Sebenarnya kan, masalah sukar fokus boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia akibat pelbagai faktor seperti keletihan melampau, tekanan, atau gangguan kesihatan mental.
Secara spesifik, golongan yang sering berdepan isu ini termasuklah :
Individu yang mengalami tekanan atau keletihan kronik (burnout) :
Beban kerja atau tugasan berlebihan yang mengganggu jadual tidur dan rehat.
Kanak-kanak atau individu dengan ADHD (Gangguan Hiperaktif Defisit Tumpuan) :
Cenderung untuk kerap mengelamun, gelisah, dan gagal memberikan perhatian dalam jangka masa panjang.
Individu yang mengalami Brain Fog (Otak Berkabus) :
Selalunya berkait dengan masalah pemakanan, dehidrasi, atau kesan sampingan ubat-ubatan.
Warga emas :
Mungkin berkaitan dengan penurunan fungsi kognitif, masalah ingatan, atau penyakit tertentu.
Jangan risau, just cukupkan nutrisi yang badan kita perlukan!.
Lots of love,
Sr. Coordinator KakDinas,
Changlun


No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?