Saturday, November 5, 2016

INI BUKAN SOAL KUPUTEH!

3 hari 2 malam bersama pelajar putera-puteri di Pulau Payar minggu lepas, dapat mendengar banyak perkara, berkongsi banyak rahsia dan menyelami banyak benda. Rupanya gadis-gadis comel belasan tahun ni, ramai yang mengalami masalah keputihan. Bukan keputihan biasa tau, tapi keputihan melampau!.


Mulanya pelik juga, sebab masa saya di usia mereka dulu, tak ada pulak mengalami masalah seteruk ni. Mereka cerita, kadangkala boleh bocor walaupun pakai pantyliners!, dan for surela selalu kena masbuk bila solat berjemaah sebab bila bunyi loceng akhir sekolah, tatkala semua pelajar bergegas ke musolla, mereka ni terpaksa spend masa agak lama di tandas menguruskan masalah keputihan ni.

Apakah keputihan?

Dalam kalangan pengamal perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. Cairan yang keluar dari vagina ini belum tentu bersifat patologis atau abnormal. Vagina dalam keadaan normal dan rileks tidak mengeluarkan cairan. 

Vagina mempunyai sistem perlindungan semula jadi yang kukuh, ditambah lagi dengan adanya mikrob pelindung yang bagus untuk tubuh, iaitu Doderleins, yang hidup menjaga keseimbangan ekosistem vagina, sehingga tetap dalam keadaan seimbang. Tapi tentu saja, keseimbangan ini dapat terganggu oleh beberapa hal antara lain menstruasi, penyakit kencing manis serta penggunaan ubat-ubat hormon.

Apakah perbezaan antara air mazi dan keputihan?

Macam sama ja kan?. Tapi sebenarnya, jika cecair yang keluar tu bukan disebabkan syahwat, maka ia bukanlah air mazi. Cecair ini adalah keputihan, najis dan perlu dibasuh sebelum solat tapi tak lah sampai membatalkan puasa.

Kadangkala cecair keputihan ni keluar dengan warna sedikit kekuning-kuningan, kadangkala ada bau, tak seperti air mazi yang tidak berbau.

Keputihan itu membatalkan wudhu’. Cara menyucikannya dengan membersihkan badan dan pakaian yang terkena keputihan tersebut, kemudian berwudhu’. Jika ia tetap keluar, maka diberi keringanan akan hal tersebut, tetapi masih perlu jaga jangan sampai berlaku kebocoran sehingga mengotorkan baju yang akan digunakan untuk solat.
(Al-Ustadz ‘Abdul Barr)
Apakah keputihan yang abnormal?
Keputihan yang bukan merupakan keadaan penyakit memang selalu terjadi pada setiap wanita. Tapi, ada juga cairan yang keluar bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Cairan keputihan ini secara normalnya, keluar sedikit atau sederhana, biasanya menjelang dan sehabis haid. Di samping itu, keputihan juga dialami oleh wanita yang sedang hamil, namun hal ini merupakan hal yang biasa, selagi ia tidak berlebihan.

Namun, jika cairan yang keluar dari vagina sudah nampak kehijauan, kental, berbau seperti telur busuk atau hanyir seperti ikan mentah, gatal dan jumlahnya lebih banyak, besar kemungkinan keputihan tersebut sudah tidak normal. Keputihan yang tidak normal biasanya terjadi kerana jangkitan kuman, kulat dan bakteria.

Organisme tersebut sangat mudah berkembang, terutamanya di sekitar vagina yang lembab dan kotor. Ini akan menggalakkan pertumbuhan bakteria atau kuman seperti Candida, Trichomonas, E. coli, Staphylococcus, dan lain-lain. Keputihan abnormal (patologis) ni boleh juga terjadi disebabkan badan letih, stress, atau kerana kuman-kuman penyebab infeksi yang menyebabkan kestabilan kawasan sekitar vagina terganggu. 

Apakah penyebab keputihan abnormal?

