Tuesday, October 25, 2016

OMEGA GUARD BUKAN UNTUK AWAK SORANG SAJA TAU!

Saya ada ramai kawan yang makan Omega Guard Shaklee ni. Dan dalam ramai-ramai pun ada yang dah stop sebab biasala, suka cuba-try-test saja. Lepas tu nak cuba yang lain pulak. Saya minta maaf sebab saya belum berjaya jadikan awak semua Omega Guard lover!. Tapi saya yakin, suatu hari nanti kalian akan kembali mencari Omega Guard sebab tak dapat nak nafikan bestnya dia haha.

Sebenarnya tak rugi pun beli sebotol Omega Guard. Bukan ayah saja perlu ambil, bahkan, ibu, anak-anak, hatta datuk nenek, semua memang perlukan dia!



Tau tak apa kelebihan Omega ini dan khasiatnya untuk seisi keluarga??

Mengikut kajian, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard ni sesuai untuk semua peringkat umur kerana sangat berkhasiat.

👍 Bagi Kanak-Kanak;
1. Depression
Kanak-kanak yang mengamalkan suplemen Omega 3 membantu mereka kurang mengalami masalah depression ni.. so, tak adalah nak buat perangai sangat!.

2. Risiko Diabetes
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunya potensi diabetes; dengan pengambilan Omega 3 akan membantu mengurangkan risiko diabetes especially yang disebabkan oleh keturunan.

3. Asma
Kajian menunjukkan kanak-kanak Asma yang mengambil Omega 3 mendapat kekurangan simptom serangan penyakit tersebut. Omega 3 ni, salah satu fungsinya adalah untuk mengurangkan keradangan dan dalam kes Asma, ia bertindak mengurangkan keradangan di bahagian salur pernafasan.

👍 Bagi Remaja;
1. Masalah Jantung
Kajian menunjukkan mereka yang mengambil Omega 3 mempunyai kurang symptom sakit jantung.

2. Kanser
Kajian menunjukkan mereka yang mengambil Omega 3 mempunyai kanser pada tahap low stage.

3. Depression
Kajian menunjukkan mereka yang mengalami kemurungan mempunyai blood level of Omega 3 fatty acids pada tahap rendah. Jadi, tingkatkan Omega 3 untuk kurang kemurungan ya. (PATUTLAH AKU ASYIK SERONOK JA MEMANJANG YE)

👍 Bagi Dewasa dan Warga Emas;
1.Sakit Jantung
Kajian menunjukkan mereka yg mengambil Omega 3 mempunyai ritma jantung yang stabil dan risiko sakit jantung adalah rendah.

2. Triglycerides
Ini adalah salah satu komponen kolestrol dan perlu dikurangakan. Kajian menunjukkan pengambilan Omega 3 mampu mengurangkan levelnya turun kepada 20%-50%. Jadi bacaan kolestrol akan jadi lebih baik.

3. Rheumatoid Artiritis
-Kajian menunjukkan mereka yang mengambil Omega 3 merasai morning stiffness dan radang disebabkan sakit ini berkurang. Itu adalah salah satu fungsi Omega 3 yang mengurangakan keradangan sendi.

4. Osteoporosis
Kajian menunjukkan pengambil Omega 3 mempunyai bone density lebih tinggi.

5. Alzheimer
Pengambilan Omega 3 membantu mengurangkan simptom memory loss pada pengidap sakit ini.

Sumber :  WebMD

akhir kata dr kajian ini

Quote
“With a few exceptions, I don’t think there’s any problem with the average person taking a fish oil supplement daily, like a multivitamin,” says Guarneri. “By and large, an extra gram of fish oil is only going to help you.”

Full artikel
-> http://www.m.webmd.com/diet/features/who-needs-omega-3s?page=1

Tq MDaus! 😁

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, October 21, 2016

DAH BERTAHUN SOLAT DUDUK DI KERUSI, TIBA-TIBA DAH BOLEH SOLAT BERDIRI?

Nak share cerita Dr. Hasifah.

Ceritanya makcik ni, mak kepada Nini Suhaime, mengalami masalah sendi pada lutut, Osteoarthritis, sehingga beliau solat duduk atas kerusi, tak boleh duduk bersila atas lantai, tak boleh berdiri terlalu lama, tak boleh bertinggung dan tak kuat untuk dukung cucu pun.

Suatu hari, Nini bertanya kepada Dr. Hasifah apa suplemen yang sesuai untuk diberikan kepada ibunya?

Terus saya cadangkan Collagen Shaklee untuk memperbaiki kerosakan dan radang pada tulang sendi rawan dan Vivix sebagai anti radang.


Maka bermulalah regim pengambilan Shaklee Collagen Powder dan Vivix oleh si ibu. Konsisten!

Selepas seminggu, Nini cerita yang lutut ibunya dah kurang sakit dan paling best, mak dah semakin kuat dan sihat, Alhamdulillah!

Selepas dua minggu, Nini call lagi dengan nada sangat gembira,

" Kak Cip!!!, kawan-kawan masjid mak semua terkejut mak Nini dah boleh solat berdiri dan boleh duduk bersila. Semua tanya mak makan apa. Jadi, mak ceritalah tentang Shaklee!", cerita Nini.

Dapat rasakan kegembiraan Nini sebagai seorang anak.

Anak mana yang suka tengok ibu sakitkan??.

Setiap kebaikan yang kita berikan kepada ibu bapa, itu adalah sedekah yang paling berkat. 
Seronok, kan!

Oh ya, untuk anda semua yang ada ibu bapa yang alami masalah sendi lutut ni, hadiahkanlah mereka Shaklee Collagen Powder dan Vivix. Customers kami pun dah terlalu ramai berikan feedback terbaik tentang ibu bapa mereka.

Insyaallah kedua-duanya sangat berkesan, especially kepada ibu bapa yang dah tak larat nak telah remedi dalam bentuk pil, jadi bancuhkan sahaja Collagen dan Vivix untuk mereka setiap hari.

Kita ikhtiar sahaja, moga Allah permudahkan urusan ibadah ibu bapa kita, ok!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin

SID 888128

0124430919/0124430929

COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, September 27, 2016

ADA TIPS NAK HANDLE ANAK TANTRUM TAK?

Pernah tak anak anda nangis berguling-guling, menjerit-jerit di shopping mall?
Rasa macam mana?
Nak biarkan?. Nanti anak lagi la buat aksi-aksi yang memalukan!
Nak ikutkan?. Nanti orang kata asyik turutkan anak ja, tu yang jadi melampau!


Habis, apa nak buat?

Jomlah, kita baca apa yang seorang ayah muda, En. Mohd. Fadhli Mohd. Fauzi kongsikan tentang tantrum ni.
.
.




"Masuk sebuah mall, ternampak seorang adik yang berusia dalam 4 tahun, menangis gila kuat sebab nak "Kinder Joy" yang ada permainan dalam tu, harga dalam RM 5.30 tu dan..... ayahnya tampar budak tu, tarikh telinga dan cakap "tak faham bahasa ke kau, dengan muka berang!" Apa korang akan buat kalau korang sendiri yang jadi ayah budak tu tanpa belikan Kinder Joy tersebut?"

"NAMPAK ANAK ORANG MENANGIS NAK MAINAN TAPI MAK BAPAK TAKNAK BELIKAN, KITA PUN KESIAN DAN BELIKAN."

Temper Tantrum. Itulah istilah yang digunapakai bagi menggambarkan kanak-kanak yang menangis berguling-guling kerana tak dapat apa yang diinginkan.

Kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun belum pandai untuk mengawal diri sehingga boleh lupa diri.

Apa yang menyebabkan mereka tantrum? 
TAK DAPAT APA YANG MEREKA MAHU!

• 1 - 2 tahun biasanya berpunca daripada tidak dapat apa yang mereka perlu contohnya susu dan tukar pampers sebab melekit namun belum ada kemahiran berbahasa, maka ibubapa perlu faham pattern tantrum mereka. Nampak anak kecil menangis walaupun bukan anak kita, mesti kita akan kata "dia nak susu kot" atau "pampers dia penuh tu rasanya".

• 3 - 4 tahun biasanya mahu autonomi dan sudah tahu berkata-kata, serta lebih pandai untuk mahu sesuatu yang lebih. Ini selalu jadi di pasaraya. Mereka menjerit dan menangis mahukan mainan mereka, dan kadang2 menggamit simpati orang lain dan mereka belikan.

Niat baik tapi caranya salah!!!

  • Itu anak orang, bukan anak kita. Mungkin ibubapa mereka sedang mendidik anak mereka. 
  • Jika nak belikan pun, minta izin ibubapa anak itu dahulu namun perlulah secara tersembunyi dan jangan terang-terangan bagi menjaga air muka mereka. 
  • Jika anak itu benar-benar keadaan daif, kelaparan, atau memang ibubapa nak belikan tapi tak mampu, lihat semula poin nombor 2 di atas. 
  • Jika anak itu disyaki child abuse, laporkan kepada pihak berkuasa

Menangani Tantrum
  • Biarkan - Ketika ini emosi anak anda menguasai diri sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang betul. Saat ini memberi penjelasan tidak akan berkesan kerana frontal cortex otak mereka telah dikawal oleh emosi. Apa-apa yang ibubapa buat atau cuba biasanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk! 
  • Analogi - sama seperti sedang lemas dalam air. Masa ini nak ajar orang itu berenang pasti tak jadi punyalah! Terjun dan berada berhampiran orang itu tapi jangan terus paut kerana anda mungkin akan ditarik oleh mereka sekuat hati hingga anda pun turut lemas sekali. Apabila orang lemas itu lemah sedikit barulah paut dan tarik ke tepi. 
  • Mereka menangis dan berguling semahu-mahunya hingga menarik perhatian orang lain. Ibubapa yang hati basah mesti rasa malu dipandang sebegitu. Jangan malu mak bapak sekalian. Biarkan sahaja anak anda begitu dan gerak jauh sedikit. Mereka akan tenang selepas beberapa ketika.
  • Beri ruang - Beri ruang untuk mereka melalak dan meluahkan emosi, dan tak perlu bertegang urat dengan mereka saat itu; samalah macam anda yang menangis masa kena rejek. Huhuhu... 
  • Tarik perhatian ke arah lain - Ada ibu bapa yang bawa buku, toys dari rumah untuk distract anak mereka ketika tantrum di pasaraya. Boleh juga tunjuk ke arah lain contohnya burung di awanan atau ikan dalam akuarium berdekatan (kalau ada). Taktik ini berkesan semasa tantrum baru sahaja mahu bermula. Jadi, kesan awal! 
  • Jangan pukul - Waktu tantrum ini kalau dipukul walaupun pukulan manja, tangisan mereka akan jadi lebih teruk dan sangat teruk, hingga lebih banyak mata akan memerhati. Yang dapat nama buruk tentunya ibubapa. Dan masa inilah ramai akan cuba beli dan beri percuma. Tak malu ke? 
  • Peluk - Sambil membiarkan mereka dengan tantrum, peluk juga mereka hingga mereka tenang. Ingat, jangan cakap apa-apa waktu itu. Lihat semula poin nombor 1. Peluk sahaja dengan erat. 
  • Insentif - Anak dah tenang? Bagus! Beri mereka insentif lain yang lebih bermanfaat. Beli aiskrim kongsi bertiga pun best juga. 
  • Penjelasan - Selepas anak dah tenang, sambil makan aiskrim (contoh), terangkan kepada mereka kenapa anda tak penuhi kehendak mereka. Apa yang biasa saya buat ialah :

"Faqih, mainan tu mahal sangat. Kalau abah beli nanti abah takde duit nak bawa Faqih jalan-jalan selalu"

"Faqih, rumah kita kan banyak mainan dah. Nanti rumah tak muat. Terpaksa buang semua otomen Faqih."

"Gula-gula tak elok untuk gigi tau. Kawan-kawan Faqih semua gigi dah hilang kan. Qiqih nak ke camtu?"

