Disebabkan saya cikgu yang telah melalui pengalaman ini, jadi jomlah kita berkongsi rasa sedikit dan saya kongsi juga sedikit maklumat daripada Dr. Faridah Idris, penulis buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu.
Bidang perguruan ni memang mencabar. Nak cari masa memerah susu, InsyaAllah ada tetapi bila berada dalam keadaan kesibukan kerja, ditambah pula dengan stress melayan pelbagai kerenah di sekolah boleh memberi tekanan kepada kita. Bila stress, apa akan jadi?. Ya, sedikit sebanyak akan mempengaruhi penghasilan susu. Setakat ni Alhamdulillah la di sekolah saya, kami ibu-ibu menyusu tidaklah menerima reaksi negatif berkaitan dengan penyusuan ini, sebaliknya niat murni kami ini dipermudahkan Allah dengan memberi kami peluang mengepam secara berjemaah sambil bertukar-tukar fikiran dan ilmu tentang keibu bapaan!
Baiklah, untuk anda cikgu comel yang kuat semangat mahu memberi yang terbaik untuk si manja, ni antara tips yang dkongsikan untuk membantu anda melalui fasa penyusuan di tempat kerja dengan mudah:
- Berbincanglah secara jelas dengan Pengetua ataupun guru besar hasrat untuk menjayakan penyusuan anak. Sebaiknya, perbincangan dibuat semasa hamil lagi supaya pihak sekolah ada masa yang cukup untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Maklumkan kepada mereka bahawa jika anda menyusukan anak, InsyaAllah anak-anak biasanya sihat dan jarang ditimpa penyakit. Anda sendiri akan kurang mengambil cuti dan pastinya pekerjaan anda nanti tidak begitu terganggu. Ingat, cakap baik-baik ya. Mana tahu, ada rezeki, sudahlah pihak sekolah memberi kebenaran, disediakannya pula bilik atau ruangan khas untuk anda mengepam susu!
- Berbincang dengan guru jadual waktu supaya dapat memberikan waktu senggang pada sebelah pagi untuk anda mengepam ketika itu. Hmmm. Berdasarkan pengalaman, saya rasa tak perlu mengganggu jadual waktu sedia ada semata-mata untuk memenuhi kehendak kita seorang. Bukan sepanjang waktu kelas berlangsung, kan. Dan jadual kerja guru bukanlah rigid sangat macam kerja di pejabat atau kilang. Pastinya ada masa senggang antara kelas. Jadi, ambillah kesempatan pada waktu-waktu tersebut untuk mengepam dengan fokus. Daripada anda membuang masa bergosip, kan. Macam saya, selepas sesi pengepaman pertama sebelum subuh, saya akan mengepam sebentar usai solat dhuha (antara waktu P&P saya) dalam jam 10.15 pagi. Dan kebetulan pada waktu tersebut, pelajar sedang rehat kan. Jadi, mengepam 20 minit sudah memadai. Kemudian, selepas solat Zohor kira-kira 3 jam kemudian, saya mengepam sekali lagi sebelum pulang ke rumah. Jika tidak sempat, balik rumah, saya direct feed anak saya sambil sebelah lagi saya pam. Selesai menyusukan anak, saya tukar pula ke sebelah lagi, begitu juga dengan mengepam. Jangan risau takut susu tak ada. Semua bergantung pada minda kita. Konsep pengeluaran air susu ni macam 'pam tandas' lah. Sekali pam, air akan masuk semula ke tangki kan. Haa...macam tulah penyusuan. Bila kita kosongkan payu dara, otak akan beri signal kepada badan untuk menghasilkan susu lagi dan lagi. Tandem nursing memang akan membantu susu anda banyak, percayalah!. Cara sebegini akan menyebabkan saya dapat membawa pulang sekurang-kurangnya 30 oz susu sehari!
- Berbincang dengan rakan-rakan yang memerah susu berkenaan tempat-tempat yang sesuai dijadikan tempat memerah susu. Ya, betul. Saya mengepam di surau guru wanita sahaja, dengan kebenaran pihak sekolah. Memang dilihat oleh rakan-rakan lain yang masuk ke situ, tetapi rupanya memberikan inspirasi kepada mereka untuk turut menyusukan anak mereka apabila masa mereka tiba!
- Perah secara hands free. Tak semestinya menggunakan alatan yang mahal. Ada tekniknya seperti menggunakan sebelah tangan bagi menstabilkan corong dan meletakkan botol susu rapat dekat meja. Sebelah tangan lagi bolehlah guna untuk menanda kertas ke, menaip ke kan. Masa menyusu anak bongsu dulu, saya dimurahkan rezeki memiliki pam Medela Freestyle, so lagiiii mudah. Kedua tangan dapat digunakan untuk buat kerja tanpa perlu fikirkan susu akan tumpah. Sekarang ni dah macam-macam jenama freestyle pump yang dah ada di pasaran. Pilih sahaja ikut kemampuan anda!
- Berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan dengan rakan-rakan sekerja pada awal kehamilan. Ia dapat mengelakkan rasa tidak puas hati rakan-rakan yang tidak memahami penyusuan dan keperluan memerah di sekolah.
- Minta kebenaran Pengetua atau Guru Besar untuk menyusukan anak pada waktu rehat sekiranya rumah pengasuh dekat dengan sekolah. Ia dapat menjimatkan masa memerah. Saya dulu buat satu surat kepada pentadbir memaklumkan serta memohon keizinan mengenai perkara ini. Bila keizinan besar diperoleh, maka saya setkan alarm dengan ring tone suara anak menangis bila sampai masanya. Dan terus keluar ke rumah pengasuh tanpa perlu memohon keizinan sampai 5 kali sehari!. Tapi ingat, uruskan waktu P&P anda dengan baik, jika waktu menyusu bertindih dengan waktu mengajar anda, eloklah anda pergi menyusu terlebih dahulu sebelum masuk kelas, atau jual beli jadual dengan rakan-rakan guru anda!. Itulah pentingnya persefahaman dan komunikasi yang berkesan dalam kalangan rakan!.
Walau apa pun, yang penting komitmen terhadap kerja jangan diabaikan dan pandai-pandailah mengatur urusan anda kerana anda sendiri sudah tahu bahawa komitmen terhadap dunia kerjaya dan dunia penyusuan sama besar!.
Guru yang memerah susu di sekolah pastinya menghargai setiap masa terluang bagi menyiapkan segala kerja dan biasanya TERPAKSA menjadi pandai membahagikan masa terhadap banyak perkara. Sekiranya tidak sempat memerah di sekolah, gantikan sesi tersebut di rumah untuk mencukupkan bekalan anak kita. Pengalaman saya, sebaik sahaja pulang ke rumah, saya akan terus menyusukan anak di sebelah dan mengepam secara tandem nursing di sebelah serentak. Yang penting, stok susu setiap hari mencukupi, Alhamdulillah.
Oh ya. Bukan cikgu pun boleh baca tau. Sama saja sebenarnya. Tak kira siapa, kejayaan penyusuan tu sebenarnya adalah daripada kekuatan kita sendiri. Azam dan tekad kita kuat, walau tanpa dorongan, walau tanpa persekitaran kondusif, tetapi dengan ilmu, InsyaAllah moga segalanya dipermudahkan!
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?