Saturday, September 19, 2015

MENIAGA LARUT MALAM - GOYANG KAKI MASUK DUIT??

Di Malaysia sekarang ni, bisnes MLM @ jualan pelbagai peringkat @ lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' adalah amat popular. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.  Dah banyak produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. 
Apa konsep MLM ni sebenarnya?

MLM ni adalah perkongsian. Orang yang ada karektor suka berkongsi pasti akan berjaya dalam MLM. Mereka akan sentiasa menyebarkan kebaikan. Itulah konsep MLM sebenarnya. 
MLM sepatutnya menjual barang. Bukannya mendesak orang untuk membeli barang dan memaksa orang menjadi ahli. MLM yang baik, biasanya the products will speak itself, menyebabkan orang dengan rela hati mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkannya lagi dengan harga yang lebih menguntungkan!.




MLM sebenarnya bukanlah skim piramid, scam, Pak Man Telo dan sememangnya bukanlah organisasi penipuan. MLM sebenarnya adalah cara kita menyebarkan kebaikan tentang sesuatu produk dan berkongsi peluang atas dasar untuk membantu orang. Sebagai contoh, MLM bagi syarikat produk kesihatan akan berkongsi kebaikan produknya untuk membantu menambah nilai kesihatan lebih ramai orang, juga turut membantu meningkatkan nilai hidup lebih ramai mereka yang memerlukan.


Inilah konsep MLM sebenarnya. Membantu sesama kita untuk sama-sama berjaya dalam bisnes yang dijalankan. Bukannya memancung, tikam belakang atau bermain dengan taktik kotor untuk berjaya dan dipandang tinggi. 

Kebanyakan orang salah faham tentang MLM ni. Kata Guru Amirul dalam Vlog di Youtube, 100% orang tak faham MLM di Malaysia. 90% pula yang dah masuk MLM pun masih tak faham apa itu MLM. 


Sebab tu lah, ada ramai di kalangan kita, bila dengar sahaja perkataan MLM, semuanya fobia. Kalau tak kerana segelintir pihak yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan konsep MLM, pasti MLM akan diterima oleh seluruh masyarakat dunia. Betul tak? Malah, jutawan hebat, Donald Trump pun memilih untuk melakukan MLM sekiranya syarikat miliknya bankrap.

Kata Ustaz Azhar Idrus pula, MLM yang haram adalah MLM yang hanya mencari ahli baru tapi tiada produk yang "dibawa". Itu memang salah dari segi hukum syarak. Ini adalah kerana ia hanya menguntungkan pihak atas sahaja, sedangkan pihak bawah yang bekerja keras, bertungkus lumus ini, akan mengalami kerugian sekiranya syarikat tersebut bankrap atau lingkup. 



Ramai lagi rakyat Malaysia yang skeptikal yang pandang MLM ni perniagaan penipu, menindas dan sebagainya, sedangkan hakikatnya manusia itu sendiri yang zalim dengan diri sendiri.


Bagaimanapun, sebelum menerima atau menyertai mana-mana perniagaan yang menggunakan sistem ini, wajarlah kiranya kita kaji dulu dengan lebih mendalam dan terperinci adakah sistem yang digunakan syarikat @ produk tersebut patuh syariah atau tidak.

Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

9 Kriteria Penting Perniagaan MLM Yang Patuh Syariah
Perniagaan MLM yang berlandaskan muamalat Islam ialah merujuk kepada sistem jual beli mengikut syariat Islam. Berikut ialah beberapa kriteria yang perlu di ambil kira:-
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan sebenarnya dan produknya mestilah berkualiti serta bermanfaat yang benar-benar memenuhi keperluan pembeli atau ahli.
2. Produknya bukan emas dan perak yang di jual beli secara tangguh yang akan membawa kepada Riba’.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli di bawahannya mestilah jelas. Komisyen diperoleh atas dasar usaha seorang penjual menjual produk serta downline yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang di taja. Nilai hasil jualan produklah yang membawa kepada keuntungan dan komisen. Ini amat penting kepada fokus dan matlamat perniagaan itu sendiri kepada penjualan produk dan perkhidmatan dan bukan berasaskan Money Game.
5. Tidak diwajibkan si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu.
6. Setiap upline atau orang di atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Ini lah penyalahgunaan sistem MLM di mana ahli yang masuk kemudian akan berkurang hak. Sistem MLM yang adil ialah menyediakan pelan pemasaran yang membolehkan ahli-ahlinya mempunyai hak yang sama rata. Ahli mendahului hasil jualan produk daripada ahli atasnya berhak mendapat keuntungan lebih.
8. Memperlihatkan sistem komisen dan bonus yang telus dan boleh difahami supaya semua ahli faham dan tidak keliru dan untuk mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur pelan di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah, yakni perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang telah ditetapkan awal-awal lagi.
Sebenarnya, Shaklee menggunakan sistem MLM dalam pemasarannya. Dulu, masa mula-mula saya join Shaklee, adalah kerana suka produknya. Saya dulu dalam keluarga yang menggunakan Shaklee. Bermula dengan set bajet penyusuan, kini Alhamdulillah, boleh kata semua produknya saya dah cuba dan hampir seluruh keluarga mengamalkan suplemen Shaklee kerana keberkesanannya. 

Bila memutuskan untuk berkongsi kebaikan Shaklee, sekaligus menyertai perniagaan Shaklee secara part time, sudah tentu kami akan kaji dulu pelan pemasarannya dengan berhati-hati. Alhamdulillah, MLM Shaklee sangat adil. Walaupun berstatus upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak ke mana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 1000 downlines pun kalau personal sales si upline 0, memang tak dapat apa-apa. Setiap SID (Shaklee Independent Distributors) akan menerima bayaran penuh berdasarkan apa yang diusahakan. Kalau seorang downline bekerja bulan itu untuk mendapatkan RM500, maka RM500 lah yang akan diperolehinya penuh. Upline tak akan dapat satu sen pun daripada nilai RM500 tu, melainkan Shaklee sendiri bayar upah mendidik si downline melalui bonus yang dipanggil Net Personal Bonus / Overriding. Menarik tak?

Ya. Downline tak mengkayakan upline dan upline tak mengkayakan downline, melainkan usaha masing-masing di samping mengembangkan jaringan. Sebenarnya Shaklee laburkan berbilion ringgit setahun untuk bayar bonus semua SIDnya. Jasa kita pada si downlines sebenarnya dibayar oleh syarikat, bukan ambik duit bonus yang diusahakan downlines.

Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau daftar orang pun, ada imbuhannya kan. Shaklee tak ada. Cuma sesekali Shaklee beri reward sebab berjaya sahut cabaran mendaftarkan downlines dengan kaedah free membership. Itu sajalah. Apapun, kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk sebab teruja dengan si anu yang dah kaya. Orang buat, kita pun nak buat. Jangan. Kaji dulu. Gunakan akal fikiran serta pertimbangan berasaskan pengetahuan.   

Ok, cerita panjang-panjang ni, jom semak kriteria Shaklee; adakah ia MLM patuh syariah sebagaimana yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :

TAK PATUH SYARIAH  - JIKA HARGA LEBIH TINGGI DARIPADA BIASA
SHAKLEE?
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Vitamin C Shaklee ditawarkan dengan harga RM98.05 untuk 180 biji iaitu RM0.54 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah

TAK PATUH SYARIAH APABILA SYARIKAT MLM TERSEBUT MELAKUKAN MANIPULASI DALAM MENJUAL PRODUKNYA, ATAU MEMAKSA PEMBELI UNTUK MENGGUNAKAN PRODUKNYA ATAU PRODUK YANG DIJUAL ADALAH BARANG HARAM
SHAKLEE?
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 


Sijil halal Shaklee yang diperbaharui setiap tahun oleh 
agensi antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM

PRODUK MLM INI MESTILAH DIBELI DENGAN TUJUAN YANG SEBENARNYA (SEPERTI PRODUK YANG BENAR-BENAR BERMANFAAT DAN DIBANGUNKAN DENGAN SERIUS SEPERTI UBAT-UBATAN BERKUALITI, UNIK DAN LAINNYA)
SHAKLEE?
Produk Shaklee dikenali lebih dari 60 tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Di Shaklee, mereka mempunyai tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan untuk memastikan setiap produk melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produknya mematuhi prinsip Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

KORANG TAU TAK?? 
Shaklee menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

TIDAK PATUH SYARIAH JIKA PRODUKNYA EMAS DAN PERAK YANG BOLEH DIJUAL BELI SECARA TANGGUH
SHAKLEE?
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee. Beli produk, bayar terus.
Beli bayar terus ya!

TIDAK PATUH SYARIAH JIKA KOMISEN YANG DIBERIKAN KEPADA AHLINYA SAMA ADA PENJUAL / AHLI BAWAHANNYA TIDAK JELAS SUMBERNYA. 
Tiada komisen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
SHAKLEE?
Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Setiap pendapatan yang diberikan dalam Shaklee dinyatakan sumbernya dengan jelas dan setiap ahli berdaftar yang menjalankan perniagaan tahu dari mana sumber setiap wang yang mereka jana dengan Shaklee.




Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Dalam Shaklee, jika anda mempunya ramai downlines sekalipun tetapi anda tidak membimbing mereka mengenai apa yang patut mereka tahu tentang Shaklee, anda tidak berhak mendapat apapun!




TIDAK PATUH SYARIAH APABILA KEUNTUNGAN DAN KOMISEN ADALAH BERDASARKAN 'KEPALA' ATAU AHLI YANG DITAJA. 
Keuntungan mestilah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
SHAKLEE?
Bila mendaftar ahli baru, secara asasnya tiada komisen per kepala yang diperolehi. Tidak ada paksaan kepada mereka untuk membuat pembelian. Mereka yang baru ini hanya bergelar ahli / downline sahaja. Sekiranya mereka membuat pembelian, dan nilai mata pembelian tersebut melayakkan bonus dibayar kepada downline, upline tidak mendapat apa-apa daripada bonus yang mereka perolehi kecuali komisen atau 'upah membimbing' dalam bentuk Net Personal Bonus atau Leadership Bonus (ada pengiraannya) yang telah syarikat tetapkan.

SETIAP UPLINE ATAU ORANG ATAS MESTILAH MENARUH USAHA ATAS JUALAN ORANG BAWAHANNYA SEPERTI MENGADAKAN PERJUMPAAN, TAKLIMAT, MOTIVASI DAN TEKNIK BERKEMPEN SECARA TERANCANG SEPERTI SEBUAH SYARIKAT YANG PELBAGAI AHLINYA. 
Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisen itu dari sudut Syariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisen yang demikian berangkai dan begitu jauh?
SHAKLEE?
Dalam Shaklee, Leadership Bonus hanya layak sehingga ke level-6, tidak lebih daripada itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui medium online seperti Facebook, Whatsapp atau Telegram. Lebih pantas dan mudah.



TIDAK PATUH SYARIAH JIKA MENGGUNAKAN SKIM PIRAMID IAITU SKIM SIAPA MASUK DULU AKAN UNTUNG SELAMANYA, MANAKALA HAK MEREKA YANG MASUK KEMUDIAN AKAN BERKURANGAN.
Justeru, pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila mereka mampu menjual dengan lebih hebat.
SHAKLEE?
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih". Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung. Adil, kan?



MESTI MEMPERSEMBAHKAN SISTEM KOMISEN DAN BONUS YANG TELUS DAN BOLEH DIFAHAMI SERTA DIPANTAU OLEH AHLI DENGAN JELAS. INI BAGI MENGELAKKAN SEGALA JENIS PENIPUAN.
SHAKLEE?
Sebaik sahaja mendaftar sebagai ahli, buku manual pemasaran & etika perniagaan akan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan. Taklimat secara rasmi mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee dari semasa ke semasa.



MESTI MENGSTRUKTUR PELAN PEMASARAN DI ANTARA AHLI DAN ORANG BAWAHAN MEREKA SECARA MUSYARAH IAITU PERKONGSIAN UNTUNG DAN RUGI BERDASARKAN MODAL MASING-MASING DENGAN NISBAH PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN YANG DITETAPKAN DI PERINGKAT AWAL LAGI
SHAKLEE?
Kesemua perkara ini telah dinyatakan dalam manual perniagaan secara jelas.

Alhamdulillah, SHAKLEE memenuhi piawaian sebagai MLM patuh syariah. Jadi tidak hairanlah, perniagaan SHAKLEE di Malaysia dikuasai oleh jutawan muslimah yang majoritinya kini bekerja dari rumah.

Jadi, apa lagi?


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?