Tu dia tajuk hari ni. Catchy tak? :-)
Anda mesti tahu kan, antara perokok aktif dan perokok pasif (orang yang tidak merokok), siapa yang lagi berisiko tinggi?.
Tentulah kita sebagai perokok pasif ni. Kita dapat direct segala bahaya asap rokok tu, berbanding perokok aktif yang 'sedikit dilindungi' oleh penapis yang ada di rokok itu sendiri.
SIAPAKAH PEROKOK PASIF?
Mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu (WHO).Perokok Pasif mempunyai risiko:
•30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru.
•25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung.
PEROKOK PASIF MENGHADAPI RISIKO YANG TINGGI TERDEDAH KEPADA PELBAGAI PENYAKIT
Wanita
• Isteri perokok berisiko 30% lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru
• Lebih terdedah kepada kanser
• Kurang kesuburan
• Putus haid awal
• Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan
• Kelahiran bayi yang kurang berat badan dan tidak cukup bulan
Kanak-kanak
• Mudah mendapat asma / lelah
• Risiko mendapat jangkitan paru-paru
• Pertumbuhan paru-paru terganggu
Erkkkk!!!
Rakan-rakan
• Mengalami kesan-kesan seperti batuk-batuk, pedih mata, loya dan pening kepala
• Sekiranya mereka pesakit jantung, mereka lebih mudah mendapat serangan jantung manakala pesakit asma pula mudah mendapat serangan asma yang teruk
JIKA ANDA BUKAN SEORANG PEROKOK:
• Katakan jangan merokok berdekatan anda.
• Suarakan hak anda untuk bebas dari asap rokok.
Kawasan Larangan Merokok Mengikut PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 SUBPERATURAN 11(1)- TEMPAT-TEMPAT DILARANG MEROKOK
• Pusat hiburan atau teater
• Hospital atau klinik
• Lif dan tandas awam
• Tempat makan atau kedai berhawa dingin
• Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
• Mana-mana bangunan yang diwartakan di bawah peraturan 22
• Lapangan terbang
• Premis kerajaan • Kawasan perhimpunan
• Kawasan institusi pendidikan dan institusi pendidikan tinggi
• Kawasan taman asuhan kanak-kanak
• Bas sekolah
• Kaunter perkhidmatan di dalam bangunan
• Kompleks membeli-belah
• Stesen minyak
• Stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
• Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
• Perpustakaan
• Kafe internet
• Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Nampaknya, bahaya ada di sekeliling kita, suami kita, anak kecil kita. Suami pengasuh anak anda merokok?....hmmm, nampaknya anda perlu buat sesuatu demi masa depan kesihatan si kecil!
Apapun, bagi yang ingin berhijrah ke arah kebaikan, bergerak kepada fasa kesihatan lebih baik tanpa rokok, silakan. Semua orang mengalu-alukan anda ya!.
Jom kita jenguk-jenguk tips-tips yang bagus untuk anda amalkan ke arah menjayakan misi bebas rokok ini!:
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda NANTI!! setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.
Dan, untuk yang ingin berhenti merokok, di samping berusaha memperbaiki dalaman badan yang semakin uzur akibat racun-racun yang terdapat dalam rokok, apa kata anda cuba Vivix, minuman botani hebat yang semakin hari semakin menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat. Dengan hanya sesudu sehari, mana tahu dengan izin Allah, anda bukan sahaja bebas merokok, malah kembali segar dan bertenaga setelah DETOX dengan Vivix!!.
Tengok pun dah menggiurkan...
Ini antara testimoni pengguna Vivix untuk misi berhenti merokok:
Jomlah. Kita berVIVIX!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
Sumber : JKKP UNISZA dan HEALTH BY NATURE, Google Image
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?