Wednesday, November 9, 2016

ALAMAK, DAH NAK MASUK KERJA BALIK!

Antara dilema ibu yang hampir habis tempoh cuti bersalin ialah sempatkan mereka mencukupkan stok susu ibu. 


Tahukah anda, sekiranya ibu hanya mula memerah susu beberapa hari sebelum mula bekerja, perkara pertama yang ibu perlu lakukan ialah JANGAN PANIK!

Kalau panik, ia tidak akan dapat membantu apa-apa, sebaliknya akan dapat merencatkan refleks ejeksi susu. Perah sahaja seperti biasa dan jom cuba beberapa langkah ini bagi menambah aliran susu!.

Perah susu sambil menyusukan anak
Hmmm...macam tak percaya?
Ya, sebenarnya buat tandem nursing sebegini akan dapat meningkatkan refleksi ejeksi susu kerana kedua-dua payudara digunakan serentak. Pertama kali mencuba tentunya agak sukar kerana ibu akan berasa tidak cukup tangan. Tetapi lama kelamaan, ibu akan mengetahui posisi yang terbaik yang dapat dicuba. 

Ada cara ya untuk memastikan proses ini berjalan lancar dan selesa. Lazimnya, bayi perlu berada dalam posisi mendakap (football hold) di  mana badan dan kakinya perlu diampu oleh bantal. Pastikan bayi selesa dan kaki bayi tidak mengganggu proses memerah susu di sebelah lagi. Pakai pam yang elektrik atau bateri lebih menyenangkan kerja!


Perah susu selepas menyusu
Tahukah anda bahawa konsep pengeluaran susu ibu sama seperti konsep 'tangki pam tandas'?. Janganlah cepat rasa geli pulak ya. Memang pun, di tandas, selepas kita pam, air tangki akan keluar dengan banyak, kemudiannya diikuti dengan air dari saluran paip akan memasuki tangki semula untuk memenuhkannya, bukan?. Ya, macam tu lah konsep payu dara. Semakin payu dara dikosongkan, semakin banyak susu baru yang akan terhasil.

Jadi jangan risau susu akan habis jika anda sudah selesai menyusukan bayi, sebab dengan memerah atau mengepam susu selepas bayi menyusu, ia akan berupaya memberi isyarat kepada badan ibu supaya menghasilkan lagi susu. 

Pada mulanya, mungkin tidak banyak susu yang akan keluar, tetapi selepas beberapa lama, badan ibu akan mula menyesuaikan diri dengan rutin ini akan susu akan lebih banyak dapat dikumpulkan. 

Tempoh sejam selepas menyusu akan waktu terbaik untuk memerah kembali. Jangan tunggu lama-lama okay!

Memerah di tengah malam
Ha, siapa suruh anda kumpul stok last minute, kan?. Sebenarnya kan, sememangnya memerah susu di tengah malam sangat digalakkan kerana pada masa tersebut, hormon prolaktin adalah tinggi sehingga ke pagi. Jadi, sepatutnya ambillah peluang ini untuk memerah bagi mendapatkan stok susu bayi anda!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?