Saturday, March 4, 2023

ADA MASALAH ANGIN, ECZEMA, GERD? CHECK MAKANAN KITA!

Lately KakDinas tengok ramai sahabat mula ada masalah angin, even gerd pun ada. Dan lead kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain pula. 

Umur kita pun dah makin meningkat, mahu tak mahu, kena teliti juga apa yang kita makan setiap hari. 

Ramai antara kita yang tak sedar, makanan pedas, berasid, berlemak dan berangin memberi kesan yang tidak baik dalam tubuh (alamak, KakDinas memang peminat makanan pedas 😅)

Sukar nak tinggalkan sebab dah jadi amalan dan budaya dalam kehidupan. Lagipun, sapa boleh nafikan makanan selera Malaysia memang super duper sedap!

Tapi kan, rupanya, makanan-makanan sedap kita kebanyakannya boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

GERD adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Ia berpunca daripada struktur dalaman badan dan gaya hidup. Ia umpama luka yang boleh melarat dan membahayakan nyawa jika tidak diubati. 

Hakikatnya GERD menjejaskan kehidupan seperti keseronokan menikmati makanan, tidur yang cukup dan kepuasan bekerja.

Sebenarnya kan, ramai sangat orang alah gluten tanpa kita sedari. Gluten ni ada dalam makanan bergandum macam roti, roti canai, capati, biskut, kek, kuih, mee, spageti, serta biasa dalam makanan proses. Haa...ni lah makanan yang best kita dok makan selalu tu!


Kredit : Mayala Wordpress

Gluten ni merupakan protein dalam makanan gandum yang susah dicerna. Maka ia tidak beri zat kepada badan. Tiada isu kalau tak makan gluten, boleh jadi kebuluran ke malnutrisi ke. Means x makan terus pun boleh lah!

Protein gluten ni kesannya secara perlahan-lahan rosakkan perut. Sebabkan radang panas angin sakit-sakit badan..Bila perut usus rosak, badan kita akan jadi lebih sensitif. Masa ni baru kita tahu gluten ni boleh cetuskan alahan.

Bila perut dah problem.. makan je gluten, perut jadi kembung, badan sakit-sakit..mood jadi tak stabil dan tak keruan.

Masa ni baru kita tahu...protein dalam MAKANAN PALING "ANGIN" dan SEBABKAN SENSITIF sebenarnya ialah GLUTEN. Senyap-senyap terukkan kondisi kesihatan badan tanpa kita sedari. 

KakDinas pun dok follow Dr Hafiz Sulaiman pasal perkara ni. 

Kata Dr Hafiz, ekzema, GERD, penyakit autoimmune, penyakit berkait gluten dan histamin ni bukan develop satu dua minggu tau, tapi ia adalah hasil BEBANAN STRESS kepada organ badan kita selama bertahun-tahun. Sehinggakan mungkin mengubah epigenetik keturunan kita jadi sensitif dan mudah stres radang.

Jika kita dalam keluarga yang senang "naik angin" dan sensitif angin histamin ni, Dr pesan, pantanglah sementara untuk kesihatan diri dan keluarga. 

Insha Allah sangat-sangat banyak kesan positif bila pantang makanan bergluten ni.

Btw, produk Shaklee takde gluten tau!
Boleh rujuk SINI.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?