Friday, September 11, 2015

BERHALUS DI DAPUR

Zaman moden ini, semua wanita boleh memasak, walaupun tak mendapat latihan secara formal / informal di dapur. Google atau tengok saja di Youtube, lepas tu follow. Bukan susah sangat, asalkan ada keinginan dan rajin, semua boleh jadi. Sedap tak sedap ja kan. Makan sajalah. Ahha...
Tapi satu yang mungkin tak semua orang dapat kalau belajar tanpa berguru dengan orang lama ni, iaitu kemahiran seni halus di dapur. Betul, kita boleh bezakan anak dara / isteri yang halus kerja tangan dia dengan yang main hentam sajalah, asalkan jadi ni. Tak kisahla kan, asalkan air tangan kita tu penambat selera keluarga. 

Dapur dan tips memang tak dapat dipisahkan, Saya nak share tips yang saya dapat dari Kak Siti. Moh ler kite.

Tomato 

i) Untuk meranumkan tomato yg masih hijau, masukkan tomato (pisang pun boleh) ke dlm plastik ziploc dan biarkan selama 2 hari. Tomato anda akan ranum. 
ii) Tomato yg terlalu ranum dan sedikit lembik boleh menjadi rangup. Rendam tomato yg over-ripe di dalam air sejuk dicampurkan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. 


Jagung 
Ketika merebus jagung, jangan campurkan airnya dengan garam. Ia akan membuat isi jagung itu keras. Campurkan sedikit gula dan jagung anda akan menjadi lebih enak. La, ye ke...


Telur
i) Hindarkan cicak dari dapur atau bahagian lain di rumah anda. Bersihkan kulit telur and letakkan di tempat tempat yang anda inginkan. Bau dari kulit telur itu dapat menghindar cicak daripada berkunjung. 
ii) Gunakan telur yg sederhana atau sederhana besar ketika membuat kek. Jangan gunakan telur yang terlalu besar kerana ia akan membuat kek anda “tenggelam” setelah sejuk. 
iii) Telur lama / baru – Masukkan telur ke dalam periuk berisi air sejuk bercampur garam. Jika ia tenggelam, telur itu masih segar / baru. Jika timbul, buang saja telur itu. 

Kentang
i) Sebelum membakar kentang, rendam di dalam air garam selama 15 minit. Kentang akan lebih cepat empuk.
ii) Jangan simpan kentang bersama bawang. Ia akan cepat busuk. 
iii) Jika ingin mengoreng kentang, rendam kentang yg dipotong di dalam air sejuk selama 1/2 jam. French Fried anda akan menjadi lebih rangup. 


Bebola Ikan 
Gunakan kunyit dan sedikit air dan kertas putih jika anda ingin tahu sama ada bebola ikan yang anda beli di pasar ada Asid Boric. Cecahkan kertas putih ke dalam campuran air kunyit dan biarkan kering. Letakkan bebola ikan ke atas kertas yg ada cecahkan itu dan biarkan selama 1 minit. Jika anda lihat ada tanya merah jambu atau merah kecoklatan pada tempat anda meletakkan bebola ikan itu, maka asid boric terkandung di dalam bebola ikan. 


Brokoli 
Brokoli yg sudah kuning setelah disimpan berhari-hari masih boleh digunakan. Masukkan brokoli ke dalam mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli berada di dalam air yg penuh. Biarkan selama 1 jam. Brokoli anda akan menjadi hijau dan bolehlah dimasak. 


Beras 
i) Untuk memutihkan nasi, campurkan 2-3 titis jus lemon sebelum memasak. 
ii) Untuk menjauhi serangga dari memasuki bekas beras, letakkan beberapa helai daun pudina di dalam kampit beras. 


Baking Soda 
Bersihkan peti sejuk anda dengan baking soda. Masukkan sedikit ke dalam air. Ia akan menghapuskan bau yg tidak enak dari dalam peti sejuk anda. 


Limau 
Limau nipis / kasturi akan mudah diperah jika dimasukkan ke dalam air panas selama 5-10 minit atau dipanaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat. 


Pengisar (Blender) 
Untuk menajamkan pisau mengisar, kisar garam kasar. 


Bawang Putih 
Untuk mengupas bawang putih dengan mudah, panaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat. 


Tepung / Ulian 
Jika adunan tepung melekat pada tempat ulian anda, simpan adunan ke dalam freezer untuk beberapa minit kemudian bolehlah digunakan. 


Biskut 
Alaskan di bahagian bawah tin biskut dengan kertas minyak (blotting paper) sebelum menyimpan biskut untuk mengelakkan biskut dari cepat lemau.

Jom Shaklee!!!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, September 9, 2015

KENAPA KULIT LAWA?

Anda perlu tahu bahawa kata kunci Shaklee menguasai pencarian terbesar di Google. Hari ni, saya tolong googlekan untuk anda testimoni set cantik Shaklee. Ada di antara mereka mengamalkan Shaklee untuk memperbaiki masalah lain, namun kesannya turut tempias kepada kulit. Tahu kenapa?. Kerana setiap satu suplemen Shaklee mempunyai 1001 manfaat, dan hampir semua jenis suplemen yang anda makan, sekiranya konsisten serta disusuli dengan pengambilan air yang cukup, akan turut memberi kesan yang dramatik pada kulit. Wow!

Jomlah kita jamu mata dengan testimoni-testimoni ni. Banyak lagi di luar sana, tak larat nak save as sampai penuh folder :-)





























































Best kan!. Kesan pengambilan adalah berbeza dari seorang individu dengan individu yang yang lain, bergantung kepada pelbagai faktor, antaranya seperti jenis kulit, toksin dalam badan, serta konsistensi pengambilan. Lambat atau cepat tidak menjadi masalah bagi mereka yang sabar dan faham bagaimana natural based supplement seperti Shaklee bertindak terhadap tubuh badan. Yang penting, hasil akhir pasti Superb!.

Jika anda perasan kepada testimoni-testimoni ini, antara suplemen yang membantu mereka di atas termasuklah:




Pengambilan Carotomax yang konsisten akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran juga boleh membantu melegakan pustule, scabies, akne dan ulser kulit!

Ruginya kalau anda tidak tahu penangan ESP untuk awet muda disebabkan asid aminonya berperanan membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. ESP juga merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit, kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan parut!


Shaklee Collagen Powder membantu kulit mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedutan di wajah. Kulit akan kurang kering, sebarang cela akan sembuh dengan cepat dan membantu mengurangkan parut. SCP turut membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan. Paling best sekali, SCP ni bukan sekadar untuk kulit, tapi turut membantu menguatkan tulang daripada rapuh, mengurangkan geseran sendi, mengekalkan otot mata supaya tetap anjal dan memastikan kesihatan otak. Adakah kolagen yang anda makan, terutama yang sedap tu, ANDA BAYAR UNTUK SEMUA INI???




Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat daripada resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) membantu melambat pembentukan protein AGE (advanced glycation end products). Vivix turut menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitokondria), dan sememangnya membantu melambatkan penuaan pada tahap sel. Sebab itulah pengguna Vivix yang konsisten dalam satu jangkamasa yang lama akan tampak semakin muda!

Jadi, tunggu apa lagi....

Jom Shaklee!!!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad