Sebenarnya kan, kritikan ni selalunya diberi oleh orang-orang yang tidak ada ilmu dan tidak berjaya dalam penyusuan. Ok, jangan cepat sentap ya. Saya nak kongsi beberapa maklumat yang saya dapat daripada beberapa bahan bacaan berkaitan isu ini:
Apa perlu saya buat apabila menerima kritikan berkaitan penyusuan?
Kongsi ilmu
Gunakan peluang ini untuk kongsi ilmu penyusuan dengan mereka. Mereka ni mungkin jahil dengan ilmu penyusuan dan tak pernah berjaya menikmati bestnya dunia penyusuan ni. Jadi, relax saja dan gunakan reverse psychology. katakan kepada mereka segala kebaikan penyusuan dengan penuh berhikmah. Senyum dan guna intonasi suara yang lembut untuk menarik perhatian mereka. Tunjukkan kepada mereka anak-anak yang sudah besar, yang anda pernah susui, ceritakan mengenai kesihatan mereka, kecerdasan minda mereka dan apa sahaja perkara yang menyeronokkan sepanjang membesarkan mereka.
Elakkan bersikap defensif
Cepat sentap pastinya tidak akan membantu!. Anggaplah pengkritik sebagai orang yang tidak pernah melihat kebaikan penyusuan susu ibu. Dengar sahaja sehingga habis apa yang mahu diperkatakan dan fokus kepada isu yang merisaukan mereka. Berikan informasi yang tepat untuk membetulkan persepsi yang salah tersebut!.
Elakkan perbincangan
Elakkan perbincangan
Bila berada bersama mereka yang negatif, cari sahaja topik lain yang lebih seronok untuk dibincangkan. Contohnya...bestnya drama Suri Hati Mr Pilot tuuu... (contoh la, tak best pun sebenarnya haha). Oh ya. Soalan-soalan provokatif juga tidak perlu dilayan. Kita berhak tidak menjawab soalan dari orang asing.
Jawapan secara berjenaka
Bergantung kepada keadaan dan dengan siapa kita berinteraksi, jadikan kritikan mereka sebagai bahan jenaka.Tetapi janganlah berjenaka dengan orang yang tidak sesuai seperti orang tua atau keluarga mertua.
Contohnya,
" Anak hang ni, dah besaq melayut pun dok menyusu lagi ka. Sampai bila?"
Jawab dengan bersahaja,
"Itulah, sampai masuk universiti la kot..."
Jawab pertanyaan dengan pertanyaan
Kaedah ini digunakan untuk membuatkan orang yang bertanya berfikir kembali. Kadangkala orang tak dapat menerima fakta kalau kita sampaikan secara terus. Contohnya.
"Menyusu lama-lama ni, orang kata nanti degil"
Jawablah macam ni,
"Maksudnya kalau anak rapat dengan ibunya, menerima yang terbaik daripada ibunya, nanti tak dengar cakap ibunyalah ya. Camtu, kan?"
Gunakan maklumat yang berautoriti
Ada orang hanya percaya bila kita petik kata-kata pihak yang berautoriti dan berpengaruh sahaja. Maklumkan fakta-fakta penyusuan beserta sumber kepada mereka apabila menerima kritikan. Kaedah ini juga dapat digunakan sekiranya kita menghadapi komen negatif daripada pengamal perubatan yang tidak pro penyusuan.
Ayat 233 surah Al Baqarah yang bermaksud "Dan ibu-ibu hendaklah anak-anaknya selama 2 tahun penuh, bagi yang mahu menyusui secara sempurna. Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut..." juga merupakan senjata ampuh bagi menghadapi pengkritik tegar penyusuan ibu!
Yakin pada pilihan
Kalau kita yakin dan sememangnya mendalami ilmu penyusuan, sudah tentu semangat kita sukar dipatahkan!. Jika apa yang kita buat sememangnya terbukti baik untuk keluarga, kenapa mesti mengalah kepada kritikan atau pendapat yang negatif dan tidak pasti?. Dan kenapa perlu takut dan rendah diri?.
Nyatakan pilihan kita dengan gembira dan yakin kenapa kita hendak memberikan hanya yang terbaik kepada anak.
Berterus terang
Sekiranya ada individu yang berterus terang mengkritik keputusan kita menyusukan anak kita sendiri (anak kita!!), ada baiknya kita berterus terang jugalah pada mereka. Maklumkan bahawa kita tidak selesa dan berkecil hati dengan kritikan yang diberi, dan tanya mereka secara berdiplomasi adakah tindakan kita menyusukan anak kita sendiri ini menimbulkan kesengsaraan kepada mereka, mengganggu kebahagiaan mereka, menggunakan duit mereka atau sememangnya mereka bersedia untuk bersusah payah sekiranya anak kita sentiasa tidak sihat?.
Pastinya jawapan mereka TIDAK, kan. Oleh yang demikian, nasihatkan mereka dengan baik bahawa hentikanlah kritikan tersebut dan tidak perlulah menimbulkan pertelingkahan yang berpanjangan jika tindakan kita ini tidak mengganggu pun urusan seharian mereka.
Ada group support
Berdampinglah dengan rakan-rakan yang memahami dan berjaya dalam urusan penyusuan. Menghadiri perjumpaan kumpulan-kumpulan sokongan sebegini baik secara realiti atau maya (Whatsapp, Telegram, FB dan sebagainya) dapat membantu kita mencari idea-idea baru serta menambah ilmu. Ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan kita untuk menghadapi kritikan-kritikan pedas dan mengurangkan rasa tertekan dikritik!
Rasa seronok untuk memperjuangkan penyusuan susu ibu pasti akan berkobar!
Peranan suami
Ya, inilah yang paling penting!. Suami perlulah berganding bahu dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada anak dan mempertahankan keputusan yang disepakati bersama. Sebagai ibu, sepatutnya dari mula, ajak suami bersama-sama menuntut ilmu penyusuan dan latih mereka untuk mengendalikan segala keperluan sepanjang tempoh penyusuan ini.
Bagi saya, kalau suami faham dan support, tak ada sebab saya nak dengar kata-kata negatif orang sekeliling berkaitan perkara ini dan saya yakin bila suami faham dan turut berilmu, semua kata-kata negatif tadi, hatta daripada orang terdekat tidak akan terpakai sama sekali!
Relax, okay!

Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?