Sunday, June 2, 2013

Kami Rakan Shaklee Anda

Assalamualaikum;

Mencari-cari ready stock produk Shaklee di sekitar kawasan Changlun, Jitra, Alor Setar, Bukit Kayu Hitam dan Seluruh Perlis?. Kami bersedia untuk memenuhi permintaan anda!.

Boleh hubungi kami melalui panggilan / SMS / Whatsapp di nombor 0124430919 (Ziyauddin) / 0124430929 (Asmaniza).

Kami akan bantu untuk mendapatkan cadangan set kesihatan mengikut bajet anda!


produk-produk shaklee yang hebat

assalamualaikum semua;

saya dah mulakan hari ini dengan shaklee, anda bagaimana?

untuk mengetahui senarai produk keluaran shaklee, anda boleh berkunjung ke SINI.

by : kakniza

kebaikan produk shaklee

assalamualaikum;

hari ni nak berkongsi pasal kebaikan produk superbrand ni. seperti yang diceritakan dalam entry yang lepas, memang shaklee hanya mengeluarkan supplement2 yang dirumus secara semula jadi daripada bahan-bahan alami yang terbaik dari seluruh dunia. shaklee menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan baru untuk menguji kandungan logam berat, racun perosak dan mengenalpasti kehadiran ratusan  bahan cemar lain yang berbahaya. lebih 83,000 ujian kualiti telah dijalankan saban tahun bagi menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk yang dikeluarkan. shaklee juga tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujian dan pembungkusannya menggunakan bahan kitar semula yang bebas bisphenol-a (bpa free). insya Allah, produk shaklee dijamin 100% selamat.

TIADA
  • parabens, triclosan, phthalates, SLS (sodium lauryl sulfat), SLES (natrium sulfat eter lauryl), 1,4-dioxane atau propilena glikol
  • pewarna
  • lemak trans
  • pemanis dan perisa tiruan
 yang penting lagi, TIADA
  • bahan-bahan yang diharamkan
ni sijil halal shaklee yang terkini

dan anda boleh teliti sijil ini dengan lebih jelas di SINI.

isa adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di amerika yang diiktiraf oleh jakim. senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh jakim boleh tengok di website My Halal. banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. antara badan pengeluar sijil halal di asia tenggara (yang digunapakai di malaysia) selain jakim ialah islamic food research centre (ifrc) asia dan halal food council (hfc) south east asia. 

setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. status halal di kanada & usa adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari isa, sepatutnya tiada isu, bukan?. memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

kepada pengguna shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan shaklee, gunakannya tanpa was-was. selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal shaklee, anda boleh salurkan kepada shaklee malaysia. 

sumber : buku panduan nutrisi shaklee & vitaminsemulajadi.com

adios!

by : kakniza

sembang malam

assalamualaikum;

tak mengantuk pulak malam ni. lepas semuanya tidoq, saya still boleh berjaga lagi. mana taknya, petang tadi dah layan tidoq berjam-jam...eheheh. sebenarnya baru balik mai ke rumah dari kampung. 6 hari di kampung memang seronok walaupun banyak kerja kena buat. kali ni ramai sedara balik sebab keluarga kami terima ahli baru dalam keluarga. tahniah adik ipaq & biras baru - yus & miera. selamat pengantin baru, semoga berbahagia dunia dan akhirat.

cerita tentang gathering kali ni, saya banyak perhati gelagat depa terutama anak2 buah saya yang semakin lasak ni. yang besaq dengan cara yang besaq. yang baby pulak,ada yang cool, ada yang siang malam moody ja memanjang. maybe bertukaq tempat, camtulah kot. tapi meruntun hati juga bila tengok anak2 yang tantrum ni membuatkan mama depa temper. for surelah macam2 ayat yang keluar dari mulut. ya lah, kena juga faham. bila ramai2 ni, tension lah bila anak2 buat perangai kan. puas ditepuk, didukung sana sini, tapi si anak semakin kuat teriaknya. disumbat botol susu, nak ndoi (buaian) pun belum tentu nak diam. kadang-kadang tu berjam-jam lamanya, last2 bila dah letih akhirnya ibu dan anak terlena sendiri....huhu



sumber : http://jralonso.es

rasa saya alangkah baiknya kalau si kecik tadi masih disusukan dengan susu badan (memang sepatutnya depa ni dalam tempoh penyusuan badan), sebab dengan menyusu sebegini, tantrum dapat dikurangkan dengan cepat. ya lah, rasa saya tu lah kaedah paling mujarab nak elak anak2 ni buat perangai di khalayak. selain tu, mestilah banyak benefit lain yang si anak dan si ibu akan dapat hasil menyusu badan ni. tapi saya sangat faham. mungkin ibunya kurang ilmu dan tidak tahu. kalau tahu, takkan dia nak biarkan situasi tadi terjadi kan. saya tak la kata sumbat breast dalam mulut anak yang tantrum + dakapan sayang ibu ni akan totally diamkan si anak, tapi sekurang2nya cara ini berkesan kepada anak2 saya. meragamnya tak lama sebab dah dapat ubatnya.

saya pernah baca tentang kelebihan penyusuan alami yang saya dapat dari kaunselor laktasi terkenal, pn. farah farhan. antaranya (yang saya olah semula);

banyak kelebihan apabila si ibu menyusukan anak. bukan sebab memberi anak makan semata, namun dari situlah corak proses nurturing bermula. anak merasai kehangatan tubuh dan air susu si ibu, telinganya mendengar jantung si ibu berdegup, tenang didakap dan kadangkala hiburan dari usikan nakal si ibu terhadap anaknya. saya rasai semua ini ketika menyusui anak saya, setiap masa, di mana2 tidak kira masa. anak akan merasa kebahagiaan dan kecintaan seorang ibunya semasa didakap utk disusui. seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti.

mengambil juga kata2 seorang yg sgt sinis terhadap breastfeeding “menyusahkan je anak asyik nak berdakap. budak menyusu badan kuat menangis”- saya tak pernah ambil pusing malah bangga kerana sekurang-kurangnya saya tahu, dia tahu, anak yang didakap tahu, sayalah org yang paling dicari ketika itu. tangisan bayi adalah sihat. setiap kali baby menangis, ianya akan melapangkan rongga dada, perluasan lampung, meningkatkan kemampuan otak, membangkitkan kemahuan, meningkatkan suhu badan serta menambah keberkesanan sistem penghadaman. pernahkah terfikir mengapa bayi baru lahir “perlu” menangis dan jika tak menangis ia adalah petanda buruk?

kalian, marilah kaut ilmu untuk menyusukan zuriat amanah Allah ini. mulakannya dari air susu kita. air susu hikmat yang diberi oleh pencipta kita adalah utk anak-anak. percayalah, susah kita sekarang (memerah, menyusu, mendidik) ada hikmahnya di masa hadapan.


adios!

by : kakniza