Pernahkah anda mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan setelah mengambil supplement/makanan tambahan, rasa tidak selesa sehingga anda terfikir untuk berhenti daripada meneruskan pengambilan vitamin ini kerana anda beranggapan simptom- simptom yang anda lalui kelihatan seperti penyakit?
Tetapi sebenarnya TIDAK DAN JANGAN BERHENTI!. Plz teruskan dan bersabar kerana badan kita sedang melalui proses penyesuaian dan penyembuhan semulajadi untuk membuang toksin (elimination process). Ia adalah proses yang normal untuk mencapai kesihatan yang baik.
Sesetengah orang akan melalui satu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil supplement/makanan tambahan. Ini adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut melalui supplement, krisis penyembuhan akan terjadi.
Krisis penyembuhan ni adalah satu proses yang mana badan mengalami tempoh pembersihan dan pembinaan semula sistem badan. Sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan, badan akan mula bekerja untuk membuang toksin dalam badan kita. Semasa detokfikasi, badan kita berkemungkinan akan mengalami simptom- simptom seperti pening, kelesuan, sakit kepala, mengantuk ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit- birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan simptom lain yang ‘digunakan’ oleh badan kita untuk mengeluarkan toksin. Simptom- simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu dalam masa satu atau dua minggu, atau mungkin lebih lama daripada itu mengikut keadaan asal badan. Ia adalah tanda yang menunjukkan makanan tambahan yang diambil mula bekerja/berfungsi.
Cuba anda bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi yang berkarat, dan bila anda meletakkan beberapa ejen karat atau pencuci paip, permulaannya banyak karat akan keluar dari dinding paip (toksin), dan akan menyebabkan anda rasa yang sangat teruk apabila banyak kekotoran keluar di sekeliling paip tersebut. Tetapi selepas semua karat dibersihkan, paip akan menjadi atau berfungsi dengan bagus dan bersih semula. Begitu juga dengan badan kita, semasa pengambilan makanan tambahan, badan akan melalui fasa penyesuaian dan detokfikasi untuk penyembuhan.
Jangan risau, kerana ini petanda yang sangat baik kepada proses penyembuhan yang sebenar. Kebiasaannya simptom ini akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama. Contohnya sisa- sisa, makanan berkimia, lemak, ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat- ubatan. Makanan tambahan membantu mempertingkatkan sistem imuniti tubuh kita, kebolehan detokfikasi serta pengawalan organ- organ kita.
Krisis penyembuhan atau healing crisis ini juga adalah kesan yang biasanya dirasai oleh mereka yang mengambil natural based supplement seperti Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang mengandungi banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan yang bermutu.
Lebih banyak toksin dalam sistem tubuh, lebih banyak lagi detoksifikasi atau krisis penyembuhan yang akan berlaku. Ia adalah proses pembersihan dan detoksifikasi sementara yang boleh berlaku secara sedikit atau banyak. Anda akan berasa tidak sihat dan anda akan membuat andaian bahawa rawatan tersebut tidak berjaya. Sebaliknya, apa yang anda hadapi menunjukkan bahawa rawatan tersebut sedang bekerja dalam tubuh dan tubuh anda sedang menjalani pembersihan dari kotoran, toksin dan ketidakseimbangan.
Salah satu sebab mengapa berlakunya krisis penyembuhan ialah apabila anda cuba menjalani cara hidup yang lebih sihat. Sebagai contoh :
- sebelum ini anda makan makanan yang tidak mengikut piramid makanan yang betul, banyak makan makanan segera dsb. Apabila anda cuba pemakanan yang lebih sihat seperti banyakkan makan sayuran dan buah buahan, anda akan mengalami krisis penyembuhan.
- sebelum ini anda tidak pernah berjogging atau membuat senaman ringan. Apabila anda mula bersenam, mesti keesokkan harinya anda akan berasa sengal2 badan. Betul tak? Itu juga adalah krisis penyembuhan.
- sebelum ini anda selalu amalkan ubat setiap kali kena demam, sakit kepala dan senggugut. Apabila anda amalkan supplement semulajadi (sebagai contoh Shaklee) seperti B Complex untuk sakit kepala, vitamin C untuk kurangkan kepanasan dan selsema serta GLA complex untuk senggugut anda, anda akan mengalami krisis penyembuhan kerana bahan-bahan supplement tersebut adalah daripada bahan semulajadi yang mula bertindak balas terhadap sel tubuh anda.
ADAKAH SAYA AKAN MENGALAMI KRISIS PENYEMBUHAN SETELAH MENGAMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE?
Kebanyakan dari mereka yang mengamalkan supplement Shaklee akan mengalaminya terutama bagi mereka yang tidak menjaga pemakanan harian serta tidak pernah mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi. Ini menunjukkan supplement / vitamin ini sedang menunjukkan tidakbalas terhadap sel dalam tubuh. Jangka masa krisis ini juga bergantung kepada individu. Ada yang hanya mengalaminya dalam masa 3-4 hari. Ada yang berminggu dan ada yang lebih dari sebulan. Ini kerana tahap toksin dalam tubuh badan manusia adalah berbeza mengikut individu. Disini saya ingin tekankan bahawa pentingnya anda berhubung dengan SID anda jika anda mengalami krisis penyembuhan.
BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGHADAPI SITUASI INI?
#1 Banyakkan minum air kosong
Organ dalam tubuh kita terdiri daripada sel-sel. Sel memerlukan air untuk berfungsi. Untuk supplement anda diserap dengan sempurna oleh sel, anda perlukan air. Tahukah anda berapa banyak sel ada dalam tubuh anda? Oleh sebab itu, anda perlu membekalkan air yang mencukupi untuk sel dan organ dalam tubuh berfungsi dengan sempurna. Selain itu, air kosong juga berfungsi untuk melancarkan pengeluaran toksin dalam tubuh.
CADANGAN : Setiap 25kg berat anda, anda perlukan 1 liter air. Jika berat anda 70kg, anda memerlukan 3 liter air setiap hari.
#2 Perbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayuran
Selain air kosong, anda juga boleh mendapat bekalan air dari buah buahan serta sayuran. Selain itu, ianya juga dapat membekalkan serat supaya toksin lebih mudah dikeluarkan melalui najis anda.
#3 Cuba amalkan pemakanan yang lebih sihat
Kurangkan perasa, garam dan gula dalam pemakanan anda. Cuba kurangkan panggunaan kosmetik/skincare yang mempunyai bahan kimia. Bahan kimia dalam kosmetik atau skincare akan mengakibatkan toksin semakin bertambah dalam badan dan menyebabkan krisis berlaku dalam masa yang lebih lama.
Bagi anda yang baru pertama kali mengamalkan supplement semulajadi ini, saya nasihatkan anda mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis.Jangan terus berhenti daripada mengambil suplemen tersebut, tetapi teruskan seperti biasa dan ia akan beransur-ansur pulih. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja.
PANDUAN RINGKAS BAGI YANG MENGALAMI KRISIS PENYEMBUHAN
Selepas ini anda tak perlu takut / bimbang lagi dan teruskan pengambilan seperti biasa. Selagi mana kita memahami bahawa krisis penyembuhan adalah simptom pemulihan, InsyaAllah kita akan mudah melalui fasa ini!
Cantik di luar, sihat di dalam!
Anda sabar, anda positif, SIHAT DAN CANTIK milik anda!
Get Shaklee Today!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?