Friday, December 2, 2016

ADA KAITAN ATAU TIDAK SUSU IBU DENGAN GIGI BAYI?

Cuti sekolah memberikan saya lebih masa untuk membaca. Dan saya nak kongsi sedikit maklumat tentang kaitan antara penyusuan dengan gigi anak kita. 

Ada pendapat mengatakan kalau kita menyusukan anak pada waktu malam meningkatkan risiko gigi anak kita berlubang. Betulkah?

Tahukah anda, dua orang pakar pergigian, Dr. Brian Plamer dan Dr. Harold Torney membuat kajian terhadap tengkorak dari zaman pra sejarah dan mendapati sebelum bermulanya era penggunaan botol, bayi kecil tak mendapat gigi berlubang. Kajian antropologi menunjukkan masalah gigi bermula lapan ribu sehingga 10 ribu tahun lampau, manakala anatomi manusia moden sudah wujud sejak 100 ribu tahun lalu. Ini bermakna, tiada masalah kerosakan gigi dalam kalangan bayi selama 92 ribu tahun, sehinggalah penggunaan botol susu (of course dengan susu formula) diperkenalkan!. Masa zaman pra sejarah, bayi minum susu apa ya?

Lepas tu, kajian yang dibuat di Amerika Syarikat dari tahun 1999 sehingga 2002 mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan penyusuan susu ibu dalam tempoh singkat ataupun panjang menyumbang secara langsung kepada masalah gigi bayi!. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan di Tehran, Iran pada tahun 2008 yang menunjukkan dapatan yang sama, walhal kebanyakan ibu di Iran menyusukan bayi mereka dalam tempoh yang lama!.

Ibu-ibu comel sekalian, tahukah anda bahawa susu ibu melindungi gigi?

Ini kerana susu ibu mengandungi mineral yang diperlukan untuk menguatkan gigi. Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi dalam mulut manusia tidak dapat menggunakan laktos sebagai sumber tenaga sebaik sukros. Laktoferrin yang terdapat dalam susu ibu juga menghalang zat besi digunakan oleh bakteria untuk membiak. Ia menghalang perkembangan bakteria yang merosakkan gigi. Paling bagus sekali, pembiakan bakteria di dalam mulut dihalang oleh antibodi, secretory IgA dan IgG yang terdapat di dalam susu ibu. 

Mulut bayi baru lahir wangi kan?

Ini kerana bayi baru lahir tidak mempunyai sebarang kuman di dalam mulut mereka. Kalau adapun bakteria jahat tu, ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kucupan serta berkongsi alatan makanan dan minuman daripada kita jugak!

Sebenarnya, menurut Dr. Pamela Erickson, seorang penyelidik dari Amerika Syarikat, susu tiruan, yakni susu formula lah yang cenderung menyebabkan kerosakan gigi. Sesetengah susu tiruan menghakis permukaan dan menyebabkan kerosakan gigi. Susu tiruan berkemungkinan menurunkan pH di dalam mulut dan menyebabkan kerosakan gigi berlaku!.

Sesetengah susu tiruan merangsang pembiakan bakteria di dalam mulut dan menyebabkan kerosakan gigi seawal umur beberapa minggu selepas kelahiran.

Ibu-ibu yang memberi anak mereka susu formula hendaklah sentiasa memastikan mulut anak anda dicuci sama ada secara mengelap dengan kain basah yang bersih atau meminta anak berkumur (jika anak sudah besar) supaya kerosakan gigi akibat susu formula yang manis tersebut tidak berlaku! 

* Sumber : Buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu.

Cantik tak gigi saya?
Azaad Afkar Zafran (menyusu penuh 2 tahun setengah)

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, December 1, 2016

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK DISEMBER 2016. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

YEAR END SALES!

Dah hujung tahun dah. Sekejap saja masa berlalu. Hari demi hari seronok rasanya berShaklee ni. Cabaran dia bukan sikit, tapi taklah pula sampai mematahkan semangat.

