Menopos.
Setiap wanita pasti akan melalui fasa ini.
Eh, ada ke wanita yang tak menopos ha? 🙏
Okay, disebabkan saya dan anda wanita, jom ambik tahu serba sikit tentang menopos ni ok!
Setiap wanita akan melalui fasa 'putus haid' atau menopos. Usia biasa wanita memasuki fasa peralihan ini ialah sekitar 50 tahun. Namun ia juga boleh berlaku kira-kira 10 tahun lebih awal yang disebut sebagai pra-menopos khususnya dalam kalangan wanita yang mempunyai sejarah keluarga menopos awal.
Selain itu, terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami menopos disebabkan olah:
Apa yang terjadi ketika menopos?
Setiap wanita pasti akan melalui fasa ini.
Eh, ada ke wanita yang tak menopos ha? 🙏
Okay, disebabkan saya dan anda wanita, jom ambik tahu serba sikit tentang menopos ni ok!
Setiap wanita akan melalui fasa 'putus haid' atau menopos. Usia biasa wanita memasuki fasa peralihan ini ialah sekitar 50 tahun. Namun ia juga boleh berlaku kira-kira 10 tahun lebih awal yang disebut sebagai pra-menopos khususnya dalam kalangan wanita yang mempunyai sejarah keluarga menopos awal.
Selain itu, terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami menopos disebabkan olah:
- Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
- Penyakit-penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
- Penyakit keturunan contohnya Familial ovarian failure dan galactosaemia
- Jangkitan viral
- Kebanyakan sebab-sebab masih belum diketahui
Apa yang terjadi ketika menopos?
Menopos adalah waktu dalam kehidupan seorang wanita ketika fungsi ovari berhenti. Seperti yang kita sedia maklum, ovari ni adalah salah satu daripada sepasang kelenjar reproduksi pada wanita. Ovari menghasilkan telur (ovum) dan hormon kewanitaan seperti estrogen dan progesterone. Setiap kitar menstruasi bulanan, telur dilepaskan dari salah satu ovari. Sel telur kemudian bergerak dari ovari ke uterus melalui tiub falopio.
Tahu tak, ovari ni memang salah satu aset penting wanita kerana merupakan sumber utama dari hormon-hormon kewanitaan, yang mengawal perkembangan karakter tubuh wanita seperti payudara, bentuk tubuh, dan rambut.
Hormon-hormon ini juga mengatur siklus menstruasi dan kehamilan. Estrogen juga berfungsi untuk melindungi tulang. Oleh kerana itu, seorang wanita dapat mengalami osteoporosis di kemudian hari ketika ovari tidak lagi menghasilkan hormon estrogen yang diperlukan!
Hormon-hormon ini juga mengatur siklus menstruasi dan kehamilan. Estrogen juga berfungsi untuk melindungi tulang. Oleh kerana itu, seorang wanita dapat mengalami osteoporosis di kemudian hari ketika ovari tidak lagi menghasilkan hormon estrogen yang diperlukan!
Pada usia berapa seorang wanita mengalami menopos?
Purata usia wanita menghadapi menopos ialah 51 tahun, tetapi tidak sama bagi setiap individu dengan individu yang lain. Kebanyakan wanita mencapai menopos antara usia 45 hingga 55 tahun, tetapi menopos dapat terjadi lebih awal sekitar usia 30 an atau mungkin lebih lambat sehingga usia 60 an.
Apa rasanya ya bila nak menopos ni?
Apabila seseorang wanita menghampiri putus haid, kitaran haidnya akan menjadi tak stabil di mana kadang-kadang ia berlaku terlalu kerap atau terlalu jarang. Ia akan diiringi dengan simptom-simptom lain seperti kesakitan sendi, hilang tumpuan, sakit kepala, kemerahan muka, tiada keinginan untuk seks dan pelbagai lagi jenis penyakit sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian.
