Saya selalu dengar rungutan ibu-ibu muda yang baru berkecimpung dalam dunia penyusuan, bahawa mereka terpaksa top up susu formula kepada bayi sebab susu badan tidak cukup.
Sebagai bekas ibu menyusu yang komited dan insyaAllah pernah berjaya sebelum ini, saya nak berkongsi dengan anda 6 RAHSIA mencukupkan keperluan susu ibu utk bayi. Artikel ni saya pun dah lupa sumber asalnya, apapun saya doakan agar pemilik asal artikel ni diberi ganjaran selayaknya oleh Allah atas ilmu yang dikongsikan!.
RAHSIA 1: PERLU SUPPLY DAN DEMAND
Susukan bayi sekerap mungkin. Terutamanya bila bayi ada dengan kita. Hisapan dari bayi mengandungi enzim yang dapat membanyakkan susu di samping memberi signal kepada otak kita utk penghasilan lebih banyak susu. Jika ada waktu untuk mengepam, ibu juga boleh mengepam bagi meningkatkan stimulasi. Antara tekniknya adalah mengepam di sebelah dan susukan sebelah lagi (tandem nursing). Kemudian bertukar-tukar side. Semakin banyak demand yang kita cipta, insya Allah semakin banyak susu yang akan dihasilkan!.
RAHSIA 2: REHAT DAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Tahukah anda, kalau tak cukup rehat dan tidur akan menyebabkan stress dan menyebabkan badan kita menjadi terlalu letih dan tak dapat berfungsi dengan sempurna?
Tapi dah dalam pantang, bukan senang nak tidur dan rehat, betul tak?. Jadi, paling mudah adalah tidur dan rehat ketika bayi anda tidur. Ketika itulah yang paling mudah dan aman utk anda berehat. Lupakan seketika tugas mengemas, membasuh dan memasak. Jika mampu, upah seseorang secara part time utk melakukan. Jika tidak, minta bantuan pasangan utk turut sama melakukan tugas rumah.
RAHSIA 3: MINUM AIR KOSONG DGN BANYAK
Janganlah sekat minuman anda dengan cara yang tidak rasional. Kalau dah minum segelas air sehari dari mana nak datangnya air susu?. Dalam berpantang pun disarankan minum air lebih 3 liter sehari. Walaupun petua orang dulu-dulu kata badan kembang lah, masuk angin lah, atau mungkin nanti mudah terkencing lah, yang pastinya kita memang perlu ambil air kosong yg banyak. Ini membantu utk menyahkan toksik dalam badan (detox), SANGAT PERLU dalam proses penghasilan susu badan, membantu KURANGKAN BERAT BADAN dan penting utk keseimbangan cecair dalam badan. Jika masih kurang percaya, boleh lah google tentang kepentingan pengambilan air yang banyak ye!
RAHSIA 4: MAKAN DENGAN DIET SEIMBANG
Kalau tak mampu ikut piramid makanan tu, cubalah sebaik mungkin untuk lengkapkan. Ada karbohidrat, protein, sayur dan buah. Janganlah berdiet sangat hingga makan pun sesenduk nasi sahaja. Kesianlah pada baby anda. Mana nak dapat khasiat? Lepas tu kalau berat baby tak naik, salahkan susu ibu. Tukar kepada susu formula. Tak bolehlah macam tu. Anda juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan ambil makanan yang baik. Menyusu badan membantu bakar kalori dengan sangat banyak jadi jangan risau. Lupakan diet extreme ye. Kalau nak ikut mana-mana program pengurusan berat badan, kaji, selidik, fahami dan dapatkan nasihat dulu.
Kepada yang nak amik supplement macam SET BF ke, kaji juga sebab ape nak amik. Suplemen ni bukan pengganti makanan ye. Nama pun makanan tambahan. Die berfungsi utk top up nutrisi dalam badan kita yang lompong-lompong sebab tak cukup masa nak makan yang lengkap atau sifat makanan tu sendiri yang dah banyak rosak zatnya sebab cara masakan dan sebagainya.
Sebagaimana penulis asal artikel ini, saya sendiri pengamal set breastfeeding Shaklee dan memang rasa berbeza sangat berbanding penyusuan sebelumnya. Alhamdulillah!
Sebagaimana penulis asal artikel ini, saya sendiri pengamal set breastfeeding Shaklee dan memang rasa berbeza sangat berbanding penyusuan sebelumnya. Alhamdulillah!
RAHSIA 5: FIKIR POSITIF
Nampak macam simple aje. Kalau stress, macam mana badan nak produce susu. Otak pun asyik terima signal negatif saja. Jadi, setkan dalam minda tu dulu, SUSU AKU BANYAK. SUSU AKU CUKUP. kalau nak best lagi cakap depan cermin beberapa kali sehari. Semasa berdoa tu doa la sungguh-sungguh minta Allah limpah ruahkan susu yang banyak. Cubalah, ya. Moga Allah permudahkan urusan!
RAHSIA 6: PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
Kadang-kadang badan kita tak cukup nutrisi akibat makan makanan kurang berkhasiat (nak cepat, tak sempat masak etc). Makanan tambahan bagus sebagai tambahan nutrisi yang kita perlukan dalam badan. Badan rasa segar dan lebih bertenaga. Saya sendiri amalkan makanan tambahan,baik dari sumber semulajadi mahupun dalam bentuk yang telah dikomersialkan.
Jika berminat, boleh cuba set paling asas untuk tambah nutrisi dalam badan iaitu
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?