DAN IA BERKESAN!  

Setiap kali lalu tempat mainan, Faqih sendiri akan cakap :

"Takyah belilah mainan lagi. Mahal sangat. Kat umah pun ada mainan."

"Taknak beli gula-gula. Nanti gigi hilang."

Tapi, beri penjelasan yang betul dan jangan tipu mereka. Apa yang anda ajar akan melekat dalam otak mereka hingga bila-bila.

Lagi tips;
  • Jenaka - Kalau anak anda masih tantrum, selain daripada membiarkan, boleh juga buat jenaka yang minima. Kenapa? Kerana orang sekeliling akan tengok apa reaksi anda menghadapi tantrum ini. Lost temper? Orang pandang. Anda pukul anak pun orang pandang. Kalau nasib tak baik ada orang rakam dan upload di facebook. Tak pasal-pasal je. Hehe. 
  • Keluar - Masih tantrum? Angkat anak dan bawa masuk kereta balik rumah terus! ... dan buat step 1 - 8 di rumah pula. Hehe.
Kalau ibu ayah stress dengan anak tantrum?
Apa lagi, telan B-Complex ok! 

puterikuhumaira.blogspot.com

Semoga bermanfaat!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, September 17, 2016

BOMKAN BATU KARANG ANDA!

Korang yang consume Vivix tu, consume betul-betul tau. Baru berbaloi dengan harga yang korang bayar!

Meh nak share kat Vivix Lover info yang amat berguna daripada PM Dr Andrew Pang kepada kawan saya, Nina.

Kata Nina, rupa-rupanya masam manis VIVIX tu yang menjadikan VIVIX sebagai POWERFUL BOMB untuk pecahkan segala gallbladder stone dalam hati kita ni menjadi hancur & berpasir... sbb tu la tadi x jumpa batu pun... hihihi...



Dr. Andrew bagitau Nina,
"Kesan detox oleh Vivix bukan sahaja di usus manusia, tapi vivix activekan mitochondria cell di hati, menyebabkan hati kita berfungsi sebagai mesin mencuci darah dan menapis keluar semua bahan kimia, ubat, toxin dibuang ke biliary tract (gall bladder). Ada yang macam guli, tapi kebanyakan sudah jadi serbuk, pasir yang kebanyakannya kekuning-kuningan, berminyak, kehijauan dan lain-lain. Kalau warna hitam adalah heavy metal, racun, chemical additive, preservative... you akan mengalami pengeluaran najis yang berbeza beza warna, bau, bentuk setiap hari"
 

Apa-apapun thanks PM Dr. Andrew dan Nina sudi kongsi info yg sgt berguna & semoga memberi manfaat kepada semua orang... :D

PERINGATAN : Semewah2 KEKAYAAN adalah KESIHATAN, maka HARGAINYA...

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, September 16, 2016

BAGAIMANA KULIT MUKA ANDA?

Kulit muka kita ni berbeza-beza antara satu sama lain. Jadi sebelum nak pastikan mana tahu skincare yang sesuai, kena kenal kulit muka sendiri dulu ya!

So ini cara mudah nak kenalpasti jenis kulit muka sendiri. Tips ni dari MLC tau :-)

1) Basuh muka bersih-bersih
2) Tunggu 2 jam. Jangan pakai apa-apa kat muka tu
3) Lepas 2 jam tengok balik kat cermin
  • Kulit kering - Kulit terasa tegang, kering & mungkin mengelupas. Kulit juga kurang elastik. Ada banyak garis-garis penuaan.
  • Kulit berminyak - Kulit muka shining. Kalau pegang ada rasa minyak sikit. Pori-pori besar.
  • Kulit kombinasi - Kawasan T Zone berminyak (dahi + hidung + dagu). Kawasan lain kering.
  • Kulit normal - Tiada minyak & mengelupas. Kulit muka lembut je. Untung la, kan :-).
  • Kulit sensitif - Kulit kemerahan & gatal
 http://www.gogaspa.com/about-skin-type/

Bagaimanapun kulit kita, Shaklee menyediakan set-set penjagaan kulit ini untuk kita amalkan.

SET PENJAGAAN KULIT ENFUSELLE
 
  •  Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.
  • Masalah kulit berminyak atau kering.
  • Masalah jerawat.
  • Membantu memperbaiki / mengurangkan masalah kulit.
 SET PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE 

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang normal.
  • Kulit kering, hanya berminyak di zon T.
  • Muka berminyak.
  • Tiada masalah jerawat.
  • Membantu menyerikan kulit.
 
Apa kata pengguna Enfuselle dan Nutriwhite ni?
 






  
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
 

Thursday, September 15, 2016

ANAK KENA JAUNDIS?


Jangan main taram ja tau!


Sebagai ibu, ambillah tahu apa itu jaundis terutama kepada bayi baru lahir sebab itulah yang selalu kita ibu-ibu hadapi, kan. Macam saya, bila darah saya O, semua anak merasai sorang sikit pengalaman ini :-)

Ok. Sekarang, kita tengah cerita pasal kuning / jaundis / neonatal jaundice (jaundice for the first month of life / NNJ).

Jaundis ini terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. 
Tau ke apa tu bilirubin?
Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. 
 
Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).
Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?
  • 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.
  • 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran. 
Bahaya tak jaundis ni? 
Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.  
Jangan ambil ringan ye mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus. 






Macam mana nak tahu bayi kena jaundis?
Ok. Nak tahu bayi kita kena jaundis ke tak adalah apabila kita perasan kulit anak nampak kekuning-kuningan, terutamanya di bahagian abdomen atau kaki . Jika bayi berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan full term, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan pra matang.

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, bermaksud kena bawa lah bayi ke klinik untuk pengesahan, sebab menunjukkan tanda-tanda ada jaundis!.

Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah. Tapi jika bayi berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat. 


Ingat ya, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Boleh rujuk doktor sekiranya terdapat sebarang keraguan.

Ibu-ibu, plz take note perkara ni!


1) Kalau makan badam (almonds), ada risiko tinggi anak akan develop alahan. Almonds ni lagi tinggi kebarangkalian nak develop allergy berbanding kacang. So, ibu kalau boleh elakkan. Petua itu adalah untuk orang dewasa bukan bayi apetah lagi yang baru lahir. Goat's milk tak ada conclusive bukti ianya dapat membantu.


2) Kuning ni akan akan turun dengan SENDIRI. Bila anda kena risau?


  • Kuning dalam 24 jam pertama selepas lahir.
  • Kuning bila anda ada risiko-risiko tertentu (sepsis, penyakit hemolisis darah dan sebagainya).
  • Paras turun dengan perlahan sangat dan enzyme ALP naik hampir 100% kali ganda. Indicative of obstructive jaundice.
  • Paras tinggi berdasarkan hari kelahiran. Setiap 24 jam berikutnya ada paras-paras yang perlu kita lakukan sesuatu.
* Sentiasa rujuk doktor yang merawat anak anda!

3) Jangan risau. Kalau anda tidak melahirkan secara home birth dan melahirkan anak di hospital, semua ini akan dipantau oleh ahli perubatan.


4) Kalau dah balik rumah pun, paras akan dipantau oleh lawatan ke rumah pada hari ke 2, 4, 6, 8, 10 dan 12 sekiranya anda tidak dapat pergi ke pusat rawatan untuk pemeriksaan. Kalau paras tinggi akan ada intervention. Kalau paras menunjukkan trend yang menurun dua kali berturut-turut maka InsyaAllah tiada masalah.


5) Intervention yang boleh dilakukan pula adalah kaedah fototerapi (guna lampu biru tu) dan exchange transfusion. Paras yang yang memerlukan perkara tersebut adalah berdasarkan berapa umur bayi selepas kelahiran (48 jam ke, 72 jam ke dan sebagainya).

6) Jangan bancuh susu anak anda dengan benda mengarut. Herba-herba lain boleh menyebabkan kuning naik lagi sebab hati masih tidak berfungsi sepenuhnya (liver immaturity) untuk memproses herba-herba tersebut.


7) Breastfeeding jaundice - berlaku kerana ibu HANYA beri anak susu ibu sahaja. Majoriti bayi yang dapat masalah ini adalah kerana susu tersebut TIDAK CUKUP, maka bayi jadi dehydrated. Masalah ini sering berlaku kepada anak pertama / primigravida disebabkan ibu tiada pengalaman dan ilmu penyusuan yang cukup. Sebab itu, semasa fasa kehamilan lagi, eloklahkita menuntut ilmu daripada Pakar Laktasi berhampiran. Sebabnya, bila berlaku dehydration, badan tidak dapat excrete (buang) kuning (bilirubin) tersebut dengan baik. Boleh supplement ataupun kerapkan lagi menyusu. Keperluan bayi meningkat berdasarkan hari. Biasanya hari pertama perut bayi hanya boleh menampung 10ml sahaja tapi melonjak banyak untuk hari-hari berikutnya. Setiap 2-3 jam. Jangan tunggu bayi merengek. Kejut bayi kalau tidur ya!

8) Breastmilk jaundice - perkara ini boleh berlaku juga kerana exclusive breastmilk. Kerana sesetengah individu (Asians mostly), dalam susu itu mengandungi enzim yang boleh meleraikan ikatan antara Glucuronic Acid dengan bilirubin (kuning). Ikatan ini penting supaya kuning tersebut boleh jadi water soluble, drain melalui bile dan boleh keluar daripada badan melalui pembuangan najis dan air kencing. Bila ikatan ini pula tiada, kuning itu boleh berada jauh lebih lama dalam badan melalui enterohepatic circulation. Paras akan turun tapi ambil masa lama sikit atau jadi jauh lebih tinggi!


Tapi jangan risau. TERUSKAN MENYUSU DENGAN SUSU IBU. Tak perlu tukar kepada susu formula ok. Kalau paras itu berbahaya, kita boleh lakukan intervention. Tapi JANGAN RISAU, semasa dalam pemantauan doktor, AMATLAH digalakkan untuk sentiasa menyusu dengan susu ibu tersebut. Tiada masalah kerapkan dan teruskan beri yang terbaik untuk anak.

Ibu-ibu yang menyusu boleh ambil set menyusu Shaklee terutamanya ESP, bertujuan untuk menyediakan tubuh yang sihat dengan nutrisi yang cukup supaya badan bersedia untuk produce susu yang baik. Patuhi prinsip penyusuan supply and demand dan ESP boleh bantu anda boost pengeluaran susu, agar memenuhi keperluan si anak pada ketika itu. Pengambilan Alfalfa Complex dalam set penyusuan tu boleh ditangguhkan dulu sehingga anak anda kembali sihat, mungkin boleh dimulakan selepas anda selesai menjalani proses berpantang.




Rujukan Asal : 



Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
 

Saturday, September 3, 2016

KELULUSAN KKM UNTUK PRODUK SHAKLEE

Anda yang rajin google meneliti senarai produk Shaklee yang dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, jangan terkejut tau kalau ada produk yang tiada dalam senarai.

Terdapat beberapa suplemen dari Shaklee yang tidak terdapat kelulusan KKM. Produk yang terlibat adalah


  • Energizing Soy Protein (ESP),
  • Perfomance Orange ( PD),
  • Cinch, Vivix (minuman botanical),
  • Advanced Joint Health Tablet (ekstrak jagung),
  • Shaklee Collagen Powder (sisik ikan merah laut dalam)

Produk-produk ini tidak disenaraikan kerana dikategorikan sebagai makanan. Makanan tak perlu kelulusan KKM sepertimana beras, susu & gula! Jadi bukan dibawah kawalan BPFK.


Semoga entry ini dapat memberi pencerahan kepada anda ya!. Jangan pening-pening fikir lagi. Yang penting anda yakin dengan produk, kaji segala mekanisme produk untuk meningkatkan kesihatan serta amalkan dengan gembira. Selebihnya kita bertawakkal kepada Allah kerana Dia yang Maha Berkuasa menyembuhkan. 

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad