Thursday, February 9, 2017

ALAMAK, NAJIS HIJAU. APA PATUT BUAT?

Terkejut juga pagi tadi bila ada yang mengadu najisnya warna hijau!. Aduh risau pulak.
Cepat-cepat cari maklumat awal tentang perkara ni. Mungkin boleh bantu atasi masalah ni sementara nak dibawa berjumpa doktor yang lebih pakar!

Gambar hiasan ja tau. Bukan dari rumah kami!

Anda tahu tak?

Rutin membuang air besar yang sihat sepatutnya setiap hari lah kan?. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3 kali sehari. Itulah hakikatnya, tapi bila sebut bab tahi ni, boleh kata semua orang malu membicarakan soal tahi.

Tahukah anda, najis anda jenis apa?


Skala ini telah dinamakan “Skala Najis Bristol” dan diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK. Berdasarkan Bristol Stool Chart ni, najis boleh dikelaskan kepada 7 jenis. 

Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal

Najis jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai najis seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab najis itu dah menjadi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu tidak membuang air besar pada kadae sepatutnya sehari. Semakin lama najis berada dalam usus besar, semakin banyaklah air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Najis jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, najis juga ada kategori yang ideal iaitu normal. Selalunya najis sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7
Jika anda pernah mengalami jenis najis yang ke-5, keadaan ini mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit-birit seperti susu berlaktosa. 

Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda perlu berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!.

Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi najis dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!

Pemantauan najis ni penting. Orang kata kita sihat apabila najis kita dalam kategori sihat. Jika kita buang air besar hari-hari maknanya sistem pencernaan kita bagus. Jika kita buang air besar selang beberapa hari atau lebih teruk seminggu sekali, lebih baik pergi jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemantauan kesihatan.

Warna najis kita pula;

Jika warnanya cerah macam kuih maruku, itu tanda najis sihat.
Jika najis bewarna gelap macam dodol, itu tandanya najis tidak sihat
Jika najis berwarna kelabu, mungkin kita ada masalah pada organ dalaman
Kalau warna najis hijau atau warna hitam kemerah-merahan, mungkin usus ada barah atau pendarahan
.
.
.

Bila dah baca macam ni, risau tau... Jom baca lagi.

Perubahan warna najis boleh mengejutkan. Bagaimanapun, najis hijau tidak perlu mencetuskan kebimbangan yang berlebihan apabila anda atau ahli keluarga mengelaminya. Najis hijau masih dianggap normal dan disebabkan oleh beberapa faktor pencetus seperti cirit-birit atau makan terlalu banyak sayur-sayuran hijau.

Gangguan Proses Penghadaman

Proses sisa makanan daripada pengambilan makanan ke dalam najis mengambil masa tiga hari. Apabila seseorang mempunyai cirit-birit, maka masa proses penghadaman menjadi  lebih pendek. Jadi ia tidak mempunyai masa yang cukup dalam usus untuk proses yang akan menghasilkan warna coklat, hasilnya najis berwarna hijau .

Di samping itu, najis hijau juga mungkin disebabkan oleh terlalu banyak pengambilan sayur-sayuran hijau atau makanan tambahan zat besi. Walaupun begitu, makanan tambahan itu, lebih biasa sebagai punca  najis hitam.

Selalunya, wanita hamil sering mengalami perubahan warna najis, kerana tambahan zat besi  atau makanan tambahan yang lain. Di samping itu, wanita hamil sering mengalami sembelit atau buasir yang boleh membawa kepada darah dalam najis.

Secara umumnya, selepas cirit-birit berhenti atau mengurangkan pengambilan sayur-sayuran hijau, najis hijau akan kembali normal dalam masa beberapa hari.

Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit yang berlaku lebih daripada 2-3 hari boleh berisiko menyebabkan dehidrasi, jadi ia memerlukan pemeriksaan doktor. Di samping itu, jika perubahan najis hijau berlarutan atau disertai dengan gejala-gejala lain seperti muntah, demam, sakit perut, juga dinasihatkan untuk berunding dengan doktor.

