Wah, tajuk macam raya kembali tiba ja, kan!. Itulah, sebagai penduduk negara yang dikelilingi negara lain, kita tak dapat lari daripada musibah ini, sama-sama kena hadapi akibat kecuaian pihak lain. Tambahan pula pada musim tiupan angin Monsun Barat Daya, tidak dapat tidak, angin yang bertiup dari Benua Australia ke benua Asia, melintasi Sumatera lalu membawa bersama-sama debu-debu tidak enak berserakan di udara!
Apapun, kitalah yang mesti bersedia melindungi diri dan keluarga kita dari segi penjagaan kesihatan. Semoga entry kali ni membantu dan memberi manfaat kepada semua!
Nasihat Semasa Jerebu:
1) Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.
2) Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
3) Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
4) Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
5) Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
6) Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
7) Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
8) Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
9) Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
10) Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
11) Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
12) Orang ramai juga diminta untuk menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.
Sumber : DoE Malaysia
Dan, elok juga kita menyediakan perisai dalam bentuk suplemen yang akan bantu mengelakkan dehidrasi di samping meningkatkan fungsi sistem imun kita dengan lebih berkesan. Jadikan Performance Orange Shaklee, Nutriferon dan Sustained Released Vita C Plus sebagai teman baik anda pada musim jerebu ini!
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?