Thursday, August 17, 2017

TANGGUHLAH SOLAT!

.........MAKA ALLAH AKAN TANGGUH SEMUA URUSANMU..


Suka lewatkan/tangguhkan SOLAT??

Maka bersedialah ..
Tertangguh dalam semua urusan hidupmu..

Mungkin dari segi :
-Rumahtanggamu,
-Perkahwinanmu,
-Pekerjaanmu,
-Zuriatmu,
-Pendapatanmu,
-Kesihatanmu,

HASAN AL-BASRI berkata:
Jika kamu merendahkan nilai SOLAT,
apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu?
Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu.

Tidakkah kamu tahu bahawa SOLAT digandingkan dengan AL-FALAH (kejayaan)?

Mana mungkin Allah memberikan kamu TAUFIQ 
sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya!!

HIDAYAH  perlu dicari. Ia akan datang bila hatimu mula mencari.

TAUFIQ itu perlu didekatkan dengan diri, biar ia mudah datang kepadamu

Begitu juga SOLAT.

Tunaikan seawal waktu yang mungkin..
kerana keberkatannya mudah datang dalam hidupmu...

Kita selalu tangguhkan solat...kejap lagi lah...nanti dulu lah...

Sebab percaya, nanti tak jawab pm customer, dia lari pulak..

nanti tak update FB on time tak efficient pulak....

Betul tak?

Sebenarnya, keberkatan dan kekuatan kita ada dalam solat itu sendiri

Daripada solat yg awal dan khusyuk, 
Allah akan lembutkan hati-hati customers kita utk mudahhhh close deal

Daripada solat yang berkualiti juga, Allah hadirkan anak-anak downlines exactly seperti yang kita doakan, yg mudah dibentuk, yang dengar cakap mak, yang perform gila-gila, dll

Semua hak-hak kita Allah akan bagi, dengan syarat kita juga memberikan masa terbaik dan berkualiti untuk menjaga hak Allah iaitu solat 5 waktu

Orang yg tenang dan hidupnya teratur, nescaya KUALITI SOLAT nya tip top!!!

Percayalah!

Jommmm...perlahan-lahan, baiki diri kita masing-masing, agar menjaga solat di awal waktu dan solat dgn penuh tenang dan betul-betul seperti bersembang dgn Allah 
(meminta dgn sungguh-sungguh apa yang kita hajati)

Insya Allah ALFALAH pastiiii bersama kita, ameennn!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, August 15, 2017

HATI TISU JANGAN TENGOK!

Ini kisah bapa mertua sahabat Tinie Badri.

Cerita Tinie;

"Sahabat saya hantar gambar pertama dan kedua dalam group whatsapp sekolah kami. Saya terkejut ngeri rasa sampai terus delete masa dapat gambar ni.


Kisahnya pakcik ni meracun di sawah. Sebelum tu kakinya dah memang luka. Selepas meracun jadi makin parah sehingga doktor terpaksa mengorek dan membuang isi kaki lebih kurang seinci lebih jugak, boleh belek gambar yang no 2.

Saya serba salah nak recommend dengan sahabat saya takut dikatakan mengambil kesempatan tetapi saya ketepikan rasa tu sebab saya risaukan keadaan pakcik tu tambahan bila dengar pakcik nak sihat nak kerjakan umrah.

Alhamdulillah kawan saya belikan untuk bapa mertuanya 2 botol Vivix. Untuk rekod, hospital tak bekalkan apa-apa ubat. Hanya ke klinik untuk dressing.

Dan pakcik ni makan 2 botol Vivix  dalam tempoh 2 minggu dah habis dan nak order Vivix yang baru (megados atas pilihan pakcik sendiri, sedap katanya).  

Dalam dua minggu isi dah penuh dah. Sebulan lepas tu dah boleh kejar lembu sembelih lembu lagi pada hari raya korban. Menantunya kata, pak mertuanya puji sungguh Vivix, siap pesan lagi mintak saya selalu share kisah ni supaya dapat tolong orang yang ada masalah yang sama.

Tinie Badri

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, August 12, 2017

HAMIL DENGAN GUMBIRA; KETAHUI CARA-CARANYA!

Berbanding dengan kehamilan-kehamilan yang lepas, pengalaman hamil dengan Shaklee untuk anak yang keempat memang seronok dan Alhamdulillah, diberikan Allah kesihatan yang baik berbanding kehamilan sebelumnya.

Mengamalkan suplemen Shaklee sepanjang kehamilan membuatkan saya kurang stress dan dapat berfikir dengan lebih bernas. Siap boleh nikmati fasa-fasa contraction dengan berlapang dada walaupun sakit (sangat!!) dan bersedia mental dan fizikal untuk rooming in dengan baby bagi menjayakan penyusuan yang pertama.

Tahukah anda, Shaklee menawarkan 6 jenis suplemen, khusus kepada wanita hamil. Jom kita tengok jenis-jenis suplemen yang dimaksudkan!



Nutrisi yang baik meningkatkan peluang untuk hamil dan membina asas yang sihat untuk bayi. Set ini melengkapi jurang nutrisi dan menyokong kehamilan yang sihat.

VITALEA IRON FORMULA

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, diformulasi dengan zat besi. 

Apakah beza Vitalea dengan multivitamin biasa?
  • Kemajuan Saintifik Disokong oleh 7 kajian klinikal.
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan.
  • Dilengkapi dengan zat besi. 
Apakah kepentingan zat besi, terutama bagi ibu mengandung?

Tentulah untuk maintain bacaan hb ibu, kan!

Bacaan hb adalah suatu pengukuran yang diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Apakah bacaan HB normal bagi orang dewasa serta ibu mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah punca bacaan HB yang rendah?
  • Kurang zat besi / folate / vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang / hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia
Apakah risiko ibu mengandung yang mempunyai bacaan HB yang rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. 

Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan HB yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premie atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Kurang darah boleh menyebabkan anemia. 
Tahu tak apa tanda-tanda seorang ibu hamil mendapat anemia ni?
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan
Bagi ibu mengandung yang mempunyai bacaan HB yg rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:
  • kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam AlQuran)
  • madu (yg asli)
  • hati ayam (tidak elok makan selalu ye sebab hati ni organ dalaman)
  • kerang
  • sayur bayam
  • ikan bilis
  • daging
Ibu mengandung yang mempunyai bacaan HB yg rendah juga AMAT DIGALAKKAN mengambil suplemen yg mencukupi terutamanya ASID FOLIK, ZAT BESI (IRON) & MULTIVITAMIN bagi membantu menaikkan bacaan HB anda!.

B COMPLEX


Ingat lagi, masa menghadiri kursus kahwin dulu, penceramah pesan ambil Folic Acid lebih awal, sebolehnya sebelum hamil. Tau kenapa?

Tentulah untuk rancang kehamilan yang sempurna. Pengambilan B Complex hendaklah di mulakan sebaiknya 3 bulan sebelum hamil. Ini adalah untuk mengelakkan risiko bayi mengalami penyakit Spina Bifida.


Apa beza Folic Acid biasa dengan B Complex Shaklee?

Untuk pengetahuan anda, folic asid biasa hanya mengandungi 3 jenis vitamin B sahaja iaitu vitamin B1, B2 dan B3, manakala B complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang lengkap seperti dalam rajah di bawah:


Apa kebaikan B Complex untuk ibu hamil?
  • Mengurangkan stress
  • Mengurangkan loya
  • Membekalkan tenaga
  • Membantu pembentukan sel-sel darah merah
  • Mengekalkan saraf dan kulit yang sihat
SUSTAIN RELEASED VITA-C PLUS


Vitamin C penting untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita. Dan ingat, badan kita tak dapat menghasilkan vitamin C sendiri, melainkan mendapatkannya daripada makan atau suplemen!


Apakah kepentingan vitamin C kepada ibu hamil dan bayi di dalam rahim?
  • Pembentukan kolagen - Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen pula penting untuk pembentukan struktur tulang rawan, otot dan tulang bayi. Kolagen juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan kulit, gusi dan tendon bayi yang sedang terbentuk.
  • Memperkuatkan sistem imun - Ascorbic acid yang terdapat dalam Vitamin C membantu merangsang antibodi yang melawan virus dan jangkitan kuman dalam tubuh ibu mengandung. Kalau ibu mengandung rasa tak sihat, boleh lah ambil Vitamin C Sustained Release dua tablet dan telan bersama air masak. Vitamin C memerlukan air yang banyak untuk larut dalam tubuh!
  • Perkembangan Otak - Menurut kajian pihak University of Copenhagen, kekurangan Vitamin C akan merencatkan pertumbuhan otak bayi di bahagian hippocampus. Bahagian ini sangat kritikal sebagai pusat daya ingatan.
  • Mengelak Pecah Ketuban - Tips untuk mengelakkan air ketuban pecah pra-matang, amalkan Vitamin C sepanjang kehamilan. Jika pun ketuban telah pecah pada bulan ke -7, anda masih boleh makan Vitamin C, ia akan seal semula kebocoran kantung bayi. Wow! (rujuk SINI)
Kenapa Vitamin C Shaklee ditambah Bioflavonoids?

Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C.

Apa itu Bioflavonoids?

Bioflavonoids terhasil daripada bahagian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, herba, dan bijirin.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai :

~ anti-radang
~ anti-alergi
~ anti-virus
~ anti-kanser

Fungsi Bioflavonoids dan Vitamin C

Bioflavonoids bertindak bersama vitamin C untuk :
~ melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
~ mempunyai kesan antibakteria
~ menggalakkan peredaran darah
~ merangsang pengeluaran hempedu
~ mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
~ merawat dan mencegah katarak
~ bertindak sebagai antihistamin
~ mempunyai ciri-ciri anti-radang
~ mengurangkan gejala herpes mulut

Ibu mengandung perlu sihat untuk elakkan penyakit-penyakit yang boleh membawa membahayakan nyawa ibu dan bayi.

OSTEMATRIX


Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembinatulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Apakah fungsi kalsium?

Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari. Sebabnya kita juga kehilangan kalsium setiap hari. Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. 

Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari. Sebab itu, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium.

16 Kebaikan OSTEMATRIX untuk ibu mengandung dan menyusu.

– Bayi anda mudah lawas / tidak sembelit
– Anda juga mudah lawas / tidak sembelit
– Gigi semakin kuat dan tidak berdarah
– Tiada masalah sakit tulang belakang
– Memperbaiki masalah gastrik (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan)
– Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat kekurangan glikogen)
– Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak
– Tiada lagi masalah kaki kejang
– Bantu perbanyakkan susu ibu
– Seimbangkan paras kalsium semasa haid
– Mencegah osteoporosis
– Mengurangkan PMS
– Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa
– Mengawal tekanan darah
– Menguatkan daya ingatan
– Meningkatkan kesihatan tubuh

Kalsium Shaklee bukan semata-mata kalsium ya!

Terdapat 6 komponen yang membantu kalsium itu bertindak dengan optimum, best performance!

Kalsium lain tanpa 6 komponen di atas boleh membahayakan buah pinggang, sebab boleh jadi batu karang. Sebab tu penting pilih kalsium yg lengkap ya!

Apa kata Noorhafiza Mohamad Akib, pengguna OsteMatrix semasa hamil;


Niza, Fiza, Tinie

"Pengalaman saya mengandung dengan Ostematrix, saya langsung tak sembelit dan effect paling best, tentulah tidur yang lebih lena!.

Semua orang tau kan, bila mengandung, keadaan badan kita berubah, perut makin besar dan semakin hari semakin susah tidur. Mengiring salah, baring salah. Serba tak kena lepas tu kaki pulak cramp, pinggang dan belakang pun sakit. Sakit gigi pun ada juga. InsyaAllah OsteMatrix sangat membantu. Pinggang dan paha tak lenguh!

Cerita tentang sembelit, bukan ibu yang berpantang saja ada masalah sembelit tau. Ibu hamil pun ada juga tambahan lagi apabila perut kian membesar yang menekan bahagian usus. The best solution, tentulah dengan mengamalkan OsteMatrix ni. OsteMatrix Shaklee ni pula membantu melembutkan najis, jadi mudahlah nak membuang dengan jayanya"...



"Bila perut semakin berat dan punggung semakin lebar untuk penyediaan proses bersalin, ibu mengandung akan rasa mudah sangat lenguh. Satu badan akan rasa lenguh, terutamanya kaki dan pinggang. Bila ambil OsteMatrix ni, insyaAllah otot tak akan tegang, dan lenguh tu hilang!.

Ostematrix juga bantu maintain breastmilk supply. Alhamdulillah untuk saya sendiri memang berkesan. Saya masa dah 7 bulan tapi masih menyusukan anak umur 2 tahun. Dah rujuk doktor, doktor cakap, kalau badan sihat, teruskan saja.. sihat macamana tu? Ambik kalsium yg secukupnya, tak rasa tegang di bahagian ari-ari, cergas, gigi tak longgar dan gusi tak berdarah.

Saya nak bagi petua mudah bersalin. Ni saya dah cuba dan memang menjadi. Masa contraction tu start, ambik terus 6 biji OsteMatrix. Minum terus 3 sudu ESP, beberapa kali sepanjang menunggu proses bersalin tu. Insya Allah, Shaklee ni terjamin selamat. Tambah-tambah sewaktu kita perlukan tenaga yang banyak masa proses nak bersalin tu, 2 jenis suplemen ni sangat penting.

Serius, 6 biji OsteMatrix tu mengurankan sakit bersalin. InsyaAllah.. dengan izin Allah!".

ENERGIZING SOY PROTEIN

Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein.


Kenapa ibu hamil mesti amalkan ESP sepanjang kehamilan?


- Kerana satu hidangan ESP bersamaan dengan 12 gelas susu. Bagi ibu yang sukar nak disiplin diri mengambil susu, boleh gantikan dengan ESP kerana ia tidak memuakkan dan rasanya juga manis buah, tidak terlalu manis kerana ia tidak mengandungi pewarna dan perisa tiruan.

- Soya ini sangat mudah dihadam dan ia membekalkan kalsium, protein dan karbohidrat yang sempurna untuk ibu.

- Dalam ESP ini mengandungi vitamin B6 yang terkenal dengan keupayaannya untuk kecantikan kulit. Ada ibu yang semasa mengandung mengalami alahan pada kulit yang mana kulit jadi kusam dan tak cantik, juga kering. Vitamin B6 boleh bantu melembabkan kulit ibu bagi lebih bermaya dan nampak cantik. Sebab tu la ramai yang minum ESP ni kulit jadi cantik dan sihat!.

- Dalam ESP ini juga mengandungi Lysine di mana Lysine ini berfungsi membantu badan menyerap kalsium. Seperti yang kita ketahui, bila hamil pertumbuhan bayi anda memang amat memerlukan kalsium untuk pertumbuhannya. 

Jika kalsium dalam badan ibu tidak mencukupi, ianya boleh beri kesan kepada ibu untuk jangka panjang kerana ibu boleh kehilangan simpanan kalsium dalam badan. Kehilangan kalsium boleh menyebabkan ibu berisiko menghadapi osteoporosis (kereputan tulang) dan juga kesan pada gigi.

5. Kandungan Lysine juga boleh bantu ibu hilangkan keletihan, kepenatan, rasa penat melampau, rasa loya, menggigil, seram sejuk, tiada selera makan dan anemia.

6. Kebaikan ESP yang lain:

  • Menguatkan otot rahim
  • Bagi tenaga semasa hamil dan semasa proses bersalin
  • Bagi rasa kenyang yang lama
  • Kulit ibu makin cerah dan licin
  • Kulit baby halus dan gebu
  • Tiada stretch mark dan stretch mark yang lama pun hilang
  • Masalah gastrik dan pedih ulu hati hilang
  • Bantu masalah diabetes (GDM) ketika hamil
  • Hemoglobin (HB) tiada masalah
  • Berat badan tak naik banyak atau berlebihan
  • Susu badan meriah dan pekat selepas
OMEGA GUARD



Omega Guard merupakan suplemen minyak ikan yang terbaik di dunia. Ia diekstrak daripada ikan air laut sejuk (sardin, mackerel, herring, ikan bilis) di perairan negara Jepun. 

Omega Guard merupakan minyak ikan yang paling tulen. Ia merangkumi rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak Omega-3 semulajadi, termasuk EPA, DHfA, ALA, dan banyak lagi.

Shaklee menggunakan satu kaedah ultratulen bergred pharmaceutical yang berteknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan (3 molekul) – ekstrak asid lemak yang paling tulen dan paling semulajadi, menyingkirkan bahan-bahan berbahaya.

Satu sajian Omega Guard dapat menmbekalkan 905 mg asid-lemak omega-3 dilengkapi dengan EPA dan DHA.

Kenapa pulak la ibu mengandung ni perlu ambil Omega Guard?

Mengikut kajian, omega-3 sangat penting untuk perkembangan saraf dan pembesaran bayi. Omega-3 bukan sahaja untuk diamalkan sewaktu hamil, malah ia juga boleh diamalkan oleh breasfeed mommies!. 

