Wednesday, April 5, 2017

JANGAN INGAT IBU-IBU TAK POWER!

"Power Pumping lagi?"

Saya tahu ada yang malu-malu nak tanya pasal ni. Nak tahu, tapi malu. Macam mana tu?

Mai nak cerita...

Teknik Power Pumping adalah satu aktiviti yang diselitkan beberapa sesi dalam jadual pengepaman harian, bertujuan nak boost pengeluaran susu ibu. Bagi ibu yang susunya meriah, mungkin tak perlukan top up teknik ni dalam rutin penyusuan anak mereka, tetapi sangat membantu kepada golongan yang susunya drop atau mengalami masalah pengeluaran susu yang sedikit.



Untuk pengetahuan anda, teknik power pumping ni mimic baby menyusu seperti waktu 'growth spurt'. Waktu growth spurt biasanya bayi mahu mengempeng sahaja. Waktu itu, lebih banyak tercetus penghasilan hormon prolaktin yang memberitahu tubuh si ibu,

"BUAT SUSU BANYAK LAGI, BANYAK LAGI, LAGI, LAGI!!!
LAGI BANYAK PERMINTAAN, LAGI BANYAK SUSU DIHASILKAN!"

Teknik Power Pumping ni membantu siapa?

  • Ibu yang kekurangan susu, masalah susu merudum dan ingin berusaha untuk meningkatkan semula pengeluaran susu. Susu ibu kurang mungkin disebabkan faktor perubahan hormon, ibu didatangi haid, kurang mengepam dan lain-lain.
  • Ibu ingin melakukan relaktasi, atau menyusukan kembali si anak setelah anak telah berhenti menyusu susu ibu pada jangka masa tertentu.
  • Ibu yang mengambil anak angkat yang masih kecil dan berhasrat menjadikan anak tersebut anak susuannya.
Bila masa terbaik untuk melakukan teknik ni?

Mengikut pengalaman saya sendiri, untuk merangsang pengeluaran susu yang konsisten, teknik ini hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu atau dua sesi setiap hari.

Saya suka buat pada waktu tengah malam dan pagi, kerana pada waktu ini, penghasilan susu lebih banyak dan masa yang diperlukan adalah 1 jam yang tenang tanpa gangguan dan stress.

Kena sabar ya sebab kesan terbaik hasil pengamalan teknik ini terhadap produktiviti susu ibu boleh dilihat seawal satu hingga dua minggu. Jadi, jangan berhenti dan teruskan usaha anda ini ok!.

Macam mana pula nak lakukan power pumping ni?

Jika anda mempunyai double pump,


:heart_eyes: Mulakan sesi mengepam 20 minit,

:sunglasses: Rehat 10 minit

:heart_eyes: Sambung mengepam 10 minit

:sunglasses: Rehat 10 minit

:heart_eyes: Final mengepam 10 minit

SIAP!

Jika anda mempunyai single pump,


(sorry ya saya peminat dan pengumpul pam-pam keluaran Medela yang comel ni ☺)

:heart_eyes: Pam kanan - 10 minit

:kissing_heart: Selepas itu pam kiri - 10 minit

Sehingga cukup 1 jam, diselang-selikan.

Mudah sungguh!

Sambil mengepam, kita berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah perbanyakkan susu supaya cukup buat anak tercinta kita, okay!. Insya Allah. Moga Allah izinkan kita dapat sempurnakan penyusuan susu ibu dua tahun seperti mana yang agama sarankan!


Jadi dah tahukan tentang power pumping?.

Senang saja, kan. Tapi menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi.

Oh, ya. Dah tahu, share lah kepada kawan-kawan, moga-moga ilmu yang sedikit ni akan dapat memberi manfaat kepada orang lain ya!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

3 comments:

Apa kata anda?