Sunday, June 2, 2013

sembang malam

assalamualaikum;

tak mengantuk pulak malam ni. lepas semuanya tidoq, saya still boleh berjaga lagi. mana taknya, petang tadi dah layan tidoq berjam-jam...eheheh. sebenarnya baru balik mai ke rumah dari kampung. 6 hari di kampung memang seronok walaupun banyak kerja kena buat. kali ni ramai sedara balik sebab keluarga kami terima ahli baru dalam keluarga. tahniah adik ipaq & biras baru - yus & miera. selamat pengantin baru, semoga berbahagia dunia dan akhirat.

cerita tentang gathering kali ni, saya banyak perhati gelagat depa terutama anak2 buah saya yang semakin lasak ni. yang besaq dengan cara yang besaq. yang baby pulak,ada yang cool, ada yang siang malam moody ja memanjang. maybe bertukaq tempat, camtulah kot. tapi meruntun hati juga bila tengok anak2 yang tantrum ni membuatkan mama depa temper. for surelah macam2 ayat yang keluar dari mulut. ya lah, kena juga faham. bila ramai2 ni, tension lah bila anak2 buat perangai kan. puas ditepuk, didukung sana sini, tapi si anak semakin kuat teriaknya. disumbat botol susu, nak ndoi (buaian) pun belum tentu nak diam. kadang-kadang tu berjam-jam lamanya, last2 bila dah letih akhirnya ibu dan anak terlena sendiri....huhu



sumber : http://jralonso.es

rasa saya alangkah baiknya kalau si kecik tadi masih disusukan dengan susu badan (memang sepatutnya depa ni dalam tempoh penyusuan badan), sebab dengan menyusu sebegini, tantrum dapat dikurangkan dengan cepat. ya lah, rasa saya tu lah kaedah paling mujarab nak elak anak2 ni buat perangai di khalayak. selain tu, mestilah banyak benefit lain yang si anak dan si ibu akan dapat hasil menyusu badan ni. tapi saya sangat faham. mungkin ibunya kurang ilmu dan tidak tahu. kalau tahu, takkan dia nak biarkan situasi tadi terjadi kan. saya tak la kata sumbat breast dalam mulut anak yang tantrum + dakapan sayang ibu ni akan totally diamkan si anak, tapi sekurang2nya cara ini berkesan kepada anak2 saya. meragamnya tak lama sebab dah dapat ubatnya.

saya pernah baca tentang kelebihan penyusuan alami yang saya dapat dari kaunselor laktasi terkenal, pn. farah farhan. antaranya (yang saya olah semula);

banyak kelebihan apabila si ibu menyusukan anak. bukan sebab memberi anak makan semata, namun dari situlah corak proses nurturing bermula. anak merasai kehangatan tubuh dan air susu si ibu, telinganya mendengar jantung si ibu berdegup, tenang didakap dan kadangkala hiburan dari usikan nakal si ibu terhadap anaknya. saya rasai semua ini ketika menyusui anak saya, setiap masa, di mana2 tidak kira masa. anak akan merasa kebahagiaan dan kecintaan seorang ibunya semasa didakap utk disusui. seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti.

mengambil juga kata2 seorang yg sgt sinis terhadap breastfeeding “menyusahkan je anak asyik nak berdakap. budak menyusu badan kuat menangis”- saya tak pernah ambil pusing malah bangga kerana sekurang-kurangnya saya tahu, dia tahu, anak yang didakap tahu, sayalah org yang paling dicari ketika itu. tangisan bayi adalah sihat. setiap kali baby menangis, ianya akan melapangkan rongga dada, perluasan lampung, meningkatkan kemampuan otak, membangkitkan kemahuan, meningkatkan suhu badan serta menambah keberkesanan sistem penghadaman. pernahkah terfikir mengapa bayi baru lahir “perlu” menangis dan jika tak menangis ia adalah petanda buruk?

kalian, marilah kaut ilmu untuk menyusukan zuriat amanah Allah ini. mulakannya dari air susu kita. air susu hikmat yang diberi oleh pencipta kita adalah utk anak-anak. percayalah, susah kita sekarang (memerah, menyusu, mendidik) ada hikmahnya di masa hadapan.


adios!

by : kakniza

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?