Tuesday, September 27, 2016

ADA TIPS NAK HANDLE ANAK TANTRUM TAK?

Pernah tak anak anda nangis berguling-guling, menjerit-jerit di shopping mall?
Rasa macam mana?
Nak biarkan?. Nanti anak lagi la buat aksi-aksi yang memalukan!
Nak ikutkan?. Nanti orang kata asyik turutkan anak ja, tu yang jadi melampau!


Habis, apa nak buat?

Jomlah, kita baca apa yang seorang ayah muda, En. Mohd. Fadhli Mohd. Fauzi kongsikan tentang tantrum ni.
.
.




"Masuk sebuah mall, ternampak seorang adik yang berusia dalam 4 tahun, menangis gila kuat sebab nak "Kinder Joy" yang ada permainan dalam tu, harga dalam RM 5.30 tu dan..... ayahnya tampar budak tu, tarikh telinga dan cakap "tak faham bahasa ke kau, dengan muka berang!" Apa korang akan buat kalau korang sendiri yang jadi ayah budak tu tanpa belikan Kinder Joy tersebut?"

"NAMPAK ANAK ORANG MENANGIS NAK MAINAN TAPI MAK BAPAK TAKNAK BELIKAN, KITA PUN KESIAN DAN BELIKAN."

Temper Tantrum. Itulah istilah yang digunapakai bagi menggambarkan kanak-kanak yang menangis berguling-guling kerana tak dapat apa yang diinginkan.

Kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun belum pandai untuk mengawal diri sehingga boleh lupa diri.

Apa yang menyebabkan mereka tantrum? 
TAK DAPAT APA YANG MEREKA MAHU!

• 1 - 2 tahun biasanya berpunca daripada tidak dapat apa yang mereka perlu contohnya susu dan tukar pampers sebab melekit namun belum ada kemahiran berbahasa, maka ibubapa perlu faham pattern tantrum mereka. Nampak anak kecil menangis walaupun bukan anak kita, mesti kita akan kata "dia nak susu kot" atau "pampers dia penuh tu rasanya".

• 3 - 4 tahun biasanya mahu autonomi dan sudah tahu berkata-kata, serta lebih pandai untuk mahu sesuatu yang lebih. Ini selalu jadi di pasaraya. Mereka menjerit dan menangis mahukan mainan mereka, dan kadang2 menggamit simpati orang lain dan mereka belikan.

Niat baik tapi caranya salah!!!

  • Itu anak orang, bukan anak kita. Mungkin ibubapa mereka sedang mendidik anak mereka. 
  • Jika nak belikan pun, minta izin ibubapa anak itu dahulu namun perlulah secara tersembunyi dan jangan terang-terangan bagi menjaga air muka mereka. 
  • Jika anak itu benar-benar keadaan daif, kelaparan, atau memang ibubapa nak belikan tapi tak mampu, lihat semula poin nombor 2 di atas. 
  • Jika anak itu disyaki child abuse, laporkan kepada pihak berkuasa

Menangani Tantrum
  • Biarkan - Ketika ini emosi anak anda menguasai diri sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang betul. Saat ini memberi penjelasan tidak akan berkesan kerana frontal cortex otak mereka telah dikawal oleh emosi. Apa-apa yang ibubapa buat atau cuba biasanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk! 
  • Analogi - sama seperti sedang lemas dalam air. Masa ini nak ajar orang itu berenang pasti tak jadi punyalah! Terjun dan berada berhampiran orang itu tapi jangan terus paut kerana anda mungkin akan ditarik oleh mereka sekuat hati hingga anda pun turut lemas sekali. Apabila orang lemas itu lemah sedikit barulah paut dan tarik ke tepi. 
  • Mereka menangis dan berguling semahu-mahunya hingga menarik perhatian orang lain. Ibubapa yang hati basah mesti rasa malu dipandang sebegitu. Jangan malu mak bapak sekalian. Biarkan sahaja anak anda begitu dan gerak jauh sedikit. Mereka akan tenang selepas beberapa ketika.
  • Beri ruang - Beri ruang untuk mereka melalak dan meluahkan emosi, dan tak perlu bertegang urat dengan mereka saat itu; samalah macam anda yang menangis masa kena rejek. Huhuhu... 
  • Tarik perhatian ke arah lain - Ada ibu bapa yang bawa buku, toys dari rumah untuk distract anak mereka ketika tantrum di pasaraya. Boleh juga tunjuk ke arah lain contohnya burung di awanan atau ikan dalam akuarium berdekatan (kalau ada). Taktik ini berkesan semasa tantrum baru sahaja mahu bermula. Jadi, kesan awal! 
  • Jangan pukul - Waktu tantrum ini kalau dipukul walaupun pukulan manja, tangisan mereka akan jadi lebih teruk dan sangat teruk, hingga lebih banyak mata akan memerhati. Yang dapat nama buruk tentunya ibubapa. Dan masa inilah ramai akan cuba beli dan beri percuma. Tak malu ke? 
  • Peluk - Sambil membiarkan mereka dengan tantrum, peluk juga mereka hingga mereka tenang. Ingat, jangan cakap apa-apa waktu itu. Lihat semula poin nombor 1. Peluk sahaja dengan erat. 
  • Insentif - Anak dah tenang? Bagus! Beri mereka insentif lain yang lebih bermanfaat. Beli aiskrim kongsi bertiga pun best juga. 
  • Penjelasan - Selepas anak dah tenang, sambil makan aiskrim (contoh), terangkan kepada mereka kenapa anda tak penuhi kehendak mereka. Apa yang biasa saya buat ialah :

"Faqih, mainan tu mahal sangat. Kalau abah beli nanti abah takde duit nak bawa Faqih jalan-jalan selalu"

"Faqih, rumah kita kan banyak mainan dah. Nanti rumah tak muat. Terpaksa buang semua otomen Faqih."

"Gula-gula tak elok untuk gigi tau. Kawan-kawan Faqih semua gigi dah hilang kan. Qiqih nak ke camtu?"

DAN IA BERKESAN!  

Setiap kali lalu tempat mainan, Faqih sendiri akan cakap :

"Takyah belilah mainan lagi. Mahal sangat. Kat umah pun ada mainan."

"Taknak beli gula-gula. Nanti gigi hilang."

Tapi, beri penjelasan yang betul dan jangan tipu mereka. Apa yang anda ajar akan melekat dalam otak mereka hingga bila-bila.

Lagi tips;
  • Jenaka - Kalau anak anda masih tantrum, selain daripada membiarkan, boleh juga buat jenaka yang minima. Kenapa? Kerana orang sekeliling akan tengok apa reaksi anda menghadapi tantrum ini. Lost temper? Orang pandang. Anda pukul anak pun orang pandang. Kalau nasib tak baik ada orang rakam dan upload di facebook. Tak pasal-pasal je. Hehe. 
  • Keluar - Masih tantrum? Angkat anak dan bawa masuk kereta balik rumah terus! ... dan buat step 1 - 8 di rumah pula. Hehe.
Kalau ibu ayah stress dengan anak tantrum?
Apa lagi, telan B-Complex ok! 

puterikuhumaira.blogspot.com

Semoga bermanfaat!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?