Warna Najis Yang Patut Diwaspadai

Najis hijau atau warna lain daripada hitam atau merah, masih dianggap normal. Najis warna hitam atau merah dianggap berbahaya kerana kemungkinan pendarahan dalam organ-organ dalaman dan memerlukan tindakan segera dan rawatan. Najis berwarna hitam kerana pendarahan juga didapati berbau busuk dan lebih melekit daripada najis secara umum.

Perubahan warna najis  tidak boleh menjadi satu-satunya gejala yang doktor gunakan untuk mendiagnosis pesakit. Secara umumnya, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan berkenaan dengan sejarah perubatan, pengambilan ubat-ubatan, dan perubahan diet yang boleh membawa kepada perubahan warna najis.

Kemudian, najis boleh diperiksa untuk melihat sama ada terdapat darah, lemak, atau jangkitan di dalamnya. Jika perubahan warna najis dianggap berisiko, doktor boleh menyemak beberapa organ-organ penting seperti hati, pankreas atau sistem penghadaman.

Cadangannya, of courselah mengekalkan sistem penghadaman sihat. Tiga kunci kepada saluran penghadaman dan najis supaya normal lancar, ia memerlukan makanan yang kaya dengan serat, pengambilan air yang mencukupi, dan bersenam secara tetap. Anda boleh makan bijirin atau roti yang mengandungi bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan kacang.

Pengambilan air yang mencukupi akan mempercepatkan pelepasan najis secara tetap, dan bersenam juga boleh meningkatkan proses metabolisme dan pencernaan dalam badan.

Secara umum, najis hijau tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, sekiranya berlarutan atau disertai dengan gejala-gejala lain, berjumpa doktor dengan segera.

BAIK!!!

Saya ambik keputusan nak monitor dulu macam mana memandangkan tadi baru first time si kecik ni berak hijau. Hijau pekat pulak tu. Saya pastikan dia minum air masak kerap dalam kuantiti yang lebih daripada selalu. Memang tak dinafikan, kurang air masak juga mungkin puncanya.


Untuk boost immune dan menggalakkan penghasilan najis yang sihat, saya ikhtiar dengan Chewable Vita-C Plus Shaklee!.
Suplemen Chewable Vita-C Plus 100mg Shaklee ni juga sangat membantu dalam :
  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Membantu memelihara sel badan
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah
  • Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik
  • Sebagai antipenuaan untuk awet muda
  • Merangsang penghasilan kolagen dalam badan
  • Memperbaiki insomnia
  • Mengekalkan kolestrol sihat
Dan banyak lagi!

Doakan semuanya ok ya. Insya Allah!.

Sumber : MELAYUPOST dan DR ZUBAIDI

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, February 1, 2017

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK FEBRUARI 2017. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Assalamualaikum semua


Tahu tak, promosi bulan ni best sangat-sangat!


Alfalfa S : Beli 1 Percuma 1 (Tarikh Luput : Ogos 17)
Alfalfa L : Beli 1 Percuma 1(Tarikh Luput : Jun 17)
Lecithin : Beli 1 Percuma 1 (Tarikh Luput : April 17)

*Ini adalah stok clearance. Jika beli macam biasa, anda akan dapat Alfalfa & Lecithin dengan TARIKH LUPUT 2018



Ostematrix : Beli 2, diskaun 5%
Ostematrix : Beli 6 Percuma 1
Vitalea for Children : Beli 3 Percuma 1



Beli 2 Vivix, PERCUMA 2 Paperbag
Beli 1 Shaklee Exclusive Mug pada harga RM10.60 (worth RM19.88) dengan belian : 


Energy Life Set : 2 botol Vivix
Daily Essential Set : Vitalea, Vit C, Omega, ESP
(ESP ada stok semula pada 18.2.17)

Apa lagi?
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, January 5, 2017

KEPERLUAN AIR MINUMAN BERSIH DAN BERKUALITI DI MANA SAJA!

Wah, awal-awal tahun macam ni, ramai ibu share tentang anak-anak mereka. Ada yang masuk tadika, darjah satu dan tak kurang ramai yang menghantar anak-anak memasuki tingkatan 1 di sekolah berasrama. Begitulah putaran usia. Sampai masa, anak-anak kita akan pergi seorang demi seorang untuk membina masa depan. Redhalah dan beri support terbaik!

Bagi ibu-ibu yang menghantar anak ke asrama, antara perkara yang selalu mereka bimbangkan ialah mengenai air minum. Betul, ada sesetengan asrama menyediakan mesin penapis air. Bagi yang tak ada, jenuh juga ya beli air botol dari kantin, dewan makan atau koperasi sekolah, lagi jenuh bila ibu bapa terpaksa hantar air minuman untuk stok beberapa hari!. Macam kakak saya di MRSM dulu :-)

Tak kurang juga kita dengar tentang banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur kali ni. Sangat simpati dengan mangsa banjir yang terpaksa berhimpitan di pusat-pusat perlindungan dan hidup sekadarnya sementara menantikan banjir surut. Pastinya mereka memerlukan makanan dan minuman yang cukup, terutama ibu-ibu hamil, berpantang, menyusu, kanak-kanak serta bayi yang memerlukan air minuman yang bersih. 

Shaklee ada solutionnya!


Ini penapis air mobil Get Clean Water. Multipatented Get Clean Water Pitcher ni menggunakan blok pepejal karbon untuk menapis dan membersihkan air. Setiap penapis air bersih mengendalikan 80 gelen air dan setiap penapis diperbuat daripada tempurung kelapa yang mampan karbon dengan menggunakan proses zeroemission.

Penapis ni adalah water-filtration pitcher yang pertama dengan sistem penapis karbon blok yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah sisa ke tapak pelupusan, kan!


Lihatlah, Get Clean Water Pitcher ni disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) boleh mengurangkan sehingga 99% lead serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain yang hadir dalam air dan boleh membahayakan kesihatan!.


Tengok air ni. Gelas sebelah kiri merupakan air bersih setelah dituras dan rasanya sedap serta halus!. Dan paling bagus, satu penuras dapat menuras 303 liter atau 80 gelen air di mana dua kali ganda lebih banyak berbanding penuras jenama lain. 

Jangan risau tentang perlu servis atau tak Get Clean Water Pitcher ni, sebab meter akan menunjukkan bila anda patut tukar penapis yang anda boleh lakukannya sendiri!. 

Setiap penapis yang diberikan dalam set ini mampu bertahan sehingga lebih 3 bulan atau apabila meter telah menunjukkan turasan mencecah 80 gelen air. So kalau 3 penapis?. Berbaloi kan!



Jadi inilah antara keperluan utama yang patut disediakan semasa kita bermusafir, kepada anak-anak di asrama dan paling penting, standby semasa menghadapi sebarang kemungkinan bencana!.

Jom baca apa kata pengguna Get Clean Water Pitcher ni!









Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, January 3, 2017

PENYUSUAN SUSU IBU DI KALA BENCANA BUKAN SEKADAR AMALAN PICISAN!

Musim banjir sekarang. Kesian bayi kecil dan ibu-ibu kan. 

Kalau orang tanya, susu apa yang nak beli untuk beri bantuan, saya tak ada jawapannya. Kalau susu formula, faham-fahamlah, nak dapatkan air panas, air masak, botol susu dan sebagainya pada masa-masa genting begini. Apa pun, semoga dipermudahkanlah urusan ibu-ibu ini. Kita bantulah mereka, penuhi keperluan mereka.

Tak ramai orang mengetahui tentang penyusuan susu ibu. Masih ramai yang kurang ilmu dan kurang kesedaran tentang pentingnya penyusuan, terutamanya ketika bencana.

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, insyaAllah mungkin tidak menghadapi masalah. Kalau ada pun, mungkin ibu perlu minum air masak dengan cukup supaya tidak dehydrate. Dan air masak pun, perlu dipastikan dimasak dengan sempurna untuk mengelakkan ancaman penyakit berjangkit.


Kenapa penyusuan susu ibu sangat penting semasa menghadapi bencana?

  • Penyusuan bayi dapat menyelamatkan nyawa semasa bencana melanda
Susu ibu bukan sahaja mengandungi nutrisi lengkap untuk bayi, ia juga mengandungi antibodi yang dapat melidungi bayi dari jangkitan kuman dan penyakit. Semasa bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya – kita terdedah dengan ancaman penyakit berjangkit seperti kolera, demam kepialu, cirit-birit dan sebagainya akibat persekitaran yang kotor, air yang tercemar dengan kumbahan dan bangkai haiwan. Kanak-kanak dan bayi terutamanya adalah golongan yang mudah diserang oleh penyakit dalam keadaan begini. Makanan yang paling selamat bagi bayi adalah susu ibu. Oleh itu – amat digalakkan untuk para ibu untuk meneruskan penyusuan di kala menghadapi bencana alam.

Tekanan dan kelaparan tidak menjejaskan kualiti dan jumlah susu ibu yang dihasilkan
Kebanyakan ibu risau tidak dapat meneruskan penyusuan semasa bencana akibat tertekan dengan persekitaran serta mereka sendiri berfikir yang keadaan ibu yang lapar tidak mampu menghasilkan susu untuk bayi. Ini tidak benar sama sekali. Susu ibu dihasilkan dengan menggunakan stor simpanan di dalam badan ibu. Nutrisi yang dikandung dalam susu ibu tidak terjejas walaupun si ibu dalam keadaan kebuluran. Yang penting, si ibu perlu diberikan sokongan moral dan emosi untuk teruskan menyusu anak mereka. Kepada tenaga bantuan bencana alam, adalah penting untuk memastikan ibu-ibu yang menyusu mendapat ruang yang lebih privasi untuk memudahkan ibu menyusu dengan aman. Berikan keutamaan bekalan makanan untuk si ibu yang menyusu supaya mereka lebih bertenaga untuk meneruskan penyusuan dan menjaga keperluan bayi mereka. Jika jumlah susu badan berkurangan, galakkan ibu untuk menyusu lebih kerap – setiap 2 jam sekali atau 8-12 kali dalam sehari.

Bayi yang kurang sihat lebih memerlukan susu badan
Kanak-kanak dan bayi 5 kali lebih mudah meninggal dunia, mengalami dehidrasi melampau akibat diserang penyakit berjangkit khasnya diarrhea (cirit-birit). Bayi yang menyusu badan mempunyai kurang risiko untuk mengalami cirit-birit. Bagi bayi yang telah diserangkan penyakit, teruskan penyusuan bayi kerana susu ibu mengandungi faktor imun dan nutrien yang dapat membantu melawan penyakit. Malah susu ibu mengandungi kandungan air yang tinggi dan mampu mengurangkan risiko dehidrasi. Air kosong, teh, air garam atau ‘electrolyte solutions’ bukan lah alternatif yang sama baik jika dibandingkan dengan susu ibu.

Bagi ibu yang tidak pernah menyusukan badan – mereka boleh memulakan semula penyusuan
Untuk ibu yang tidak pernah menyusu, mungkin mereka beranggapan adalah mustahil untuk mereka memulakan penyusuan semula khususnya semasa keadaan yang tertekan seperti bencana alam. Namun, tiada yang mustahil dalam hidup ini. Proses untuk memulakan penyusuan bayi dinamakan relaktasi. Ada banyak cara dan teknik yang boleh digunakan untuk memperkenalkan bayi kembali kepada penyusuan badan.

Susu formula boleh membahayakan bayi khususnya yang berusia kurang dari 6 bulan
Keadaan persekitaran yang kotor dan tiada bekalan air bersih atau kemudahan memasak boleh menyebabkan kesukaran untuk menyediakan susu formula yang selamat. Jika si ibu perlu memberi susu tepung formula untuk bayi atau anak mereka, diingatkan untuk HANYA menggunakan air bersih yang telah dididih sekurang-kurangnya 1 minit lebih pada suhu tinggi. Ini untuk memastikan kuman dalam air mati dan tidak membawa mudarat. Bekas susu yang digunakan juga perlu dibasuh dengan air bersih dan dinyahkuman dengan seeloknya. Bagi ibu yang menyusu badan secara langsung, langkah keselamatan ini tidak diperlukan kerana susu badan sudah dalam keadaan steril.

Penyusuan bayi memudahkan si ibu 
Bagi ibu yang menyusu badan – adalah mudah untuk mereka menyusu di mana-mana mereka berada. Malah, mereka boleh menggunakan kain gendong untuk membantu mereka menyusu ‘on-the-go’ di tempat awam ataupun keadaan bergerak sekalipun. Juga, mereka tidak memerlukan alatan tambahan seperti alat sterilisasi, botol susu, bekas air masak dan sebagainya untuk menyediakan susu mereka kerana susu badan sudah tersedia untuk digunakan. Ini memudahkan si ibu untuk bergerak menyelamatkan diri tanpa dibebankan untuk membawa bekalan susu tepung dan alatan tambahan untuk menyusu.

Penyusuan bayi dapat menenangkan bayi dan ibu
Semasa menyusu – hormon oksitosin dirembeskan. Hormon ini berupaya untuk menenangkan emosi ibu yang tertekan akibat menghadapi bencana. Bayi yang menyusu juga senang ditenangkan kerana semasa menyusu, si bayi berada di dalam dakapan erat ibu. Keadaan ini menggalakkan rasa selamat dan aman bagi si bayi.

Penyusuan bayi membantu regulasi suhu badan bayi
Semasa bencana, bayi terdedah dengan hawa sejuk dan panas persekitaran. Penyusuan bayi dapat melaraskan suhu bayi melalui mekanisma termoregulator yang diaktifkankan oleh dakapan kulit ibu ke kulit bayi secara langsung (direct skin to skin). Dengan cara ini kita dapat melindungi bayi dari kesan ‘hypothermia’.

Kepada para sukarelawan, terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada ibu-ibu ini. Sesungguhnya mereka sedang berkorban, memberikan yang terbaik kepada anak mereka supaya urusan kalian mengendalikan mereka juga menjadi mudah. Win-win situation, kan!


Mungkin anda terkesan dengan situasi ini;


“I am breast-feeding, so I can feed babies. I didn't think of it much,” Jiang Xiaojuan said. 
It is a mother's reaction and a basic duty as a police officer to help.

Wah, tabik. Tapi untuk kita yang muslim ni kena fikirkan juga ya, terutamanya tentang isu nasab. Kalau sekadar beri sedikit, dengan keizinan suami, tak menjadi masalah.

Apapun, beruntungnya jadi ibu yang menyusu ni. 
Sememangnya saranan agama itu tentu ada kebaikannya!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad 

Monday, December 19, 2016

JERAGAT : KITA MAMPU MENGUBAHNYA!

Jeragat ni tak best, kan!



Ia adalah sejenis masalah kulit yang sebolehnya mahu dihindari oleh semua. Secara asasnya, jeragat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pigmentasi tompok hitam leper yang boleh dilihat dalam lapisan kulit, dan jenis kedua tampak berbiji yang seakan-akan ketumbuhan kecil pada kulit. Ia sama ada biji hitam yang tumbuh secara berkelompok ataupun lebihan daging yang berwarna coklat. Jeragat biasanya tumbuh di bahagian muka, leher dan juga di celah ketiak. 


Tak dinafikan jeragat ni merupakan masalah kulit namun ia tidaklah mencapai tahap yang memudaratkan. Namun, bagi mereka yang berhadapan dengan masalah ini disarankan agar tidak sesuka hati mengambil tindakan yang memudaratkan diri sendiri dengan mengutil atau mengumpil jeragat. Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan kesan luka, berdarah atau bernanah. Ewww!

Tahukah anda ada beberapa faktor yang menjadi punca jeragat ini?
  • Genetik
  • Terdedah kepada pancaran matahari secara berlebihan
  • Pengambilan pil perancang
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
Jeragat biasanya menyerang wanita yang berusia 40-an ke atas, namun bukanlah bermakna wanita berusia 20 an boleh menarik nafas lega. Ingat, faktor genetik dan pendedahan terhadap cahaya matahari boleh menyebabkan kulit kita juga berjeragat!

Kalau anda seorang pengguna alatan bersolek, berhati-hatilah agar tidak memilih peralatan solak yang rendah kualitinya. Laburkanlah sedikit wang untuk membeli produk yang berkualiti demi kesihatan kulit.

Untuk mengatasi masalah jeragat, luangkan masa berjumpa dengan pakar kulit supaya mereka dapat melihat tahap kesihatan kulit, membincangkan punca serta mencadangkan langkah-langkah mengatasinya. 

Masalah ni juga boleh diatasi dengan menyapu ubat berbentuk krim dan ada juga yang memerlukan rawatan laser dan pembedahan, sekiranya kronik!. 

Sebagai langkah pencegahan pula, amalkan sapuan krim pelindung matahari setiap hari sebelum keluar rumah setiap kali menjalankan aktiviti luar.

Usia kita yang kian meningkat, meningkatkan juga risiko jeragat timbul dengan lebih banyak dan besar. Mulakan pencegahan atau rawatan dari awal sebelum ia akhirnya menjadi sukar diatasi sehingga mengakibatkan sesuatu yang lebih kronik. Shaklee juga ada penyelesaiannya!





Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, December 17, 2016

VIVIX IGAUAN IBU BERPANTANG!

Dulu, masa belum kenal Shaklee, macam-macam jenama set berpantang saya beli. End up, kesihatan macam itu juga, x berjaya menyusukan anak sebab tak ada ilmu, dan mama pun marah sebab makan tak habis, guna tak habis lalu ditinggalkan di rumah dia. 

Sejak kenal Shaklee, Alhamdulillah semua masalah di atas dapat diatasi dan paling seronok, saya menjadi lifetime Shaklee consumer, bukan saya sahaja malah seluruh keluarga berjaya dishakleekan!.

Selain daripada menggunakan set post natal Shaklee, Vivix juga menjadi pilihan ramai ibu muda masa kini semasa berpantang. Ramai sahabat mengakui tubuh rasa segar bertenaga, luka cepat pulih, darah rengat cepat keluar dan banyak, rahim cepat kecut, wajah kemerah-merahan, badan cepat susut dan yang paling penting, susu badan pun banyak!

Jom tengok apa kata ibu-ibu yang dah berVivix!





Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad 

Friday, December 16, 2016

ANDA TAK NAK LEMAU, KAN?

Apa itu metabolisme? 



Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi.

Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.

Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah.

Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda. 

Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh.

Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak.

Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu.

Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tips Cepatkan Metabolisme Badan

  • Minum air secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

  • Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil. Saya pilih OsteMatrix dari Shaklee!

  • Makan!. Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  • Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
Tq http://rsdpakartm.com.my/v1/?page_id=580
  • Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Tq http://fadilah1972.blogspot.my/2012/11/aktiviti-riadah.html
  • Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  • Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  • C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut. Saya pilih Sustained Released Vita C Plus Shaklee!.
  • Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  • Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijaudan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad