Dulu masa umur 20an, topik membawang kami emak-emak ni biasanya pasal bersalin, menyusu, baju-baju baby dll
Masuk 30an, kisah anak² di tadika, sekolah rendah, kelas KAFA, exam UPKK, UPSR dll
Di ambang 40an ni, masih berkisar pasal anak juga tapi tambah lagi satu isu iaitu kesihatan.
Of course ada yang mengadu dah rasa simptom² ni
(+) Rasa ngilu pinggang, tempat ceaser dulu
(+) Kuku rapuh
(+) Sakit gigi atau gigi senang berlubang
(+) Cramp di bahagian kaki
(+) Sakit kepala
(+) Sering berdebar
(+) Sukar tidur
(+) Sakit pada sendi
(+) Mudah sentap, gugup, cemas, mudah marah
Dah check ke belum?
Kalau bukan sebab masalah kesihatan, maknanya ni tanda kita kurang kalsium
Penting ke kalsium?
Yups. Penting.Kalsium bukan saja untuk kuatkan tulang dan gigi tetapi diperlukan oleh otot-otot badan untuk bekerja.
Contohnya otot organ jantung untuk mengepam darah, ketika mengecut dan mengembang perlukan kalsium.
Jika kalsium dalam darah kurang, tubuh akan menyerap kalsium daripada tulang atau gigi.
Dalam masa panjang, kesannya kita akan rasa sengal pada sendi dan tulang. Gigi pun mudah sakit. Jika keadaan semakin serius, simptom lain pulak timbul.
Simptom ini terjadi tidak mengira usia. Bagi kita ibu-ibu comel yang pernah lahirkan anak, lagi la kan. Sakit tumit la, kebas la, sakit gigi la π
Jom mak-mak comel sekalian, kita pakat topup keperluan bank kalsium badan sendiri
Buat sekarang sebelum tua ya!