Saturday, May 2, 2015

CEPATLAH ESOK...MELALUI SAAT KELAHIRAN SI MANJA

Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. 
Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.
Kaedah teknik pernafasan (kaedah Lamaze) merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi.

SUNTIKAN 
Ubat-ubatan suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi ketika sakit bersalin untuk menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan. 
Pethidine adalah ubat narkotik, dikawal, yang diperkenalkan pada tahun 1939. Ia paling biasa diberi intramuscularly melalui suntikan ke paha dan punggung, dan ia boleh juga diberikan intravenously. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit untuk berkesan dan bertahan selama 2-4 jam. Ia boleh re-administered, tetapi kerana oleh kerana ia boleh menjejaskan bayi, anda harus berhati-hati setelah diulang dos.
Ramai bakal ibu melaporkan bahawa walaupun pethidine membantu mereka berehat, dengan menjadikan mereka mengantuk, namun ia tidak semestinya melegakan kesakitan. Walau bagaimanapun, kerana ia boleh mengubah mood, ia kadang-kadang berkesan untuk berfungsi dengan baik dengan membolehkan si ibu berehat daripada merasai kesakitan semasa proses kontraksi berlangsung. Dos yang berbeza akan diberikan bergantung kepada berat badan, tahap kesakitan dan darjah ketidakselesaan. Sesetengah wanita lebih suka mempunyai ‘separuh dos’, jadi mereka tidak rasa terlalu mengantuk. 
Dos yang biasa ialah 50-100mg, atau hanya 1-2ml. Ramai wanita mendapati suntikan ini lebih berkesan pada kontraksi peringkat awal sahaja, dan akan perlahan-lahan kurang keberkesanan selepas satu tempoh. Namun, rasa mengantuk masih lagi menguasai si ibu. Apapun, bagi sesetengah wanita yang mempunyai tempoh kesakitan yang panjang, walaupun sudah menggunakan kaedah seperti teknik pernafasan dan berendam dalam mandian yang suam, akhirnya, mungkin kaedah suntikan pethidine ini sangat berguna untuk memberi mereka keselesaan sepanjang melalui temph yang mendebarkan ini. Pethidine boleh diberi oleh jururawat atau bidan, oleh itu ia dapat disediakan dengan cepat, tidak seperti suntikan Epidural yang perlu dibuat oleh pakar bius. 

ENTONOX
Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin.

Entonox, yang selalunya dipanggil "gas and air", ialah gas yang terdiri daripada 50 peratus oksigen dan 50 peratus nitrus oksida. Kebanyakan hospital mengepamnya ke semua bilik bersalin dari satu bekalan pusat, jadi ia tersedia jika anda mahukannya. Gas ini tidak berwarna dan tidak berbau, dan hospital menggunakan "sistem mengaut sisa" bagi memastikan bahawa sebarang gas yang terlepas dalam bilik bersalin akan dikeluarkan dari atmosfera.
Anda boleh mendapatkan "gas and air" bila-bila masa sahaja semasa anda melalui proses kelahiran. Cuma letakkan pelekap mulut di antara bibir atau gigi, dan bernafaslah dengan dalam tanpa putus-putus. Ini akan menjalankan injap dua hala yang melepaskan Entonox untuk anda sedut dan mengambil pula karbon dioksida yang anda hembus keluar. Teruslah bernafas secara dalam sehingga anda mula berasa pening dan khayal sedikit. Tangan anda akan terlepas dari muka anda dan anda akan berhenti bernafas dengan Entonox. Beberapa saat kemudian, anda akan kembali normal.

Kebaikan Entonox ialah

  • Mudah digunakan.
  • Anda mengawalnya.
  • Tidak tersimpan dalam sistem anda.
  • Mengurangkan kesakitan kontraksi.
  • Mengandungi oksigen yang bermanfaat untuk bayi anda.

Walau bagaimanapun, antara keburukannya ialah
  • Ubat yang menghilangkan kesakitan secara sederhana.
  • Mungkin akan membuatkan anda rasa loya.
  • Mengeringkan mulut anda.

Apa yang perlu dilakukan apabila menggunakan Entonox ialah, anda perlu
  • Mulalah bernafas dengan Entonox sebaik sahaja anda merasakan kontraksi bermula. Ini mengambil sekurang-kurangnya 20 saat untuk gas itu berkumpul dalam aliran darah anda untuk mencapai tahap yang boleh melegakan sakit sedikit dan 45-50 saat sebelum ia mencapai keberkesanannya yang terbaik. Jika anda tunggu sehingga kontraksi terlalu sakit, baru mula bernafas menggunakan Entonox, kesannya terdapat antara kontraksi!
  • Jika anda diberikan Entonox melalui topeng muka getah dan getah menjadikan anda loya, mintalah pelekap mulut. Agak mudah untuk menggantikan topeng dengan pelekap mulut.
  • Hirup air dengan banyak di antara kontraksi untuk memastikan mulut anda tidak kering.
  • Apabila anda menolak bayi anda pada peringkat kedua pelahiran, ingatlah bahawa selalunya wanita mendapati lebih mudah untuk fokus tanpa menggunakan Entonox pada masa ini walaupun sesetengah wanita suka menggunakan sedikit pada permulaan setiap kontraksi. Tetapi selepas menyedut, letaklah pelekap mulut di tepi dan TOLAK!
  • Jangan berasa kecewa jika Entonox tidak cukup untuk membantu anda menangani kontraksi. Cubalah cara yang lain. Menggunakan Entonox tidak menghalang anda dari mengambil sebarang ubat lain untuk melegakan kesakitan.
  • Entonox boleh didapati di semua hospital yang mempunyai wad bersalin tetapi periksa dahulu sekiranya hospital tempat anda melahirkan itu bukan sebuah hospital yang besar.

SUNTIKAN EPIDURAL
Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak.


Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.
Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak kedua hingga keempat. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun akhirnya terpaksa ditolak ke dewan bedah kerana mengalami beberapa masalah kecemasan.
Dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.
Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini.
********************************************************************************************************
Selain kaedah perubatan di atas, jangan risau, masih ada lagi cara menenangkan perasaan yang lain yang boleh kita lakukan.

Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun boleh. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika dalam perut ikan paus.


 لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ 

      Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.

Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusyen.

Ketiga : Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Mengikut pengalaman saya, tips ni mmg sangat-sangat berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu. Yang ajarkan saya tips ni adalah ketua jururawat (sister) ketika saya berada dalam labour room.

Keempat : Bagi yang beragama Islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. Maksudnya dosa-dosanya dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran orang yang melahirkan anak ni kan?

Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, bakal-bakal ibu atau ibu digalakkan minum air milo / telur separuh masak untuk mendapatkan tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu dah nak makan / minum apa-apa, tapi curi-curilah makan semasa kontraksi tu hilang sekejap. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Hmm, Milo ok tapi telur separuh masakkkk >>>NO :-)

Keenam : Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan terasa sangat-sangat lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit / kontraksi itu.

Macam mana? Takut nak bersalin?...jangan begitu, setiap wanita telah diciptakan tubuhnya untuk menghadapi proses dan kesakitan bersalin. Yang penting, kawal minda anda dan nikmati saat-saat indah tersebut. Semoga susunan maklumat dan tips ini bermanfaat kepada semua untuk menghadapi saat-saat mendebarkan ini. OK!

Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?