Pernah bersembang dengan beberapa kenalan bercerita tentang vitamin untuk ibu ayah... ada antara mereka mengatakan rugi aje beli untuk mak ayah sebab takut mereka tak makan pun.
Walhal belum beli tapi dah siap buat andaian mak ayah takkan makan.
Saya nak share , ramai orang tua ( mak ayah) kita ni mereka malas nak makan vitamin sebab mereka samakan tablet / capsule vitamin tu macam ubat. Sebab itu bila beli ada mak ayah tak cuit langsung.
Saya pun lalui situasi yang sama masa arwah mak masih hidup. Saya akan hantar vitamin kat rumah mak. Mana yang perlu dan berkaitan dengan mak yang ada diabetis saya akan hantar.
Nak cerita, mak tak makan pun. Adakala sampai expired. Kekadang mak siap beri kat makcik² saya sebab dia tak makan.
Namun saya akan tetap pastikan mak ada stok vitamin.
Sebab bila mak sakit atau tak sihat, dia akan tanya saya vitamin apa nak makan untuk keadaan dia masa tu. At least vitamin tu dah ada kat rumah dikala mak perlukan.
Setiap kali beri mak vitamin, saya cuma niat Allah pandang usaha saya beri mak yang terbaik. Kerana dalam doa mohon rezeki yang luas saya selalu sebut saya nak beri yang terbaik untuk mak. Saya memang yakin doa yang ada sebut untuk mak ayah ni, sangat mustajab.
Oleh itu, mak makan atau tak vitamin tu perkara kedua. Tapi saya dah lakukan apa janji saya pada Allah, saya nak beri yang terbaik selagi mak masih ada.
So untuk yang ada mak ayah, percayalah takkan jatuh miskin bila kita berbuat baik pada mak ayah. Malah Allah memberi balasan dengan rezeki pada jalan yang tidak disangka².
Musim Covid19 ni pastikan kepada yang ada mak ayah, hantarkan mereka vitamin. memandangkan mak ayah adalah golongan yang mempunyai risiko tinggi disebabkan faktor umur mereka.
Kalau nak rezeki luas dan hebat; tatang la mak ayah. Kerana itulah lubuk rezeki yang ramai orang tak sedar. Wallahu alam.
Master Norita Idris 💚💚
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?