Simptom menopos pada wanita
ladycarehealth.com
Kebanyakan wanita menjelang menopos akan mengalami sesuatu yang diistilahkan sebagai ‘hot flashes‘, aitu perasaan hangat tiba-tiba yang menyebar ke tubuh bagian atas dan sering disertai dengan kulit yang memerah dan berpeluh. Perasaan ini dapat berlangsung selama 30 detik hingga beberapa minit. Intensitinya akan berbeza pada setiap orang, dari yang ringan hingga yang lebih teruk.
Antara simptom menopos yang lain ialah:
- Haid yang tidak teratur
- Insomnia
- Mood swing atau perubahan mood
- Jantung berdebar kencang
- Letih
- Cepat marah
- Stress
- Sakit kepala, migrain
- Sakit pada otot dan sendi
- Kerap kencing dan tidak dapat mengawal kencing
- Keinginan seks menurun, ditambah pula dengan keadaan vagina kering dan kurang elastik, sebagai akibat dari penipisan jaringan vulva, vagina dan servik
Sebagai wanita, kita seharusnya peka dan mengambil berat akan tanda-tanda awal menopaus. Tanda-tanda ini amat penting agar gejala-gejala akibat daripada perubahan hormon dan fizikal yang terpaksa ditanggung seseorang wanita dapat diatasi.
Apakah komplikasi-komplikasi menopos?
Terdapat beberapa komplikasi akibat menopos, antaranya:
- Penyakit jantung
- Osteoporosis (kemampatan tulang menyebabkan tulang menjadi rapuh)
- Angin ahmar (stroke)
Bagaimana caranya untuk mengurangkan simptom menopos ni?
Selari dengan kemajuan dunia perubatan masa kini yang memberi perhatian kepada mutu kesihatan wanita, keperitan yang dirasai ketika pra-menopos itu dapat dikawal dan diatasi sepenuhnya melalui pelbagai kaedah, antaranya ialah Terapi Penggantian Hormon.
Terapi Penggantian Hormon (HRT)
Kolej Obsetrik & Ginekologi, Akademi Perubatan Malaysia (COGAMM) telah menyediakan garis panduan amalan klinikal pertama mengenai Terapi Penggantian Hormon Semasa Menopaus di kalangan wanita Malaysia.
Melalui rawatan HRT, ia merupakan cara paling berkesan bagi membantu mengurangkan kesakitan dan sekali gus mengurangkan simptom menopaus.
Katanya, rawatan HRT terbahagi kepada dua jenis iaitu Terapi Estrogen dan Terapi Estrogen Progestin.
Melalui kaedah ini, setiap wanita memerlukan terapi atau dos yang berlainan di mana kesemua itu bergantung kepada nasihat doktor dan pakar. Antara hormon boleh didapati seperti berbentuk pil, krim, suntikan, tampalan dan juga memasukkan alat ke dalam vagina.
Terdapat banyak data klinikal yang membuktikan bahawa HRT yang dimulakan di peringkat awal adalah berkesan dan selamat. Melalui rawatan HRT juga pesakit mampu mendapat perlindungan tulang daripada reput dan rosak secara perlahan-lahan.
HRT jangka panjang juga boleh mengembalikan perlindungan yang diberikan oleh estrogen sebelum menopos, iaitu daripada kemusnahan pembuluh darah yang membawa darah ke jantung, otak dan organ-organ lain.
HRT jangka panjang juga boleh mengembalikan perlindungan yang diberikan oleh estrogen sebelum menopos, iaitu daripada kemusnahan pembuluh darah yang membawa darah ke jantung, otak dan organ-organ lain.
Selain itu, memastikan gaya hidup sihat juga dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopos yang tidak disenangi. Ini termasuklah:
- Makan makanan berkhasiat
- Tidak merokok
- Selalu bersenam
- Berfikir secara positif
- Melakukan pemeriksaan pap smear
- Melakukan pemeriksaan payudara
- Mengambil suplemen yang diperlukan
GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopos ataupun yang telah menopos.
Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?
Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?
1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.
2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.
3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.
4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.
5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?