Korang perasan tak, selalunya bila dapat saja vitamin yang diorder, perkara pertama yang kita akan perhatikan ialah tarikh luput!
Even, nak beli apa-apa produk sekalipun, inilah perkara yang akan kita titik beratkan.
Biasalah kan, kalau kita alert dengan label-label di botol produk, produk apa punlah, bila kita noticed tarikh luput dah hampir dekat, tentulah kita pun akan ajukan soalan yang sama.
Dalam website Shaklee, perkara ini ada dinyatakan dalam panduan kepada para penggunanya:
"EXP" indicates the expiration date; that is, the date by which the supplements in the bottle will have degraded to the point that the percent of DV listed on the label is no longer accurate. Consuming supplements that are past their expiration date is usually not harmful, but since the full nutritional value is not received by the consumer, it is recommended that supplements that have passed their expiration date be replaced with fresher ones.
Saya berterima kasih kepada Cikgu Hifzan yang sudi menerangkan dengan lebih lanjut tentang perkara ni, yang mungkin sedikit sebanyak akan menjawab semua persoalan anda tentang jangka hayat vitamin ni:
Saya berterima kasih kepada Cikgu Hifzan yang sudi menerangkan dengan lebih lanjut tentang perkara ni, yang mungkin sedikit sebanyak akan menjawab semua persoalan anda tentang jangka hayat vitamin ni:
Vitamin dah sampai tarikh luput. Macam mana tu?
Bila sesuatu vitamin tu dah sampai ke tarikh luput yang tertera di botol, kita akan cepat cemas, kan. Tetapi tahukah anda, secara tepatnya, sesuatu vitamin yang tamat tempoh adalah vitamin yang telah kehilangan potensi dan keberkesanannya selepas suatu tempoh atau jangka masa yang panjang.
Banyak faktor yang mempengaruhi jangka hayat sesuatu vitamin itu, antaranya seperti faktor haba, kelembapan dan juga pembungkusan.
Apabila banyak vitamin disimpan di tempat yang sama, vitamin yang berbentuk tablet akan kehilangan keberkesanannya lebih cepat berbanding vitamin yang didatangkan dalam bentuk kapsul.
Expired date yang tertera di botol ialah cuma jangkaan tarikh maksimum dan keadaan sebenarnya ialah bergantung kepada cara penyimpanan vitamin tersebut.
Menurut www.livestrong.com, tempat yang paling sesuai untuk menyimpan vitamin ialah ruangan yang gelap seperti dalam tuala, linen atau baju-baju. Mungkin maksudnya simpan dalam almari yang tertutup dan gelap la kan. Menurut laporan dari Purdue University News Service, kaedah ini adalah lebih baik berbanding menyimpan vitamin di ruang dapur yang mungkin agak panas, dan juga dalam peti sejuk, di mana membuka dan menutup penutup botol vitamin itu membolehkan pemeluwapan atau proses kondensasi terbentuk dalam botol tersebut.
Selamat ke kalau makan juga vitamin yang dah sampai tarikh luput?
InsyaAllah selamat. Harvard Medical School melaporkan, tidak berbahaya untuk mengambil vitamin yang dah sampai tarikh luputnya. Cuma keberkesanannya mungkin berbeza dan berkurangan berbanding vitamin yang kita baru beli.
FDA (USA Food and Drug Administration) pun sebenarnya tidak meletakkan syarat wajib untuk memaparkan tarikh luput bagi sesuatu suplemen, tapi syarikat-syarikat besar seperti Shaklee meletakkan tarikh luput supaya pengguna aware dengan tahap kesegaran dan keberkesanan produk.
Boleh tak still consume vitamin yang dah sampai tarikh luput?
Boleh. Vitamin tu tetap selamat dimakan kerana ia tidak akan menjadi racun atau toksin dalam badan. Tak la macam kita makan makanan lain yang dah expired. Tentulah bahaya, kan.
Setakat ni, belum ada laporan masalah kesihatan akibat pengambilan vitamin yang dah tamat tempoh. Selagi fizikal vitamin masih kekal seperti sedia kala, tidak berubah bau dan warna, habiskanlah vitamin anda tu ya.
Pada pertengahan Januari 2015, Shaklee juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai jangka hayat semua produk Shaklee (Shaklee Product Shelf Life).
Shaklee telah memastikan semua aspek berkaitan produk adalah selamat digunakan oleh pengguna. Antara faktor yang dipertimbangkan dalam pengeluaran produk Shaklee ialah:
- cara pembungkusan produk
- perbezaan iklim
- cara penghantaran
Shaklee sangat komited dalam memastikan produk sampai kepada anda dengan selamat dan manfaat yang kekal sama seperti yang dinyatakan.
Hmm...Terima kasih sebab gigih membaca penerangan yang panjang lebar ni.
Apa pun, paling baik, jangan culas makan vitamin ya. Ikut baik-baik jadual pemakanan yang dinasihatkan kepada anda dengan baik. OK!
Hmm...Terima kasih sebab gigih membaca penerangan yang panjang lebar ni.
Apa pun, paling baik, jangan culas makan vitamin ya. Ikut baik-baik jadual pemakanan yang dinasihatkan kepada anda dengan baik. OK!
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?