Friday, September 11, 2015

BERHALUS DI DAPUR

Zaman moden ini, semua wanita boleh memasak, walaupun tak mendapat latihan secara formal / informal di dapur. Google atau tengok saja di Youtube, lepas tu follow. Bukan susah sangat, asalkan ada keinginan dan rajin, semua boleh jadi. Sedap tak sedap ja kan. Makan sajalah. Ahha...
Tapi satu yang mungkin tak semua orang dapat kalau belajar tanpa berguru dengan orang lama ni, iaitu kemahiran seni halus di dapur. Betul, kita boleh bezakan anak dara / isteri yang halus kerja tangan dia dengan yang main hentam sajalah, asalkan jadi ni. Tak kisahla kan, asalkan air tangan kita tu penambat selera keluarga. 

Dapur dan tips memang tak dapat dipisahkan, Saya nak share tips yang saya dapat dari Kak Siti. Moh ler kite.

Tomato 

i) Untuk meranumkan tomato yg masih hijau, masukkan tomato (pisang pun boleh) ke dlm plastik ziploc dan biarkan selama 2 hari. Tomato anda akan ranum. 
ii) Tomato yg terlalu ranum dan sedikit lembik boleh menjadi rangup. Rendam tomato yg over-ripe di dalam air sejuk dicampurkan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. 


Jagung 
Ketika merebus jagung, jangan campurkan airnya dengan garam. Ia akan membuat isi jagung itu keras. Campurkan sedikit gula dan jagung anda akan menjadi lebih enak. La, ye ke...


Telur
i) Hindarkan cicak dari dapur atau bahagian lain di rumah anda. Bersihkan kulit telur and letakkan di tempat tempat yang anda inginkan. Bau dari kulit telur itu dapat menghindar cicak daripada berkunjung. 
ii) Gunakan telur yg sederhana atau sederhana besar ketika membuat kek. Jangan gunakan telur yang terlalu besar kerana ia akan membuat kek anda “tenggelam” setelah sejuk. 
iii) Telur lama / baru – Masukkan telur ke dalam periuk berisi air sejuk bercampur garam. Jika ia tenggelam, telur itu masih segar / baru. Jika timbul, buang saja telur itu. 

Kentang
i) Sebelum membakar kentang, rendam di dalam air garam selama 15 minit. Kentang akan lebih cepat empuk.
ii) Jangan simpan kentang bersama bawang. Ia akan cepat busuk. 
iii) Jika ingin mengoreng kentang, rendam kentang yg dipotong di dalam air sejuk selama 1/2 jam. French Fried anda akan menjadi lebih rangup. 


Bebola Ikan 
Gunakan kunyit dan sedikit air dan kertas putih jika anda ingin tahu sama ada bebola ikan yang anda beli di pasar ada Asid Boric. Cecahkan kertas putih ke dalam campuran air kunyit dan biarkan kering. Letakkan bebola ikan ke atas kertas yg ada cecahkan itu dan biarkan selama 1 minit. Jika anda lihat ada tanya merah jambu atau merah kecoklatan pada tempat anda meletakkan bebola ikan itu, maka asid boric terkandung di dalam bebola ikan. 


Brokoli 
Brokoli yg sudah kuning setelah disimpan berhari-hari masih boleh digunakan. Masukkan brokoli ke dalam mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli berada di dalam air yg penuh. Biarkan selama 1 jam. Brokoli anda akan menjadi hijau dan bolehlah dimasak. 


Beras 
i) Untuk memutihkan nasi, campurkan 2-3 titis jus lemon sebelum memasak. 
ii) Untuk menjauhi serangga dari memasuki bekas beras, letakkan beberapa helai daun pudina di dalam kampit beras. 


Baking Soda 
Bersihkan peti sejuk anda dengan baking soda. Masukkan sedikit ke dalam air. Ia akan menghapuskan bau yg tidak enak dari dalam peti sejuk anda. 


Limau 
Limau nipis / kasturi akan mudah diperah jika dimasukkan ke dalam air panas selama 5-10 minit atau dipanaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat. 


Pengisar (Blender) 
Untuk menajamkan pisau mengisar, kisar garam kasar. 


Bawang Putih 
Untuk mengupas bawang putih dengan mudah, panaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat. 


Tepung / Ulian 
Jika adunan tepung melekat pada tempat ulian anda, simpan adunan ke dalam freezer untuk beberapa minit kemudian bolehlah digunakan. 


Biskut 
Alaskan di bahagian bawah tin biskut dengan kertas minyak (blotting paper) sebelum menyimpan biskut untuk mengelakkan biskut dari cepat lemau.

Jom Shaklee!!!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?