Bulan ni promosi best tau. Kaki melawa memang dok tunggu sangat promosi suplemen ni.

Jom tengok apa dia!



Dan seperti biasa;


Dan Shaklee bermurah hati menghadiahi Carotomax jika anda membeli sebotol Carotomax dengan harga menjunam dalam satu resit pembelian 150 uv ke atas. Untung berganda-ganda!

Untuk sebarang informasi mengenai Shaklee Collagen Powder yang best sangat ni, KLIK SINI

Jom semua, terutamanya orang Changlun, shopping Shaklee dengan kami. Pasti tak menyesal!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad 

Tuesday, November 15, 2016

RAMAI DAH JADI MANGSA DETOKS CARA SHAKLEE!

Nak tergelak juga baca kisah adik beradik dalam Shaklee ni. 

Sebelum ni pun, ramai yang share mereka semakin kurus dan semakin flawless bila detoks. Tapi kali ni lagi best kot daripada kurus!. Ada yang tak sangka tiba-tiba saja terpregnant selepas amalkan menu detoks yang Shaklee sediakan, padahal sebelum tu bukan main susah berusaha nak hamil.

Tapi memang tak mustahil pun ya, sebab bila kita detoks, toksin segala bagai disingkirkan dengan selamat, maka semua nutrisi yang kita terima daripada real food yang kita makan, hatta suplemen yang kita ambik akan diserap dengan sempurna. Badan akan sihat dan bersedia untuk menjayakan apa sahaja proses penyembuhan mahupun proses lain yang badan inginkan dengan izin Allah.



Master Zura cerita, beliau dah rasa nak tutup 'kilang' sebab rasa dah cukup dengan bilangan anak yang ada. Bagi beliau, beliau nak fokus kepada kualiti, bukannya kuantiti. Jom lah baca apa yang beliau kongsikan ni...


"Allah lagi tau apa yang terbaik kan. Akak tetap juga nak salahkan Detox Shaklee. Akak rasa kalau akak tak mengada-ngada buat detoks hari tu, tentu tak jadi macam ni (haha).

Eh bukan akak tak redha. Malah syukur.

Sebenarnya akak bukan keseorangan tau, bukan akak je mangsa.

Hari ni akak nak share pengakuan mereka-mereka yang juga "mangsa" detoks seperti akak.

Master Farihah Abu Kasim, teringat bulan 6 lepas semasa akak hubungi dia. Dia masih dalam keadaan terkejut. Tak sangka sebulan selepas detoks dia juga menjadi mangsa. Menurut beliau bukan sahaja dia yang terkena. Malah anak buah beliau juga ramai yang mengikut jejaknya selepas ambil set detox Shaklee. Risau populasi penduduk melimpah ruah hingga ke Laut China Selatan katanya.

Cik Puan Hayusnida Bakar pula katanya buat detoks konon-konon nak turunkan berat badan. Baru turun beberapa kilo, baru nak feeling rasa kurus, tetiba sangkut yang lain pulak. Padahal sebelum tu 7 bulan dia usaha sebelum detoks. Tak menjadi-jadi. Sekali detoks, kurus dapat, baby pun dapat. Alhamdulillah.

Cik Puan Ainul Fadzilah tak kurang juga hebatnya!. Katanya. "Sama la saya pun, ni detoks Shaklee la punya pasal. Pregnant juga. Huhuu!"

Seorang lagi rakan, Master Azrin Mohd pun mengalami nasib yang sama. "Hahaha. Dua tahun TTC okay. Detoks Shaklee dan eat clean bulan depannya pregnant. Aku la tu 😂"

Yang paling saya terharu, salah seorang leader Nadia Najib, selepas 5 tahun 8 bulan berumahtangga. Puas mencuba pelbagai cara. Konsisten dengan full set detox dan set kesuburan. Alhamdulillah 3 bulan selepas itu mereka terima khabar gembira permata hati yang lama dinanti kini berada dalam kandungan.

Apa pun, hanya ucapan syukur yang mampu akak ucapkan. Ni suku pun tak sampai sebenarnya perkongsian dari mereka yang menjadi mangsa-mangsa detoks ni.

Kalau akak nak share semua memang tak cukup muka surat. Sama-sama kita doakan dipermudahkan perjalanan semua dan diberi kesihatan yang baik ok".

Terima kasih Master Zura. So, anda yang TTC di luar sana, tunggu apa lagi, jom DETOX SHAKLEE WAY!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Sunday, November 13, 2016

KEJAYAAN PENYUSUAN DALAM KALANGAN CIKGU-CIKGU :-)

Disebabkan saya cikgu yang telah melalui pengalaman ini, jadi jomlah kita berkongsi rasa sedikit dan saya kongsi juga sedikit maklumat daripada Dr. Faridah Idris, penulis buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu.

Bidang perguruan ni memang mencabar. Nak cari masa memerah susu, InsyaAllah ada tetapi bila berada dalam keadaan kesibukan kerja, ditambah pula dengan stress melayan pelbagai kerenah di sekolah boleh memberi tekanan kepada kita. Bila stress, apa akan jadi?. Ya, sedikit sebanyak akan mempengaruhi penghasilan susu. Setakat ni Alhamdulillah la di sekolah saya, kami ibu-ibu menyusu tidaklah menerima reaksi negatif berkaitan dengan penyusuan ini, sebaliknya niat murni kami ini dipermudahkan Allah dengan memberi kami peluang mengepam secara berjemaah sambil bertukar-tukar fikiran dan ilmu tentang keibu bapaan!




Baiklah, untuk anda cikgu comel yang kuat semangat mahu memberi yang terbaik untuk si manja, ni antara tips yang dkongsikan untuk membantu anda melalui fasa penyusuan di tempat kerja dengan mudah:
  • Berbincanglah secara jelas dengan Pengetua ataupun guru besar hasrat untuk menjayakan penyusuan anak. Sebaiknya, perbincangan dibuat semasa hamil lagi supaya pihak sekolah ada masa yang cukup untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Maklumkan kepada mereka bahawa jika anda menyusukan anak, InsyaAllah anak-anak biasanya sihat dan jarang ditimpa penyakit. Anda sendiri akan kurang mengambil cuti dan pastinya pekerjaan anda nanti tidak begitu terganggu. Ingat, cakap baik-baik ya. Mana tahu, ada rezeki, sudahlah pihak sekolah memberi kebenaran, disediakannya pula bilik atau ruangan khas untuk anda mengepam susu!
  • Berbincang dengan guru jadual waktu supaya dapat memberikan waktu senggang pada sebelah pagi untuk anda mengepam ketika itu. Hmmm. Berdasarkan pengalaman, saya rasa tak perlu mengganggu jadual waktu sedia ada semata-mata untuk memenuhi kehendak kita seorang. Bukan sepanjang waktu kelas berlangsung, kan. Dan jadual kerja guru bukanlah rigid sangat macam kerja di pejabat atau kilang. Pastinya ada masa senggang antara kelas. Jadi, ambillah kesempatan pada waktu-waktu tersebut untuk mengepam dengan fokus. Daripada anda membuang masa bergosip, kan. Macam saya, selepas sesi pengepaman pertama sebelum subuh, saya akan mengepam sebentar usai solat dhuha (antara waktu P&P saya) dalam jam 10.15 pagi. Dan kebetulan pada waktu tersebut, pelajar sedang rehat kan. Jadi, mengepam 20 minit sudah memadai. Kemudian, selepas solat Zohor kira-kira 3 jam kemudian, saya mengepam sekali lagi sebelum pulang ke rumah. Jika tidak sempat, balik rumah, saya direct feed anak saya sambil sebelah lagi saya pam. Selesai menyusukan anak, saya tukar pula ke sebelah lagi, begitu juga dengan mengepam. Jangan risau takut susu tak ada. Semua bergantung pada minda kita. Konsep pengeluaran air susu ni macam 'pam tandas' lah. Sekali pam, air akan masuk semula ke tangki kan. Haa...macam tulah penyusuan. Bila kita kosongkan payu dara, otak akan beri signal kepada badan untuk menghasilkan susu lagi dan lagi. Tandem nursing memang akan membantu susu anda banyak, percayalah!. Cara sebegini akan menyebabkan saya dapat membawa pulang sekurang-kurangnya 30 oz susu sehari!
  • Berbincang dengan rakan-rakan yang memerah susu berkenaan tempat-tempat yang sesuai dijadikan tempat memerah susu. Ya, betul. Saya mengepam di surau guru wanita sahaja, dengan kebenaran pihak sekolah. Memang dilihat oleh rakan-rakan lain yang masuk ke situ, tetapi rupanya memberikan inspirasi kepada mereka untuk turut menyusukan anak mereka apabila masa mereka tiba!
  • Perah secara hands free. Tak semestinya menggunakan alatan yang mahal. Ada tekniknya seperti menggunakan sebelah tangan bagi menstabilkan corong dan meletakkan botol susu rapat dekat meja. Sebelah tangan lagi bolehlah guna untuk menanda kertas ke, menaip ke kan. Masa menyusu anak bongsu dulu, saya dimurahkan rezeki memiliki pam Medela Freestyle, so lagiiii mudah. Kedua tangan dapat digunakan untuk buat kerja tanpa perlu fikirkan susu akan tumpah. Sekarang ni dah macam-macam jenama freestyle pump yang dah ada di pasaran. Pilih sahaja ikut kemampuan anda!


  • Berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan dengan rakan-rakan sekerja pada awal kehamilan. Ia dapat mengelakkan rasa tidak puas hati rakan-rakan yang tidak memahami penyusuan dan keperluan memerah di sekolah.
  • Minta kebenaran Pengetua atau Guru Besar untuk menyusukan anak pada waktu rehat sekiranya rumah pengasuh dekat dengan sekolah. Ia dapat menjimatkan masa memerah. Saya dulu buat satu surat kepada pentadbir memaklumkan serta memohon keizinan mengenai perkara ini. Bila keizinan besar diperoleh, maka saya setkan alarm dengan ring tone suara anak menangis bila sampai masanya. Dan terus keluar ke rumah pengasuh tanpa perlu memohon keizinan sampai 5 kali sehari!. Tapi ingat, uruskan waktu P&P anda dengan baik, jika waktu menyusu bertindih dengan waktu mengajar anda, eloklah anda pergi menyusu terlebih dahulu sebelum masuk kelas, atau jual beli jadual dengan rakan-rakan guru anda!. Itulah pentingnya persefahaman dan komunikasi yang berkesan dalam kalangan rakan!.
Walau apa pun, yang penting komitmen terhadap kerja jangan diabaikan dan pandai-pandailah mengatur urusan anda kerana anda sendiri sudah tahu bahawa komitmen terhadap dunia kerjaya dan dunia penyusuan sama besar!. 

Guru yang memerah susu di sekolah pastinya menghargai setiap masa terluang bagi menyiapkan segala kerja dan biasanya TERPAKSA menjadi pandai membahagikan masa terhadap banyak perkara. Sekiranya tidak sempat memerah di sekolah, gantikan sesi tersebut di rumah untuk mencukupkan bekalan anak kita. Pengalaman saya, sebaik sahaja pulang ke rumah, saya akan terus menyusukan anak di sebelah dan mengepam secara tandem nursing di sebelah serentak. Yang penting, stok susu setiap hari mencukupi, Alhamdulillah.


Oh ya. Bukan cikgu pun boleh baca tau. Sama saja sebenarnya. Tak kira siapa, kejayaan penyusuan tu sebenarnya adalah daripada kekuatan kita sendiri. Azam dan tekad kita kuat, walau tanpa dorongan, walau tanpa persekitaran kondusif, tetapi dengan ilmu, InsyaAllah moga segalanya dipermudahkan!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, November 11, 2016

SATU RUMAH BERVIVIX!

Satu dunia dah tahu bahawa Vivix ni SUPER ANTIOKSIDAN yang bertindak melawan radikal bebas, yang datang daripada pencemaran, racun, penggunaan bahan kimia secara berlebihan, pemakanan dari persediaan yang tidak berkhasiat dan bersih, sinaran UV, virus, penyakit berjangkit dan pelbagai sumber lagi.

Fungsi utama VIVIX yang menyebabkan ia menjadi pilihan utama dan tidak ada pada produk lain selain Shaklee ialah kerana VIVIX satu-satunya produk yang bertindak membaiki DNA pada peringkat sel lagi!.

Jadi, ia sangat sesuai untuk menjadi ikhtiar dan alternatif bagi pesakit yang berisiko tinggi seperti:
  • Kanser - Vivix baiki dan melindungi sel
  • Cyst - Vivix seimbangkan hormon
  • SLE - Vivix anti radang
  • Jantung - Vivix lancarkan sistem darah
  • Diabetes - Vivix bantu dalam kawalan gula
  • Darah tinggi - Vivix lancarkan darah
  • Kolestrol tinggi - Vivix lindungi salur darah dari kolestrol
  • Slippes disk - Vivix anti radang dan lancarkan kesihatan saraf
Vivix membaiki DNA sel yang telah rosak disebabkan penyakit-penyakit ini dan apabila DNA baik, sel sihat, organ akan turut sihat lalu sistem badan juga akan sihat. InsyaAllah dengan izinNya.

Kita tak akan sanggup lihat kenalan dan ahli keluarga, terutama ibu bapa kita menderita dengan penyakit-penyakit berkenaan, kan. Kesihatan adalah kekayaan. Jadi apa kata kita syorkan mereka VIVIX, untuk membantu tingkatkan tahap kesihatan mereka, selain daripada memastikan mereka tetap mematuhi rawatan doktor yang mereka sedang lalui. 

Pastinya, produk terhebat hasil penyelidikan canggih sejagat untuk menentang penuaan selular oleh saintis selama bertahun-tahun ini tidak akan mengecewakan!.

Jom saya kongsi keluarga yang mengamalkan Vivix sebagai antara suplemen utama mereka di rumah;








Dan of courselah ini keluarga saya, ibu bapa saya yang Alhamdulillah diizinkan Allah semakin menikmati kehidupan yang lebih baik asbab Vivix!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, November 9, 2016

ALAMAK, DAH NAK MASUK KERJA BALIK!

Antara dilema ibu yang hampir habis tempoh cuti bersalin ialah sempatkan mereka mencukupkan stok susu ibu. 


Tahukah anda, sekiranya ibu hanya mula memerah susu beberapa hari sebelum mula bekerja, perkara pertama yang ibu perlu lakukan ialah JANGAN PANIK!

Kalau panik, ia tidak akan dapat membantu apa-apa, sebaliknya akan dapat merencatkan refleks ejeksi susu. Perah sahaja seperti biasa dan jom cuba beberapa langkah ini bagi menambah aliran susu!.

Perah susu sambil menyusukan anak
Hmmm...macam tak percaya?
Ya, sebenarnya buat tandem nursing sebegini akan dapat meningkatkan refleksi ejeksi susu kerana kedua-dua payudara digunakan serentak. Pertama kali mencuba tentunya agak sukar kerana ibu akan berasa tidak cukup tangan. Tetapi lama kelamaan, ibu akan mengetahui posisi yang terbaik yang dapat dicuba. 

Ada cara ya untuk memastikan proses ini berjalan lancar dan selesa. Lazimnya, bayi perlu berada dalam posisi mendakap (football hold) di  mana badan dan kakinya perlu diampu oleh bantal. Pastikan bayi selesa dan kaki bayi tidak mengganggu proses memerah susu di sebelah lagi. Pakai pam yang elektrik atau bateri lebih menyenangkan kerja!


Perah susu selepas menyusu
Tahukah anda bahawa konsep pengeluaran susu ibu sama seperti konsep 'tangki pam tandas'?. Janganlah cepat rasa geli pulak ya. Memang pun, di tandas, selepas kita pam, air tangki akan keluar dengan banyak, kemudiannya diikuti dengan air dari saluran paip akan memasuki tangki semula untuk memenuhkannya, bukan?. Ya, macam tu lah konsep payu dara. Semakin payu dara dikosongkan, semakin banyak susu baru yang akan terhasil.

Jadi jangan risau susu akan habis jika anda sudah selesai menyusukan bayi, sebab dengan memerah atau mengepam susu selepas bayi menyusu, ia akan berupaya memberi isyarat kepada badan ibu supaya menghasilkan lagi susu. 

Pada mulanya, mungkin tidak banyak susu yang akan keluar, tetapi selepas beberapa lama, badan ibu akan mula menyesuaikan diri dengan rutin ini akan susu akan lebih banyak dapat dikumpulkan. 

Tempoh sejam selepas menyusu akan waktu terbaik untuk memerah kembali. Jangan tunggu lama-lama okay!

Memerah di tengah malam
Ha, siapa suruh anda kumpul stok last minute, kan?. Sebenarnya kan, sememangnya memerah susu di tengah malam sangat digalakkan kerana pada masa tersebut, hormon prolaktin adalah tinggi sehingga ke pagi. Jadi, sepatutnya ambillah peluang ini untuk memerah bagi mendapatkan stok susu bayi anda!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Monday, November 7, 2016

MENANGANI KRITIKAN BERKAITAN PENYUSUAN

Sebenarnya kan, kritikan ni selalunya diberi oleh orang-orang yang tidak ada ilmu dan tidak berjaya dalam penyusuan. Ok, jangan cepat sentap ya. Saya nak kongsi beberapa maklumat yang saya dapat daripada beberapa bahan bacaan berkaitan isu ini:

Apa perlu saya buat apabila menerima kritikan berkaitan penyusuan?

Kongsi ilmu

Gunakan peluang ini untuk kongsi ilmu penyusuan dengan mereka. Mereka ni mungkin jahil dengan ilmu penyusuan dan tak pernah berjaya menikmati bestnya dunia penyusuan ni. Jadi, relax saja dan gunakan reverse psychology. katakan kepada mereka segala kebaikan penyusuan dengan penuh berhikmah. Senyum dan guna intonasi suara yang lembut untuk menarik perhatian mereka. Tunjukkan kepada mereka anak-anak yang sudah besar, yang anda pernah susui, ceritakan mengenai kesihatan mereka, kecerdasan minda mereka dan apa sahaja perkara yang menyeronokkan sepanjang membesarkan mereka. 

Elakkan bersikap defensif

Cepat sentap pastinya tidak akan membantu!. Anggaplah pengkritik sebagai orang yang tidak pernah melihat kebaikan penyusuan susu ibu. Dengar sahaja sehingga habis apa yang mahu diperkatakan dan fokus kepada isu yang merisaukan mereka. Berikan informasi yang tepat untuk membetulkan persepsi yang salah tersebut!.

Elakkan perbincangan

Bila berada bersama mereka yang negatif, cari sahaja topik lain yang lebih seronok untuk dibincangkan. Contohnya...bestnya drama Suri Hati Mr Pilot tuuu... (contoh la, tak best pun sebenarnya haha). Oh ya. Soalan-soalan provokatif juga tidak perlu dilayan. Kita berhak tidak menjawab soalan dari orang asing.

Jawapan secara berjenaka

Bergantung kepada keadaan dan dengan siapa kita berinteraksi, jadikan kritikan mereka sebagai bahan jenaka.Tetapi janganlah berjenaka dengan orang yang tidak sesuai seperti orang tua atau keluarga mertua.

Contohnya, 

" Anak hang ni, dah besaq melayut pun dok menyusu lagi ka. Sampai bila?"
Jawab dengan bersahaja,
"Itulah, sampai masuk universiti la kot..."

Jawab pertanyaan dengan pertanyaan
Kaedah ini digunakan untuk membuatkan orang yang bertanya berfikir kembali. Kadangkala orang tak dapat menerima fakta kalau kita sampaikan secara terus. Contohnya.

"Menyusu lama-lama ni, orang kata nanti degil"
Jawablah macam ni,
"Maksudnya kalau anak rapat dengan ibunya, menerima yang terbaik daripada ibunya, nanti tak dengar cakap ibunyalah ya. Camtu, kan?"


Gunakan maklumat yang berautoriti

Ada orang hanya percaya bila kita petik kata-kata pihak yang berautoriti dan berpengaruh sahaja. Maklumkan fakta-fakta penyusuan beserta sumber kepada mereka apabila menerima kritikan. Kaedah ini juga dapat digunakan sekiranya kita menghadapi komen negatif daripada pengamal perubatan yang tidak pro penyusuan.

Ayat 233 surah Al Baqarah yang bermaksud "Dan ibu-ibu hendaklah anak-anaknya selama 2 tahun penuh, bagi yang mahu menyusui secara sempurna. Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut..." juga merupakan senjata ampuh bagi menghadapi pengkritik tegar penyusuan ibu!

Yakin pada pilihan

Kalau kita yakin dan sememangnya mendalami ilmu penyusuan, sudah tentu semangat kita sukar dipatahkan!. Jika apa yang kita buat sememangnya terbukti baik untuk keluarga, kenapa mesti mengalah kepada kritikan atau pendapat yang negatif dan tidak pasti?. Dan kenapa perlu takut dan rendah diri?.

Nyatakan pilihan kita dengan gembira dan yakin kenapa kita hendak memberikan hanya yang terbaik kepada anak.

Berterus terang

Sekiranya ada individu yang berterus terang mengkritik keputusan kita menyusukan anak kita sendiri (anak kita!!), ada baiknya kita berterus terang jugalah pada mereka. Maklumkan bahawa kita tidak selesa dan berkecil hati dengan kritikan yang diberi, dan tanya mereka secara berdiplomasi adakah tindakan kita menyusukan anak kita sendiri ini menimbulkan kesengsaraan kepada mereka, mengganggu kebahagiaan mereka, menggunakan duit mereka atau sememangnya mereka bersedia untuk bersusah payah sekiranya anak kita sentiasa tidak sihat?. 

Pastinya jawapan mereka TIDAK, kan. Oleh yang demikian, nasihatkan mereka dengan baik bahawa hentikanlah kritikan tersebut dan tidak perlulah menimbulkan pertelingkahan yang berpanjangan jika tindakan kita ini tidak mengganggu pun urusan seharian mereka.

Ada group support

Berdampinglah dengan rakan-rakan yang memahami dan berjaya dalam urusan penyusuan. Menghadiri perjumpaan kumpulan-kumpulan sokongan sebegini baik secara realiti atau maya (Whatsapp, Telegram, FB dan sebagainya) dapat membantu kita mencari idea-idea baru serta menambah ilmu. Ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan kita untuk menghadapi kritikan-kritikan pedas dan mengurangkan rasa tertekan dikritik!

Rasa seronok untuk memperjuangkan penyusuan susu ibu pasti akan berkobar!

Peranan suami
Ya, inilah yang paling penting!. Suami perlulah berganding bahu dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada anak dan mempertahankan keputusan yang disepakati bersama. Sebagai ibu, sepatutnya dari mula, ajak suami bersama-sama menuntut ilmu penyusuan dan latih mereka untuk mengendalikan segala keperluan sepanjang tempoh penyusuan ini.

Bagi saya, kalau suami faham dan support, tak ada sebab saya nak dengar kata-kata negatif orang sekeliling berkaitan perkara ini dan saya yakin bila suami faham dan turut berilmu, semua kata-kata negatif tadi, hatta daripada orang terdekat tidak akan terpakai sama sekali!

Relax, okay!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad