Wednesday, May 3, 2017

TERLIUR MENGENANGKANMU WAHAI KERABU MAGGI

Tak boleh nak recall balik sejak bila suka sangat makan Kerabu Maggi ni.

Di rumah cukup x bagi anak-anak makan Maggi, tapi ibu pulak gemar Kerabu Maggi. Haishhh!

Sesekali ja ni, tapi nak habaq memang best la Kerabu Maggi. Sebut saja pun, dah kecur liur. Blend rasa pedas, masam, masin, manis, yang menggiurkan!. Serius!


Best, kan!. 

Saya suka mencuba menu ni di mana sahaja kedai makan atau restoran yang saya singgah. Test mana menu Kerabu Maggi paling power!.

Setakat ni rasa Kerabu Maggi paling best, 5 bintang of course la bagi pada Kerabu Maggi Restoran D Green Seafood, Changlun!




Kalau nak ke restoran ni, dari simpang tiga depan C-Mart di Pekan Changlun tu, ambik Jalan Titi Kerbau nak ke Perlis. Tak jauh dari situ akan nampaklah restoran ni sebelah kanan.

Selepas Anjung, restoran ni dah jadi macam dapur kedua kami...especially kalau ada tetamu bertandang!
 


Makan apa?

Of courselah my favourite Kerabu Maggi!. Tak perlu menu lain dah. Cukup yang ni saja. Nasib baiklah depa yang lain x minat, jadi kenyang kat kita sorang ja lah!


Rasa Kerabu Maggi di restoran ni memang just nice la bagi saya. Cukup segalanya. Harga pun berpatutan. Tapi makan macam tu saja tau. Kalau makan dengan nasi, dia punya feel dah lain. Dalam Kerabu Maggi, kadang-kadang orang letak udang, sotong, kaki ayam pun ada. Dan ada jugak yang letak hirisan sosej. Kalau seafood saja pun dah best dah!.

Jom, belajaq macam mana nak buat Kerabu Maggi. Thanks Cikgu Wan, sudi share menu ni. Buat sendiri, boleh kurangkan garam, gulanya :-)


Ni la Mi Segera TomYam Thai punya. Jangan risau sebab halal

Bahan-bahannya :

3 bungkus mi segera Thai (dalam gambar) 
1 biji buah tomato (hiris) 
1/2 labu bawang besar atau bawang holland pun boleh 
Sejengkal batang celery 
Segenggam daun ketumbar 
1 biji cili merah besar 
1 sudu sos ikan (jika suka) 
1 sudu air asam limau (jika suka) 
2 peket rempah mi segera Thai (pakai dua je ye. Perencah ni dah masin, masam dan pedas) 

Sotong 
Udang (buang kulit)
Fish cake 
Crab stick 
Fish ball 

Cara-caranya : 
1. Panaskan air untuk merebus bahan seafood dan mi segera. 
2. Masukkan 1 peket rempah mi segera. Tunggu hingga menggelegak. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fish cake. Sebentar sahaja. 
3. Bila dah mengerekot, terus angkat. Kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis...jangan main lebur jer tau..kadar masak dia berbeza. Keluarkan seafood. 
4. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mi segera. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. 
5. Air rebusan JANGAN BUANG ok!
6. Masukkan semua bahan sayur dan seafood dalam mangkuk. 
7. Masukkan 3 senduk air rebusan, sos ikan dan asam limau nipis serta perencah mi segera tadi.

Lepas tu apa lagi, aummm lah!

Sedap memang sedap. Jangan lupa perisai dulu dengan 3 biji Lecithin sebelum makan dan 3 biji Omega Guard selepas makan.


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad









2 comments:

Apa kata anda?