  1. Penggunaan antibiotik maupun steroid yang cukup lama sehingga menyebabkan bakteria “baik” penjaga pH vagina mati dan bakteria kemudiannya semakin berkembang biak.
  2. Vaginosis bakterial, merupakan keadaan jangkitan kuman yang sering terjadi pada wanita hamil ataupun pada wanita yang memiliki banyak pasangan seksual.
  3. Penggunaan pil tertentu yang mengganggu keseimbangan hormon akibat ketidakseimbangan pH.
  4. Kanser serviks.
  5. Clamidia, gonorea, yang merupakan infeksi menular seksual.
  6. Diabetes tidak terkawal. Kadar gula yang tinggi menyebabkan adanya gula dalam urin dan darah dan mengakibatkan bakteria tumbuh subur.
  7. Penggunaan sabun pencuci vagina yang mengganggu keseimbangan pH vagina.
  8. Jangkitan kuman sesudah pembedahan.
  9. Penyakit radang di rahim.
  10. Trikomoniasis, infeksi parasit yang biasanya disebabkan hubungan seks yang tidak bersih.
  11. Atrofi vagina, penipisan dan kekeringan dinding vagina disebabkan oleh menopos.
  12. Vaginitis, merupakan kondisi peradangan dan iritasi sekitar vagina.
  13. Jangkitan kuman dan bakteria.
  14. Menderita sakit yang lama disertai oleh kurangnya gizi serta kebersihan yang kurang terjaga.
  15. Penggunaan tuala wanita atau tampon yang tidak bersesuaian.
Sumber : KLIK SINI

Keputihan abnormal merupakan masalah yang cukup sering dialami wanita. Keputihan tidaklah sampai menyebabkan kanser. Namun, salah satu gejala kanser pangkal rahim adalah keputihan. Keputihan yang sering terjadi dapat merupakan suatu gejala kanser pangkal rahim.



Keputihan yang parah dan dibiarkan lama tidak dirawat dapat menyebabkan KEMANDULAN!. Jangkitan yang ada dapat merebak ke pangkal rahim, kemudian ke saluran telur dan sampai ke kantung telur dan akhirnya ke dalam pangkal rahim. 

Anda tahu tak, ada wanita yang menderita keputihan kronik selama bertahun-tahun akhirnya menjadi mandul. Banyak wanita yang menganggap ringan masalah keputihan ini. Jika keputihan tersebut hanya bersifat fisiologi (normal), memang tidak berbahaya, namun, jika bersifat jangkitan, ia harus diambil tindakan segera untuk mengelakkan inpak jangka panjang yang lebih kronik!

Bagaimana nak atasi masalah keputihan ini?


Pencegahan terhadap penyakit keputihan dapat dilakukan dengan berbagai cara, antaranya:

  1. Selalu menjaga kebersihan diri, terutama di sekitar vagina. Namun tidak disarankan untuk membilas vagina dengan cairan-cairan yang dapat mengganggu keseimbangan pH vagina. Jika anda tidak sedang menderita keputihan, sebaiknya membersihkan daerah vagina dan sekitarnya dengan air bersih saja. Jangan dengan sabun. 
  2. Cairan antiseptik pembilas vagina sebaiknya digunakan apabila perlu saja, iaitu apabila anda merasakan mulai terjadi keputihan yang abnormal atau jika disarankan dokter. Hindari pakaian dalam yang ketat atau bahan yang tidak menyerap peluh, sebaiknya gunakan pakaian dalam yang terbuat dari kapas dan sentiasa ditukar setelah mandi.
  3. Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam, terutamanya tandas duduk. Ini kerana, keputihan boleh merebak. Selain melalui hubungan seksual, ia juga dapat merebak melalui perkongsian tandas dan peralatan bilik mandi tertentu.
  4. Biasakan membasuh vagina dengan cara yang betul, iaitu dengan gerakan dari depan ke belakang, bukan sebaliknya. Cucilah dengan air bersih setiap kali anda membuang air kecil dan ketika mandi. 
  5. Kerap mengganti tuala wanita semasa haid untuk menjaga kebersihan di sekitar vagina.
  6. Rujuk doktor sekiranya mengalami masalah di sekitar vagina dan dapatkan konsultasi dari mereka tentang ubat / cecair pembersih vagina yang sesuai untuk anda.
Shaklee juga mempunyai solution terhadap permasalahan ini. Set keputihan dicadangkan kepada mereka yang mempunyai masalah ini ialah kombinasi GLA Complex - Alfalfa Complex - Garlic Complex.

GLA Complex - Melawan virus dan menstabilkan hormon.

Alfalfa Complex - Melawan alahan dengan memperbaiki keadaan kulit yang sensitif dengan berkesan, boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan dan membersihkan darah.

Garlic - antibiotik yang selamat dan semulajadi untuk kegunaan jangka panjang, mempertingkatkan sistem imun tubuh serta menghalang alergi serta pembiakan kuman dan virus.




Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?