Penambahan EPA dan DHA ke dalam diet pemakanan yang mengandungi Omega-3 dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan baby kita. Kajian juga ada menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan pemakanan Omega-3 dapat mengurangkan risiko alahan kepada bayi anda terutamanya ekzema.

Asid lemak Omega-3 memberikan banyak kebaikan kepada kehamilan. Ia dapat mengelakkan pre-term labor and delivery, mengurangkan risiko pre-eklampsia, dan dapat membantu meningkatkan berat badan (secara ideal).

Ibu hamil yang mengidap darah tinggi pun sangat digalakkan mengambil omega untuk menurunkan darah tinggi tersebut.

Ibu hamil yang mendapat kurang khasiat Omega-3 berisiko untuk mengidap kemurungan selepas bersalin. Hal ini boleh menyebabkan kecelaruan emosi si ibu menjadi lebih teruk (meroyan).


Hmmm...nampaknya tubuh fragile kita perlukan semua nutrisi yang baik selama-lamanya!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, August 10, 2017

BELAJAR BERLAPANG DADA

Love this, thanks to the original writer....

Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

  • Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.
  • Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.
  • Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
  • Kalau kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.
  • Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.
  • Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
  • Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.
  • Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.

Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.


Renungan bersama....

Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah. Bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

Tahu, tak?

  • Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.
  • Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.
  • Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.
  • Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.
  • Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.
  • Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.
  • Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.
  • Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.
  • Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.
  • Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.
  • Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.
  • Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.
  • Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfikir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan datang. In sha Allah..

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, August 9, 2017

KENALI TULANG BELAKANG KEPADA PENYELIDIKAN SAINS SHAKLEE

Kenalkan anda dengan saintis hebat yang menjadi tulang belakang kepada penyelidikan Sains Shaklee?


Jom kita tengok siapakan mereka yang bertanggungjawab ke atas suplemen Shaklee yang kita amalkan selama ini!


(1) Dr Forrest Shaklee 



Tengok nama pun dah tahu kan?

Ya...inilah dia pengasas Shaklee. 

Dr. Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®.

Beliau mendapati, banyak pesakit yang terlebih makan (overfed) tapi masih kekurangan nutrisi (undernourished). Dari situ beliau percaya, kekurangan nutrisi adalah punca kepada macam-macam penyakit. Mulai dari itu, beliau sangat menekankan kepentingan pemakanan untuk kekal sihat. 

Sehingga, pada tahun 1915, Dr Shaklee berjaya mencipta “vitalized minerals”; vitamin moden pertama di dunia. Malah, asal usul perkatan “vitamin” juga dikatakan daripada produk ini.

More than 100 years of innovation!

(2) Dr Yasuhiko Kojima


Penerima PhD in Medical Science dari Universiti Tokyo, merupakan saintis pertama di dunia yang menemui Interferon. Kemudian, baru saintis barat meneruskan kajiannya tentangnya. Beliau berjaya menemui Interferon semasa membuat kajian tentang vaksin smallpox.

Terinspirasi dengan konsep harmoni with nature oleh Dr Forrest Shaklee; setelah 40 tahun mengkaji, beliau akhirnya berjaya menemui sumber semulajadi yang mampu membantu badan kita menghasilkan Interferon sekaligus menguatkan immuniti tubuh. Itulah produk yang kita gunakan sampai hari ini, Nutriferon yang dipatenkan hanya untuk Shaklee!.


(3) Dr Elizabeth Blackburn


Beliau pemegang PhD dari University Cambridge dan merupakan Nobel Prize Winner of Medicine pada tahun 2009. Beliau banyak mengkaji tentang Telomeres, pangkal Kromosom yang bertanggungjawab memelihara Kromosom kita daripada rosak. Dr Elizabeth Blackburn berjaya menemui Telomeras; enzim yang memperbaharui Telomeres.

 

Tak faham? Cukup lah orang umum macam kita ni tahu, penemuan ini sangat penting di bidang Medicine sebab Telomeres adalah biomarkers terpenting dalam menjangkakan jangka hayat (health span & life span) seseorang. Dan Dr Elizabeth Blackburn yang hebat ini juga berada dalam Shaklee Scientific Board Advisor.

(4) Dr Gladys Block



Beliau merupakan Professor Emeritus di Berkeley University California yang terkenal sebagai penyelidik yang menghasilkan high impact research dalam dunia nutrisi, iaitu Landmark Study.

Landmark Study ialah kajian yang dibuat untuk mengkaji manfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.



Landmark Study ini penting kerana keterbatasan kajian saintifik yang ada. Jadi, ia merupakan kajian secara menyeluruh bagi pengambilan berbilang suplemen. 

Suplemen bukanlah seperti ubatan yang terhasil dari dadah makmal di mana kesannya boleh dilihat SEGERA kerana ia merawat simptom tertentu dan melibatkan enzim-enzim tertentu sahaja.

Kebanyakan kajian saintifik yang dibuat adalah untuk jangka masa yang pendek dan ini kurang bersesuaian kerana penyakit mengambil tempoh masa 10 ke 30 tahun untuk bertapak dan mengganas di dalam tubuh kita. Di si
nilah pentingnya Landmark Study ini, di mana, kajian dibuat untuk tempoh masa yang panjang iaitu lebih 20 tahun.


Bukan calang-calang saintis yang menjalankan kajian ini, pastinya yang terbaik dalam lapangan nutrisi. Dr. Gladys Block sendiri telah mengusulkan kepada Shaklee untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh waktu yang panjang. 

Mengapa beliau memilih Shaklee?
  • Reputasi Shaklee yang terkenal dengan integriti dan kualitinya
  • Shaklee mempunyai kumpulan sasar yang bersesuaian kerana penggunanya terdiri daripada pengamal tegar yang telah mengamalkan suplemen untuk tempoh waktu yang panjang.

Jadinya, bila Dr. Gladys Block sudah memberi usul, CEO Shaklee Corporation yang berwawasan jauh, Mr. Roger Barnett menerimanya dengan hati terbuka tanpa risau sebab beliau mahu data saintifik yang membuktikan Shaklee produk adalah terbaik berbanding produk suplemen yang lain.

Tidak banyak syarikat yang membenarkan pihak ketiga untuk menjalankan kajian ke atas produk mereka kerana ia boleh memberi impak kepada syarikat sekiranya hasil dari kajian menunjukkan produk mereka tidak berkesan!.

Ini berbeza dengan Shaklee yang yakin dengan keberkesanan produknya. Jadi sebagai pengedar, kami sebenarnya tidak sesuka hati mengatakan produk ini berkesan tetapi ia memang telah dibuktikan berkesan!



Baca tentang Landmark Study di SINI ya! 

(5) Dr Bruce Daggy


Beliau pernah berkhidmat sebagai Vice President (VP) Research & Development (R&D) untuk Glaxo SmithKline, iaitu sebuah syarikat Pharmaceutical gergasi dunia. Namun, selepas membaca jurnal Landmark Study Dr. Gladys Block tadi, beliau jadi sangat impressed. Impressed dengan keberkesanan produk Shaklee sampai begitu sekali.

Ya lah, tidak pernah ada mana-mana syarikat yang berani membuktikan produk mereka begitu lama; hingga 40 tahun menggunakan Shaklee. Beliau juga sangat tertarik dengan motto yang diperjuangkan Shaklee; dijamin selamat, semulajadi dan berkesan.

Sebagai seorang yang cenderung menjadi sebahagian daripada revolusi industri kesihatan, beliau bersetuju untuk berkhidmat sebagai Senior VP untuk R&D serta Chief Science Office di Shaklee, sehinggalah ke hari ni.

Roadshow beliau di Malaysia sempena 
Business Leader National Conference Mac 2017 yang lalu

Jadi, dah kenal saintis hebat Shaklee?

Apa point terpenting yang anda patut tahu di sini?

(1) Shaklee bukan produk picisan yang dibancuh belakang rumah. Juga bukan produk yang cuma ada marketing department tanpa sebarang saintis langsung. Tapi Shaklee dibangunkan oleh saintis terhebat dunia. Syarikat vitamin mana yang ada Pemenang Nobel Prize di dalamnya, selain Shaklee?

(2) Saintis-saintis yang terlibat di Shaklee bukan graduate daripada sebarangan institusi, tetapi kebanyakan mereka merupakan graduan di universiti-universiti ternama dunia. 

(3) Hanya dengan produk terbaik; falsafah syarikat yang jelas, dapat menarik top talent sebegini, di mana mereka yang hebat semestinya ingin usahanya memberi impak kepada manusia. Kehebatan mereka memberi impak besar kepada syarikat!

Kredit SINI dan SINI


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad