Gusi berdarah. Pernah alami tak?
Kebanyakan daripada kita pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis) pada satu ketika dalam hidup, tetapi perkara ini lebih kerap berlaku jika seseorang itu hamil. Hormon-hormon kehamilan boleh membuatkan gusi bengkak. Ini bermakna ia lebih mudah dan lebih kerap berdarah, terutamanya apabila memberus gigi atau memflos.
Ni ialah suplemen untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit gusi berdarah ini.
Kebanyakan daripada kita pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis) pada satu ketika dalam hidup, tetapi perkara ini lebih kerap berlaku jika seseorang itu hamil. Hormon-hormon kehamilan boleh membuatkan gusi bengkak. Ini bermakna ia lebih mudah dan lebih kerap berdarah, terutamanya apabila memberus gigi atau memflos.
Selain hamil, pendarahan gusi boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor risiko dan penyebab:
- Pendarahan gusi sebagai tanda umum penyakit Periodontal (penyakit gusi) serta pembentukan plak
- Pendarahan gusi berkaitan dengan faktor sistemik dan masalah perubatan seperti jangkitan virus, perubahan hormon, penyakit hematologi, ubat-ubatan serta kekurangan nutrisi seperti vitamin k dan asid askorbik
- Pendarahan gusi disebabkan oleh kecederaan fizikal pada tisu gusi kerana teknik pembersihan mulut yang tidak betul, alat pembersihan mulut yang tidak tepat, kecederaan oleh benda asing seperti terlekat tulang ikan
Sebaik sahaja menyedari bahawa gusi kita mudah berdarah, maka sangat perlu untuk kita berjumpa doktor gigi dengan segera untuk mengetahui punca-puncanya. Pengesanan awal adalah sangat penting kerana bergantung kepada faktor penyebabnya.
Ia adalah sangat penting untuk kita meneruskan rutin yang baik di rumah bagi penjagaan gigi dan gusi yang sihat. Antara langkah-langkah pencegahan termasuklah:
- Memberus gigi secara kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari, untuk menanggalkan sisa makanan dan plak antara gigi.
- Pembersihan celah-celah gigi menggunakan flos dengan teknik yang betul diperlukan terutamanya di kawasan celahan gigi yang rapat sekurang-kurangnya sekali sehari.
- Penggunaan ubat kumur antiseptik sebagai tambahan kepada pembersihan gigi yang dapat membantu untuk menyingkirkan kuman-kuman
- Makan makanan yang seimbang dan pengurangan kekerapan dan jumlah pengambilan gula juga dapat membantu dalam mengurangkan pembentukan plak.
- Berhenti merokok dapat meningkatkan sistem pertahanan badan anda dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit berkaitan merokok termasuklah penyakit gusi.
- Sentiasa berwaspada mengenai sebarang tanda-tanda amaran dan simptom-simptom masalah gusi seperti gusi kemerahan, berdarah, tidak selesa, perubahan bentuk gusi, penyusutan gusi, kehadiran nanah, gigi longgar, gigi yang telah berubah kedudukan dan nafas berbau.
- Sentiasa berjumpa doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun)
Langkah pencegahan adalah cara yang terbaik untuk membantu mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Lebih awal kita mencegah dan menangani masalah-masalah gusi, lebih tinggi peluang bagi kita mengekalkan gigi untuk seumur hidup. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, kannn!
Oh ya, sumber dari SINI.
Ni ialah suplemen untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit gusi berdarah ini.
Selalunya, doktor gigi akan suruh kumur dengan Listerine,
jadi kita support dengan Sustained Released Vita C Plus untuk kurangkan bengkak, merangsang pembentukan kolagen, memperbaiki simptom pendarahan di gusi dan boost immune;
OsteMatrix pulak supply kalsium untuk menguatkan gusi dan gigi, merawat gusi berdarah
Then add on B Complex untuk beri tenaga, redakan sakit, bantu tingkatkan kesihatan oral dan rawat radang gusi
Moga-moga cepatla lega dan kembali jalani hidup dengan lebih baik, x gitu?
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
Terima kasih dengan info dgn info yang hebat
ReplyDeletehttp://hidupindahdenganvitamin@gmail.com
Terima kasih dengan info dgn info yang hebat
ReplyDeletehttp://hidupindahdenganvitamin@gmail.com
Terima kasih dengan info yang hebat
ReplyDeletehttp://hidupindahdenganvitamin@gmail.com