Thursday, February 9, 2017

ALAMAK, NAJIS HIJAU. APA PATUT BUAT?

Terkejut juga pagi tadi bila ada yang mengadu najisnya warna hijau!. Aduh risau pulak.
Cepat-cepat cari maklumat awal tentang perkara ni. Mungkin boleh bantu atasi masalah ni sementara nak dibawa berjumpa doktor yang lebih pakar!

Gambar hiasan ja tau. Bukan dari rumah kami!

Anda tahu tak?

Rutin membuang air besar yang sihat sepatutnya setiap hari lah kan?. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3 kali sehari. Itulah hakikatnya, tapi bila sebut bab tahi ni, boleh kata semua orang malu membicarakan soal tahi.

Tahukah anda, najis anda jenis apa?


Skala ini telah dinamakan “Skala Najis Bristol” dan diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK. Berdasarkan Bristol Stool Chart ni, najis boleh dikelaskan kepada 7 jenis. 

Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal

Najis jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai najis seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab najis itu dah menjadi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu tidak membuang air besar pada kadae sepatutnya sehari. Semakin lama najis berada dalam usus besar, semakin banyaklah air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Najis jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, najis juga ada kategori yang ideal iaitu normal. Selalunya najis sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7
Jika anda pernah mengalami jenis najis yang ke-5, keadaan ini mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit-birit seperti susu berlaktosa. 

Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda perlu berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!.

Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi najis dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!

Pemantauan najis ni penting. Orang kata kita sihat apabila najis kita dalam kategori sihat. Jika kita buang air besar hari-hari maknanya sistem pencernaan kita bagus. Jika kita buang air besar selang beberapa hari atau lebih teruk seminggu sekali, lebih baik pergi jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemantauan kesihatan.

Warna najis kita pula;

Jika warnanya cerah macam kuih maruku, itu tanda najis sihat.
Jika najis bewarna gelap macam dodol, itu tandanya najis tidak sihat
Jika najis berwarna kelabu, mungkin kita ada masalah pada organ dalaman
Kalau warna najis hijau atau warna hitam kemerah-merahan, mungkin usus ada barah atau pendarahan
.
.
.

Bila dah baca macam ni, risau tau... Jom baca lagi.

Perubahan warna najis boleh mengejutkan. Bagaimanapun, najis hijau tidak perlu mencetuskan kebimbangan yang berlebihan apabila anda atau ahli keluarga mengelaminya. Najis hijau masih dianggap normal dan disebabkan oleh beberapa faktor pencetus seperti cirit-birit atau makan terlalu banyak sayur-sayuran hijau.

Gangguan Proses Penghadaman

Proses sisa makanan daripada pengambilan makanan ke dalam najis mengambil masa tiga hari. Apabila seseorang mempunyai cirit-birit, maka masa proses penghadaman menjadi  lebih pendek. Jadi ia tidak mempunyai masa yang cukup dalam usus untuk proses yang akan menghasilkan warna coklat, hasilnya najis berwarna hijau .

Di samping itu, najis hijau juga mungkin disebabkan oleh terlalu banyak pengambilan sayur-sayuran hijau atau makanan tambahan zat besi. Walaupun begitu, makanan tambahan itu, lebih biasa sebagai punca  najis hitam.

Selalunya, wanita hamil sering mengalami perubahan warna najis, kerana tambahan zat besi  atau makanan tambahan yang lain. Di samping itu, wanita hamil sering mengalami sembelit atau buasir yang boleh membawa kepada darah dalam najis.

Secara umumnya, selepas cirit-birit berhenti atau mengurangkan pengambilan sayur-sayuran hijau, najis hijau akan kembali normal dalam masa beberapa hari.

Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit yang berlaku lebih daripada 2-3 hari boleh berisiko menyebabkan dehidrasi, jadi ia memerlukan pemeriksaan doktor. Di samping itu, jika perubahan najis hijau berlarutan atau disertai dengan gejala-gejala lain seperti muntah, demam, sakit perut, juga dinasihatkan untuk berunding dengan doktor.

Warna Najis Yang Patut Diwaspadai

Najis hijau atau warna lain daripada hitam atau merah, masih dianggap normal. Najis warna hitam atau merah dianggap berbahaya kerana kemungkinan pendarahan dalam organ-organ dalaman dan memerlukan tindakan segera dan rawatan. Najis berwarna hitam kerana pendarahan juga didapati berbau busuk dan lebih melekit daripada najis secara umum.

Perubahan warna najis  tidak boleh menjadi satu-satunya gejala yang doktor gunakan untuk mendiagnosis pesakit. Secara umumnya, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan berkenaan dengan sejarah perubatan, pengambilan ubat-ubatan, dan perubahan diet yang boleh membawa kepada perubahan warna najis.

Kemudian, najis boleh diperiksa untuk melihat sama ada terdapat darah, lemak, atau jangkitan di dalamnya. Jika perubahan warna najis dianggap berisiko, doktor boleh menyemak beberapa organ-organ penting seperti hati, pankreas atau sistem penghadaman.

Cadangannya, of courselah mengekalkan sistem penghadaman sihat. Tiga kunci kepada saluran penghadaman dan najis supaya normal lancar, ia memerlukan makanan yang kaya dengan serat, pengambilan air yang mencukupi, dan bersenam secara tetap. Anda boleh makan bijirin atau roti yang mengandungi bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan kacang.

Pengambilan air yang mencukupi akan mempercepatkan pelepasan najis secara tetap, dan bersenam juga boleh meningkatkan proses metabolisme dan pencernaan dalam badan.

Secara umum, najis hijau tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, sekiranya berlarutan atau disertai dengan gejala-gejala lain, berjumpa doktor dengan segera.

BAIK!!!

Saya ambik keputusan nak monitor dulu macam mana memandangkan tadi baru first time si kecik ni berak hijau. Hijau pekat pulak tu. Saya pastikan dia minum air masak kerap dalam kuantiti yang lebih daripada selalu. Memang tak dinafikan, kurang air masak juga mungkin puncanya.


Untuk boost immune dan menggalakkan penghasilan najis yang sihat, saya ikhtiar dengan Chewable Vita-C Plus Shaklee!.
Suplemen Chewable Vita-C Plus 100mg Shaklee ni juga sangat membantu dalam :
  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Membantu memelihara sel badan
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah
  • Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik
  • Sebagai antipenuaan untuk awet muda
  • Merangsang penghasilan kolagen dalam badan
  • Memperbaiki insomnia
  • Mengekalkan kolestrol sihat
Dan banyak lagi!

Doakan semuanya ok ya. Insya Allah!.

Sumber : MELAYUPOST dan DR ZUBAIDI

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

3 comments:

Apa kata anda?