkan dengan dua jenis pil... Satu pil herba.. Yang lagi satu pil minyak soya..

Suami amal sampai habis sebotol.. Alhamdulillah.. Dah jarang sangat dia bangun muntah...
Katanya.. Badan dah rasa ringan... Perut dah x sebu..

Syukurr.. GERD dah menghilangkan diri..
Kini.. Husband masih konsisten amalkannya..
Siapa yang ada GERD boleh cuba ya 😍😍😍

MESTI ANDA NAK TAHUKAN APA PIL YANG BERJAYA MELENYAPKAN GERD SUAMI SAYA NI..

sudah tentulah ALFALFA DAN LECITHIN!


FUNGSI ALFALFA yang membantu melegakan masalah penghadaman dan 
LECITHIN yang mengemulsi minyak dan lemak membuatkan masalah refluks semakin pulih!

Alhamdulillah".

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, February 1, 2017

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK FEBRUARI 2017. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Assalamualaikum semua


Tahu tak, promosi bulan ni best sangat-sangat!


Alfalfa S : Beli 1 Percuma 1 (Tarikh Luput : Ogos 17)
Alfalfa L : Beli 1 Percuma 1(Tarikh Luput : Jun 17)
Lecithin : Beli 1 Percuma 1 (Tarikh Luput : April 17)

*Ini adalah stok clearance. Jika beli macam biasa, anda akan dapat Alfalfa & Lecithin dengan TARIKH LUPUT 2018



Ostematrix : Beli 2, diskaun 5%
Ostematrix : Beli 6 Percuma 1
Vitalea for Children : Beli 3 Percuma 1



Beli 2 Vivix, PERCUMA 2 Paperbag
Beli 1 Shaklee Exclusive Mug pada harga RM10.60 (worth RM19.88) dengan belian : 


Energy Life Set : 2 botol Vivix
Daily Essential Set : Vitalea, Vit C, Omega, ESP
(ESP ada stok semula pada 18.2.17)

Apa lagi?
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, November 9, 2016

ALAMAK, DAH NAK MASUK KERJA BALIK!

Antara dilema ibu yang hampir habis tempoh cuti bersalin ialah sempatkan mereka mencukupkan stok susu ibu. 


Tahukah anda, sekiranya ibu hanya mula memerah susu beberapa hari sebelum mula bekerja, perkara pertama yang ibu perlu lakukan ialah JANGAN PANIK!

Kalau panik, ia tidak akan dapat membantu apa-apa, sebaliknya akan dapat merencatkan refleks ejeksi susu. Perah sahaja seperti biasa dan jom cuba beberapa langkah ini bagi menambah aliran susu!.

Perah susu sambil menyusukan anak
Hmmm...macam tak percaya?
Ya, sebenarnya buat tandem nursing sebegini akan dapat meningkatkan refleksi ejeksi susu kerana kedua-dua payudara digunakan serentak. Pertama kali mencuba tentunya agak sukar kerana ibu akan berasa tidak cukup tangan. Tetapi lama kelamaan, ibu akan mengetahui posisi yang terbaik yang dapat dicuba. 

Ada cara ya untuk memastikan proses ini berjalan lancar dan selesa. Lazimnya, bayi perlu berada dalam posisi mendakap (football hold) di  mana badan dan kakinya perlu diampu oleh bantal. Pastikan bayi selesa dan kaki bayi tidak mengganggu proses memerah susu di sebelah lagi. Pakai pam yang elektrik atau bateri lebih menyenangkan kerja!


Perah susu selepas menyusu
Tahukah anda bahawa konsep pengeluaran susu ibu sama seperti konsep 'tangki pam tandas'?. Janganlah cepat rasa geli pulak ya. Memang pun, di tandas, selepas kita pam, air tangki akan keluar dengan banyak, kemudiannya diikuti dengan air dari saluran paip akan memasuki tangki semula untuk memenuhkannya, bukan?. Ya, macam tu lah konsep payu dara. Semakin payu dara dikosongkan, semakin banyak susu baru yang akan terhasil.

Jadi jangan risau susu akan habis jika anda sudah selesai menyusukan bayi, sebab dengan memerah atau mengepam susu selepas bayi menyusu, ia akan berupaya memberi isyarat kepada badan ibu supaya menghasilkan lagi susu. 

Pada mulanya, mungkin tidak banyak susu yang akan keluar, tetapi selepas beberapa lama, badan ibu akan mula menyesuaikan diri dengan rutin ini akan susu akan lebih banyak dapat dikumpulkan. 

Tempoh sejam selepas menyusu akan waktu terbaik untuk memerah kembali. Jangan tunggu lama-lama okay!

Memerah di tengah malam
Ha, siapa suruh anda kumpul stok last minute, kan?. Sebenarnya kan, sememangnya memerah susu di tengah malam sangat digalakkan kerana pada masa tersebut, hormon prolaktin adalah tinggi sehingga ke pagi. Jadi, sepatutnya ambillah peluang ini untuk memerah bagi mendapatkan stok susu bayi anda!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, November 5, 2016

INI BUKAN SOAL KUPUTEH!

3 hari 2 malam bersama pelajar putera-puteri di Pulau Payar minggu lepas, dapat mendengar banyak perkara, berkongsi banyak rahsia dan menyelami banyak benda. Rupanya gadis-gadis comel belasan tahun ni, ramai yang mengalami masalah keputihan. Bukan keputihan biasa tau, tapi keputihan melampau!.


Mulanya pelik juga, sebab masa saya di usia mereka dulu, tak ada pulak mengalami masalah seteruk ni. Mereka cerita, kadangkala boleh bocor walaupun pakai pantyliners!, dan for surela selalu kena masbuk bila solat berjemaah sebab bila bunyi loceng akhir sekolah, tatkala semua pelajar bergegas ke musolla, mereka ni terpaksa spend masa agak lama di tandas menguruskan masalah keputihan ni.

Apakah keputihan?

Dalam kalangan pengamal perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. Cairan yang keluar dari vagina ini belum tentu bersifat patologis atau abnormal. Vagina dalam keadaan normal dan rileks tidak mengeluarkan cairan. 

Vagina mempunyai sistem perlindungan semula jadi yang kukuh, ditambah lagi dengan adanya mikrob pelindung yang bagus untuk tubuh, iaitu Doderleins, yang hidup menjaga keseimbangan ekosistem vagina, sehingga tetap dalam keadaan seimbang. Tapi tentu saja, keseimbangan ini dapat terganggu oleh beberapa hal antara lain menstruasi, penyakit kencing manis serta penggunaan ubat-ubat hormon.

Apakah perbezaan antara air mazi dan keputihan?

Macam sama ja kan?. Tapi sebenarnya, jika cecair yang keluar tu bukan disebabkan syahwat, maka ia bukanlah air mazi. Cecair ini adalah keputihan, najis dan perlu dibasuh sebelum solat tapi tak lah sampai membatalkan puasa.

Kadangkala cecair keputihan ni keluar dengan warna sedikit kekuning-kuningan, kadangkala ada bau, tak seperti air mazi yang tidak berbau.

Keputihan itu membatalkan wudhu’. Cara menyucikannya dengan membersihkan badan dan pakaian yang terkena keputihan tersebut, kemudian berwudhu’. Jika ia tetap keluar, maka diberi keringanan akan hal tersebut, tetapi masih perlu jaga jangan sampai berlaku kebocoran sehingga mengotorkan baju yang akan digunakan untuk solat.
(Al-Ustadz ‘Abdul Barr)
Apakah keputihan yang abnormal?
Keputihan yang bukan merupakan keadaan penyakit memang selalu terjadi pada setiap wanita. Tapi, ada juga cairan yang keluar bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Cairan keputihan ini secara normalnya, keluar sedikit atau sederhana, biasanya menjelang dan sehabis haid. Di samping itu, keputihan juga dialami oleh wanita yang sedang hamil, namun hal ini merupakan hal yang biasa, selagi ia tidak berlebihan.

Namun, jika cairan yang keluar dari vagina sudah nampak kehijauan, kental, berbau seperti telur busuk atau hanyir seperti ikan mentah, gatal dan jumlahnya lebih banyak, besar kemungkinan keputihan tersebut sudah tidak normal. Keputihan yang tidak normal biasanya terjadi kerana jangkitan kuman, kulat dan bakteria.

Organisme tersebut sangat mudah berkembang, terutamanya di sekitar vagina yang lembab dan kotor. Ini akan menggalakkan pertumbuhan bakteria atau kuman seperti Candida, Trichomonas, E. coli, Staphylococcus, dan lain-lain. Keputihan abnormal (patologis) ni boleh juga terjadi disebabkan badan letih, stress, atau kerana kuman-kuman penyebab infeksi yang menyebabkan kestabilan kawasan sekitar vagina terganggu. 

Apakah penyebab keputihan abnormal?

  1. Penggunaan antibiotik maupun steroid yang cukup lama sehingga menyebabkan bakteria “baik” penjaga pH vagina mati dan bakteria kemudiannya semakin berkembang biak.
  2. Vaginosis bakterial, merupakan keadaan jangkitan kuman yang sering terjadi pada wanita hamil ataupun pada wanita yang memiliki banyak pasangan seksual.
  3. Penggunaan pil tertentu yang mengganggu keseimbangan hormon akibat ketidakseimbangan pH.
  4. Kanser serviks.
  5. Clamidia, gonorea, yang merupakan infeksi menular seksual.
  6. Diabetes tidak terkawal. Kadar gula yang tinggi menyebabkan adanya gula dalam urin dan darah dan mengakibatkan bakteria tumbuh subur.
  7. Penggunaan sabun pencuci vagina yang mengganggu keseimbangan pH vagina.
  8. Jangkitan kuman sesudah pembedahan.
  9. Penyakit radang di rahim.
  10. Trikomoniasis, infeksi parasit yang biasanya disebabkan hubungan seks yang tidak bersih.
  11. Atrofi vagina, penipisan dan kekeringan dinding vagina disebabkan oleh menopos.
  12. Vaginitis, merupakan kondisi peradangan dan iritasi sekitar vagina.
  13. Jangkitan kuman dan bakteria.
  14. Menderita sakit yang lama disertai oleh kurangnya gizi serta kebersihan yang kurang terjaga.
  15. Penggunaan tuala wanita atau tampon yang tidak bersesuaian.
Sumber : KLIK SINI

Keputihan abnormal merupakan masalah yang cukup sering dialami wanita. Keputihan tidaklah sampai menyebabkan kanser. Namun, salah satu gejala kanser pangkal rahim adalah keputihan. Keputihan yang sering terjadi dapat merupakan suatu gejala kanser pangkal rahim.



Keputihan yang parah dan dibiarkan lama tidak dirawat dapat menyebabkan KEMANDULAN!. Jangkitan yang ada dapat merebak ke pangkal rahim, kemudian ke saluran telur dan sampai ke kantung telur dan akhirnya ke dalam pangkal rahim. 

Anda tahu tak, ada wanita yang menderita keputihan kronik selama bertahun-tahun akhirnya menjadi mandul. Banyak wanita yang menganggap ringan masalah keputihan ini. Jika keputihan tersebut hanya bersifat fisiologi (normal), memang tidak berbahaya, namun, jika bersifat jangkitan, ia harus diambil tindakan segera untuk mengelakkan inpak jangka panjang yang lebih kronik!

Bagaimana nak atasi masalah keputihan ini?


Pencegahan terhadap penyakit keputihan dapat dilakukan dengan berbagai cara, antaranya:

  1. Selalu menjaga kebersihan diri, terutama di sekitar vagina. Namun tidak disarankan untuk membilas vagina dengan cairan-cairan yang dapat mengganggu keseimbangan pH vagina. Jika anda tidak sedang menderita keputihan, sebaiknya membersihkan daerah vagina dan sekitarnya dengan air bersih saja. Jangan dengan sabun. 
  2. Cairan antiseptik pembilas vagina sebaiknya digunakan apabila perlu saja, iaitu apabila anda merasakan mulai terjadi keputihan yang abnormal atau jika disarankan dokter. Hindari pakaian dalam yang ketat atau bahan yang tidak menyerap peluh, sebaiknya gunakan pakaian dalam yang terbuat dari kapas dan sentiasa ditukar setelah mandi.
  3. Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam, terutamanya tandas duduk. Ini kerana, keputihan boleh merebak. Selain melalui hubungan seksual, ia juga dapat merebak melalui perkongsian tandas dan peralatan bilik mandi tertentu.
  4. Biasakan membasuh vagina dengan cara yang betul, iaitu dengan gerakan dari depan ke belakang, bukan sebaliknya. Cucilah dengan air bersih setiap kali anda membuang air kecil dan ketika mandi. 
  5. Kerap mengganti tuala wanita semasa haid untuk menjaga kebersihan di sekitar vagina.
  6. Rujuk doktor sekiranya mengalami masalah di sekitar vagina dan dapatkan konsultasi dari mereka tentang ubat / cecair pembersih vagina yang sesuai untuk anda.
Shaklee juga mempunyai solution terhadap permasalahan ini. Set keputihan dicadangkan kepada mereka yang mempunyai masalah ini ialah kombinasi GLA Complex - Alfalfa Complex - Garlic Complex.

GLA Complex - Melawan virus dan menstabilkan hormon.

Alfalfa Complex - Melawan alahan dengan memperbaiki keadaan kulit yang sensitif dengan berkesan, boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan dan membersihkan darah.

Garlic - antibiotik yang selamat dan semulajadi untuk kegunaan jangka panjang, mempertingkatkan sistem imun tubuh serta menghalang alergi serta pembiakan kuman dan virus.




Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad