Sunday, April 3, 2016

MOGA HIDAYAH, KAN SEGERA DATANG...

Terkesan dengan nukilan Ustaz Ebit Lew, lalu saya nak kongsikan kisah ini agar dapat menjadi pedoman dan panduan kita semua, serta menjadi asbab kita semua mendapat hidayah daripadaNya.

*************************************************************************************************

Assalamualaikum
Sayang dan mendoakan hidayah buat semua orang.

Saya ziarah rumah sebuah rumah di sebelah masjid. Mereka orang Islam. Tapi benci masjid. Benci azan. Benci tudung dan tutup aurat. Selalu bergaduh dengan orang masjid. Satu taman kata mereka murtad.

Semua orang benci padanya. Saya pergi ke rumahnya. Saya kena marah kali pertama pergi rumahnya. Dia maki saya dari mula sampai habis. Dia kata awak nak ceramah saya ker..macam-macam dia cakap. Saya terasa. Saya pendam dan cuma doa hidayah. Cuma bayangkan Rasulullah saw. Takde apapun saya tanggung. Marah hilang.

Saya bagi hadiah buatnya. Balik cameron highland saya bagi pokok dalam pasu kerana saya tahu dia suka pokok-pokok.
Dia ceramah saya dari mula sampai habis. Saya pergi rumahnya sampai 3 kali. Setiap kali dia cerita kemarahannya. Saya cuma dengar dia cerita dari mula sampai habis. Dia pandai berhujah dan pengetahuan akalnya sangat hebat..

Lepas tu saya sibuk kerja dakwah diluar tak sempat jumpa abang tadi lagi. Satu hari dia cari saya. Dia berbual dengan saya. Katanya kenapa lama tak ziarah dia. Kata saya,maafkan saya kerana kesibukan saya, tapi saya tak pernah lupa sebut nama abang dalam doa. Kerana abang orang baik. Saya doakan abang isteri dan anak-anak. 

Dia tanya saya kenapa baik sangat dengan dia walau kena marah. Saya kata sebab saya tahu dulu ada orang sayang keluarga saya. Ada orang berkorban sehingga kami adik beradik dapat kenal Allah. Mak ayah kami kenal Allah. Itulah Rasulullah saw. Dan orang yang ikut jalan Nabi saw.

Abang tadi dia sebak. Dan dia kata nak belajar solat dan belajar agama. Saya sibuk saya cuma minta kumpulkan keluarganya dan mereka semua mula solat. Dia ada anak-anak remaja perempuan semuanya tak bertudung. Tak solat dan malam-malam sekeluarga pergi club-club.

Mereka perlahan-lahan berubah. Ramai orang dahagakan agama. Ajaklah mereka dengan kasih sayang. Janganlah berkasar dan menghina sesiapapun. Kita tak sebaik Nabi Musa as dan siapapun yang kita dakwahkan tak sejahat firaun. Tetapi bila Nabi Musa ingin dakwah firaun. Allah perintahkan dakwah dengan lemah lembut mudahan dia taat. Kita benci maksiat tapi sayang dengan orangnya. Kita semua belum tahu kesudahan akhir kita. Semua orang baik. Yang tak baik saya. Kita semua sebuah keluarga yang dulunya aman damai berkasih sayang sehingga orang bukan Islam ingin menjadi sebahagian ahli keluarga kita. Dunia subur dengan tamadun kasih sayang dan kelembutan Islam. Mana hilangnya kasih sayang itu? Ya Allah maafkanlah diriku. Ini semua salah saya. Salah saya tak buat dakwah sungguh-sungguh dan kurang korban dan kurang menangis malam.

Surah Fatir, Verse 45:

وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ وَلَٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا

Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.
(Melayu)

via iQuran

Friday, April 1, 2016

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK APRIL 2016. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Salam April 2016!

Nak war-warkan apa yang best tentang promosi Shaklee bulan ini!


1. Kempen Detox (BARU)

Nak kurus, nak betulkan hormon, sembelit, penat, semua perlukan Detox.
Fokus: Detox untuk buang toksin dlm badan dan detox adalah asas perkara permulaan untuk membaiki dan maintain kesihatan yang baik. Selepas program detox dilaksanakan dengan berkesan, barulah proses serapan nutrisi lain pun kembali normal!

2. Sustained Released Vita C Plus



Target: Cantik, immune booster (time El Nino ni banyak orang  yang tak sihat), jenis yang tak suka makan buah dan tak cukup vitamin C sebab vitamin C tak boleh dihasilkan oleh badan.
Fokus: Set menyusu, set mengandung, set alergi, set naikkan Immunisasi badan, set cantik dan set kesejahteraan keluarga.

3. Omega Guard



Target: 
Keluarga, daripada si anak, abang, kakak, adik, ibu, ayah, atuk, nenek semua boleh sebab Omega 3 sgt penting untuk perkembangan minda dan kekalkan kesihatan optimum.
Fokus: 
Pesakit darah tinggi, orang yg ada simptom darah tinggi, orang yg ada kolestrol tinggi, lelah, asma, sakit sendi serta turut menjadi suplemen kesejahteraan keluarga untuk kekalkan kesihatan optimum.

4. YES Wellness Pack

Target: Discount 5% untuk set Pre, Pos Natal, Weight Management dan VIVIX
Fokus: Free membership offer dan promosi ini akan berakhir bulan ni. Hampir setahun set YES ni di pasaran, rugi ya kalau lepaskan peluang buat stok pada harga yang sangat istimewa!!!

5. Vitalea For Children



Nampak tak, promosi bulan ni super duper best sebab offer yang super mantap kan!

Peluang mcm ni tak akan sentiasa datang walaupun kesemua suplemen promosi ini adalah hot product yang selalu dicari pengguna, terutamanya Sustained Released Vita C Plus dan Omega Guard yang banyak persaingan. Namun of course Shaklee semestinya terbaik!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad